*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamualaikum,

Saya mula mengikuti perkembangan Mujahid Agung kelahiran bumi
Malaya ini sejak Utusan Malaysia menyiarkan gambar dan berita di
muka hadapan sekitar pertengahan tahun 2001 yg lalu, mengenai apa yg dikatakan 
sebagai penglibatan Taufik dan rakan-rakannya dalam apa yg dikatakan sebagai 
kumpulan KMMM (Kumpulan Militan Mujahidin Malaysia) yg dikatakan terlibat
dalam pembunuhan Dr Joe Fernandez, aktivist Kristian terulung di sebelah
utara. Sejak Utusan Malaysia menyiarkan gambar bro Taufik dengan topi
barretanya (seiras wajah mujahid chechnya al-syahid ibnu khattab), saya
sentiasa tertunggu-tunggu berita lanjut mengenai hamba allah yg menjadi
idola saya ini. Saya bukan ahli KMM dan tidak pernah kenal sesiapa antara
mereka; saya hanyalah sebahagian drpd jutaan ummat Islam Malaysia yg mengikuti
dengan penuh minat kisah ahli-ahli KMM ini; mungkin tulisan saya ini mampu
mewakili suara hati sebahagian besar mereka-mereka yg menjadi peminat setia
'drama KMM' ini, atas tujuan itulah saya mencoretkan luahan rasa di sini.

Apabila Harian Metro sekitar minggu lepas (first week of May 02)
menyiarkan laporan bahawa Taufik telah dijatuhkan hukuman mati oleh
Mahkamah Megawati yg pro-Kristian di Indonesia, dikuti dengan sinopsis
ringkas mengenai kejadian pengeboman di Pusat Membeli Belah di Plaza
Atrium, di mana Harian Metro sendiri melaporkan bahawa bom itu meletup dalam
misi Taufik dan rakan-rakannya sedang menuju ke sebuah kedai di
Plaza tersebut yg dikenal pasti menjadi pejabat/pangkalan oleh puak2
aktivist Kristian untuk membantu 'tentera-tentera salib' mereka di
Maluku, maka berdetik terus di sudut hati kecil saya bahawa Taufik
terkandas ketika sedang dalam misi jihad fi sabilillah, tidak ada
sebarang keraguan mengenainnya.

Laporan Harian Metro itu dengan sendirinya menidakkan tuduhan bahawa
Taufik dan rakan-rakannya sedang cuba membuat huru hara dengan membunuh
orang awam yg tidak berdosa. Laporan Harian Metro ini juga menjadi bukti 
bahawa
Taufik dan rakan-rakannya memang sedang berada di jalan jihad, dalam 
perjalanan dari Maluku ke pengkalan puak2 kuffar berkenaan untuk 
menyempurnakan agenda yg
tak akan selesai di bumi Maluku selagi mana kubu/markaz utama yg menjadi nadi 
penggerak musuh tidak dimusnahkan.

Tentunya, tiada keraguan lagi, insyaallah kematian Taufik di hujung senapang 
kerajaan Megawati yg pro-Kristian ini nanti akan ini akan dikira sebagai 
syahid di mata mereka-mereka yang berilmu. Syahid yg beliau kejar dari Moro ke 
Afghanistan, rupa-rupanya ditemui beliau di bumi Jakarta.

Moga kematian beliau ini akan memberi inspirasi kpd anak-anak muda
di seluruh nusantara; sesungguhnya suka atau tidak, janji Rasul bahawa
di setiap zaman akan sentiasa lahir anak-anak muda yg akan bangun menyatakan
kebenaran, bangun menegakkan agamaNya adalah benar dan nyata.

Taufik adalah bukti benar di hadapan kita!

Sayangnya diri yg menulis ini sudah dimamah usia, alangkah indahnya
jika di kala usia setara beliau, masa yg terbuang dengan segala jenis
aktiviti yg sia-sia dan lagha itu dihabiskan bersama-sama dengan orang2
seperti mereka. Mudah-mudahan putera-puteraku nanti, bila dewasa kelak
akan meneruskan jejak-jejak mereka, terus menghidupkan janji rasul seperti yg 
dijanjikan.

'walatahsaban nallazi nak qutilu fi sabilillah hi amwata..bal AHYA...'

Apakah kamu ingat mereka yg gugur syahid di jalan Allah itu mereka
benar-benar mati?....tidak, bahkan mereka itu Hidup Mendapat Kurniaan
di Sisi Allah.

Ini adalah janji yang benar untukmu saudaraku Taufik!

Wassalam


RENCANA: Utusan Malaysia 12/5/2002

Bahaya militan Islam - Bagaimana Taufik Abdul Halim menjadi
manusia ganas
 
Oleh Najibah Hassan dan Habibah Omar
TAUFIK ABDUL HALIM yang dijatuhi hukuman mati oleh sebuah mahkamah di 
Indonesia baru-baru ini adalah contoh seorang anak muda Malaysia yang menjadi 
mangsa gerakan militan Islam.

Taufik, 27, kini kudung kaki kanannya. Dia akan ditembak mati tidak lama lagi 
jika rayuannya gagal.

Perbuatan jenayahnya mengebom beberapa tempat di Jakarta bagi menimbulkan 
masalah keselamatan di ibu kota Indonesia itu begitu serius sehingga Ketua 
Majlis Hakim, Panusunan Harahap menegaskan bahawa Taufik melakukan ``perbuatan 
jahat yang bertentangan dengan undang-undang, moral, agama dan tatasusila 
serta sengaja mengadu-domba sesama umat beragama di Indonesia.''

Taufik sebenarnya mempunyai kaitan secara langsung dengan Kumpulan Militan 
Malaysia (KMM) yang kini telah ditumpaskan oleh polis Malaysia.

Di sebalik jenayah itu, tidak ramai orang tahu bahawa 15 tahun lalu Taufik 
ialah seorang pelajar yang cemerlang dalam pelajaran.

Dia mendapat keputusan 5A dalam peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah 
(UPSR).

Ketika itu kawan-kawan dan saudara-maranya di Kluang dan Muar, Johor percaya 
bahawa Taufik mempunyai masa depan yang cerah. Dia akan menjadi orang yang 
berjaya.

Bagaimanapun dia kecundang di tengah jalan agama yang berliku.

Pengaruh gerakan militan bertopengkan Islam telah memusnahkan orang seperti 
Taufik dan beratus-ratus lagi rakannya di Malaysia dan Indonesia.

Ahmad Hashim, gurunya ketika dia menuntut di Sekolah Menengah Agama Kluang, 
tidak pernah melihat perubahan luar biasa pada Taufik ketika dia belajar di 
sekolah itu.

``Mungkin ketika saya mengajar mata pelajaran Bahasa Arab ketika itu, Taufik 
masih muda. Dia baru berumur 14 tahun dan saya sukar melihat kecenderungannya.

``Bagaimanapun, dia seorang pelajar yang baik, pendiam dan dikategorikan 
sebagai pelajar cerdik,'' kata Ahmad, 53, ketika ditemui baru-baru ini.

Salehuddin Said, salah seorang rakan rapat Taufik, mengenali Taufik sebagai 
seorang yang cenderung berdebat mengenai agama.

Sikap Taufik yang gemar menyendiri, kata Salehuddin, menyebabkan Taufik tidak 
mempunyai kawan rapat biarpun setelah mereka melanjutkan pelajaran ke Maahad 
Johor di Johor Bahru.

Hubungan mereka terputus setelah Salehuddin melanjutkan pelajaran ke Jordan 
dan Taufik pergi ke Pakistan.

Menurut Salehuddin, Taufik seorang yang tegas tetapi lembut ketika berbicara. 
Dia pernah cenderung kepada gerakan tabligh yang ketika itu menjadi ikutan 
pelajar senior di Maahad Johor.

``Saya rasa ada kemungkinan dia menjadi ekstrem ketika menuntut di Pakistan,'' 
katanya.

Hamidon Abdullah, yang pernah berjiran dengan keluarga Taufik di Kluang 
menjelaskan, pemuda kurus itu adalah seorang yang tidak pernah meninggalkan 
sembahyang. Dia taat kepada perintah orang tua.

Taufik akan mengikut apa yang disuruh oleh bapanya. Dia cuma pernah sekali 
ditampar oleh bapanya kerana menghisap rokok iaitu perbuatan yang tidak 
disukai oleh bapanya.

``Taufik yang saya kenali dulu tidak pernah berlaku biadab dan sering mengucap 
salam apabila bertemu dengan saya,'' katanya yang selalu mengunjungi rumah 
Taufik apabila bapanya terlibat dalam kemalangan.

Guru dan rakan-rakannya mungkin tidak dapat melihat perubahan dalam diri 
Taufik, tetapi sejak berusia 10 tahun, dia telah didedahkan oleh keluarganya 
kepada gerakan tabligh dan ceramah-ceramah agama oleh kumpulan tertentu.

Malah banyak pihak percaya Taufik sebenarnya direkrut untuk menjadi militan 
oleh abang iparnya, Zulkifli Abdul Khir yang kini dicari oleh polis Malaysia 
kerana disyaki menjadi ketua sel KMM di Selangor.

Zulkifli membawa Taufik terlibat dalam ceramah-ceramah agama oleh guru agama 
militan dari Indonesia seperti Abu Bakar Bashir dan Hambali yang kedua-duanya 
sedang diburu oleh pihak berkuasa Malaysia.

Menurut sumber, selepas tamat tingkatan enam pada hujung tahun 1993, Taufik 
telah dihantar oleh keluarganya ke Pakistan untuk belajar agama.

Di sana dia telah bertemu dengan rakan-rakan dari Malaysia, yang kebanyakannya 
merupakan lulusan sekolah pondok.

Setelah berpindah dari sebuah bandar ke sebuah bandar, dia berjaya mendapat 
tempat belajar di Pakistan dan di sana dia dilindungi oleh Massa-Pakindo iaitu 
sebuah pertubuhan pelajar-pelajar Malaysia di Pakistan dan India.

Tetapi tidak lama selepas berada di Pakistan, Taufik jatuh sakit, dipercayai 
menghidap malaria. Dia dimasukkan ke sebuah hospital tentera di Muzaffarabad.

``Ketika terlantar di hospital itu, dia melihat militan-militan Kashmir 
terbunuh dan cedera. Apa yang dilihat di hospital itu menukar Taufik. Itulah 
titik peralihan perubahan dirinya,'' kata satu sumber.

Sejak itu Taufik menjadi nekad. Dia mula menyertai kawan-kawannya melawat 
kem-kem tentera di Afghanistan untuk belajar menggunakan pistol, raifal dan 
senjata penangkis kapal terbang.

Dalam satu kunjungan ke sana, dia diajar cara-cara membuat pelbagai jenis bom, 
satu kemahiran yang beberapa tahun kemudian menyebabkan kakinya kudung dan 
hidupnya sengsara hingga ke akhir hayat.

Taufik amat bijak kerana dia tidak perlu menulis nota ketika belajar kepakaran 
itu. Itulah sebabnya polis Malaysia menyifatkan dia seorang pakar membuat bom.

Setelah dua kali berlatih di kem tentera di Afghanistan, Taufik pergi sekali 
lagi ke Afghanistan pada tahun 1996, tetapi latihan yang diterimanya di kem 
itu terlalu berat.

Menurut sumber, dia lari dari kem itu tetapi dalam perjalanan ke Rawalpindi 
dia ditahan oleh tentera Pakistan kerana tidak mempunyai dokumen perjalanan.

Polis Malaysia diberitahu oleh pihak berkuasa Pakistan tentang penahanan 
tersebut.

Selepas beberapa bulan ditahan di penjara Pakistan, Taufik dihantar pulang ke 
Malaysia.

Setibanya dia di lapangan terbang Kuala Lumpur, dia ditahan di bawah Akta 
Keselamatan Dalam Negeri (ISA), disoal siasat, dan hanya dibebaskan selepas 
dua bulan.

Selepas itu Taufik meneruskan pengajian di sebuah kolej swasta di Kelana Jaya 
dan kemudiannya memasuki Universiti Teknologi mara (UiTM), Shah Alam.

Tetapi dia gagal menamatkan pelajarannya, kali ini dipercayai tertipu dengan 
gerakan militan KMM sel Selangor yang dianggotai oleh abang iparnya Zulkifli. 
Gerakan itu berpusat di Puchung.

Taufik yang mahu meneruskan `jihad' yang mula dipupuk di Pakistan pada tahun 
2000 telah dengan sukarela menyertai kumpulan 10 lelaki ahli KMM pergi ke 
Ambon.

Mereka terperangkap dengan seruan Abu Bakar Bashir dan Hambali kononnya mereka 
perlu berjuang bersama-sama pertubuhan bernama Jemaah Islamiah bagi 
menyelamatkan umat Islam yang ditindas oleh orang Kristian di wilayah itu.

Mereka memasuki Ambon dengan menaiki kapal laut dari Sabah. Selepas beberapa 
ketika berada di Ambon, Taufik dan beberapa ahli KMM lain telah menyelinap ke 
Jakarta untuk meneruskan tindakan militan mereka.

Satu sumber Indonesia memberitahu, di Jakarta dia telah melakukan siri 
serangan sehinggalah ditangkap ketika cuba mengebom pusat membeli-belah Plaza 
Atrium.

Polis Malaysia pula percaya Taufik mula terpesong ketika dia belajar dan 
berkawan di Pakistan, yang diburukkan lagi oleh asuhan sejak kecil, dan 
kemudian disemarakkan oleh orang seperti Zulkifli, Abu Bakar Bashir dan 
Hambali.

Nama Taufik dalam KMM muncul selepas satu kejadian rompakan di Southern Bank 
Petaling Jaya tahun lalu yang menyaksikan tiga anggota KMM mati ditembak. 
Difahamkan mereka merompak bank itu untuk mengirim wang kepada kumpulan Taufik 
di Ambon dan Jakarta.

Polis tidak menyangka Taufik yang pernah ditahan di bawah ISA masih berminat 
untuk meneruskan tindakan militannya melalui KMM selepas dibebaskan pada bulan 
Disember 1996.

KMM merupakan kumpulan militan Malaysia yang diperalatkan oleh dua pendakwah 
Indonesia iaitu Abu Bakar Bashir dan Hambali untuk mencapai matlamat 
pembentukan Daulah Islamiah Raya di Asia Tenggara.

Sebenarnya KMM tidak pernah tahu bahawa dua lelaki itu yang mempunyai taraf 
penduduk tetap di negara ini mempunyai hubungan dengan gerakan pengganas 
Al-Qaeda.

Bagaimanapun, ketika KMM mula ditumpaskan di Malaysia, dan berpuluh-puluh 
rakan Taufik ditangkap di Kuala Lumpur, Taufik tidak ditemui kerana dia berada 
di Jakarta ketika itu.

Kesukaran pihak Malaysia mengesan Taufik juga disebabkan dia menggunakan nama 
samaran. Selain menggunakan nama Dany, dia juga dipanggil Abdullah. Sebelum 
itu di Pakistan dia dikenali dengan nama lain.

Itulah Taufik, anak muda yang terlalu ghairah untuk berjuang di jalan agama 
dengan hasutan topeng militan yang berbahaya.

Salah seorang guru sekolah Taufik, Ahmad Hashim, mengingati bekas anak 
muridnya itu dengan berkata, ``Bagi saya jika kita hendak berjihad, maka lebih 
baik kita berjihad dengan mengembangkan agama yang lebih bagus daripada 
merosakkan harta benda dan nyawa manusia.''

Beliau bukannya mengkritik perjuangan Taufik, tetapi kesal dengan kekeliruan 
bekas anak muridnya itu dalam memahami erti jihad yang sebenar.

Hukuman tembak yang bakal dijalani oleh Taufik memang berat, namun itulah 
takdir yang menunggu seorang anak muda bijak yang telah terpedaya.

Tiada lagi jalan untuk dia kembali.

-


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Ahmad Baharudin Kasbi <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke