*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* { Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net } { Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] } { Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] } *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Assalamaulaikum, Ohh rupa-rupanya psikologi sosial nih dah masuk siri ke 04 dah ..maaf tak perasan Yang lama-lama ada disini http://groups.yahoo.com/group/ps-i (tapi laman ini akan ditutup tak lama lagi oleh yahoo. Psikologi Sosial 04 Komponen konsep kendiri Oleh kerana terdapat pelbagai elemen di dalam konsep kendiri, James telah mengkategorikan 'saya' atau 'aku' ke dalam tiga kategori utama. (tiga jah kenapa tidak sepuluh..banyak sikit) Pertama, material me, yang meliputi tubuh, pakaian, keluarga, rumah dan segala milik kebendaan. (maknanya yang berkait rapat dengan diri kita ( sedikit perumpaaan untuk tubuh "Perumpamaan seorang mukmin (dengan mukmin lainnya) dalam hal cinta kasih dan saling menyayangi bagaikan satu tubuh. Apabila (ada) salah satu bagian tubuhnya menderita (sakit), maka (akan dirasakan) oleh seluruh bagian tubuh lainnya dengan panas dan demam." (H.r. Bukhari dan Muslim)….tapi tahukah kita bahawa material me ini bukan milik kita ..tapi milik Allah…psikologi barat mana tahu ini semua…apa boleh buat) Kedua, sosial me, yang merangkumi siapa diri kita pada pandangan, ibu bapa, kawan-kawan, mereka yang ada di sekitar kita dan diperlihatkan dengan pelbagai cara. (dalam Islam pun kita dituntun membuat hubungan baik …tapi bukan setakat untuk orang lain beri pandangan terhadap kita….yang penting memenuhi tuntutan Allah contohnya dalam ibadat haji Haji juga bertujuan menyatukan umat Islam agar berganding bahu menegakkan agama Allah. Juga supaya perhubungan antara masyarakat Islam terjalin lebih erat, mesra tanpa mengira warna kulit biarpun berlainan bahasa, adat resam dan kebudayaan. Firman Allah bermaksud, "Wahai manusia, sesungguhnya kami jadikan kamu daripada lelaki dan perempuan dan kami jadikan kamu berbagai-bagai bangsa dan puak supaya kamu berkenal-kenalan antara satu sama lain". Iktibar kepada semangat perpaduan dan persaudaraan umat Islam jelas terpancar ketika jemaah haji wukuf di Padang Arafah. Ketika itu seluruh umat Islam yang menyahut panggilan Ilahi tanpa mengira pangkat dan darjat berhimpun dengan tujuan yang sama iaitu mengabadikan diri kepada Allah.)….jangan lah pula kita bangsa Melayu dipandang orang sebagai bangsa rasuah oleh orang lain…..) Ketiga spiritual me yang melibatkan trait personaliti seperti sikap, nilai, keya-kinan/kepercayaan, persepsi sosial/ segala pengalaman-pengalaman diri, kebolehan, kecekapan dan seumpamanya. (Personaliti merujuk kepada kepribadia kita, dan personaliti yang terbaik ialah:Rasulullah SAW..contoh ikutan kita sikap merujuk kepada suka atau tak suka kita pada seseorang…kalau dah hina Islam sapa nak suka. Nilai ialah penilaian kita…kalau kita tengok debat tuu kita boleh buat penai sendiri betapa tak cerdiknya orang-orang itu. Kepercayaan pula ialah agamalah..yang benar ialah Islam…tapi bukan kepercayaan yang dikemukakan dalam usul agama…itu ikut sedap rasa saja. Pengalaman pula ialah pembentukan diri…kalau kita pernah dikejar anjing tentu kita takut pada anjing…tapi tidak lah pada anjing yang tak ada gigi) Tidak semua ketiga-tiga komponen ini penting bagi setiap individu. Ada yang hanya menumpukan kepada sosial me dan yang lain hanya material me. Atau gabungan antara spiritual me dan sosial me. (kepada sahabat dari Indonesia kalau anda tak faham tulisan dalam kurungan itu maka abaikan saja...baut-buat tak tahu) (bersambung….) ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB) ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB) ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan ) ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net ) ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] ) ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Pengirim: cikgunik <[EMAIL PROTECTED]>