*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

------- Forwarded Message Follows -------

From:  Shamsul Kamal <[EMAIL PROTECTED]>

"Sesungguhnya hikmah Hari Raya di dunia ini adalah
merupakan satu peringatan terhadap hari raya di
akhirat.  Apabila engkau melihat orang-orang pada pagi
hari raya, sebahagian dari mereka ada yang pergi
(menunaikan sembahyang pada pagi aidilfitri) dengan
berjalan kaki, sebahagian lagi ada yang berkenderaan
(berbasikal, bermotokar atau berkereta mewah). Ada
dari kalangan mereka yang berpakaian sempurna
dan ada juga yang tidak berpakaian kemas.  Ada yang
berbaju indah dan ada yang berbaju biasa.  Sebahagian
ada yang ketawa riang namun sebahaglan yang lain
bersedih atau menangis.  MAKA INGATLAH perjalanan
dihari akhirat sewaktu kamu akan dibangkitkan di
padang mahsyar. Ingatlah keadaan kamu sewaktu kamu
digiringkan dari kubur ke padang mahsyar dan saat
ketika mana kamu melintasi titian sirat.  Adakah kamu
akan bergembira atau berdukacita?  Adakah kamu akan
tergolong dalam kumpulan orang yang berbahagia atau
sengsara.  Ingatlah!"


Assalammualaikum wbk.

Terlebih dahulu izinkan saya panjatkan rasa syukur dan
puji-pujian ke hadrat Allah swt. di atas restu dan
izinNya yang mengatur dan memberi kekuatan untuk terus
menyumbang dan bersama-sama para sahabat yang
dirahmati.  Selawat serta salam ke atas junjungan Nabi
Muhammad ibni Abdullah saw., kepada para ahli
keluarganya dan para sahabat baginda, para tabi'in dan
tabi' attabi'in serta seluruh muslimin dan muslimat
yang dirahmati dan dikasihi Allah swt.   Kepada semua
penggerak wadah egroups tercinta, saya doakan agar
kalian terus-terusan mendapat panduan, kerahmatan dan
bantuan dari Allah swt.  Tidak lupa juga salam
kerberkatan untuk semua sahabat yang lain yang
mencintai akan kebenaran dan memperjuangkan akan
keadilan.  Dan kepada sahabat yang bukan beragama
Islam, salam ceria dan sejahtera diucapkan.

Dengan izin barisan yang berusaha moderator, di sini
saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan
Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Maaf Zahir dan Batin
kepada seluruh muslimin dan muslimat. Sempena Hari
Raya Aidilfitri yang penuh kemuliaan ini, marilah kita
sama-sama saling memperteguh tali silaturahim di
antara kita dengan budaya kunjung mengunjungi dan
saling maaf bermaafan.  Di samping itu janganlah kita
lupa akan umatNya yang fakir dan miskin.  Yang
berkemampuan dan berkuasa itu, bersedekahlah dan
raikanlah hari kemenangan ini bersama-sama mereka yang
memerlukan.  Jangan biarkan hati mereka berasa tidak
adil dan tersisih.

Sahabat Rasulullah saw., Anas Bin Malik, memberitahu
bahawa Hari Raya bagi orang-orang yang beriman itu ada
lima.  Ertinya selain dari Hari Raya Aidilfitri dan
Aidil Adha yang disambut setiap tahun, sesunggubnya
ada lima hari raya lain yang merupakan hari kemenangan
bagi orang beriman.  Lima hari tersebut adalah :

1. HARI KEMATIAN - Iaitu orang yang beriman yang mati
dengan membawa bekalan amalan dan iman yang sempurna,
syahadah yang terpelihara dan aqidah yang bebas dari
tipudaya syaitan.

2. HARI MENERIMA SURATAN AMALAN - Apabila menerima
suratan amalan dari tangan kanan (atau mengikut
setengah riwayat dari hadapan), bermakna
akan berbahagialah dia dan akan ditempatkan dalam
golongan yang mendapat balasan syurga.

3. SAAT KETIKA MENYEBERANGI TITIAN SIRAT - Bagi orang
yang beriman,
apabila selamat menyeberangi titian sirat-almustaqim
yang terbentang dilautan neraka jahanam, adalah saat
atau hari raya baginya.

4. DAPAT MASUK SYURGA DAN SELAMAT DARI 'AZAB NERAKA -
Bagi orang mukmin, adalah merupakan hari raya baginya
apabila dapat memasuki syurga dan terselamat dari azab
api neraka.

5. HARI DI SAAT DAPAT MELIHAT WAJAH ALLAH swt. Dl
SYURGA - Saat paling gemilang dan kemuncak rahmat bagi
orang yang beriman di dalam syurga yang merupakan hari
raya mengikut kata Anas r.a adalah bilamana Allah
memperlihatkan wajahNya kepada penghuni-penghuni
syurga.  Tatkala itu Allah berfirman kepada
penghuni-penghuni syurga,  "Pada hari ini Aku telah
redha kepada kamu semua dan aku tidak akan murka
kepadamu buat selama-lamanya.  Terimalah kurniaan
nikmat yang Aku sediakan untuk kamu sekelian di syurga
ini".

Akhir sekali, kepada warga egroups yang akan bercuti
dan pulang ke kampung halaman bersama keluarga
masing-masing bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri,
sentiasalah berhati-hati ketika berada di jalan raya,
dan jangan jadikan Hari Raya Aidilfitri tahun ini
sebagai satu tragedi.

Di kesempatan ini juga, saya ingin mengucapkan Selamat
Menyambut Hari Krismas serta Selamat Menyambut Tahun
Baru 2002.

"Selamat Hari Raya Aidilfitri - Maaf Zahir dan Batin"

Wassalam dan Jazakalahu khairan katsira
wassalammualaikum wbk.

Shamsul Kamal bin Main

__________________________________________________
Melanggan? (FREE) : Send email to: [EMAIL PROTECTED]

Berhenti Melanggan : Hantar email kosong to: [EMAIL PROTECTED]

Laman Web Lenggang Kangkung: http://www.angelfire.com/ct/lk

Email lama Lenggang Kangkung Group: http://groups.yahoo.com/group/lk/messages

Download File dari Lenggang Kangkung Group: http://groups.yahoo.com/group/lk/files


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: [EMAIL PROTECTED]

Kirim email ke