*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Nak tambah dua soalan lagi:

Dlm Quran ada mengisahkan kisah di mana Allah bertanya kpd seluruh manusia
(semua roh), "Adakah Aku tuhan (robb) kamu?". Maka semua manusia (roh)
menjawab, "Benar, bahkan kami menyaksikan".

Soalannya, bila kita dijadikan? Adakah hanya selepas persenyawaan benih ayah
dgn ibu kita?

Soalan ke-2:
Adakah kejadian manusia secara "kun fayakun" itu terjadi secara sekelip mata
seumpama silap mata yakni 'ting' tiba-tiba aje ada?

Sekian.
'Tidak Allah menjadikan sesuatu itu dgn sia-sia'

-----Original Message-----
From: Zakki Mohamed 
Izinkan saya bertanya satu dua soalan (dan minta tolong jawab), terutama
kepada THTL dan shsaad:

Soalan pertama:  ADAKAH atau PERNAHKAH ANDA MEMBUAT PERJANJIAN DENGAN ALLAH.

andainya anda menjawab TIDAK, anda tak perlu jawab soalan kedua.  Jika YA,
harap jawab soalan kedua.

Soalan Kedua:    BILA ANDA MEMBUAT PERJANJIAN TERSEBUT.

Wassalam
-----Original Message-----
From:   Shaharuddin Saad [SMTP:[EMAIL PROTECTED]]
Assalamualaikum,
189] Dialah (Allah) yang menciptakan kamu semua dari (hakikat) diri yang
satu dan Dia mengadakan daripada hakikat itu pasangannya (diri suami
isteri), untuk bersenang-senang (bertenang tenteram) satu diri kepada yang
lain. Ketika suami mencampuri isterinya, mengandunglah dia dengan kandungan
yang ringan, serta teruslah dia dengan keadaan itu (ke suatu waktu).
Kemudian ketika dia merasa berat (dan menaruh bimbang) berdoalah suami
isteri itu kepada Tuhan mereka (dengan berkata): Sesungguhnya jika Engkau
(wahai Tuhan kami) mengurniakan kami nikmat yang baik, tentulah kami menjadi
orang-orang yang bersyukur. 
- Al-Araaf
28] Dan (ingatkanlah peristiwa) ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat:
Sesungguhnya Aku hendak menciptakan manusia dari tanah liat yang kering,
yang berasal dari tanah kental yang berubah warna dan baunya.
-Al-Hijr 
11] Dan Allah menciptakan kamu dari tanah, kemudian dari (setitis) air
benih, kemudian Dia menjadikan kamu berpasangan (lelaki dan perempuan) dan
tiada mengandung seseorang perempuan (juga seekor betina) dan tidak pula
satu-satunya melahirkan (anak yang dikandungnya) melainkan dengan keadaan
yang diketahui Allah dan tidak diberikan seseorang berumur panjang, juga
tidak dijadikan seseorang pendek umurnya, melainkan ada kadarnya di dalam
Kitab Ilahi. Sesungguhnya yang demikian itu mudah sahaja kepada Allah. 
-Faatir
12] Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari pati (yang berasal)
dari tanah; 

[13] Kemudian Kami jadikan "pati" itu (setitis) air benih pada penetapan
yang kukuh; 

[14] Kemudian Kami ciptakan air benih itu menjadi sebuku darah beku lalu
Kami ciptakan darah beku itu menjadi seketul daging; kemudian Kami ciptakan
daging itu menjadi beberapa tulang; kemudian Kami balut tulang-tulang itu
dengan daging. Setelah sempurna kejadian itu Kami bentuk ia menjadi makhluk
yang lain sifat keadaannya. Maka nyatalah kelebihan dan ketinggian Allah
sebaik-baik Pencipta. 
-Al-Mukminun
[5] (Setelah mengetahui yang demikian), maka hendaklah manusia memikirkan:
Dari apa dia diciptakan. 

[6] Dia diciptakan dari air (mani) yang memancut (ke dalam rahim); 

[7] Yang keluar dari "tulang sulbi" lelaki dan "tulang dada" perempuan. 
-At-Tariq

[37] Bukankah dia berasal dari air mani yang dipancarkan (ke dalam rahim)? 

[38] Kemudian air mani itu menjadi sebuku darah beku, sesudah itu Tuhan
menciptakannya, dan menyempurnakan kejadiannya (sebagai manusia)? 

[39] Lalu Tuhan menjadikan daripadanya dua jenis lelaki dan perempuan. 
- Al-Qiaamah

Wassallam




> -----Original Message-----
> From: TuanHassan Tn-Lah [SMTP:[EMAIL PROTECTED]]
> norhasimah mohd hanif wrote: Assalamualaikum
> 
> > Boleh tak terang tentang asal kejadian manusia, kejadian nur muhammad
> dan
> > hubungan nya dengan sifat 20.
> >
> 
> ----------------------------------------
> 
> Jawab:
> 
> 1. Asal kejadian manusia
> 2. kejadian nur Muhammad dan sifat 20
> 
> --------------
> 
> 1. Asal Kejadian manusia
> Seluruh penganut agama samawi (Islam, ahlil kitab dan pengikut Nabi-Nabi
> AS yang lain
> berpegang bahawa asal manusia ialah dari Adam AS yang diciptakan dengan
> perintah dan
> kehendak Allah secara terus, "kun payakun". Adam tidak dijadikan secara
> evolusi
> sebagaimana sangkaan /hipotesa Darwinisme atau manusia diciptakan dari Nur
> Muhammad
> sebagaimana dakwaan ajaran Wehdatul Wujud dan alBatiniah.
> Keturunan Adam dijadikan dari persenyawaan air mani; tempat menetapnya
> keturunan Adam
> ini memang di bumi dan selepas mereka dimatikan mereka akan menjadi tanah
> kembali.
> 
> Dalil:
> 
> "Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia (Adam) dari tanah liat
> kering dari lumpur hitam yang diberi bentuk. Dan Kami telah menciptakan
> jinn
> sebelum Adam dari api yang sangat panas.." al Hijr: 26-27 (maksud)
> 
> "Dan sesungguhnya Kami telah mencipta manusia dari suatu saripati dari
> tanah.
> Kemudian Kami jadikan saripati itu air mani yang di simpan dalam rahim.
> Kemudian air mani itu Kami jadikan ia segumpal darah...al Mu'minun: 12-16
> (maksud)
> 
> 2. Nur Muhammad
> 
> Kejadian manusia berasal dari nur Muhammad yang dicipta sebelum kejadian
> alam ini
> adalah ajaran Wehdatul Wujud (kesatuan dalam penciptaan yakni dari Nur
> Muhammad).
> Manakala ajaran Islam yang dibawa oleh Muhammad saw ialah Wehdatul Syuhud
> (kesatuan dalam persaksian).(Syaikh Muhammad alGhazali, Laisa Minal
> Islam).
> 
> Ajaran Nur Muhammad ini adalah intisari ajaran sesat kebatinan yang
> dinamakan
> al Batiniyah yang berkembang dalam pelbagai nama.
> 
> Intisari ajaran ini ialah Hakikat Muhammad adalah Tuhan dan ia wujud dalam
> setiap
> makhluk. Nur Muhammad itu dicipta oleh terlebih dahulu dan dari nur itulah
> diciptakan
> alam dan makhluk ini.
> 
> Oleh itu sifat 20 itu termasuk dalam Wehdatus syuhud (kesatuan dalam
> kesaksian
> terhadap ke Esaan Allah dan tiada sesuatu yang menyerupai akan Dia)
> dan tiada hubungan dengan konsep sesat wehdatul wujud (yakni sifat 20 itu
> adalah pancaran dari kesatuan nur Muhammad saw dan sifat Ketuhanan yang
> dianjurkan oleh ajaran sesat alBatiniyah (wehdatul wujud).
> 
> Ruj:
> 1. Syaikh al Ghazali, Laisa minal Islam
> 2. Abd Fatah harun, BAHEIS, Batiniah vs Syari'at, 1997
> 
> sekian
> 
> thtl
> 

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Kusaini Sharif <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke