Bagai mana Al-Botak penipu ini berdaleh.
BERITA MALAYSIA
September 29 , 1999 10:09AM
|
MALAYSIA TETAP TIDAK
IKTIRAF ISRAEL, KATA SYED HAMID |
|
Daripada Amin Husaini Harun
NEW
YORK, 29 Sept (Bernama) -- Malaysia tetap tidak akan mengadakan
hubungan diplomatik dengan Israel selagi beberapa perkara berkaitan
tidak diselesaikan, kata Menteri Luar Datuk Seri Syed Hamid Albar
pada Selasa.
"Malaysia berpegang tidak akan
mengadakan hubungan diplomatik selagi beberapa isu termasuk Palestin
selesai dan kedamaian menyeluruh di Asia Barat diwujudkan," katanya
kepada wartawan Malaysia yang berada di sini untuk membuat liputan
lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad ke
Bangsa-bangsa Bersatu.
Laporan akhbar Singapura semalam
memetik laporan dari Israel sebagai berkata Syed Hamid dan rakan
sejawatannya dari Israel telah mengadakan pertemuan rasmi sebagai
sampingan kepada tugas mereka di PBB.
Syed Hamid berkata
beliau tidak mengadakan sebarang pertemuan rasmi dengan David Levy
sebagaimana dilaporkan kerana Malaysia tidak mempunyai hubungan
rasmi dengan Israel.
"Para pemimpin dan diplomat Malaysia
sebagai anggota PBB dan anggota Majlis Keselamatan sering bertemu
dari semasa ke semasa dengan pemimpin dan diplomat pelbagai negara
termasuk Israel semasa persidangan PBB. Itulah satu kebiasaan dalam
menjalankan tugas harian," katanya.
Semasa pertemuan tidak
rasmi itu, katanya, Malaysia mengambil kesempatan untuk menjelaskan
mengapa hubungan diplomatik tidak dapat diadakan dan untuk mendesak
rejim Tel Aviv itu melaksanakan perjanjian damainya dengan Palestin.
Syed Hamid juga berkata Malaysia tidak mengamalkan sikap
perkauman iaitu dengan memusuhi Yahudi sebagai individu tetapi
pendirian terhadap rejim Israel masih tidak berubah.
Mengenai pengiriman tahniah, Syed Hamid berkata memang
menjadi dasar kerajaan mengutus ucapan tahniah kepada sesuatu negara
atau pemimpin bila tiba hari kebangsaan atau sesuatu perayaan negara
itu. --
BERNAMA | |
|
blue.gif