*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Umno rancang terbit semula 'Merdeka' dengan nama baru

KUALA LUMPUR -- Umno bercadang menghidupkan semula
akhbar lidah rasmi parti itu yang dihentikan
penerbitannya dalam 1987 untuk memberi maklumat
terkini mengenai kegiatan parti dan menjelaskan
pendirian parti kepada para anggotanya, menurut
laporan semalam. 
Akhbar itu yang dahulunya diberi nama Merdeka, akan
dilancarkan tidak lama lagi dengan sebuah nama baru
sebagai saluran dedikasi bagi menyampaikan pandangan
pucuk pimpinannya mengenai politik parti, kata
Timbalan Perdana Menteri yang juga timbalan presiden
Umno, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. 

"Anggota (Umno) perlu tahu apa pendirian parti
mengenai pelbagai isu... Kita tidak boleh menyiarkan
kesemua ini dalam akhbar harian setempat, tetapi
akhbar parti boleh berbuat begitu," demikian Datuk
Seri Abdullah dipetik sebagai berkata oleh akhbar New
Sunday Times. 

Merdeka diterbitkan buat pertama kali dalam 1950-an. 

Ia dihentikan penerbitanya pada 1969 tetapi kemudian
dihidupkan semula pada 1978 sehingga 1987. 

Menurut Datuk Seri Abdullah, kekerapan penerbitan
Merdeka akan bergantung kepada keadaan. 

"Jika ada banyak isu, ia akan diterbitkan lebih kerap.
Parti kita besar dan anggota kita ramai, jadi ada
banyak perkara yang perlu disampaikan," tambahnya. 

Beliau menafikan bahawa langkah menghidupkan kembali
Merdeka bertujuan menyaingi rencana antikerajaan yang
ditulis dalam Harakah, akhbar dwimingguan lidah rasmi
Parti Islam SeMalaysia (PAS). 

Datuk Seri Abdullah yang juga Menteri Dalam Negeri,
berkata permohonan PAS menerbitkan harian Purnama
"belum sampai kepada saya". -- AFP. 


=====
COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM
__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Talk to your friends online with Yahoo! Messenger.
http://im.yahoo.com

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: counterbalance <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke