*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Banyak kisah-kisah Yahudi yang disebut dalam Al-Qur'an. Tujuannya
ialah memberitahu umat Islam bahawa Yahudi adalah satu bangsa
yang tidak amanah. Mereka mendakwa diri mereka adalah mulia
kerana menjadi umat pilihan Tuhan, tetapi perangai mereka tidak
mengikut ajaran kitab suci mereka sendiri (Taurat).

Apabila kita membaca tentang orang-orang Yahudi dalam Al-Qur'an,
ia menyatakan siapakah Yahudi itu sebagai satu bangsa. Jangan
kita fikir orang-orang Yahudi itu khususnya yang sekarang 
tinggal di Israil atau di Amerika Syarikat. Bangsa Yahudi menjadi
satu bangsa yang dimurkai Allah bukan kerana bangsa itu ialah
"Yahudi", tetapi PERANGAI bangsa itu yang angkuh dan sering
melanggar ajaran-ajaran Ugama. Lebih-lebih lagi bangsa itu
sudah jauh menyeleweng dari menjadi "umat pilihan" yang beriman
dan takut kepada Allah.

Dalam mana-mana bangsa sekalipun, khususnya bangsa Melayu,
PERANGAI "Yahudi" memang ada. Sifat-sifat "Yahudi" pada bangsa
itu ialah perangai mempersenda hukum-hukum Allah. Sebagai contoh,
perhatikan apa kata Al-Qur'an tentang ucapan "pembesar/pemimpin"
Yahudi di zaman Nabi:

Sesungguhnya Allah telah mendengar perkataan orang-orang (Yahudi)
yang mengatakan: " Bahwasanya Allah miskin dan kami ialah orang-
orang kaya..."(Ali 'Imran 3:181)

Sebab diturunkan ayat ini ialah untuk memberitahu umat Islam
tentang perangai angkuh "pembesar/pemimpin" Yahudi yang suka
mempersenda perjuangan umat Islam. Ketika itu Nabi mengarahkan
umat Islam memberi DERMA jihad untuk meneruskan perjuangan Islam.
Maka pembesar/pemimipin Yahudi mempersenda usaha mencari derma
yang dibuat oleh umat Islam. Kalau mereka berkata sekadar,
"lihatlah, orang-orang Islam miskin, mereka mencari bantuan
dan derma jihad" maka sudah cukup dengan ucapan mereka HANYA
mempersenda umat Islam.

Tetapi, mereka berkata, "..Allah miskin dan kami ialah orang-
orang yang kaya..", sungguhpun ucapan mereka seumpama itu
tidak BERNIAT mempersenda Allah, secara tidak langsung mempersenda
Allah juga. Memang tujuan kata-kata mereka sebagai satu senda-
gurau sahaja, tetapi di sisi Allah ia amatlah serius. Orang Yahudi
tidak percaya Allah itu miskin, tetapi SINDIRAN mereka terhadap
perjuangan Islam ITULAH seolah-olah mempersenda Allah.

UCAPAN pembesar/pemimpin Yahudi berunsur kekufuran. Mereka tidak
bertujuan mengatakan Tuhan adalah miskin, tetapi sindirin mereka
mengandungi unsur yang menyebabkan mereka menjadi kufur. Mereka
tidak sepatutnya berkata begitu, walaupun sebagai senda gurau
sesama mereka. Ucapan orang-orang Yahudi dalam ayat (Ali 'Imran 
3:181)..hampir sama dengan kata-kata gurauan orang-orang UMNO
yang berkata.."kalau sesiapa mahu makan sup kaki dan tangan
(manusia), silalah pergi ke Kelantan apabila Nik Aziz menjalankan
hukum Hudud."

Tambahan pula, Imam Al-Qurthubi dalam kitab tafsirnya menyatakan
bahawa ayat (Ali 'Imran 3:181) menegur alim-ulama Yahudi yang
hanya diam sahaja apabila mendengar pembesar/pemimpin mereka
mengucapkan kata-kata "kufur". Alim-Ulama Yahudi tidak menegur
perbuatan dosa pembesar/pemimpin Yahudi, oleh itu mereka turut
sama mendapat dosa. Berkaitan dengan ayat (Ali 'Imran 3:181)
kita dapat melihat dalam Malaysia ini, alim-ulama (Islam) yang
pro-UMNO tidak berani menegur ucapan-ucapan kufur yang diucapkan
oleh pembesar/pemimpin UMNO. Contohnya ialah, apabila bekas
Ketua Polis Negara, Haniff Omar yang menjadi boss kelab judi
di Genting Highlands pernah berkata, "tidak ada ayat dalam Al-
Qur'an yang mengharamkan judi", maka alim-ulama yang pro-UMNO
diam sahaja.

Begitu juga apabila Dr Mahathir mengatakan hukum bunuh bagi
orang yang murtad tidak ada dalam syariat Islam, maka alim-
ulama di IKIM dan Pusat Islam tidak berani memperbetulkan
"silap-faham" Dr Mahathir itu. Sebab itulah akhbar dan TV
tidak ada menyiarkan pengakuan Dr Mahathir bahawa dia sudah
tarik-balik ucapan "kufur" dia itu dan sudah bertaubat.

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Tiger <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke