Washington tuntut siasat keatas rakyat Amerika yg terbunuh di Gaza
واشنطن تطالب بتحقيق في مقتل أميركية بغزة


Al-Jazeera.Net - 17-03-2003, waktu Mekah 05:44, waktu GMT 02:44

[Seorang Palestine di tahan didalam kenderaan tentera Israel di Hebron semalam]

Amerika Syarikat telah menuntut Israel agar melakukan penyiasatan yang segera mengenai pembunuhan aktivis Amerika oleh jentolak Israel di bandar Rafah, selatan Genting Gaza, didalam usaha merobohkan dan memusnahkan rumah-rumah pembangkang Palestine, menurut Kementrian Luar Amerika.

Kementrian Luar Negara Amerika Syarikat melahirkan dari "sedih yang mendalam" menyifatkan kematian aktivis Rachel Corey yang berbeza dengan rakyat Palestine sebagai tragedi. Kementerian telah menolak tuduhan terhadap kejadian tesebut, tetapi telah memaklumkan kepada Israel bahawa mereka mahukan penjelasan dan penyiasatan keatas kes tersebut.

Jurucakap diatas nama Kementerian, Louis Finto menjelaskan bahawa :

اتصلنا بالحكومة الإسرائيلية وطلبنا منها فضلا عن قوات الجيش الإسرائيلي إجراء تحقيق فوري وشامل عن ظروف هذا الحادث

"kami menghubungi pihak Kerajaan Israel dan menuntut pihak Tentera Israel melakukan operasi segera dan komprehensif telah penyiasatan mengenai sebab-sebab berlaku kejadian tersebut".

Tentera Israel menyifatkan pembunuhan aktivis Amerika semalam oleh jentolak Amerika di Rafah, Genting Gaza sebagai "kemalangan sedih". Didalam kenyataan tentera, askar Israel melahirkan perasaan sedih diatas pembunhan wanita Amerika dan menganggap kes ini sebagai "kemalangan" sementara aktivis-aktivis menuduh pasukan askar yang membunuhnya.

Berkata Dr Ali Moussa, Pengurus Hospital Abu Yusuf Al-Najaar di Rafah bahawa warganegara Amerika Rachel Corey (23 tahun) adalah "pasukan pendamai" berasal dari Washington terbunuh apabila jentolak Israel melanggarnya.

Jurucakap diatas nama Tentera berkata didalam kenyataannya :"Jentolak yang melanggar wanita tersebut telah memberi arahan larangan kepadanya tetapi beliau masih menuju kepada jentolak tersebut". Ia menegaskan bahawa :

"زاوية الرؤية لسائق الجرافة المدرعة كانت ضعيفة" وأنه "قد يكون لم يرها".

"penglihatan dari arah jentolak itu sangat kabur" dan ia berkata "kemungkinan dia tidak nampak nya [wanita tersebut]".

Jurucakap ketenteraan mejelaskan bahawa pemandu jentolak tidak meneruskan dan bahawa "penyiasatan belum tamat lagi". Kenyataan tersebut memaklumkan bahawa terdapat "berpuluh penunjuk perasaan memasuki zon larangan dan menghalang kerja-kerja askar"(عشرات المتظاهرين دخلوا في وقت سابق إلى المنطقة المحرمة وأعاقوا عمل الجيش).

Jentolak Israel telah memusnahkan rumah-rumah orang Palestine apabila terjadi kemalangan yang melibatkan aktivis Amerika sebagaimana yang diumumkan oleh Pegawai Palestine tempatan

2 Palestine terbunuh

Dari berita lain dari Sumber Perubatan Palestine mengumumkan bahawa seorang belia dan seorang rakyat Palestine telah syahid dan 3 yang lain telah cedera akibat tembakan peluru Tentera Israel di genting Gaza pada hari Ahad (semalam). Sumber perubatan menegaskan bahawa belia Mohammad Isa Abdul Hadi (18 tahun) telah syahid setelah terkena peluru penceroboh Israel di perutnya, di Kem Khan Younis.

Sumber itu mengatakan bahawa lebih dari 3 orang belia telah tercedera akibat peluru dan serpihan tembakan meriam Kereta Kebal Israel ketas rumah-rumah warganegara didalam kem. dimana sumber keselamatan melaporkan bahawa 2 rumah telah mengalami kemusnahan yg teruk setelah pengeboman pasukan pengebom Israel.

Di Rafah, sumber perubatan mengesahkan bahawa Ahmad Al-Najjar (43 tahun) syahid akibat dicederakan oleh beberapa tembakan di kepala, dada dan kaki oleh tentera Israel dirumahnya.


[Seorang Palestine sedang berbalah dengan askar Israel kerana dihalangnya pergi ke Timur Jerusalem]

Tambahan pula, sumber keselamatan mengatakan bahawa Askar Israel yang berpusat di penempatan askar berdekatan dengan kawasan kem pelarian Rafah Yam di Tel El-Sultan adalah "secara tidak rasional membuka tembakan kearah orang awam dikawasan tersebut"(فتحوا النار تجاه المواطنين المدنيين في المنطقة دون أي مبررات).

Di Ramallah, Penasihat Presiden Yassir Arafat berkata pada hari Ahad bahawa penutupan waliyah-wilayah Palestine adalah satu proses "mempercepatkan" dan "membahayakan" usaha antarabangsa melakuan proses keamanan kepada konflik Palestine-Israel.

Abu Rodaina menambah," Tindakan Israel, terakhir ini ialah menutup wilayah Palestine dan mengenakan sekatan perjalanan kepada warganegara Palestine dibawah 35 tahun bagi mempercepatkan proses tindakan yang merbahaya". Dan mengesahkan bahawa :"Kerajaan Israel yang ada sekarang merupakam kerajaan kanan yang ekstrim dan tidak pernah prihatin kepada apa-apa jalan yang dapat mempercepatkan proses pendamaian dan mereka memusnahkan proses keamanan.

sumber : http://www.al-jazeera.net/news/arabic/2003/3/3-17-3.htm

=========

Berita ANN : Sila klik : http://ann.al-ahkam.com.my/home/modules.php?op=modload&name=News&file=article&sid=33&mode=thread&order=0&thold=0

-wassalam-

- terjemahan oleh - [EMAIL PROTECTED]

جميع حقوق النشر محفوظة © شبكة أخبار الأحكام،2003



Do you Yahoo!?
Yahoo! Platinum - Watch CBS' NCAA March Madness, live on your desktop!

Kirim email ke