Back to PEMANTAU - http://pemantau.tripod.com
 
 
 
Umno tidak relevan bagi orang Melayu dalam alaf baru.
 
Pertama sekali kita perlu lihat era Umno ditubuhkan. 1946 adalah suatu zaman yang betul-betul memperjuangkan kemerdekaan Tanah Melayu. Umno telah
mengambil kesempatan ini bagi menggantikan parti-parti politik ketika itu yang benar-benar berlandaskan Melayu dan Islam tetapi British telah mengharamkan
parti-parti ini. Inilah kesempatan Umno dengan berkompromi dengan British atas kemahuan British sendiri. Jadi tidak syak lagi sejak dulu lagi Umno tidaklah sebegitu
cenderung memperjuangkan ketuanan Melayu. Sejak dari waktu itu lagi, mereka sudah bekerja sama dengan MIC dan MCA. Apa tujuan sebenarnya? Jelas ini
adalah sebagai salah satu syarat kompromi dengan British untuk dapatkan kemerdekaan yang dijanjikan. Lihat juga syarat-syarat yang telah dimeterai dengan British
untuk capai kemerdekaan.
 
Apa yang Umno buat sebenarnya hanyalah menangguk diair keruh semasa itu dan mengambil kesempatanpengharaman kepada parti-parti politik terkemuka masa
itu, seperti Hizbul dll.
 
Sekarang kita balik kepada perjuangan Umno kini, yang diheboh-hebohkan sebagai parti ketuanan Melayu. Hilang Umno, hilanglah ketuanan Melayu. Persoalannya
sekarang, dimanakah ketuanan Melayu yang dibanggakan itu? Siapa sebenarnya yang menjadi tuan ? Kita boleh lihat Lim Leong Sik, Samy Vellu, Lim Kheng Yaik,
Ananda Krishnan, Vincent, Eric Ting dan ramai lagi yang nama-nama mereka serupa yang disebutkan tadi yang lebih berkuasa dari menteri-menteri Melayu kita. Dan
tidak ada seorang pun Menteri MELAYU yang berani menyebut nama-nama ini. Apatah lagi bersemuka dengan mereka. So, dimana ketuanan atau pertuanan
Melayunya. Anak-anak kita yang banyak pulang dari luar negara selepas belajar disana, apa sudah jadi. Masih banyak yang menganggur, banyak yang masih makan
gaji dengan TUAN-TUAN MELAYU ini? Apakah ini yang digembargemburkan sebagai ketuanan Melayu. Lihat sahaja penghuni-penghuni pusat serenti. Siapa yang
paling banyak disumbat disana?
 
Kes-kes remaja seperti lepak, maksiat. murtad, dan lain-lain lagi. Golongan manakah yang paling banyak? Apakah ini yang kita banggakan sebagai ketuanan
Melayu.
 
Kita sudah merdeka selama 42 tahun dan Umno yang menerajui kerajaan hingga kini dan mempersoalkan ketuanan Melayu akan hilang jika Umno kalah dalam
pilihan raya ke-10.
 
Kalau inilah keadaan ketuanan Melayu yang hendak diperjuangkannya, adalah lebih baik Malaysia ini diperintah oleh bangsa asing. Baru-baru ini, kita telah
dikejutkan dengan berita-berita Rahim Thamby Chik, Rafidah Aziz, Aziz Samsudin, Daim, Megat Junid dan ramai lagi , dengan salah laku seks, rasuah, salah guna
kuasa, pembunuhan. Kemudian timbul pula soal Pendakwa Raya enggan mendakwa kes-kes tertentu tetapi mendakwa kes-kes yang ada kepentingan dengan
pemerintah. Apa semua ini? Apakah dengan tindakan seperti ini kita menunjukkan ketuanan Melayu kita? Apa implikasi sebenar dengan tindakan dan keangkuhan
seperti ini? Ini perjuangan Umno? Ini ketuanan Melayu?
 
Fikirlah. Apakah benar Umno perjuangkan ketuanan Melayu. Apakah benar Umno masih diperlukan untuk orang Melayu.
 
Apakah Melayu akan hapus jika Umno tidak berkuasa. Apakah selama ini orang Melayu wujud kerana Umno wujud?
 
fwded by Firdaus
 
 
 
Back to PEMANTAU - http://pemantau.tripod.com
 
 

Kirim email ke