*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Salam,
Semalam 7/5/2000 saya telah menghadiri Ijtimak Pas Kawasan Lumut. 
Pembentangan kertas kerja yang kedua oleh Ustaz Tarmizi Ketua Penerangan PAS 
Negeri Perak sendiri, antara intipatinya ialah:
  i. Beliau telah mendapat sebuah yang dikeluarkan oleh UMNO sendiri sempena 
Perhimpunan UmNO nanti iaitu Buku UMNO & PAS Yang manakah menuju ke Neraka. 
Buku tersebut tiada diterangkan Biodata penulisnya, dimanakah ia belajar dan 
dua tiga perkara lagi,, setelah dirujuk catatan sumber-sumber kitab yang 
diperolehi comform penulis tersebut bukan Ustaz,, (mungkin yang seangkatan 
dengan Astora Jabat agaknya-tambahan dari saya sendiri). Dalam buku tersebut 
ia ada 16 sebab/dalil kenapa orang Melayu/Islam kena menyokong UMNO, 
kebanyakan dalil-dalil tersebut lucu-lucu belaka.

   ii. UMNO sekarang cukup takut dengan PAS selepas pilihanraya yang lalu, 
sekarang ni nak buat ceramah pun susah, disesetengan tempat di Perak ceramah 
langsung tak dapar permit terutama di kawasan Bagan Serai, di Kuala Kangsar 
sebulan 2 kali saja boleh buat ceramah. Di Tanjong Malim OK lagi sebab 
OCPDnya lain sikit. Masjid dan surau-surau pun dah mula nak sekat 
kuliah-kuliah daripada Ustaz yang pro pembangkang.

   iii. Nasihat Ustaz Tarmizi, untuk menghadapi pilihan raya akan datang, 
oleh kerana Harakah dah tinggal sebulan 2 kali, ceramah dah susah, masjid 
dan surau pun susah, cadangan beliau kepada ahli-ahli satu lagi yang pihak 
berkuasa tak boleh ambil tindakan ialah bersembang di Kedai Kopi. Yang ini 
tak boleh di ambil tindakan, kalau musim kenduri kahwin ka pun juga kita 
ajag berbincang dengan ahli-ahli UMNO. Kalau boleh bawa hujah-hujah UMNO tu 
kita bincangkan,, biar senjata makan tuan.

   iv. Bagi Ustaz-ustaz yang masih dapat mengajar di Masjid, 
seboleh-bolehnya jangan sentuh bab politik semasa dalam kuliah-kuliah di 
Masjid, terutamanya kawasan UMNO. Kerana ahli-ahli UMNO yang kaki masjid 
nanti akan terfikir, ketuanya cakap ustas-ustas guna masjid untuk kempen 
politik,, tetapi tak ada pun,, lama-lama nanti pengikut-pengikut UMNo akan 
terfikir yang mana yang benar atau yang salah.
    Sekian dahulu,,, wassalam.
________________________________________________________________________
Get Your Private, Free E-mail from MSN Hotmail at http://www.hotmail.com


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "michel mick" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke