resend

Note: forwarded message attached.

__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Talk to your friends online with Yahoo! Messenger.
http://im.yahoo.com


Saya juga sependapat dengan netters yang lain, Puan XYZ haruslah
menjaga rumahtangga yang sedia ada.  Setiap orang ada kelemahan, dan
kelemahan suami Puan macam tu.  Perkara tersebut bukan tak boleh
diubati, banyak cara moden dan tradisional untuk tujuan itu.  Mungkin
ego lelaki susah nak mengakui hakikat kelemahan mereka.  Lebih-lebih
lagi kelemahan yang sebegitu.  Mintalah pertolongan dari rakan-rakan
secara rahsia kalau takut orang nampak puan sendiri yang beli
ubat-ubatan tersebut.  Saya percaya mati hidup balik suami puan takkan
cari ubat sendiri kerana malu.  Payah nak cari orang lelaki yang mahu
mengakui kelemahan diri mereka.  Ingat lagi saranan Zaidah dulu akar
apa namanya?  Akar senduduk?  Kalau saya silap, carilah dalam website
hizbi net tulisan Zaidah, rasanya dalam bulan Febuari.

Puan XYZ beruntung punya suami yang menatnag puan macam minyak yang
penuh.  Banding dengan saya, memang tiap-tiap hari le kena marah, ada
ajelah silap kita.  Nasible, buat pekak dah.  Malas nak cari pasal. 
Kadang-kadang saya tanya suami saya "How am I going to teach my kids to
be patient kalau bapak dia mudah naik angin?"  Bila anak dia garang
mulalah dia heran, napalah anak yang ni garang sangat, then I told him
"She learnt from you"

Sebenarnya mail dari En Zulkifli tu saya dah agak dah.  Mesti ada male
chauvinist yang akan hantar mail yang macam tu.  Seperti kata Puan
Zaila, isteripun manusia juga, ada hati ada perasaan.  Tahu sedih, tahu
bengang.  Janganlah anggap perempuan macam tunggul kayu.  Tapi yalah,
nak buat macamana, setiap manusia ada kelemahan, Kelemahan En Zul, akal
kurang panjang sikit, saya harap Puan XYZ tak ambil hati akan perkara
ni.  Dalam Hizbi Net ni macam-macam jenis orang yang kita jumpa.

Manusia diuji dengan berbagai ujian.  Allah menguji manusia bukan
saja-saja.  (Ni ingat-ingat lupa dari kuliah Al-Arqam dulu)  Allah uji
manusia mungkin untuk menaikkan darjat kita, manalah tahu dari senarai
kita dalam neraka bila kita lulus ujia naik pula ke syurga, atau dari
syurga yang rendah, bila lulus ujian naik yang tinggi sikit.  Allah uji
juga mungkin kerana nak hapuskan dosa-dosa kita yang lalu.  Mungkin ada
kita beli barang dengan duit riba' ke.  Mungkin ada kita bersuul dzaan
dengan orang ke, mungkin kita pernah was-was dengan adanya Allah ke,
Wallahu A'lam.  Kita tak tahu kenapa sebenar Allah uji kita.  JAdi
bersabarlah dengan setiap ujian Allah.

Sekian, yang baik itu dari Allah dan yang buruk itu dari kelemahan
saya.



--- [EMAIL PROTECTED] wrote:
> Setelah membaca warkah Puan XYZ, ------Nasihat kakak ialah lupakan
> kawan
> lama yang masih contact.
> Cuba cari ikhtiar utk mengubati suami.  Ada jalannya tetapi niat yang
> baik
> selalunya ada halangan.  Memanglah jika difikirkan seronok ada orang
> luar
> yang perihatin terhadap Puan XYZ.  tetapi  kita fikirkan akibatnya..
> jika
> ada anak dlm masa 5 tahun perkahwinan akibatnya akan kena pada
> anak-anak
> jugak   but jika tiada try dulu berubat,  kena lah sabar...  Masaalah
> yang
> Puan XYZ hadapi adalah dari Tuhan untuk menduga perjalanan hidup di
> dunia.
> Therefore insyallah Masaalah Puan XYZ boleh di selesai jangan terlalu
> ikut
> emosi.  Fikir dalam-dalam akibatnya  baliklah kepada tujuan
> perkahwinan
> mula2 dulu ..  If rasa tak puas hati dgn jawapan saya cuba cari orang
> tua-tua yang boleh di percayai untuk mintak pandangan.
> 
> Kepada en Mohd Zulkifli cuba jaga bahasa  anda sebab setiap manusia
> akan
> ada keturunan kemungkinan kamu cakap lepas sekarang tempiasnya akan
> kena
> pada kamu or anak - anak kamu, therefore fikir sebaik-baiknya. 
> Selalunya
> kalau terjadi pada lelaki cepat dia orang cari ganti.....Tak fikir
> anak-anak lagi yang penting nafsu.............Puan XYZ ialah manusia
> biasa
> yg ada perasaan, therefore kena lah bagi nasihat dan pandangan---
> ------------------- Forwarded by Zaila Zainal/NETWORK/PNBIT on
> 02/29/2000
> 01:26 PM ---------------------------
> 
> 
> Pabiyen Sitok <[EMAIL PROTECTED]>@hizbi.net on 02/29/2000 11:07:08 AM
> 
> Sent by:  [EMAIL PROTECTED]
> 
> 
> To:   [EMAIL PROTECTED]
> cc:
> Subject:  H-Net* Fwd: Saya confuse
> 
> 
> 
>  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>  {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
>  {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
>  {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
>  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>           PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> Saya juga ada menerima e-mail dari seorang isteri yang confuse.  Saya
> surrender tak mampu nak fikir apa nasihat yang boleh saya berikan
> kepada dia ni.
> 
> Kepada netters yang pandai mencelah, mencelahlah untuk berikan
> pendapat
> anda.  Takut saya dengar masalah-masalah yang macam ni.
> 
> Walaubagaimanapun kepada Puan(apa nak gelar?), OK Puan XYZ, pada
> pandangan saya lelaki tersebut hanya suka-suka dan tidak ada niat
> untuk
> mengahwini puan.  Mungkin dia hanya anggap sebagai kawan lama.
> 
> Sekian
> 
> > To: 'Pabiyen Sitok' <[EMAIL PROTECTED]>
> > Subject: Saya confuse
> >
> Saya sering membaca tulisan puan dalam hizbi net.  saya memilih puan
> untuk meluahkan isi hati kerana saya pasti puan sentiasa bersikap
> rasional.
> 
> Selepas tamat SPM, saya sering berbalas surat dengan seorang rakan
> sebaya yang kemudiannya melanjutkan pelajaran ke US.  Saya hanya
> melanjutkan pelajaran ke U tempatan.  Masa tu saya tak berapa kisah
> pasal jodoh sebab saya ni jenis happy go lucky sikit dan ramai kawan.
> Tapi antara saya dengan dia tak pernah putus berutus surat.  Saya
> rasa
> tiada perasaan terhadapnya pada masa itu tapi seronok membalas dan
> membaca surat-surat dia.  Sebab surat-surat dia tidak berbau cinta
> langsung.  Suatu ketika dia bertanya saya apa jemaah yang saya ikuti.
> Kerana merasa malu saya katakan haluan kami tak sama, sedangkan saya
> sudah dapat menangkap maksud soalan dia.  Selepas sebulan saya
> mendapat
> surat dari dia mengatakan dia sudah bernikah di sana.
> 
> Saya tak sedih tapi saya tak pasti apa reaksi saya sebab saya ada 2
> lagi
> calon.  Tapi saya tetap menerima surat-surat dari dia.
> 
> Bila pulang ke Malaysia dia tetap menghubungi saya.  Kami pernah
> keluar
> bertiga (dengan isterinya) makan-makan.  Kadang-kadang saya fikir dia
> ni
> gila talak atau apa.  Kemana saja saya pindah, saya tak perlu berikan
> no
> telefon kepadanya, dia pasti dapat mencari saya.  Hatta no telefon
> rumah
> mertua saya.  Semasa saya masih bujang saya terima panggilan dari dia
> tak kurang 2 kali sehari.
> 
> Sekarang saya sudah 5 tahun berkahwin dengan seorang lelaki yang 19
> tahun lebih tua dari saya.  Dua tahun lagi dia akan pencen.
> Rumahtangga
> kami menghadapi masalah kerana dia tak larat melayan saya.  Masalah
> ini
> timbul sejak kami mula berkahwin lagi.  Kadang-kadang saya rasa
> tertekan dan menangis.  Bila saya tertekan , dia turut merasa
> tertekan.
>  Tiga kali dia offer untuk berpisah dengan saya demi kebaikan saya
> dan
> kebahagiaan saya.  Tapi saya masih sayangkan dia.  Dia terlalu baik.
> Saya ni pemalas, dia yang kemaskan rumah dan sapu halaman.  Dia
> menatang saya bagai minyak yang penuh.  Sayalah puteri hatinya.
> 
> Masalahnya sekarang kawan saya ada menghubungi saya sejak
> kebelakangan
> ini. Taklah kerap sangat, tapi dua bulan ada sekali dia telefon ke
> rumah saya. Ada sekali tu semasa suami saya tiada di rumah.  Nak
> tahu?
> Semasa dalam pantang dia tanya samada baby saya ada rupa dia atau
> tidak.  Yang paling membengangkan ialah pipi saya merah setiap kali
> dia
> mengusik saya.  Saya merasakan kebahagiaan yang amat bila dia
> menelefon
> saya.  Malam minggu lepas dia ada menelefon saya, kebetulan suami
> saya
> ada di rumah.  Saya tahu suami saya nampak kebahagiaan yang terpancar
> pada wajah saya.  Kawan saya beritahu ada orang dah 13 tahun tak
> balik
> kampung(kampung saya).  Siapa lagi kalau bukan dia yang dah 13 tahun
> tak ziarah ayah saya.
> 
> Tolonglah......... Macamana saya boleh lari dari masalah ni?  Saya
> rasa
> tertekan, dengan sikap suami saya yang tak mahu berubat dan kawan
> saya
> yang sering menelefon.
> 
> Itu sajalah yang saya nak cerita, sekurang-kurangnya perasaan yang
> terbuku di hati saya selama ni dah terluah.
> __________________________________________________
> Do You Yahoo!?
> Talk to your friends online with Yahoo! Messenger.
> http://im.yahoo.com
> 
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>  ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
>  ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
>  ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
>  ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
>  ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> 
> Pengirim: Pabiyen Sitok <[EMAIL PROTECTED]>
> 
> 
> 
__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Talk to your friends online with Yahoo! Messenger.
http://im.yahoo.com


Kirim email ke