*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Saya setuju atas saranan sdr. Atas saranan sdr, apa kita gunakan akal untuk
mengkaji norma dan memahami realiti hidup masyarakat Malaysia kini sebelum
saya dan sdr mengeluarkan kata-kata yang tidak menggunakan akal.

Persoalan:
1. Berapa peratus dari waktu harian kita sebagai ibu bapa yang kita luangkan
untuk ahli-ahli keluarga kita? Realiti masyarakat kini, majoriti ibu bapa
adalah dari mereka yang bekerja. Olehkerana tuntutan sosio-ekonomi dan
pembangunan yang dibentuk oleh kerajaan, tidak dapat tidak telah melahirkan
generasi ibu-bapa yang berkerja. Anggaran kasar ibu-bapa bekerja 10-12 jam
sehari.

2. Berapa peratus dari waktu harian anak-anak kita yang terluang di sekolah
berbanding dengan waktu yang terluang dengan keluarga? Perlu juga diambil
kira, waktu untuk kokurikulum samada lepas sekolah dan juga hujung minggu.

3. Pengaruh persekitaran? Berapa banyak yang mampu dibendung/kawalselia oleh
ibu bapa berdasarkan waktu yang ada terluang bersama keluarga?

4. Siapa-siapa yang ada mempunyai anak, pernah sdr-sdr mengalami senario
dimana sesuatu perkara yang ditimbulkan terdapat konflik antara apa yang
diajarkan oleh ibu-bapa, guru-guru dan rakan-rakan? Pernahkah sdr mengalami
dimana kita selaku ibu-bapa cuba tunjuk-ajarkan sesuatu perkara, anak-anak
kita akan kata, cikgu kata begini atau begitu yang tidak selari dgn apa yang
kita ajarkan?
Dan biasanya dipihak mana yang anak-anak kita cuba pertahankan?

5. Pendidikan - berapa banyakkah intipati pendidikan agama yang curahkan di
sekolah kebangsaan? Adakah ianya mencukupi? Tidak hairanlah ibu-bapa
terpaksa menghantar anak-anak ke sekolah agama pada sesi persekolahan yang
satu lagi. 
Tanpa wujudnya sekolah-sekolah agama, adakah subjek-subjek seperti muamalat,
munakahat, jenayah, faraid dsbnya terdapat didalam kurikum sekolah
kebangsaan sedangkan semua perkara-perkara dan hukum-hukum dalam
matapelajaran tersebut tidak dapat tidak kita mesti melaluinya dalam
kehidupan seharian kita. 
Tanpa ilmu tersebut apakah panduan hidup kita? Dan apakah panduan hidup kita
untuk membentuk anak-anak kita?
Berapa ramaikah daripada kita yang tahu hukum-hukum jual-beli,
pinjam-meminjam, berhutang, sumpah, nikah-talaq, zihar, li'an dsbnya (kalau
tidak secara detail pun sekurang-kurang kita tahu hukum secara kasarnya)? 
Bagaimanapula dgn tauhid, asma' wasifat dsbnya? Mampukah kita mengajar
anak-anak kita?
Dan apa akan jadi setelah sistem pendidikan sekolah satu sesi dilaksanakan
sepenuhnya (persekolahan satu sesi juga akan menghapuskan peluang bagi
anak-anak yang bersekolah kebangsaan pergi ke sekolah agama)?




Antara faktor-faktor lain yang kita mungkin lupa:
1. Rumah kediaman - ruang yang selesa bagi menampung keluarga tidak kurang
pentingnya. Masyarakat kini semakin kurang mampu untuk memiliki rumah yang
selesa bagi menampung ahli keluarga. Pendapatan awal perkhidmatan secara
amnya tidak banyak berubah dengan situasi 10 tahun lampau. Sebagai contoh;
gaji permulaan bagi executive disektor swasta adalah lebihkurang antara
RM1,500 - RM2,000 sebulan. Tetapi harga rumah yang berbanding dengan 10
tahun yang lampau telah jauh melambung. 10 tahun lalu rumah kediaman yang
bagaimana yang mampu kita beli dengan harga RM100,000 berbanding dengan
kini?

2. Kenderaan - tidak kurangnya juga dengan faktor rumah kediaman. Harga
kenderaan juga telah jauh melambung berbanding 10 tahun lalu. Berapakah
harga kereta baru termurah berbanding dengan 10 tahun yang lalu?

3. Keperluan asas lain spt makanan & pakaian - perasan kah kita bahawa semua
harga barang-barang keperluan asas ini kini jauh lebih tinggi dari 10 yang
lalu sedangkan pendapatan permulaan tidak banyak berbeza. Berapa harga
sekeping roti canai dan juga sebungkus nasi lemak kini berbanding 10 tahun
yang lampau? Generasi-generasi yang akan datang akan menghadapi situasi yang
lebih payah bagi menjalani kehidupan mereka setelah diambil kira
faktor-faktor diatas. 

4. Persekitaran - Dalam realiti sebenar, pengaruh persekitaran begitu hebat
mempengaruhi dan mencorak pemikiran anak-anak kita tidak kira samada
disekolah, bersama dgn guru, rakan-rakan, media (tv terutamanya). Lihatlah
saja iklan-iklan dan drama-drama yang sering di pertontonkan kepada
masyarakat. Kita sudah menjadi immune melihat muda-mudi berseluar, berbaju
ketat, bermekap tebal, rambut berbagai fesyen dan warna.
Drama-drama pula lebih banyak mempertontonkan kehidupan golongan orang-orang
kaya & mewah daripada realiti kehdupan masyarakat yang sebenar.

Polariti dan corak hidup masyarakat ibu-bapa kini semakin sibuk bekerja
mencari nafkah bagi menampung kos sara hidup yang semakin meningkat...
Siapakah yang berkuasa untuk menentukan, mencorakkan dan mengawal-selia
faktor-faktor diatas?
Setakat mana kemampuan kita menongkah arus, sedangkan faktor-faktor tekanan
dan persekitaran negatif begitu hebat dan berleluasa?

Tidakkah ianya dapat membantu masyarakat dan ibu-bapa sekiranya
faktor-faktor tersebut berjaya kawal-selia dengan baik?

Tidakkah menggunakan akal namanya sekiranya atas desakan dan tuntutan
terhadap pihak yang berkuasa bagi mengurangkan rintangan dan risiko yang
bakal dihadapi oleh ibu-bapa dalam membentuk keluarga dan generasi akan
datang?

Dan sedar atau tidak, penggubalan undang-undang dan dasar kerajaan banyak
dicorakkan oleh tuntutan dan desakan rakyat iaini bottom-up?

Dan sedar atau tidak, kerajaan adalah terbentuk dari collective effort
setiap individu (lainlah sistem autokrasi yang terbentuk secara collective
effort dari kumpulan yang kecil), tidakkah kita bersikap lepas tangan kalau
kita tidak memperdulikan segala tindak tanduk pihak pemimpin (dalam ertikata
kita bersikap "I don't care!!!)???
Tidakkah kita ni menjadikan diri kita lembu atau kerbau dengan membiarkan
pihak pemimpin membawa kemana sahaja sekalipun ke dalam jurang kehancuran?

20 juta rakyat? Funny isn't it? Bukan kah kerajaan ada jentera-jentera
mereka (kementerian, jabatan, dan seumpamanya) diseluruh negara dgn beribu
kakitangan yang tugas khusus untuk pembentukan sesuatu agenda seperti
pendidikan, penerangan (media), dsb?
You have just given more reasons for everyone to reform our government, the
way you put it, it shows that the elected people (the govt) that we have
entrusted with power and trust are incompetent!!!! 

-----Original Message-----
From: Azrul Md Radzi [mailto:[EMAIL PROTECTED]]
Sent: Tuesday, August 28, 2001 12:42 PM
To: 'Harun Aminurrashid'; Hassan, Haslim; [EMAIL PROTECTED]
Subject: RE: H-Net* Gejala seks di sekolah serius -- Ia melibatkan semua
p ihak daripa da pelajar sehingga pengetua - NUTP


tapi kita jangan lupa bahawa tanggungjawab untuk mendidik ini bukannya
terletak terhadap guru-guru sahaja, ini termasuklah ibubapa, pemimpin dan
yang lebih penting sekali adalah diri dia sendiri. kenapa kita tidak
menggunakan akal yang dikurniakan kepada kita oleh Allah untuk kebaikan ,
untuk berfikir yang mana baik yang mana buruk takkan kita nak jadi lembu,
kerbau atau babi (maaf inilah jadinya tak menggunakan otak dan akal), kita
lebih cenderung kepada menyalah orang lain walaupun yang buat itu adalah
anak kita sendiri, cubalah cerminkan sedikit diri kita - kalau kita ada anak
2 atau 3 ekor pun tak dapat dikawal apatah lagi pemimpin negara yang
terpaksa berhadapan dengan 20 juta rakyat malaysia. moralnya salahkan diri
kita dahulu sebelum mencari kesilapan orang lain.


> -----Original Message-----
> From: Harun Aminurrashid [SMTP:[EMAIL PROTECTED]]
> Sent: Tuesday, August 28, 2001 7:49 AM
> To:   Hassan, Haslim; [EMAIL PROTECTED]
> Subject:      Re: H-Net* Gejala seks di sekolah serius -- Ia melibatkan
> semua pihak daripa da pelajar sehingga pengetua - NUTP
> 
> 
>  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>  {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
>  {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
>  {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
>  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>           PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> padan muka aziz shamsudin & mahathir!!
> 
> 
> --- "Hassan, Haslim" <[EMAIL PROTECTED]>
> wrote:
> >  
> > NUTP memberi kenyataan yang lebih masuk akal
> > mengenai gejala sosial di
> > sekolah. Bukan macam hamba Allah tu yang
> > terus-menerus asyik menyalahkan
> > guru-guru agama sebagai punca masalah (gejala
> > sosial, black metal, dsb)
> > tanpa mempunyai kajian yang lebih tepat.
> >  
> > Inilah masalahnya kalau sistem pendidikan iaini
> > termasuk kebajikan para
> > pendidik sendiri tidak diberi perhatian oleh pihak
> > kerajaan. Pendidik yang
> > tidak bermutu, tidak berdisiplin masakan dapat
> > melahirkan anak murid yang
> > bermutu & berdisiplin (generally speaking!).
> > In simple words, kalau guru adalah dari SPM gred 3,
> > agak-agaknya berapakah
> > kebangkalian untuk melahirkan murid-murid gred 1?
> >  
> > Bukan tujuan saya nak memperlekehkan guru-guru yang
> > pencapaian akademik yang
> > tidak cemerlang (ada juga guru yang akademik tidak
> > cemerlang tetapi mutu dan
> > teknik pengajian cemerlang). Tetapi secara amnya,
> > beginilah jadinya apabila
> > profesyen guru tidak lagi menarik (profesyen guru
> > sudah menjadi profesyen
> > 2nd atau 3rd class), pendapatan yang kecil dan tidak
> > mendapat perhatian
> > sewajarnya dari pihak kerajaan.
> > 
> > Gejala seks di sekolah serius -- Ia melibatkan semua
> > pihak daripada pelajar
> > sehingga pengetua - NUTP
> > 
> > 
> > SEREMBAN 26 Ogos - Kesatuan Perkhidmatan Perguruan
> > Kebangsaan (NUTP)
> > mendedahkan gejala seks di sekolah sangat serius
> > kerana ia melibatkan semua
> > pihak daripada pelajar sehingga pengetua.
> > 
> > Sumber memberitahu, keadaan itu diburukkan lagi
> > apabila perbuatan seks
> > tersebut sering kali disembunyikan oleh Pejabat
> > Pendidikan Daerah (PPD) dan
> > Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dari pengetahuan
> > umum atau Kementerian
> > Pendidikan.
> > 
> > Menurut sumber itu, gejala seks di sekolah bukan
> > sahaja membabitkan pelajar
> > dengan pelajar tetapi juga guru dengan guru, guru
> > dengan penolong kanan dan
> > pengetua sekolah itu sendiri.
> > 
> > Katanya, gejala ini berlaku sejak 1995 lagi tetapi
> > ia tidak diberi perhatian
> > kerana sentiasa cuba dilindungi.
> > 
> > ``Kebanyakan kes seks di antara guru, penolong
> > kanan, guru besar dan
> > pengetua di sesebuah sekolah sering kali
> > disembunyikan oleh Pejabat
> > Pendidikan Daerah dan Jabatan Pendidikan Negeri,''
> > katanya di sini hari ini.
> > 
> > Justeru, menurutnya masalah seks di sekolah pada
> > masa ini dianggap sangat
> > serius kerana ia melibatkan semua warga sesebuah
> > sekolah.
> > 
> > Kata sumber itu, tindakan keras yang diambil oleh
> > JPN hanyalah menukarkan
> > guru-guru yang terlibat ke sekolah lain tanpa
> > mengambil tindakan disiplin
> > atau melaporkan kepada pihak berkuasa seperti
> > Jabatan Agama Islam atau
> > sebagainya untuk tindakan selanjutnya.
> > 
> > Ujar beliau, tindakan JPN ini tidak akan
> > menyelesaikan masalah yang dihadapi
> > sebaliknya akan membuatkan guru-guru bertambah
> > berani untuk melakukan atau
> > mengulangi perkara tersebut.
> > 
> > Jelasnya, masalah ini dirumitkan lagi apabila
> > Persatuan Ibu Bapa dan Guru
> > (PIBG) yang juga mengetahui perkara tersebut cuba
> > menyembunyikannya daripada
> > pengetahuan umum atau daripada pihak berkuasa.
> > 
> > ``Masalah ini bukan sahaja terlibat di sekolah di
> > kawasan bandar tetapi juga
> > di sekolah-sekolah luar bandar yang sepatutnya
> > mempunyai nilai-nilai baik
> > yang lebih tinggi daripada sekolah di bandar,
> > malangnya ini tidak berlaku,''
> > katanya kesal.
> > 
> > Sehubungan itu, beliau meminta Kementerian
> > Pendidikan mengambil
> > langkah-langkah sewajarnya untuk membendung masalah
> > ini.
> > 
> > Tambahnya lagi, sekiranya tidak dibendung ia akan
> > menjejaskan nama baik
> > institusi sekolah di negara ini.
> > 
> >  
> >
> <http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2001&dt=0827&pub=Utusan_Mal
> ay
> > sia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_01.htm>
> >
> http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2001&dt=0827&pub=Utusan_Mala
> ys
> > ia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_01.htm
> > 
> > 
> 
> 
> =====
> Harun Aminurrashid:
> DeNgaN IziN ALLAH BN PasTi TeWAs !!!
> 
> __________________________________________________
> Do You Yahoo!?
> Make international calls for as low as $.04/minute with Yahoo! Messenger
> http://phonecard.yahoo.com/
> 
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>  ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
>  ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
>  ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
>  ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
>  ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> 
> Pengirim: Harun Aminurrashid <[EMAIL PROTECTED]>

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Hassan, Haslim" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke