*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamualaikum,

Minggu ini, membaca mana-mana akhbar arus perdana atau pun menonton mana-mana saluran 
TV Perdana, tidak dapat tidak, mau tak mau, kita terpaksa juga menatap wajah atau pun 
kata-kata petikan ucapan Presiden UMNO yang kemudiannya disusuli dengan ucapan 
sokongan dan segala puji-pujian yang tidak terhingga hebatnya untuk sang Presiden.

Tak perlu diulaskan apa yg diucapkan oleh Dr Mahathir kerana beliau sendiri mengakui 
yang beliau sudah pun hilang modal, dah tak tau dah nak cakap apa, pusing pi pusing 
mai cakap benda tu juga. Ini bukan saya yg kata, tapi Dr Mahathir sendiri yang mengaku:

"Sudah 19 kali saya buat ucapan pembukaan UMNO ini. Idea baru nak cari cukup susah 
tapi alhamdulillah last minutes dia datang juga, dan saya harap ucapan saya ini dapat 
difahami oleh kita semua"
[Berita Minggu 24/6/01]

Ha, tu dia - "Idea Baru Nak Mai Cukup Susah"; kalau diminta diterjemahkan ke bahasa 
Melayu moden, maksudnya ialah 'Sorry brader, wa dah habis modal dah, tak tau nak cakap 
apa dah!!'.

Maka itulah jadinya, apa yang dicakapkan oleh beliau seperti apa yg kita dengar di 
corong2 radio atau pun di kaca TV dan akhbar2 perdana, semuanya benda yg sama saja, 
PAS Pengkhianat Bangsa, PAS Penipu, Melayu Bodoh, Melayu Malas, Melayu Lupa Diri, 
Melayu Haprak etc.

Benda yang sama saja - nak buat gena, dah tak dak modal!!

Kerana itu juga agaknya, di penghujung petikan kata2 beliau di atas, beliau berkata 
"Saya harap ucapan saya ini difahami oleh kita semua". Maksudnya beliau sendiri tak 
berapa paham apa yg beliau cuba sampaikan, dalam ertikata sama ada masih relevant atau 
pun tidak dengan suasana politik semasa.

Mungkin kerana betul-betul tidak faham agaknya dengan ucapan Dr Mahathir ini, maka itu 
apabila ditanyakan pendapat kpd beberapa orang tokoh UMNO seperti  Muhyideen Yassin 
misalnya, dalam keadaan beliau sendiri tak berapa faham apa yg cuba disampaikan oleh 
Dr Mahathir, maka beliau pun berkata:

"Ucapan Dr Mahathir ini adalah yg terbaik, hinggakan ianya mampu mengubah GUNUNG!!"

Tu dia, gila babi punya bodek!!

Kemudian, pengarang Utusan Malaysia pula dalam tulisan padatnya di muka depan Utusan 
Malaysia 24/6/01 pula menulis:

"Ucapan YAB Datuk Seri Dr Mahathir Mohamed ini adalah yang terbaik (yg paling baik) 
sejak 20 tahun pemerintahannya"

Awat tak tulis kata:

"Ucapan YAB Datuk Seri Dr Mahathir Mohamed ini adalah yang terbaik (yg paling baik) 
sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka!!!"

Ha, kalau tulis macam tu baru la orang nak percaya sikit sebab bukan ada pun sapa yg 
masih hidup dari zaman Melaka tu, jadi tak taulah orang nak beza zaman tu dgn zaman la 
nie. Ini pi habag kata sejak 20 tahun dulu; bukan kata cikgu Sejarah kat sekolah anak 
saya, saya pun boleh habag kata masa mula dia jadi PM dulu, ucapan dia nampak berisi 
lah sikit, mengenai agenda membangunkan negara bangsa dan sebagainya, tapi la nie dok 
merepek bantai PAS, Keadilan, hentam orang asing, dok kutuk Melayu, Melayu bodoh, 
Melayu malas, Melayu Subsidi, Melayu Haprak etc etc!!

Tu pun, ada juga pemimpin-pemimpin Melayu Baru macam Muhyideen Yassin ini boleh dok pi 
angguk kepala kata Baguih. Haprak punya Muhyideen - nak bodek pun berpada-padalah; 
buat malu Melayu saja!!

Dalam banyak-banyak ucapan Dr Mahathir tu, saya cuma teringin nak sentuh tang sajak 
"Melayu Mudah Lupa" . Bukannya apa, sajak tu mengingatkan saya kepada bapa saya yang 
cukup tebal dengan semangat parti perikatannya.

Hari tu, masa tengah panas demam p/raya, waktu balik kampung di kala kami-kami 
generasi muda ini semuanya cakap tak tapis menghentam Mahathir kiri kanan, bapa saya 
menyampuk, kata dia:

"Hangpa ini lupa diri kot, siapa yg tolong hangpa selama ini kalau bukan UMNO, kalau 
bukan Dr Mahathir bla,bla,bla!!"

Sebagai menghormati orang tua, saya senyum sajalah sesama saudara satu generasi itu, 
malas nak jawab orang tua. Kita cuma bergaduh dengan pemimpin2 UMNO yg ada hari ini 
bukannya dengan orang-orang UMNO peringkat bawahan macam ayahanda saya tu.

Entah macam mana, beberapa bulan kemudian, adik saya ditawarkan masuk ke sebuah IPT 
tempatan; nah, tengok dia punya surat tawaran, kena bayar itu ini dengan bayaran entah 
berapa ekor kerbau untuk satu semester, ayahanda saya menghubungi saya:

"Nie pak nak habag nie, adik hang dapat masuk U, nak kena pakai RM sekian sekian 
banyak"

Kata saya:

"Tak dapat biasiswa ka?"

"Tak dapat"

"Ha, tu la sebabnya ayah, kami lawan Dr Mahathir & UMNO la nie; dulu zaman kami 
okaylah ada biasiswa, la nie mana ada dah biasiswa, Pusat2 Matrikulasi pula habis dok 
kena korporat, nak masuk U nak kena bayar ribu-ribu, mana orang kampung nak cari duit 
nak hantar anak masuk U. Sedangkan duit biasiswa itu adalah duit royalti politik untuk 
anak-anak Melayu iaitu sebahagian drpd hak2 istimewa org Melayu yg ditukarkan dengan 
IC Biru kpd bukan Melayu, untuk syarat mendapatkan kemerdekaan hari tu. Macam tu pun 
ayah masih nak sokong Dr Mahathir lagi; pemimpin2 UMNO kat atas sana bukan peduli dah 
pun dengan nasib kita kat bawah nie, yg depa kira nak penuhkan tembolok depa saja, 
bla, bla,bla!!"

Tak kata apa ayahanda saya; tapi sebab tanggungjawab saya sebagai abang, terpaksalah 
juga saya tolong mana yang mampu w/pun terpaksa ikat perut untuk memastikan adinda 
saya dapat menjejakkan kaki ke bangku Universiti. Selepas itu, ayah saya dah mula 
kurang retorik parti Perikatannya. Walaupun dalam p/raya lepas beliau memangkah UMNO, 
tapi hari ini saya lihat jiwa UMNOnya, semangat juang parti Perikatannya dah makin 
luntur. Apabila kami rancak bersembang mengenai projek billion billion Dr Mahathir di 
Putra Jaya dsgnya, ayahanda saya lebih banyak mendiamkan diri daripada berbicara, 
paling kuat pun beliau akan bangun, tak kata apa, kemudian start engine motor terus ke 
rumah sahabat2 nya yg berhampiran.

Sesungguhnya, orang-orang Tua seperti ayahanda saya tak pernah lupa jasa UMNO, dan 
anak-anaknya ini pun tidak pernah lupa sumbangan orang-orang yang terdahulu; yang 
lupanya ialah Dr Mahathir dan pemimpin-pemimpin UMNO hari ini.

Mereka lupa bahawa budak-budak kecik yang baru belajar ABC di kala pemimpim-pemimpin 
ini mula merangkak di gelanggang politik; kini budak-budak itu sudah pun besar 
panjang, dan besarnya mereka adalah di celah-celah dunia ketuanan Melayu yang begitu 
haru; kalau dulu misalnya tanah-tanah bendang Melayu hampir mencecah tapak Jambatan 
Pulau Pinang hari ini, tapi kini tanah-tanah bendang tersebut dan kampung2 tradisonal 
Melayu sekitarnya sudah pun berganti dgn rumah2 kedai - yg pemilik Melayunya bertuah 
kalau boleh ditemu.

Tumbuhnya kilang-kilang industri memang baik untuk pembangunan; tapi pembangunan apa 
namanya kalau majoriti Melayunya cumalah sebagai operator pengeluaran, Makcik/Pakcik 
Janitor dan Pak Guard Kilang sedangkan yang memegang jawatan pengurusan 90% nya adalah 
orang-orang depa.

Bagi sedikit jumlah anak2 Melayu yg berjaya mengisi 10% jawatan pengurusan itu, mereka 
tertanya-tanya:

"Kenapakah dalam keadaan anak-anak Melayu, lulusan professional yg masih belum pun 
dapat mengisi 30% target Dasar Ekonomi Baru ini, tiba-tiba BIASISWA untuk org Melayu 
ditarik balik; dan secara ironiknya pula dlm masa yg sama the so called 
pempimpin-pemimpin Melayu ini pula melalui proksi-proksinya menggalak dan melibatkan 
diri dengan begitu giat mengaut keuntungan melalui Kolej/Universiti Swasta - sedangkan 
kita semua tahu hampir 100% lulusan kolej2 swasta adalah orang2 depa"

Mengenepikan faktor PAS, faktor Anwar Ibrahim dan faktor campurtangan dlm bidang 
kehakiman; ketidakpuasan terhadap tindakan pemimpin-pemimpin UMNO yg lebih 
mementingkan kepentingan tembolok peribadi daripada perjuangan memartabatkan bangsa 
dan agama, adalah antara sebab utama kenapa generasi muda hari ini khususnya golongan 
professional berpaling arah meninggalkan UMNO.

Sesungguhnya kami tak pernah lupa sejarah, yang lupa adalah pemimpin-pemimpin UMNO.

-Barakuda-

Free email addresses helping endangered species every time you write
http://www.purpleturtle.com

 

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Ba Rakuda" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke