*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
salam~

1. org2 yg rugi.

antaranya Al Ashar: 1&2,  Al Mujadilah : 19, al Munafikun : 9.
 
Dlm penafsirkan ayat2 rugi, Pak HAmka mengemukakan TAfsir quran bil quran yg 
dikemukakan oleh syaikhul Islam IbnuTaimiyah. Rugi adalah bersabit dgn perniagaan, 
Perniagaan yg dapat menyelamatkan dr azab yg pedih ialah spt yg dimaksudkan ayat 10-14 
surah as-Shaff, iaitu beriman kpd Allah & RasulNya & berjihad fisabilillah dgn harta & 
jiwa. IAnya berbalik jua kpd jihad fisabillah /qital / perang. (lihat Tafsir alAzhar)

2. Fakir

Fuqara' atau fakir timbul dlm ayat albaqarah 173, attaubah 60 , dan fathir 15. didlm 
surah albaqarah, fuqara dikaitkan mrk yg berjihad. didlm surah attaubah, fuqara 
sebaris atau 1 ayat dgn fisabilillah, & dlm fathir 15, fakir yg bersifat umum. (lihat 
Madarijus Salikin)

Allahua'lam. wslm


------Original Message------
From: Hassan Hj Abdullah <[EMAIL PROTECTED]>

salam

Istilah yang disebut dalam Al Quran bagi orang yang ringan timbangannya ialah orang 
yang rugi atau muflis (Khasirin). Antaranya ialah pada - Al Ashar: 1&2,  Al Mujadilah 
: 19, al Munafikun : 9.

Tauhid yang murni ialah yang menepati seperti mana yang diterangkan oleh Allah melalui 
Kalamullah. Allah SWT tidak bertempat, tidak dahulu sahaja, tidak sekarang sahaja dan 
tidak akan datang. Tidak ada sempadan waktu atau zaman bagiNya, malahan Dia meliputi 
akan segala sesuatu, Dia berada dimana jua anda berada. Kemana jua anda menghadap 
Allah sentiasa berhadap.

Orang yang ada Tauhid sentiasa dalam keadaan tidak lalai dalam keadaan mengingatiNya 
dan berhadap kepadaNya. Bukan tunggu atau nanti seolah-olah Allah hanya ada pada waktu 
tertentu atau zaman tertentu !

Ilmu tidak mampan hanya semata-mata teori sahaja tanpa penyaksian atau pengamalan. 
Ilmu yang benar yang disertai dengan amalan yang konsisten, insya Allah akan 
membuahkan hasilnya. Hasil bagi Ilmu yang benar akan menyampaikan matlamat untuk 
menjadi orang-orang yang benar (siddikin). Iaitu orang-orang yang benar-benar 
menyaksikan tiada Tuhan melainkan Allah dan Muhammad ialah Rasul Allah. Yang 
pentingnya,
Tauhid mestilah dengan bukti penyaksian!

Demikian juga orang-orang yang berperang dengan bersenjata pada Jalan Allah 
semata-mata untuk mengikhlaskan dinnya serta Allah lantaran hanya mengharapkan 
WajahNya adalah ahli Tauhid. Namun begitu setiap waktu dan saat, jihad adalah suatu 
kemestian. Orang-orang yang bersungguh-sungguh bermujahadah sepanjang masa dan keadaan 
terhadap nafsunya juga adalah ahli Tauhid.

"Kita kembali dari peperangan yang kecil kepada peperangan yang besar (jihad 
nafsu)..." Hadis.

Ikhlas itu semaknalah dengan Tauhid. Orang yang ikhlas adalah orang yang Tauhid. 
Betapa pentingnya Tauhid ialah sinonim dengan Ikhlas. Betapa pentingnya 
Ikhlas,sehinggakan Allah SWT menurunkan satu surah yang khas dinamakan SuratulIkhlas.

"Dan tidaklah mereka itu diseru melainkan hanya untuk beribadah kepada Allah dengan 
mengikhlaskan (Tauhid) agamanya" AL Baiyinah : 5.

Persoalan yang lebih penting ialah bagaimanakah praktisnya untuk mengamalkan sesuatu 
ilmu yang benar untuk mencapai Tauhid (Ikhlas)?  Pendekatan atau penghayatannya? Agar 
tercapai - ilmu , amal , ikhlas itu satu jua.

Wallahu 'alam
Salam
______________________________________________
FREE Personalized Email at Mail.com
Sign up at http://www.mail.com/?sr=signup


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: ibn muhajir <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke