*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Utusan tidak gentar diboikot 

‘Ein Azmi 

7pm, KHA: Akhbar Utusan Malaysia tidak gentar terhadap
ugutan memboikot media yang dianjurkan oleh sekumpulan
pemimpin Barisan Alternatif, badan bukan kerajaan dan
kesatuan sekerja. Akhbar itu menganggap kempen boikot
sentiasa digembar-gemburkan tetapi tidak meninggalkan
apa-apa kesan. 

"Kami sudah biasa dan tidak gentar terhadap ugutan
mereka," kata Zalina Yahya, wartawan bahagian
pendidikan akhbar itu kepada malaysiakini. 

Semalam Jawatankuasa Monitor Media (JMM) yang
ditugaskan menjalankan kempen bagi pihak pakatan parti
pembangkang, NGO dan kesatuan sekerja itu telah
dibentuk. Jawatankuasa itu akan melaksanakan boikot
terhadap New Straits Times dan TV3, selain Utusan
Malaysia, tiga organisasi media utama yang disifatkan
"paling besar dosanya" kerana sanggup melakukan apa
sahaja demi kemenangan Barisan Nasional dalam
pilihanraya umum lalu. 

Isu memboikot media mula ditimbulkan selepas
pilihanraya umum lalu khususnya selepas Harakah
dirampas dan tidak dibenarkan dijual kepada umum akhir
bulan lepas. Kempen itu dipercayai disegerakan
berikutan pendakwaan editor tabloid PAS itu, Zulkifli
Sulong dan pemilik syarikat percetakannya, Chia Lim
Thye.

"Kami menyeru rakyat agar memboikot syarikat-syarikat
yang menyiarkan iklan di TV3. Tanpa sokongan para
pengiklan ini, TV3 tidak akan dapat terus wujud dan
melangsungkan kewartawanan yang tidak berakhlak," kata
Pengerusi JMM, Rustam A Sani, dalam satu risalah
bertajuk "Seruan Memboikot Media." 

"Kami juga mengemukakan amaran kepada akhbar-akhbar
dan stesen TV lainnya - yang sebenarnya hampir sama
sifatnya jika mereka terus mengamalkan kewartawanan
mereka yang keji itu," kata Rustam, yang juga Naib
Presiden Parti Rakyat Malaysia (PRM). 

Bagaimanapun, Jabatan Pemasaran Utusan tidak yakin
langkah JMM itu akan berkesan. 

"Kita tidak nampak keberkesanan boikot ini," kata
seorang pegawai jabatan itu yang tidak mahu dikenali
kepada malaysiakini. Pegawai itu juga menafikan
penurunan edaran akhbar harian tersebut kerana
peningkatan jualan tabloid PAS, Harakah. 

Menurutnya, edaran akhbar Utusan adalah antara yang
tertinggi di negara ini. Sebanyak 280,000 naskhah
diedarkan setiap hari. Edaran akhbar arus perdana ini
meningkat 310,000 seminggu menjelang pilihanraya umum
ke-10 lalu dan ia terus meningkat sehingga 400,000
selepas itu. 

"Justeru itu, tidak ada sebab pihak kami perlu
mengendahkan isu yang ditimbulkan oleh segelintir
pihak yang tidak berpuas hati," kata sumber itu lagi. 

Bagaimanapun, JMM tetap meneruskan majlis pelancaran
kempen tersebut yang dijadualkan pada 31 Januari ini.
Majlis itu dijangkakan dirasmi oleh pemimpin-pemimpin
utama BA. 

__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Talk to your friends online with Yahoo! Messenger.
http://im.yahoo.com

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Comb attt <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke