*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Sikit demi sikit, pengikisan nilai Islam dilakukan
oleh pemimpin umno.  Pengikisan nombor wahid ialah
pengikisan rasa kagum dengan Islam.  Ini dipelopori
oleh si bapa sekuler negara. Dari hukum hudud, ke
sunnah Nabi, ke Ulama, ke soal syurga, semua di
persenda si bapa pembohong negara.  Ulama umno diam
macam cencorot.  Orang umno tumpang gelak.      

Rasa gerun untuk berbuat zalim sedang dikikis
pelan2.  Di kepalai oleh dolah si kaki ampu yang
teringin sangat nak jadi piem.  Di sokong kuat oleh
si norian yang lupa daratan, yang menyalahguna kuasa 
ditangan. Apakah dolah dan norian lupa bahawa perkara
sebesar zarrah pun akan diambil kira. Inikan pula
menyeksa, menzalimi hanba2 Allah yang tak bersalah. 
Didepan Allah pun ada perbicaraan.  Didunia ni dolah
dan norian kata tak payah bicara.  Gayanya macam nak
lawan Allah aje.    

Gejala sosial paling teruk berlaku dizaman si bapa
fitnah negara. Tahniah diatas usaha2 pemimpin umno
yang mengikis rasa malu dari muda-mudi.  Kalau ada
jabatan agama tangkap orang buat tak senonoh, makcik2
umno yang tudung nampak jambul awal2 lagi menyatakan
bangkangan.  Makcik2 kaki ampu ini lupa bahawa
disebalik muka licin yang diconteng untuk nampak muda
itu, kulit2 semakin berkedut menandakan usia sudah
tua.  Tidakkah mereka risau anak cucu mereka satu
hari nanti akan terperangkap dengan gejala sosial
macam black metal.   Tak cukup dengan concert siti,
scorpion dijemput. Itu belum cakap pasal e-village
lagi.  Dan yang memenuhi stadium ialah anak orang2
melayu yang bapa haprak negara dikata pemalas asyik
nak minta aje.

Kemana perginya kewarasan fikiran orang2 umno. 
Seolah2 dah jadi lembu cucuk hidung.  Khabarnya
mereka ini  pejuang bangsa yang bersedia bermandi
darah jika bangsa di hina dikeji.  Keris sebilah pun
dah tak bersarung.  Keris plastik rupanya.   Setiap
perhimpunan agung, bermadah berpantun macam datuk
hang tuah.  Di luar dewan jadi hang buah rupanya -
cepat busuk dan masam semata2 sebab nak jaga periuk
nasi.   Boleh belahlah maruah.......

-- 

_______________________________________________
Talk More, Pay Less with Net2Phone Direct(R), up to 1500 minutes free! 
http://www.net2phone.com/cgi-bin/link.cgi?143 



 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "mee goreng" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke