*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamualaikum.

       Apa yang kita rasa bila baca saja news nie kat paper..semalam ? .
Adakah terdetik di hati kita untuk memerangi mereka atau berdemo atau
hantaq alim ulamak untuk mentarbiah mereka ?. Mengapakah perkara
sebegini rupa 'didorongkan'
terjadi di negara Islam seperti Malaysia ?. Adakah kita merasakan
langkah yang
diambil oleh pihak berkuasa ( polis ) menyuraikan mereka itu setelah
membuat serbuan adalah satu tindakan yang bijak ?; dan adakah ini
memadai untuk
mengelakkan perkara yang sedemikian rupa berulang kembali

KUALA LUMPUR, Ahad – Sebuah kawasan lapang dalam hutan
                   berhampiran Kampung Kemensah, Hulu Klang, kira-kira
10 kilometer
                   dari Zoo Negara, dikesan menjadi tempat mengadakan
pesta tarian
                   liar dan minuman arak ala disko.

                   Kegiatan itu terbongkar hasil pemeriksaan polis di
kawasan
                   berkenaan kira-kira jam 3 pagi ini selepas menerima
aduan orang
                   ramai.

                   Seramai lima anggota dari Balai Polis Taman Melawati
dikerah ke
                   kawasan itu tetapi tidak ada tangkapan dilakukan,
sebaliknya lebih
                   500 pengunjung berusia 16 hingga 45 tahun, termasuk
remaja
                   perempuan Melayu dan rakyat asing, diarah bersurai
dan
                   meninggalkan tempat berkenaan.

                   Kumpulan terbabit turut dinasihatkan supaya tidak
kembali ke situ
                   kerana perbuatan berkenaan bukan saja tidak disenangi
penduduk
                   kampung berdekatan, malah boleh mengancam keselamatan
kerana
                   tempat itu dikelilingi hutan.

                   Bagaimanapun, sehingga jam 9 pagi ini,
sekurang-kurangnya 50
                   pengunjung didapati masih menari di kawasan itu dan
                   sebahagiannya terbaring dipercayai mabuk.

                   Kumpulan itu yang kebanyakannya berpasangan,
dikatakan
                   mengunjungi kawasan berkenaan sejak malam tadi dan
                   sesetengahnya membawa khemah kerana pesta itu
berlarutan
                   sehingga pagi.

                   Wartawan Berita Harian yang membuat liputan operasi
itu
                   mendapati beberapa wanita turut berpakaian seksi dan
sesetengah
                   pasangan, khususnya rakyat asing, berpelukan serta
bercium
                   dengan gadis tempatan secara terbuka.
                   Pengunjung juga mudah membeli pelbagai minuman keras
di dua
                   pondok yang dijadikan seperti bar.

                   Dipercayai ini adalah kali kedua pesta itu diadakan
di kawasan
                   berkenaan yang yang sebelum ini menjadi pusat
perkhemahan
                   motivasi dikenali Kem Ghafar Baba, tetapi kini
terbiar.

                   Bagaimanapun, berbanding pesta yang diadakan sempena
sambutan
                   alaf baru kira-kira tiga bulan lalu, majlis semalam
dikatakan lebih
                   hebat dan pengunjungnya lebih ramai.

                   Menurut seorang pengunjung yang berusia dalam
lingkungan 30-an,
                   dia menyertai pesta itu untuk bersuka ria.

                   “Di sini kami boleh berseronok sehingga pagi, tidak
seperti di disko
                   yang masanya terhad,” katanya yang mendapat tahu
mengenai
                   pesta berkenaan menerusi rakan-rakan di disko.

                   Untuk ke kawasan itu, pengunjung terpaksa melalui
jalan kecil dan
                   di sepanjang jalan itu, beberapa lilin dipasang dalam
gelas sebagai
                   petunjuk.

                   Beberapa buluh panjang juga digunakan untuk membuat
lampu
                   pusing gemerlap dan sekurang-kurangnya empat pembesar
suara
                   dipasang di empat penjuru kawasan lapang itu,
manakala satu layar
                   putih direntang antara beberapa pokok untuk tayangan
video
                   tarian.


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: silmis <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke