*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamualaikum,

Hujung minggu semalam saya tengok laku sungguh suratkhabar Utusan Malaysia; 
berebut-rebut orang pakat nak beli bila tengok mukadepan gambar Dewan Tunku 
Canselor (DTC)  University Malaya terbakar. Beritanya jadi gempar sebab 
kebakaran itu berlaku sehari sebelum PM dijadualkan bertemu perwakilan 
mahasiswa/i dari berbagai IPT/IPTS seluruh negara daalam sebuah simposium 
bersama Perdan Menteri di dewan berkenaan.

Berita itu jadi bertambah gamat apabila Tan Seri Rahim Tamby Chik, bekas Ketua 
Menteri Melaka yang dikatakan pernah merogol seorang budak kecik hingga tubit 
(terbit) anak, dengan mulut yang lancang berserta lidah yang lancar lagi 
fasih, menuduh:

"Ini adalah satu konspirasi untuk mensabotajkan majlis simposium berkenaan"
[The STAR 1/7/01]

ISH - LAMA DAH AIH KITA TAK DENGAR PERKATAAN 'KONSPIRASI'  NI, NOO!!

Opps, lupa nak habag, kalau hangpa tak tau, saja nak habag mai bahawa Rahim 
Tamby Chik adalah orang yang menjadi Pengerusi/Pengarah/Director/Dalang etc 
kepada majlis Simposium berkenaan.

Mungkin kerana itu kot,  semalam, lepas solat zohor, masa nak turun tangga 
masjid, bila ada seorang sahabat bukak cerita kes kebakaran di UM itu; ada 
seorang sahabat mencelah:

"Ish, susah nak percayalah kalau kata budak2 U pi bakaq; entah-entah UMNO 
(sebut kepala konspirator seperti Rahim Tambhi Chik dll) yang pi bakaq, saja 
nak bagi orang marah kat lecturer2 dan budak2 UM yang majoritinya sokong 
pembangkang itu."

Saya tak kata apa sebab saya dengar Polis kata:

" Orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi mengenai 
punca kebakaran yang memusnahkan Dewan Tunku Canselor (DTC), Universiti Malaya 
(UM) di sini kelmarin. - Meor Chek Hussin" [Utusan 2/7/01]

Walaupun dalam hati ini teringin sangat nak tumpang spekulate sekaki macam 
Rais Yatim, Puteri Azlina dan Dr Mahathir dok buat itu. Misalnya, Dr Mahathir 
dengan selambanya kata:

"Masuk Universiti bukan untuk bakar dewan. Tak payah belajar tinggi-tinggi pun 
orang boleh bakar dewan. Orang bodoh tongong pun boleh bakar!!"
[Utusan Malaysia 1/7/01]

Dok esoknya, dalam ucapan di simposium berkenaan di dewan yg berdekatan, the 
STAR memetik beliau sebagai berkata:

"Earlier in his speech, Dr Mahathir lamented that universities were no longer 
used by students to gain knowledge but to get involved in  undesirable 
activities, including burning down buildings, in apparent reference to the 
fire."
[The STAR 2/7/01]

Tu dia aih, Mahathir ceroii saja dok pi tuduh kata budak-budak U itu yang pi 
bakaq bangunan TDC berkenaan.

MACAM MANA NIE DATO' MEOR; POLIS TAK BOLEH BAWAK KELUAR WARAN KA PI TANGKAP 
DIA - MACAM YANG DEPA PI TANGKAP BEKAS KETUA MENTERI TAMIL NADU KELMARIN 
DULU???

Macam tu kalu, kalau Polis tak buat apa, tak acilah, saya pun nak tuduh jugak 
la macam nie:

Saya tuduh kata:

"Bahawa kebakaran itu sengaja dirancang dan disempurnakan secara professional 
oleh geng2 Rahim Tambhi Chik dan rakan-rakan - sesempurna konspirasi politik 
peringkat tertinggi yang mereka lakukan terhadap DSAI tempoh hari - tujuannya 
ialah untuk memberi laluan atau pun membuka jalan kepada upacara pembasmian 
secara besar-besaran terhadap pensyarah-pensyarah dan mahasiswa/I UM yang 
terlibat secara sembunyi atau pun secara terang menyokong pembangkang!!"

Tu dia, nampak dak, line mana yang depa nak pi. Ish, tak pa aih, polis tak 
boleh dakwa saya punya sebab Dr Mahathir pun dok tuduh tanpa bukti juga; kira 
2x5 lah!!

So, dengan tujuan untuk mempastikan konspirasi ini menjadi realiti, jangan 
terkejut kalau selepas ini berbagai bukti-bukti akan sengaja diada-adakan 
untuk memecat atau membuang pensyarah2 dan pelajar2 malang yang berkenaan.

Langkah yang pertama misalnya ialah kenyataan daripada pihak yg tak ada 
sangkut paut dengan isu kebakaran berkenaan, seperti yg berikut:

"National Higher Education Fund (NHEF) chairman Datuk Husni Hadnazlah said the 
corporation would not hesitate to revoke the study loans of students who were 
found to violate the loan agreement."
[The STAR 2/7/01]

Intisari penuh berita di atas memuatkan kenyataan Pengerusi Tabung Pendidikan 
Tinggi Kebangsaan yang menyatakan bahawa mereka tidak akan teragak2 menarik 
balik pinjaman pelajaran (asalnya adalah duit royalti politik/biasisiwa untuk 
org Melayu yg ditukarkan menjadi wang ehsan/pinjaman pelajaran oleh UMNO) 
terhadap pelajar2 di UM yg terbukti terlibat dgn masalah dsiplin.

Tu dia - hangpa nampak tak; itu baru peluru no satu; hangpa tunggu la, banyak 
lagi nak mai nu!!

On serious notes, kenyataan melulu Dr Mahathir ini mengingatkan kita kepada 
tuduhan melulu beliau tempoh hari dalam kes budak-budak sekolah bakar bilik 
darjah (lupa dah sekolah mana); bila heboh kes itu dulu, Dr Mahathir dengan 
selambanya pi tuduh kata "Itu pembangkang punya angkara, depalah yang ajar 
budak-budak sekolah benci kerajaan lalu pi bakar bangunan sekolah!!".

Kenyataan beliau dlm kes kebakaran di UM ini pun lebih kurang serupa saja 
bunyinya; walaupun Polis dan Jabatan Bomba & Jabatan Kimia masih dok siasat, 
tak tau kepala ekor; dia boleh dok pi kata budak2 U itu yg pi bakaq.

Kisah Mahathir ini mengingatkan kita kpd cerita budak gembala kambing dan 
harimau; dok kerja bohong orang, nanti orang tak percaya dah kat kita. Kerana 
itu, katakanlah nak dijadikan cerita, tiba-tiba Dr Mahathir ternampak Mahfuz & 
Mat Sabu dok tengah bakar Mahligai dia di Putrajaya; kemudian Dr Mahathir 
talipon bomba kata:

"Tolong, tolong!! -  Mahfuz dan Mat Sabu tengah dok bakaq rumah saya!!"

Nanti, bomba-bomba itu pakat gelak kata kata:

"Betoi ka Datuk Seri? Ka Sandiwara Semasa Lagi Nie???"

SIAKAP SENOHONG GELAMA IKAN DURI,
BERCAKAP BOHONG, LAMA-LAMA ANDA BOLEH JADI MACAM PERDANA MENTERI!!

Okeylah, sebagai penutup kata; dalam banyak-banyak kenyataan yang bersimpang 
siur berkaitan dengan isu kebakaran ini; saya tertarik dengan reply balas 
daripada vice-chancellor UM, Datuk Dr Anuar Zaini Mohd Zain terhadap 
memorandom daripada Azlina, mewakili Puteri UMNO yang meminta beliau 
meletakkan jawatan ekoran insiden berkenaan:

Kata beliau;

"As far as I am  concerned, if they (Puteri Umno) want to accuse me, I will 
ask them to look at themselves first. They should develop some professionalism 
in the way they react and they should be sensible. "
[The STAR 1/7/01]

Terjemahan ringkas:

"Saya rasa kalau Puteri UMNO nak tuduh saya, Puteri UMNO kena tengok cermin 
dulu la; nak bukak mulut tu, biaq la nampak professional sikit!!"

Ha-a, saya setuju benar dengan kenyataan Dr Anuar itu; kalau nak nampak 
professional, bila kita nak kritik orang, kita kenalah bagi solution atau pun 
cadangan balas kepada apa yang dikritik itu. Misalnya, kalau nak suruh dia 
letak jawatan, bagilah alternatif pula siapa yg nak ganti tempat dia.

Kan bagus kalau Puteri UMNO kata macam ini:

"Menyedari bahawa Datuk Dr Anuar Zaini Mohd Zain sebagai vice-chancellor UM 
telah gagal dalam melaksanakan misinya untuk membenteras gejala anti-Mahathir 
di kampus University Malaya; maka kami, Puteri-Puteri dan Dayang-Dayang Istana 
Mahathir dengan ini mendesak beliau meletakkan jawatan; dan sebagai 
alternatifnya, kami mencadangkan Ayahanda kami, Tan Seri Rahim Tambhi Chik 
mengambil alih jawatan berkenaan".

Ha, kan bagus; nampaklah professional sikit.

Baguslah tu - Aziz Shamsudin dah pun jadi Timbalan Menteri Pelajaran; apalah 
salahnya bagi Rahim Tamby Chik jadi Vice-Chancellor. Senanglah sikit nak 
kontrol bahang Reformasi kat kampus UM itu!!

Cumanya, kalau sungguh Rahim Tamby Chik jadi Vice Chancellor; kita dok risau 
dengan adik-adik kita, mahasiswi/mahasiswi kat sana nu. Manalah tahu, kot-kot 
ada yang pula yang kena kidnap masuk bilik Vice Chancellor...

....kemudian, kena tibai sampai "tubit" anak!!

-Ru Antara-


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Ru Antara <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke