*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Cerita isteri mangsa ISA

KUALA TERENGGANU, 6 Ogos - Isteri mangsa ISA, Alias Ngah memberitahu, 
seramai 10 orang polis telah datang ke rumahnya pada pagi Khamis 2 Ogos 
lepas untuk menangkap suaminya.

Menurut beliau, seorang guru sebuah sekolah menengah, pada masa itu Alias 
sedang menjaga anak-anak kerana beliau sendiri masih berada dalam pantang 
selepas bersalin anak keempat mereka.

"Memang anak-anak sangat manja dengan Abang Yah kerana dialah yang menjaga 
anak-anak semasa saya mengajar," kata isteri Alias yang sudah mempunyai tiga 
orang anak sebelum itu berumur tiga, dua dan satu tahun.

Menurutnya, Alias memang seorang yang baik. Lemah lembut dan bersopan 
santun.

"Mereka masuk ke dalam rumah dan terus menggari Abang Yah dan sebahagian 
polis yang lain terus menutup semua tingkap dan pintu. Mungkin untuk 
menghalang jiran-jiran kami melihat apa yang berlaku," ceritanya.

Polis, katanya, terus merampas komputer, buku-buku agama dan lain-lain lagi.

"Mereka memberitahu, Abang Yah akan dibawa ke Balai Polis Kuala Terengganu," 
ceritanya, "Tetapi kami tidak tahu samada dia masih berada di situ atau 
sudah di bawa ke Kuala Lumpur."

Katanya lagi, bapa saudara suaminya, Ustaz Awang Embong telah ke balai polis 
Kuala Terengganu untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai suaminya tetapi 
tidak dibenarkan berjumpa dengan suaminya.

Pihak polis juga, katanya, tidak memberikan apa-apa maklumat mengenai 
suaminya samada masih berada di situ atau sudah dibawa ke lain-lain tempat.

Bagi beliau, suaminya tidak terlibat dengan apa-apa aktiviti sebagaimana 
yang dituduh melainkan pernah belajar di Pakistan sebelum ini.

Yang merisaukan beliau juga, Ustaz Awang Embong sehingga kini juga tidak 
diketahui di mana beliau berada.

Dia juga dimaklumkan, polis masih mencari beberapa orang lagi dan masih 
membuat rondaan di sekitar rumahnya dan ada juga bertanya tentang Ustaz 
Awang Embong.

Ustaz Awang Embong adalah guru sebuah sekolah swasta di Kuala Terengganu dan 
suami kepada Senator Safinah Jusoh, anggota Dewan Negara dari Terengganu


_________________________________________________________________
Get your FREE download of MSN Explorer at http://explorer.msn.com/intl.asp


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "nor ain" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke