*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
assalamualaikum,

lagi satu kenyataan dari ulam mak UMNO... Imam besar masjid Putra Jaya Tiang Sri Abdul 
Kader Talip pasal menentang pemimpin (kerajaan) di Utusan online...

Umat Islam diingatkan haram cetuskan huru-hara

KUALA LUMPUR 3 Ogos - Imam Besar Masjid Putrajaya, Tan Sri Abdul Kader Talip 
mengingatkan umat Islam bahawa hukum perbuatan yang boleh menimbulkan kerosakan dan 
mencetuskan huru-hara kepada negara adalah haram. 
Beliau berkata, ia termasuk perhimpunan yang cenderung ke arah merosakkan harta benda 
awam dan mengancam keselamatan negara melalui tindakan-tindakan yang ganas. 

SOALAN - Apakah perbuatan dan perhimpunan maksiat yang tidak menimbulkan kerosakan dan 
tidak mencetuskan huru-hara kepada negara adalah halal?


Katanya, Islam menegah para penganutnya melakukan keganasan dan ingkar kepada 
peraturan negara kerana selain daripada Allah dan Rasulullah, umat Islam wajib taat 
kepada kerajaan (pemimpin). 

SOALAN&KOMEN- adakah kita masih wajib taat kepada pemimpin seperti Pak Mahat?.. saya 
rasa TIDAK... adakah kita berdosa kalau menentang Pak Mahat?... saya rasa TIDAK..

''Walaupun pada asalnya mereka mahu mengadakan perhimpunan secara aman tetapi akhirnya 
akan berlaku banyak kejadian tidak diingini seperti merosakkan harta benda awam, 
memusnahkan kereta, bergaduh yang akhirnya berlaku kecederaan. 

KOMEN - siapakah yang menyebabkan "akhirnya akan berlaku kejadian yang tidak diingini" 
- mungkin angkara siput babi

''Saya katakan ini berdasarkan kejadian yang sudah-sudah,'' katanya ketika dihubungi 
di sini, hari ini. 

NO KOMEN

Beliau berkata demikian sebagai mengulas seruan laman-laman pembangkang di Internet 
supaya orang ramai berhimpun beramai-ramai pada hari Mahkamah Tinggi menetapkan 
hukuman kes liwat melibatkan bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

NO KOMEN
 
Abdul Kader berkata, 1400 tahun yang lalu Rasulullah pernah mengingat umatnya bahawa 
akan lahir segolongan manusia menjadi perosak dan penghancur kepada muka bumi ini.
Katanya, Rasulullah menggambarkan golongan itu sering melakukan kerosakan dan 
kehancuran dan akhirnya boleh menimbulkan huru-hara dan kacau-bilau. 
''Jangan jadikan diri kita termasuk dalam golongan ini. Ingatan Rasulullah sejak 1400 
tahun yang lalu perlu diambil perhatian kerana kita adalah umatnya,'' katanya.

SOALAN - siapakah yang dimaksudkan oleh Tiang Sri Abdul Kader Talip "segolongan 
manusia menjadi perosak dan penghancur kepada muka bumi"? adakah orang yang sama yang 
akan menjadi "segolongan manusia menjadi perosak dan penghancur kepada agama islam".

Tiang Sri Abdul KADER Talip????... macam geng MAMAKHATHIR ja..


>From: "Saiful" <[EMAIL PROTECTED]>
>To: <[EMAIL PROTECTED]>
>Subject: Fw: H-Net* Suara Wanita
>Date: Sat, 5 Aug 2000 00:35:29 +0800
>
>
> *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
> {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
> {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
> {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
> *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
> ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>Assalamualaikum
>
>Bukan setakat ulamak@ulam-mak Umno tengok mufti2 pun satu hal.....bukan nak
>menolong,
>nak mengelirukan lagi adalah..mereka tak sepatut nya biarkan diri mereka di
>main kan oleh
>station2 tv yang dok asyik interview......lepas tu potong separuh siar
>separuh.......
>
>wassalam
>
>
>----- Original Message -----
>From: Tiger <[EMAIL PROTECTED]>
>To: hizb <[EMAIL PROTECTED]>
>Sent: Saturday, August 05, 2000 3:59 AM
>Subject: H-Net* Suara Wanita
>
>
>>
>>  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>>  {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
>>  {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
>>  {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
>>  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>>           PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
>>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>> Maka heboh seluruh negara bahawa Nik Aziz telah mengeluarakan
>> fatwa sesat yang mengatakan suara wanita adalah aurat dan
>> tidak boleh dilunakkan dikhalayak ramai. Apabila yang dikatakan
>> bukan satu yang mutlaknya haram, tetapi sekurang-kurang ia termasuk
>> dalam bab khilafiah. Jika ia adalah khilafiah, maka tidak ada
>> pihak yang berhak mengutuk Nik Aziz, itu hanyalah pendapatnya
>> mengikut kaedah fekah. Apa yang berlaku, pihak UMNO dengan
>> bantuan akhbar cuba menggambarkan seorang yang tidak waras.
>>
>> Apa yang perlu dibuat ialah kita masing-masing membuka kitab-
>> kitab fekah dan perbetulkan perkara hukum suara wanita dalam
>> pandangan Islam. Sebenarnya, dari satu sudut fekah, pandangan
>> Nik Aziz bukan secara mutlak salah. Dalam fekah mazhab
>> Syafie sendiri menganggap seluruh anggota badan wanita adalah
>> aurat. Sebab itulah terdapat wanita Islam yang memakai purdah.
>> Nasnya memang ada dan cukup kuat. Hanya ulama-ulama yang
>> pro-UMNO yang berperangai samseng menghentam Nik Aziz,
>> sangatlah jahat mereka itu.
>>
>> Perkara suara wanita, termasuk soal khilafiah, maka
>> perkara kecil tak perlu dipolitikkan dan dihebah oleh
>> akhbar dan media massa kerana kita boleh merujuk kepada
>> kitab-kitab fekah. Apa yang disebut dalam kitab-kitab
>> maka begitulah hukumnya. Suratkhabarlah yang memainkan
>> peranan mengelirukan orangramai.
>>
>> Tetapi perkara yang lebih jelas, yang tidak ada khilaf
>> padanya ialah hukum wanita Islam MENUTUP AURAT tidak
>> diperbesar-besarkan oleh UMNO. Mereka pentingkan sangat
>> perkara kecil sehingga mahu mengaibkan peribadi Nik Aziz.
>> Kenapa ulama UMNO tidak nampak perkara yang terang-terang
>> adalah haram, pembaca berita wanita Melayu dalam TV3 TIDAK
>> menutup aurat??? Kenapa mereka begitu ghairah menyerang
>> Nik Aziz kerana dia melarang wanita masuk pertandingan
>> membaca Al-Qur'an. Sedangkan sudah bertahun-tahun lamanya
>> TIADA SEEKOR pun ulama UMNO berani tampil ke depan untuk
>> mengutuk TV3 menyiarkan wanita Melayu tidak menutup aurat ?????
>>
>> Inilah yang dikatakan ulama UMNO yang double standard. Nampak
>> sangat kesalahan orang lain, sedangkan dosa yang lebih besar
>> di depan mata mereka, mereka tidak nampak???
>>
>>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>>  ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
>>  ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
>>  ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
>>  ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
>>  ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
>>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>>
>> Pengirim: Tiger <[EMAIL PROTECTED]>
>>
>
> ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
> ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
> ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
> ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
> ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
> ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>
>Pengirim: "Saiful" <[EMAIL PROTECTED]>




------------------------------------------------------------
http://melayu.com/sembang2
1001 Sembang



 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "ahmad abu" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke