*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
KOTA BAHARU, 4 April -- Lawatan Timbalan Perdana Menteri
Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi ke Kelantan esok diibaratkan sebagai
utusan penyelamat ketika Umno Kelantan dilaporkan sedang menghadapi krisis
kepimpinan.
    Ini kerana buat kali pertama selepas laporan seminggu lepas bahawa 12
daripada 14 Ketua Bahagian Kelantan berhasrat untuk menggulingkan Datuk
Mustapa Mohamad sebagai Ketua Perhubungan Umno Kelantan bagi memberi laluan
kepada muka lain, kesemua ketua bahagian itu akan bertemu dalam mesyuarat
badan perhubungan Umno Kelantan bersama Abdullah.
    Mengikut jadual yang dikeluarkan Jabatan Penerangan Kelantan, Timbalan
Perdana Menteri akan menghadiri mesyuarat itu di Jeli sempena lawatannya
selama sehari.
    Sebelum itu, Abdullah akan merasmikan mesyuarat perwakilan Umno
Bahagian Jeli di Maktab Rendah Sains Malaysia Jeli, di sini sebelum bertemu
sejam dengan Ketua-ketua bahagian Umno Kelantan.
    Mesyuarat itu yang diadakan di "lubuk" Mustapa yang juga selaku ketua
bahagian Umno Jeli dijangka dapat menghasilkan formula terbaik untuk Umno
Kelantan melepasi kemelut sedia ada tanpa menganggu rentak agenda
perjuangan parti untuk merampas Kelantan daripada pemerintahan Pas sejak
tiga penggal lepas.
    Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad sebelum ini menyifatkan
ada "hantu" di kalangan anggota dan pemimpin Umno yang hanya mementingkan
diri sendiri hingga menyukarkan usaha Umno untuk merampas Kelantan pada
pilihan raya akan datang.
    Abdullah juga akan menghadiri majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Sekolah
Kebangsaan Seri Tumpat di Tumpat, kira-kira 100 Km dari Jeli pukul 2.30
petang sebelum balik ke Kuala Lumpur.



_________________________________________________________________
MSN Photos is the easiest way to share and print your photos: 
http://photos.msn.com/support/worldwide.aspx


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "nor ain" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke