*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
         UNDILAH PAS DAN BARISAN ALTERNATIF
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Masuk hari ini dah seminggu dah Amerika dan sekutunya
dok jalan makan angin nak pi Baghdad.

Dulu, masa mula2 perang, bila org tanya Menteri Iraq
apasal Iraq tak buat apa-apa terhadap tentera2 Amerika
yang sedang mara ke Baghdad melalui gurun padang pasir
tu; secara berseloroh menteri tu jawab:

"Biaq pi lah depa jalan-jalan makan angin dulu di
padang pasir tu; nanti bila depa sampai
kampung/pekan/bandar kami, kami taulah apa nak buat!"

Dok ingatkan lawak saja!

Rupanya, tentera-tentera Amerika tu MAKAN ANGIN
sungguh aih!!

Punya la berangin, sampaikan Tank dan kenderaan depa
habis jem tersangkut dgn pasir. Berita GRU bertarikh
27/3 (Sumber Risikan Russia) melaporkan bahawa ANGIN
PADANG PASIR yang depa MAKAN tu menyebabkan kira-kira
40 Tank dan 69 buah Trak habis jem tak boleh jalan;
dan 150 buah lagi kenderaan ARMOR depa walau pun masih
boleh jalan tapi dia punya "heat-seeking" dan "night
vision" device tak boleh jalan. Makna kata, kalau
perang malam, depa 2x5 saja dengan tentera2 Militia
Iraq...tak ada apa-apa kelebihan!

Bukan kata kat Padang Pasir saja depa kena makan
angin; malam tadi ketika mengulas bab serangan market
awam di Baghdad tu, pemberita BBC membuat laporan dari
sebuah kapal perang depa, tak silap saya nama dia USS
Mobile. Pemberita tu kata:

"Mungkin juga peluru berpandu yg dilancarkan dari
kapalperang Amerika tersasar sasaran sebab laut di
sini punya la teruk bergelombang...menyebabkan peluru
tu terkeluar landasan"

(Ada ka patut, kapalperang sikit punya canggih, laut
pula depa salahkan)

Kemudian, dia suruh kamera fokus kat laut tu; ha boleh
tahan juga aku nampak ombak laut waktu tu; kalau pi
mancing silap hb boleh muntah keluar perut hijau!

Masa tu saya terfikir:

"Ish, doa siapakah gamaknya yang Allah SWT makbulkan
hinggakan bukan saja di darat, tapi di laut juga Allah
kirimkan ANGIN sebagai habuan!"

Cakap pasal tentera Amerika makan angin di Iraq nie;
heran jugak kita apasal lama sangat masa yg diambil
untuk depa nak sampai ke Baghdad. Kalau ikut kira tu,
kalau naik Kancil pun, ish saya rasa kalau bertolak
pagi, petang boleh sampai kot...

Lama juga saya dok fikir pasal apa; sekali tu bila
saya tengok ada dua Scene dlm CNN yg diambil oleh
pemberita depa yg embeded dgn angkatan tentera Amerika
tu, baru saya perasan:

Scene 1: Depa lalu satu kawasan ladang (macam bendang
di Kedah), ada satu rumah kat tengah ladang tu,
tiba-tiba keluar 3 org pompuan dari dlm rumah menghala
ke ladang. Terus meniarap semua askar2 tu, siap hala
dan aim senapang ke arah situ.

Laaa...orang awam rupanya!

Scene 2: Depa lalu satu kawasan gurun pula, tiba-tiba
ada Badwi dok gembala Unta bawak Unta dia makan angin.
Sekali lagi saya nampak ada yg meniarap dan dok
hala/aim senjata ke situ. 

Laaa....orang awam lagi rupanya!

Makna kata, sepanjang jalan nak ke Baghdad tu, entah
berapa ribu kali entah sorang askar tu kena meniarap
atas jalan....ish, ish, ish naya sungguh aih!

Aku rasa, by the time depa sampai Baghdad nanti, habis
lenguh, lemah longlai kepala lutut dan kepala hotak
depa!!

Silap-silap Badwi yg bawak unta tu tiba dulu...sebulan
awal daripada depa.

Itu pun kalau depa sempat tiba...

-Temingat Di Belantara-










__________________________________________________
Do you Yahoo!?
Yahoo! Platinum - Watch CBS' NCAA March Madness, live on your desktop!
http://platinum.yahoo.com

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Temingat Di Belantara <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke