*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


> 


> ATTACHMENT part TEXT message/rfc822 
> From: Teresa Kok <[EMAIL PROTECTED]>
> To:  Dr Siti Mariah Mahmud <[EMAIL PROTECTED]>, [EMAIL PROTECTED],
> 
>       SALWANI ALI <[EMAIL PROTECTED]>, [EMAIL PROTECTED], 
>       [EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED], 
>       [EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED],
> [EMAIL PROTECTED], 
>       [EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED]
> Subject: Ucapan Teresa Kok di Parlimen mengenai perwakilan wanita dan
> gang
>       guan seksual
> Date: Tue, 7 Mar 2000 13:11:19 +0800 
> 
>  Ucapan Teresa Kok, Ahli Parlimen Seputeh dalam perbahasan Belanjawan
> 2000
> pada 2  Mac 2000 
>  
>  Perwakilan Wanita dan gangguan seksual
>  
>  Tuan Yang diPertua,
>  
>  Universal Declaration on Democracy yang diterima oleh
> Inter-Parlliamentary
> Union dalam September 1997 berbunyi:
>  
>  "The achievement of democracy presupposes a genuine partnership
> between
> men and women in the conductof the affairs of society in which they
> work in
> equality and complementarity, drawing mutual enrichment from their
> differences"
>  
>  Dalam Pilihanraya Umum yang lepas,  kita menyaksikan 54% pengundi
> wanita
> telah menyertai dalam proses membuat keputusan untuk memilih kerajaan
> dan
> wakil rakyat mereka. 
>  
> Pilihanraya yang lepas telah menyaksikan pertambahan jumlah Ahli
> Parlimen
> wanita, iaitu daripada 15 dalam Parlimen lepas ke 20 dalam Parlimen
> ini.
> Tetapi, malangnya, pertambahan jumlah Ahli Parlimen wanita tidak
> dibayangkan dari segi perlantikan menteri wanita di dalam kabinet,
> sebaliknya, jumlah menteri wanita telah dikurangkan daripada 3 ke 2
> selepas
> Pilihanraya Umum 1999. 
> 
> Marilah kita meneliti komposisi kabinet dari segi jantina, selepas
> negara
> kita mencapai kemerdekaan selama 43 tahun,  kabinet kita setakat ini
> hanya
> mempunyai 2 Menteri penuh wanita dalam jumlah 29 Menteri penuh dan  2
> Timbalan Menteri di kalangan 28 Timbalan Menteri, manakala 3 wanita
> di
> antara 15 Setiausaha Parlimen. Kalau kita teliti daripada jawatan
> daripada
> menteri ke setiausaha Parlimen, kita mendapati hanya terdapat 7 orang
> wanita di antara 62 anggota kepemimpinan negara yang tertinggi ini.
> 
> Selain itu, walaupun Wanita MCA melancarkan Kempen Basket yang begitu
> giat
> sebelum Pilihanraya Umum, tetapi usaha mereka tidak dibalas dengan
> menteri
> wanita MCA yang penuh. Ini memanglah satu pengejian ataupun "insult"
> terhadap kaum wanita Malaysia secara keseluruhan, terutamanya wanita
> komponen parti BN yang telah begitu giat berkempen untuk BN. 
> 
> Perwakilan wanita yang rendah di kabinet menunjukkan kerajaan BN
> tidak
> mengambil berat terhadap wanita dalam tahap membuat keputusan yang
> tertinggi kebangsaan. Sebenarnya, sekiranya negara kita mempunyai 54%
> pengundi wanita, kabinet kita kalau tidak mengandungi 54% ahli
> wanita, ia
> juga sekurang-kurangnya harus mempunyai 30% perwakilan wanita sebagai
> suatu
> petanda penghormatan terhadap kaum ibu dan juga sumbangan wanita di
> Barisan
> Nasional. 
> 
> Dalam Mac 1994, IPU telah menerima suatu Pelan Tindakan Untuk
> Membetulkan
> Ketidakseimbangan di antara Lelaki dan Wanita" (Plan of Action to
> correct
> present imbalances in the participation of men and women in political
> life), yang mana Parlimen Malaysia adalah salah satu ahli, dan wakil
> negara
> kita juga akan menghadiri sessi sidang khas Perhimpunan Bangsa-bangsa
> Bersatu yang akan diadakan 4 - 9 Jun 2000 untuk mengkaji semula semua
> langkah-langkah yang telah diambil oleh negara-negara yang berlainan
> ataupun follow-up terhadap "Beijing Platform for Action" yang
> diterima
> dalam September 1995, iaitu "Beijing +5".
> 
> Saya tidak tahu apa yang akan diutarakan oleh wakil negara kita dalam
> sidang wanita sedunia ini dan juga sidang IPU memandangkan perwakilan
> wanita negara kita yang begitu rendah di kabinet dan kerajaan secara
> keseluruhan.
> 
> Kita berada era globalisasi, penyertaan wanita dalam politik dan
> dalam
> tahap membuat keputusan yang tertinggi adalah suatu aliran dunia
> ataupun
> trend dunia. Ini merupakan suatu bentuk demokrasi, iaitu demokrasi
> dari
> segi jantina. Sekiranya kerjaan BN masih berminat untuk mencapai
> Wawasan
> 2020 demi menjadi negara maju di dunia, maka negara kita pun harus
> mengikut
> aliran antarabangsa ini dan meningkatkan bilangan dan peratusan
> pemimpin
> wanita dalam pelbagai tahap membuat keputusan, termasuk rombongan
> kita ke
> luar negeri. Setiap rombongan lawatan rasmi negara kita seharusnya
> mempunyai sekurang-kurangnya 30 peratus perwakilan wanita, untuk
> menunjukkan bahawa kerajaan mementingkan perwakilan dan kedudukan
> wanita.
> 
> Walaupun kita hanya mempunyai 20 Ahli Parlimen wanita dalam dewan
> ini,
> iaitu 10% daripada jumlah Ahli Parlimen, tetapi Parlimen kita masih
> tidak
> menunjukkan bahawa ia  mementingkan perwakilan wanita dalam
> urusannya. Saya
> merasa kesal bahawa bukan semua jawatankuasa dalam Parlimen ini
> mempunyai
> perwakilan wanita ataupun bilangan perwakilan wanita yang munasabah,
> begitu
> juga dengan komposisi rombongan Parlimen yang melawat ke luar negeri.
> Walau
>  bagaimanapun,  kita masih boleh membuat ubahsuaian dalam masa yang
> akan
> datang, saya berharap Parlimen kita akan mementingkan isu jantina
> dari segi
> rombongan  Parlimen yang akan datang,  yang mana ia harus mempunyai
> 30%
> Ahli Parlimen wanita, seperti apa yang dipraktikkan oleh banyak
> Parlimen di
> negara maju, sebagai tanda untuk meningkatkan dan mengiktirafkan
> kedudukan
> wanita di negara kita.
>  
>  Tuan yang diPertua, 
>  
> Kita akan menyambut Hari Wanita Antarabangsa pada 8 Mac yang akan
> datang.
> Pergerakan wanita dan pembebasan wanita adalah pergerakan untuk
> menuntut
> demokrasi dan hak asasi manusia. Fakta bahawa kali ini rekod Parlimen
> dipecah dengan mempunyai  4 Ahli Parlimen wanita daripada parti
> alternatif
> menunjukkan bahawa fikiran rakyat sudah berubah. Mereka bukan sahaja
> menuntut reformasi dan keadilan dalam politik negara, tetapi mereka
> juga
> menghendaki lebih wanita dipilih dalam tahap membuat keputusan yang
> tinggi,
> iaitu Parlimen untuk membawa perubahan dan reformasi politik. Itulah
> sebabnya saya dan  Ahli-ahli Berhormat dari Pematang Pauh, Bukit
> Mertajam
> dan Batu Gajah dipilih masuk ke dewan yang mulia ini.
> 
> Kerajaan BN harus mendapat mesej yang dihantar oleh rakyat melalui
> keputusan Pilihanraya Umum ini. Memandangkan isu wanita menjadi
> semakin
> penting dalam agenda politik antarabangsa dan domestik, saya pun
> ingin
> menjemput semua Ahli-ahli Berhormat wanita di Dewan yang mulia ini,
> samada
> dari BN ataupun dari parti alternatif untuk bekerjasama
> memperjuangkan isu
> yang berkaitan dengan hak dan kepentingan wanita, kerana masalah
> wanita
> memanglah masalah masyarakat, masalah humaniti dan masalah negara. 
> 
> Saya ingin mempelawa semua Ahli-ahli yang berhormat wanita dalam
> dewan ini
> untuk  menyokong cadangan untuk membentuk Kokus Ahli Parlimen wanita
> ataupun Women MPs' Caucus. Kokus ini boleh mempunyai suatu
> sekretariat
> bersama yang mengandungi dua pengerusi dan dua setiausaha, iaitu
> seorang
> pengerusi dan seorang setiausaha daripada BN dan seorang pengerusi
> dan
> seorang setiausaha daripada BA. Tujuan pembentukan kokus ini demi
> menegakkan keadilan dan memelihara kepentingan kaum ibu di seluruh
> Malaysia.    
> 
> Saya ingin menyeru pemimpin kerajaan dan juga Ahli Berhormat daripada
> BN
> yang telah menandatangani Women's Agenda for Change sebelum
> Pilihanraya
> Umum untuk menunaikan janji mereka, dan memberi sokongan penuh
> terhadap
> idea Kokus Ahli Parlimen Wanita tesebut dan juga isu-isu yang
> berkaitan
> dengan kaum wanita. Ini termasuk Kod Amalan Untuk Mencegah dan
> Membasmi
> Gangguan Seksual di Tempat Kerja yang dilancarkan oleh Kementerian
> Sumber
> Manusia sebelum Pilihanraya Umum. 
>  
>  Dalam buku panduan Kod Amalan tersebut, makna gangguan seksual
> adalah
> seperti berikut:
>  Sebarang tingkah laku berunsur seksual yang tidak diingini dan
> memberi
> kesan sebagai satu gangguan samada secara lisan, bukan lisan, visual,
> psikologi ataupun fizikal:
>  
> i) yang, atas sebab yang munasabah, boleh dianggap oleh penerima
> (mangsa)
> sebagai mengenakan syarat berbentuk seksual ke atas pekerajaannya;
> ataupun
> ii) yang, atas sebab yang munasabah, boleh dianggap oleh penerima
> (mangsa)
> sebagai pencabulan maruah, atau penghinaan atau ancaman terhadap
> dirinya
> tetapi tiada hubungan terus dengan pekerjaannya.
> 
> Mengikut Kod Amalan tersebut, gangguan seksual boleh dibahagikan
> kepada dua
> kategori, iaitu pertamanya gangguan seksual berbentuk ugutan (sexual
> coercion) yang memberi kesan secara langsung kepada status pekerjaan
> seseorang; yang keduanya adalah gangguan seksual berbentuk ancaman
> terhadap
> ketenteraman peribadi (sexual annoyance) yang dianggap oleh mangsa
> sebagai
> ancaman, ugutan ataupun penghinaan, tetapi tidak mempunyai kaitan
> secara
> langsung dengan faedah-faedah pekerjaan. Walau bagaimanapun,
> tingkahlaku
> itu menimbulkan suasana kerja tidak tenteram kepada mangsa yang
> terpaksa
> dialaminya untuk terus bekerja. Kesemua definisi yang disenaraikan di
> atas
> boleh didapati dalam mukasurat 3-6 dalam buku panduan Kod Amalan
> Untuk
> Mencegah dan Membasmi Gangguan Seksual di Tempat Kerja.    
> 
> Berdasarkan dengan definisi yang digubalkan oleh Kementerian Sumber
> Manusia
> tersebut, perkataan yang digunakan oleh Ahli-ahli yang Berhormat
> Kinabatangan dan Ipoh Timur semasa Ahli-ahli yang Berhormat DAP dari
> Batu
> Gajah dan Bukit Mertajam berucap sudah tentunya merupakan gangguan
> seksual,
> dan telah mencabuli Kod Amalan Untuk Mencegah dan Membasmi Gangguan
> Seksual
> di Tempat Kerja yang digubalkan oleh Kementerian tersebut.
> 
> Mengikut laporan akhbar, setakat ini hanya terdapat 10 syarikat yang
> telah
> menerima Kod Amalan tersebut, angka yang rendah ini menunjukkan
> bahawa
> usaha Kementerian Sumber Manusia terhadap isu ini masih kurang
> berjaya.
> Sebenarnya, sekiranya kerajaan adalah serius terhadap Kod Amalan ini,
> maka
> semua jabatan dan agensi kerajaan, termasuk Parlimen, Dewan
> Perundangan
> yang paling tinggi ini haruslah menerima dan melaksanakan Kod Amalan
> Untuk
> Mencegah dan Membasmi Gangguan Seksual di Tempat Kerja tersebut,
> untuk
> menunjukkan Kepemimpinan Melalui Teladan, suatu slogan yang pernah
> dipakai
> oleh kerajaan BN seketika dahulu. Ini akan menunjukkan  bahawa BN dan
> juga
> Parlimen adalah serius dalam perang melawan gangguan seksual. dan
> menunjukkan Kod Amalan tersebut bukanlah suatu "lip service" kepada
> pengundi wanita sebelum Pilihanraya Umum sahaja.
> 
> Sekiranya Parlimen menerima Kod Amalan Untuk Mencegah dan Membasmi
> Gangguan
> Seksual di Tempat Kerja tersebut, maka kesemua Ahli-ahli yang
> Berhormat pun
> haruslah berhati-hati dalam ucapan mereka dan mempunyai sensitiviti
> jantina
> (gender sensitive) yang lebih tinggi, tingkah laku Ahli Berhormat
> dari
> Kinabatangan dan Ipoh Timur terhadap Ahli Berhormat wanita pun dapat
> ditangani melalui Kod Amalan ini walaupun Kinabatangan dan Ipoh Timur
> menggunakan pelbagai alasan untuk menjustifikasi perkataan dua makna
> yang
> diutarakan oleh mereka, tetapi penjelasan mereka adalah amat susah
> diterima. Saya mempunyai kawan Melayu dari Sabah, dia menafikan
> bahawa
> Orang Sabah bercakap begini, mereka berkata bahawa kata-kata
> Kinabatangan
> ini memang telah memalukan Orang Sabah, dan kata-katanya juga telah
> mencemarkan Bahasa Malaysia!  Memandangkan Kinabatangan pernah
> mencadangkan
> bahawa mereka yang tidak dapat menguasai Bahasa Malaysia dengan betul
> tidak
> harus dijadikan calon dalam Pilihanraya Umum, jadi saya pun
> mencadangkan
> kepada kerajaan bahawa Kinabatangan harus dibuang sebagai calon dalam
> Pilihanrayan yang akan datang kerana beliau tidak dapat menguasai
> Bahasa
> Malaysia dengan betul. Walaupun Ipoh Timur berkata bahawa beliau
> tidak
> bercakap begini di dalam dewan, tetapi kenapakah beliau hanya sedar
> bahawa
> dia tidak cakap begini selepas satu minggu dan selepas beliau membuat
> justifikasi di media??
> 
>  Tuan yang diPertua, saya sendiri merupakan seorang mangsa gangguan
> seksual
> selepas saya dipilih menjadi Ahli Parlimen, saya menerima ugutan
> telefon
> daripada seorang lelaki yang kata ingin merogol saya. Saya membuat
> laporan
> polis pada 20 Disember tahun lepas,  tetapi polis tidak menjalankan
> siasatan selama 3 minggu pada mulanya dengan alasan mereka tidak
> mendapat
> Order To Investigate (OTI). Lepas itu, saya diberitahu oleh pegawai
> khas
> kepada  Peguam Negara melalui surat yang bertarikh 27 Januari 2000
> bahawa
> pihak polis hanya memohon OTI daripada DPP Selangor pada hari media
> menyiarkan sidang akhbar saya berkenaan hal tersebut, iaitu pada 13
> Januari
> 2000. 
>  
>  Selain itu, pihak polis mengklasifikasikan kes saya di bawah seksyen
> 509
> Kanun Penjenayahan ataupun Penal Code, iaitu  "Word or gesture
> intended to
> insult the modesty of a person" yang membawa denda yang lebih ringan
> dan
> menghendaki polis mendapat OTI untuk menyiasat, kes saya sepatutnya
> diklasifikasikan di bawah fasal 503 dalam Penal Code, iaitu di bawah
> "Ugutan Penjenayah"/ Criminal Intimidation, yang mana polis boleh
> menjalankan siasatan tanpa memerlukan Order to Investigate daripada
> DPP dan
> mengenakan hukuman yang lebih berat terhadap pesalah. Klasifikasi kes
> saya
> membayangkan sikap lazim polis terhadap aduan gangguan seksual
> daripada
> pengadu wanita. 
>  
>  Kalau saya sebagai seorang Ahli Parlimen menghadapi layanan sebegini
> daripada pihak polis, macam mana dengan nasib beribu-ribu wanita yang
> mungkin menghadapi nasib yang sama seperti saya di seluruh negara
> yang
> tidak tahu apa yang perlu buat? Kalau Ahli Parlimen wanita menghadapi
> gangguan seksual semasa memberi ucapan di dewan yang mulia, macam
> manakah
> beribu-ribu wanita biasa yang lain? 
> 
> Tuan Yang Dipertua, kerajaan harus meminda fasal 509 dalam Kanun
> Penjenayah/ Penal Code supaya pihak polis boleh menyiasat kes-kes
> yang
> diklasifikasi di bawah fasal ini tanpa merujuk kepada Timbalan
> Pendakwaraya
> (DPP) untuk mendapat Order to Inviestigate. Saya difahamkan bahawa
> ramai
> mangsa gangguan seksual wanita dan juga mangsa penganiayaan
> rumahtangga
> (demestic violence) juga menghadapi nasib yang sama di bawah fasal
> ini,
> kerana polis selalu mengenepikan aduan mereka dengan alasan tidak
> menerima
> arahan untuk menyiasat daripada DPP.
>  
>  Tuan Yang diPertua,  Kod Amalan Untuk Mencegah dan Membasmi Gangguan
> Seksual di Tempat Kerja memanglah tidak cukup untuk memelihara
> martabat
> wanita di tempat kerja mereka, kerana Kod Amalan ini tidak mempunyai
> kuasa
> undang-undang ataupun enforcement power. Saya ingin menyeru kerajaan
> BN
> supaya membentangkan suatu Rang Undang-undang Anti Gangguan Seksual
> di
> Parlimen untuk menggantikan Kod Amalan tersebut, seperti apa yang ada
> di
> UK, Amerika Syarikat dan negeri-negeri lain supaya mereka yang
> mencabuli
> martabat seseorang insan, samada dia wanita ataupun lelaki boleh
> didakwa
> dan menghadapi akibat undang-undang. Selain itu, dengan adanya Akta
> Anti-Gangguan Seksual ini, gangguan seksual pun tidak akan dihadkan
> pada
> tempat kerja sahaja, tetapi ia boleh diperluaskan ke semua sektor,
> termasuk
> korporat-korporat, rumahtangga, kampus, tempat-tempat awam, panggilan
> telefon yang lucah dan juga Parlimen. 
> 
> Saya berharap HAWA akan menunaikan janjinya untuk meminda
> undang-undang
> yang tidak bermanfaat terhadap kaum wanita seperti apa yang
> dijanjikan
> dalam Pelan Tindakan Pembangunan Wanita dengan secepat mungkin, dan
> saya
> menyeru HAWA akan menyokong cadangan saya untuk mengadakan Akta
> Anti-Gangguan Seksual di negara kita ini dengan secepat mungkin.
> 
> Semasa kita membuat persediaan menyambut Hari Wanita Antarabangsa
> pada 8
> Mac 2000, kita haruslah mengingati Lim Guan Eng, bekas Ahli Parlimen
> Kota
> Melaka yang  telah dipenjarakan selam 18 bulan dan kehilangan status
> sebagai Ahli Parlimen.  
> 
> Saya tidak faham kenapakah penghakiman bertulis oleh Mahkamah
> Persekutuan
> masih belum disediakan selepas Guan Eng dibebaskan dari penjara.
> Apakah
> asas sistem perundangan di Malaysia bahawa seseorang harus tahu sebab
> apakah dia dihukum penjara? Manakah justifikasi bila penghakiman
> masih
> belum dikeluarkan sehingga hari ini untuk seseorang Ahli Parlimen
> yang
> dipenjarakan pada 25 haribulan Ogos 1998.
> 
> Beliau adalah seorang Ahli Parlimen yang baik dan professional. Dalam
> tempoh 3 penggalnya dalam Parlimen, beliau telah mengambil perbahasan
> dengan bernas dan pintar, maka kemampuan beliau, khususnya dalam
> bidang
> ekonomi dan kewangan adalah diakui umum.
> 
> Lim Guan Eng merasa kepahitan dan penderitaan yang dialami oleh
> rakyat,
> malah baginya kerelaan membela rakyat tidak mengira kaum inilah
> keistimewaan beliau,  ini juga diakui oleh kaum Melayu sendiri kerana
> beliau bersedia dipenjarakan untuk kaum Melayu. Beliau selalu tampil
> ke
> depan menegakkan keadilan sehingga beliau sendiri terkorban.
> 
> Beliau sekarang kehilangan  semua dan terpaksa melalui penderitaan
> yang
> tidak terhingga oleh kerana telah melakukan kebenaran. Rakan-rakannya
> baik
> di dalam pembangkang dan kerajaan akan faham betapa pahit
> penderitaannya
> bila merengkok di dalam penjara dengan bandannya sakit dan terpisah
> daripada keluarga tersayangnya.
> 
> Saya ingin mengeluarkan simpati dan solidariti terhadap Lim Guan Eng
> yang
> merupakan pemimpin anak watan negara yang berjiwa rakyat dan tidak
> mengenali perkauman. Keberanian dan ketabahan membela kebenaran akan
> dicatit dalam sejarah nanti.
> 
> Saya berharap kerajaan bolehlah sedar tentang sokongan yang diberikan
> oleh
> rakyat terhadap keadailan dan kebenaran di mana 300,000 rakyat
> Malaysia
> daripada pelbagai kaum telah menandatangani petisyen meminta Lim Guan
> Eng
> diampunkan dan dipulihkan segala hak sivil dan politiknya, dan
> menyahut
> saranan rakyat terhadap kes beliau.
> 
> 
> Teresa Kok
>  
> 
> 
> 
__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Talk to your friends online with Yahoo! Messenger.
http://im.yahoo.com

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Pabiyen Sitok <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke