Title: YTDT 18
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* { Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net } { Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] } { Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] } *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Dear ,
Concorde has sent you this email, including a webpage which you can also visit by clicking here!

This email was sent using MailPage
Script by MTVWebdesign


minda rakyat
Menjana kemenangan BA dalam tahun 2004

SIRI 18 YTDT

HUKUM KARMA DATANG BERGEMA

Alhamdulillah....!!!!! Segala puji kepada Allah. Manusia merancang, Allah merancang juga. Tetapi perancangan Allah yang mengatasi segala-galanya. Saya ingin merakamkan kesyukuran ini dengan mengajak para pembaca artikel ini memanjat kesyukuran kepada yang Maha Esa. Lakukanlah kesyukuran itu mengikut amalan agama anda sekelian, kerana saya tahu ramai pembaca artikel  ini adalah daripada kalangan yang bukan Islam juga. Malahan, banyak bahan tulisan ini diberikan oleh rakyat Malaysia berbilang bangsa dan agama yang cintakan negaranya.

Kemenangan Saifuddin Nasution Ismail bukan bererti  kemenangan parti Keadilan semata-mata. Ia melambangkan kemenangan Barisan Alternatif pada dasarnya. Tetapi yang lebih penting lagi ia merupakan kemenangan rakyat yang jelek dan muntah dengan sistem pemerintahan kukubesi seorang diktator tua. Kali ini, Mahathir akan terus tersepit, seperti tersepitnya "jin lampu Aladdin" di Lunas; Mr. Saaaammyyyy Vellluu yang berikrar sebelum ini untuk kekal di Lunas apabila calon MIC kalah. Kini, nampaknya Samy Vellu terpaksa melunaskan ikrarnya.  Dalam hal ini saya ingin merakamkan  komen seorang  peguam kaum India di ibukota yang berkata:

                 "Let The Lunatic (Samy Vellu)  Dies In Lunas"

Sungguh keras  dan kesat cakap-cakap itu. Dalam Bahasa Malaysia ia boleh berbunyi: "Biarlah Sami Sewel itu Mati di Lunas". Inilah komen masyarakat professional India di Kuala Lumpur yang saya temui sebaik sahaja mereka mendengar ikrar Samy Vellu kepada penduduk Lunas. Saya ada membuat komen akan perkara ini dan mengingatkan para pemimpin UMNO bahawa cakap semacam ini sepatutnya ditegur dengan berhemah kerana ia merupakan satu cakap yang angkuh dan riak. Soalnya sekarang, apakah Samy Velu akan menetap di Lunas seperti janjinya?

Gelanggang Kecil Menjadi Besar

Kalau dinilai kembali segala perancangan Barisan Nasional sebelum hari pencalonan dilaksanakan, Barisan Alternatif memang tidak mempunyai harapan untuk menang. Kerana itu kita lihat betapa Barisan Nasional terutama sekali UMNO telah melancarkan serampang pelbagai mata untuk mengabui pemikiran rakyat sebaik sahaja kematian Fernandez di umumkan. Jasad mendiang Joe Fernandez belum pun disemadikan, akhbar perdana sudah mula memperlekehkan nama Saifuddin Nasution Ismail. Malahan di Laman FGR yang sungguh popular dikalangan penyokong BN dan juga pihak risikan Kerajaan, telah menonjolkan nama Saifuddin sebagai seorang yang tidak bermoral dan tidak layak menjadi pemimpin rakyat. Di waktu itu, nama Saifuddin pun belum dibincangkan untuk mewakili Barisan Alternatif.

Kemudian, dilakukan proses adu domba di antara pemimpin pemimpin utama dalam Barisan Alternatif itu. Fadhil Nor dikatakan telah menyebut akan perbincangannya dengan Lim Kit Siang, dimana dikatakan Lim bersetuju agar Parti Keadilan mengemukakan calon untuk menentang calon MIC. Yang sebetulnya perkara ini tidak pernah berlaku. Disebabkan kekeliruan ini kita lihat laporan bagaimana Lim Kit Siang dan Karpal Singh, dua nama gergasi di pihak pembangkang telah turut melatah. Karpal terutamanya telah termakan umpan pihak BN hingga sanggup memaki seranah pihak Barisan Alternatif. Malahan, Karpal telah dipetik oleh media perdana sebagai memperlekehkan Wan Azizah sebagai seorang yang belum matang berpolitik. Cemuhan itu berputik daripada satu berita pembohongan, di mana Wan Azizah dikatakan telah menolak nama pencalonan seorang India sebagai wakil Barisan Alternatif. Bila dicungkil-cungkil, rupanya Wan Azizah tidak pun bertanggungjawab dengan kenyataan itu.

Mainan  putar maklumat ini menjadi mekanisme berbisa yang dikendalikan oleh BN dan hampir-hampir menjahanamkan semangat setiakawan Barisan Alternatif. Ia menjadi lebih kecoh apabila muncul berita Tian Chua  meletakkan jawatan kerana membantah pencalonan nama wakil DAP di Lunas sebagai wakil barisan pembangkang. Namun, kebenaran mengatasi segalanya apabila sedikit demi sedikit terserlah juga segala taktik pembohongan pihak Barisan Nasional itu.

Persyarikatan Melayu-Cina

Kekalutan yang muncul di tahap awal tempoh berkempen itu hampir berjaya memerangkap parti DAP dan juga barisan pembangkang. Bayangkan apabila seorang ahli DAP yang sudah bersiap sedia dengan baju pencalonannya dan segala persiapan untuk berkempen menentang Anthonysamy. Ini diikuti oleh penutupan dan pembubaran cawangan DAP di beberapa tempat di Lunas. Taktik kotor ini sebenarnya mendedahkan muslihat yang dimainkan oleh MIC terutama oleh 'Jin Lampu Aladdin' yang ada pada BN ketika itu. Inilah bermulanya semangat juang rakyat marhaen. Dengan bantuan IT dan kemampuan segelintir professional Melayu yang tidak mahu dikenali dan dipuja-puji, maklumat terkini terus disalurkan di internet. Segelintir professional Melayu ini membuat jadual sendirian untuk berada di Lunas dan memantau pergerakan suasana berkempen. Ramai di kalangan mereka seperti insan yang lebih dikenali denan nama "MATDEGHIH" sanggup mengkorbankan  baki cuti tahunan yang masih ada untuk berkubu di Lunas tanpa menggembar-gemburkan kehadiran mereka. Mereka tahu cuti yang ada itu dikhaskan untuk lebaran Hari Raya Puasa, tetapi Lunas dan kemenganan BA adalah mengatasi segalanya.

Beberapa  pengendali laman web (webmasters) reformasi telah muncul di Lunas di hari pencalonan untuk mengenal mesra keadaan di sana. Tanpa dikenal dan tanpa memperkenalkan diri mereka.  Daripada lawatan itu mereka melakar jadual sendiri sebagai kubu logistik IT yang tidak dibayar dan perlu dibayar apa-apa. Tanpa perlu bermesyuarah terlebih dulu, kita dapati Webmaster Mindarakyat melakukan tugas khas berada sepanjang hari di depan PC untuk memantau lapuran yang dihantar daripada Lunas secara lintas langsung. Kita juga ingin merakamkan peranan Webmaster yang lainnya seperti FGR yang sentiasa cergas menyaring bermacam-macam maklumat yang cuba disumbat di laman itu. Pengendali Web Fitnah-e-UMNO yang sekian lama terpaksa berehat disebabkan alasan yang sahih dan strategy professionalisme telah menerima panggilan kecemasan untuk bercuti dan mengendalikan laman webnya khas sebagai menampung kekosongan yang mungkin timbul disebabkan kesibukan rakan setugas laman web yang lain.

Demikianlah perjuangan rakyat marhaen yang bernawaitukan perjuangan jihad yang disaluti dengan  keimanan. Kalau dilihat strategi semua pengendali laman web ini ia pasti akan menjadi satu bahan sejarah dunia (saya ulangi dunia...bukan sahaja negara ini) betapa sekumpulan professional IT yang tidak dikenali telah berjaya menumpaskan jaringan dakyah maklumat songsang parti yang memerintah. Begitu juga kegigihan yang ditunjukkan oleh Laman Harakah Daily dan MalaysiaKini.  Saya ingin merakamkan tahniah kepada mereka ini kerana kegigihan itu. Saya ingin rakamkan juga tahniah kepada Pengendali Webantu yang telah berusaha memaparkan  tulisan daripada penerbitan luar mengenai ekonomi negara. Semua ini menjadi maklumat besar kepada rakyat marhaen yang sudah tidak mempunyai kepercayaan terhadap akhbar perdana yang memuji-muja seorang diktator tua.

Hampir semua pengendali laman web persendirian ini berikrar dengan perjuangan jihad mereka kerana mahukan negara ini  terus kekal aman damai dan harmonis. Di waktu yang sama mereka kerap menulis dan berdoa agar Mahathir bin Mohammad mengundurkan dirinya dengan hormat sebelum terlambat. Dengan kata mudah, hampir semua pengendali laman web bebas ini adalah mengamalkan ajaran Allah bahawa ilmu pengetahuan yang ada pada mereka itu diamalkan ke jalan yang diredhai oleh Allah juga.

Apabila maklumat songsang dapat dipatahkan melalui internet, ia menimbulkan kesedaran rakyat marhaen bahawa segala taktik Mahathir untuk menafikan hak rakyat kepada maklumat yang jelas melalui penerbitan yang bebas, memerlukan satu tindakan sepadu untuk rakyat bertindak. Alangkah lucunya kalau kita kenangkan, bagaimana orang Melayu yang tidak pernah membaca dan membeli akhbar Cina terpaksa melakukannya semata-mata mahukan maklumat mengenai Himpunan Rakyat Aman di Jalan Kebun dulu?    Alangkah aibnya apabila rakyat negara ini dinafikan berita bagaimana pihak polis telah bertindak ganas ketika rakyat marhaen berhimpun secara aman itu?

Kebencian rakyat marhaen semakin membuak apabila pelbagai usaha diajukan oleh Mahathir untuk mencengkam rakyat secara kukubesi tanpa memikirkan segala implikasinya. Pilihanraya kecil Lunas dijadikan satu wadah di mana Mahathir cuba mengugut dan menakutkan kaum Cina.

Persyarikatan Melayu-Cina untuk menentang dakyah songsang yang selama ini dikatakan berjaya dilaksanakan oleh BN mengikut rentak yang dilakar oleh kem gestapo Mahathir, akhirnya goncang. Taktik putar belit dan ugutan songsang Mahathir ini mulanya dianggap berjaya apabila berlaku keributan di Pulau Pinang di mana beberapa pemimpin Gerakan meloncat ke kem MCA. Di waktu yang sama DAP hilang pengaruhnya di Pulau Pinang kerana pengundi Cina telah menolak kepimpinan Karpal Singh dan Lim Kit Siang. Ini merupakan kegemilangan rasukan iblis ala Troika yang dimainakan oleh UMNO, MCA dan Gerakan.  Sekaligus, DAP tumpas di seluruh negara dengan Lim Kit Siang dan Karpal Singh kehilangan hak menjadi ahli parlimen.

Hanyutnya Masyarakat India Kerana MIC

Tanpa diduga, berlaku pula satu gelombang kesedaran di kalangan orang MIC yang menyebabkan parti itu terus berpecah dengan ramainya professional India yang menganggotai Keadilan dan melepaskan keahlian mereka dalam MIC. Inilah manusia yang sudah sedar betapa kepimpinan Samy Vellu telah menjerumuskan masyarakat India itu ke kancah bajingan yang memang tidak pernah disangkakan oleh para pejuang dan pengasas MIC dulu. Kemelut perpecahan MIC itu sebenarnya merupakan satu fenomena yang sungguh menarik dan menjijikkan. Ia menarik kerana ramai yang keluar daripada MIC mampu menubuhkan parti berbentuk perkauman yang diiktiraf oleh Barisan Nasional sebagai parti komponen. Ia menjadi jijik kerana perpecahan dalam MIC dan kewujudan parti serpihan MIC yang diterima oleh BN itu sebenarnya telah menghanyutkan masyarakat India menjadi lebih terpinggir daripada arus gelombang rakyat yang bergiat cergas dan bekerja keras untuk menaikkan taraf hidup mereka. Dalam hal ini, saya ingin rakamkan nama Gobalakrishna sebagai wira kaum India yang sanggup menongkah arus dan melawan Samy Vellu secara  terbuka. Kesediaannya melepaskan peluang menjadi wakil rakyat calonan MIC adalah satu perkara yang mesti dirakam oleh sejarah. Gobalakrishnan  menonjolkan satu ketokohan bahawa dia bakal mewarnai persada kepimpinan Malaysia yang tidak akan lagi mementingkan parti politik perkauman seperti yang ada dalam UMNO masakini.

Saya ada berbincang dengan beberapa professional India di ibukota sebaik sahaja diumumkan ikrar Samy Vellu untuk menetap di Lunas. Rumusan daripada perbincangan itu menunjukkan ramai professional India di ibukota yang mahukan Samy Vellu terus menetap di Lunas. Malahan mereka ada berkata: Biar Samy Vellu mati di situ dan kalau dia mati tentukan paku yang lebih digunakan untuk menyimpan 'bangkainya dalam keranda'.  Saya terkejut dengan komen seperti itu. Memang ramai orang India yang masih marah dengan Samy Vellu bukan sahaja disebabkan kemelut Maika Holdings dulu. Mereka marah kerana Samy Vellu bertindak laksana samseng untuk memimpin kaumnya. "Kalau ketua sudah berlagak samseng, apakah lagi yang boleh diharap daripada para pengikutnya?" Inilah pendapat majoriti kaum professional India yang saya kemukakan masalah MIC, kini.

Saya pernah diajak berkereta ke beberapa tempat di Kuala Lumpur di mana ramai anak-anak muda India berkumpul. Memang boleh menghairankan. Bagaimanakah anak-anak muda lelaki boleh memakai tocang panjang-panjang dan berpakaian selekeh seperti penagih dadah boleh berkeliaran di Selangor Mansion, di Sentul, Brickfields, Bangsar, di kawasan Masjid India seolah-olah mereka tidak punya pekerjaan. Teman saya memberitahu bahawa ramai anak-anak muda itu adalah pembawa surat despatch, ataupun bekerja sebagai pembantu pejabat yang ponteng daripada kerja. "Ramai yang menghantar beberapa surat dan kemudiannya duduk berlonggok untuk ponteng daripada kerja mereka. Bila waktu pejabat hampir tamat mereka akan pulang ke opis masing-masing untuk menunjukkan muka sebelum keluar pulang ke rumah pula."

Hanyutnya masyarakat India daripada arus perdana negara adalah kerana kurangnya rancangan untuk memimpin masyarakat mudanya. Samy Vellu terpaksa akur bahawa dia sudah gagal memimpin kaumnya. Ramai anak muda India lebih suka menjadi ahli kumpulan samseng kerana inilah yang mereka pelajari ketika kecil-kecil lagi setelah keluar daripada kawasan perladangan. Mereka menjadi warga setinggan di pinggir kota dan bekerja keras sebagai pekerja kontrak kepada taukeh yang tidak kisah dengan pendidikan dan tata susila hidup mereka. Yang mereka faham ialah hidup untuk tidak lapar memerlukan kudrat empat kerat dan sanggup menipu, mencuri dan membunuh.

Kerana itu cara hidup berpeleseran dengan meniru cara hidup kumpulan samseng menjadi satu ikutan anak-anak muda ini kerana mereka telah disalah ajar oleh kumpulan tertentu untuk tujuan tertentu. Hanya orang yang faham cakap dan pertuturan Samy Vellu ketika berucap kepada masyarakat India akan faham bahawa Samy Vellu memang berlagak sebagai ketua samseng. Cakap kasarnya dan ugutannya  telah menaikkan semangat juang tidak bertempat anak-anak muda masyarakat India itu. Apatah lagi kalau mereka kerap diapi-apikan dengan cerita perjuangan kaum Tamil Elam di Sri Langka.  Di Sri Lanka kaum Tamil di ajar bahawa "The Art of Survival Is To Fight Back" (Untuk Hidup Mesti Sanggup Melawan Balik). Tetapi, itu adalah amalan kumpulan yang telah tertindas oleh pihak yang majoriti. Di Malaysia, kaum India tidak pernah tertindas ataupun ditindas. Mereka merasakan diri tertindas kerana pucuk pimpinan kaum mereka yang mahu mereka terus tertindas untuk mengekalkan kuasa politiknya. Untuk meyakinkan kaum India bahawa mereka terpinggir dan memerlukan MIC untuk keluar daripada konkongan yang menindas itu, Samy Vellu telah  melakukan putar-belit yang berpanjangan dan besistem termasuklah menggunakan taktik gangster dalam kepimpinannya. Kalau Samy Vellu betul-betul merupakan pemimpin luhur kaum India, takkan masyarakat India di Kelang Lama di Lunas ketiadaan air paip sejak lebih empat puluh tahun yang lalu. Apakah yang dilakukan oleh Joe Fernandez sejak enam tahun yang lalu?

Sandiwara Tabla Yang Tidak Menjadi

Gelagat kesamsengan Samy Vellu itu nampak terserlah apabila dia cuba mempengaruhi masyarakat India di Lunas. Tetapi, undi orang India di Lunas tidak sampai 20 persen, sedangkan undi orang Melayu adalah melebehi 45%, yang lainnya (34%) adalah undi kaum Cina. Samy Vellu telah bertindak melakukan lebih 120 projek memperbaikki infrastruktur di Lunas, sehinggakan taman perkampungan Melayu yang tidak rosak pun diturap semula. Oleh kerana kerja-kerja spontan itu dilakukan dengan nawaitu yang tidak ikhlas, kita hanya mampu ketawa melihatkan kesannya. Jalan yang berturap itu dilakukan sehingga kelihatan bercapuk-capuk di sana sini. Contoh yang paling baik ialah di Taman Kocai hingga ke jalan besar yang menemui Lebuhraya Butterworth. Kawasan ini memang merupakan kubu parti serpihan MIC. Daripada kos yang telah dibelanjakan di situ, adalah lebih baik mereka menyewa sebuah kedai berdekatan dan letakkan sepuluh buah PC untuk digunakan oleh anak-anak taman itu agar semuanya celik IT.

Tetapi, beginilah cara Samy Vellu memimpinn kaumnya. Dia akan bercakap besar seperti halilintar membelah bumi. Kini, lagaknya sudah lembut sedikit hasil daripada cemohan kita kerana gelagatnya mencabar orang Melayu Teluk Kemang dengan soalan: "Apa.....awak ingat itu Koran (Al Quran) boleh bikin jambatan....?" Di Teluk Kemang dulu memang soalan itu boleh laku kerana memang ramai kumpulan Melayu yang pro ajaran Taslim di sana.

Sikap bajingan dan kesamsengan yang ditunjukkan oleh Samy Vellu tentu sekali tidak dapat bertahan lama seandainya tidak ada orang atasan yang merestuinya. Samy Vellu sudah menjadi presiden MIC selama 22 tahun. Mahathir sudah menjadi pemimpin UMNO selama 20 tahun sahaja. Secara tidak langsung, Mahathir pun ada berguru dengan Samy Vellu. Malahan memang banyak cerita peti rahsia mengenai mereka berdua itu. Cuma, biarlah bulan Ramadhan menjadi penghalang mengeluarkan cerita rahsia seperti itu.  Memadailah kalau kita katakan, Samy Vellu berlagak samseng kerana ketuanya Mahathir yang selama ini berlagak samseng juga. Cuma, Mahathir menggunakan ramai proksi untuk melakukan aktibiti begini. Dia hanya mengarahkan dan membiarkan para proksi melaksanakannya.

Cabaran Baru Untuk Saifuddin Nasution Ismail

Kita mahu menggunakan kesempatan penulisan mengenai Lunas ini untuk memberi ingatan kepada Saifuddin Nasution akan beberapa perkara yang penting-penting untuk masa depannya dan masa depan negara ini. Maaf, kalau saya tidak gunakan honorifik YB dalam menghalakan tulisan ini. Sebenarnya saya tidak percaya kenapa seorang wakil rakyat itu mesti digula-gulakan dengan gelaran YB sedangkan dia rela menjadi calon untuk menjadi wakil rakyat.

  1. Kemenangan anda adalah satu kemenangan yang besar ertinya. Itulah yang saya maksudkan dengan tajuk "Gelanggang Kecil Untuk Hajat Besar". Kemenangan anda sudah menidakkan hak Kerajaan BN Kedah kepada suara dua pertiga dalam dewan undangan negeri itu. Saya meramalkan tidak lama lagi akan berlaku lagi perubahan dalam dewan itu. Tungglah dulu....!!!!
  2. Kemenangan anda dimungkinkan oleh sokongan pengundi Melayu, Cina dan segelintir India yang tidak lagi percaya dengan kepimpinan Mahathir dan Samy Velloo.  Pengundi Cina melakukan satu sikap "about-turn" menyokong Keadilan walaupun semua pemimpin MCA berkubu kuat di Lunas. Kemunculan kepimpinan DAP tanpa Karpal Singh telah memberi ruang kepada pemimpin DAP untuk menjelaskan kepada masyarakat Cina dan India di Lunas kenapa Keadilan mesti disokong.
  3. Terlalu ramai golongan professional Melayu, Cina dan India yang datang ke Lunas memberikan sokongan tanpa menonjolkan diri mereka secara terserlah. Mereka muncul untuk melihat suasana, mengeluarkan belanja untuk menderma dan keluar daripada Lunas dengan perasaan yang selesa  dan harapan yang menggunung tingginya. Kehadiran terlalu ramai anggota polis tanpa preman tidak memungkinkan golongan professional ini menunggu lama-lama kerana terlalu tinggi risikonya.
  4. Anda telah menerima banyak sokongan terpendam para pemimpin muda UMNO dan BN. Inilah satu hakikat yang mesti anda akui. Saya sendiri telah berbual dengan pemimpin BN yang saya kenal. Mereka telah mengeluarkan derma untuk membantu kegiatan Keadilan di Lunas tanpa menggembar-gemburkannya. Mereka melakukannya sebagai satu tindakan mengingatkan Mahathir bahawa masanya untuk menyebut perkataan "Selamat Tinggal UMNO" sudah semakin hampir.
  5. Kita dapat menjangkakan Saifuddin akan menerima bimbingan Fadhil Nor dan beberapa pemimpin PAS di Kedah. Tetapi, kita juga menjangkakan Lunas tidak lagi akan menerima sokongan kewangan kerajaan Kedah, kerana terlalu banyak yang sudah dibelanjakan. Ini bererti Saifuddin terpaksa berusaha untuk mendapatkan bantuan dan simpati kerajaan Kedah untuk memulakan perkhidmatannya. Oleh kerana Saifuddin telah lama bermesra dengan rakyat tempatan sejak kalah dalam pemilu 1999 dulu, kita jangkakan beliau akan mampu menarik sokongan rakyat untuk terus memperkokohkan Barisan Alternatif di kawasannya.
  6. Di tahap awalan, Saifuddin akan menerima satu 'renungan' daripada Mahthir bin Mohammad. Saya ada menerima berita bagaimana usaha sedang dijalankan untuk memancing Saifuddin agar melompat menyebelahi UMNO. Dengan cara ini suara majoriti BN di Kedah akan terjamin. Perkara ini pernah diluahkan oleh Paklah (secara negatif) di Lunas. Nampaknya taktik ini sedang dirancangkan. Kalau tidak dapat Saifuddin, ada di kalangan wakil PAS akan dipancing untuk tujuan ini. Saya percaya Saifuddin tidak akan termakan umpan itu.

Sebagai penutupnya saya ingin mencadangkan agar Keadilan dan juga Saifuddin, memikirkan agar satu majlis kesyukuran diadakan di Lunas sempena sambutan Hari Raya Puasa nanti untuk membolehkan orang luar datang ke Lunas bersama-sama menyambutnya. Adakanlah pesta rakyat untuk sehari dua dan lancarkanlah tabung derma rakyat sekadar seringgit dua. Dengan wang yang akan dikutip itu lancarkan program rakyat dengan duit rakyat. Lunas adalah satu pekan terpencil yang kini menjadi besar namanya. Ia kecil di satu ketika dulu kerana gelanggangnya yang kecil. Kini, ia menjadi penting kerana tercapainya hajat yang besar. Rakyat yang cintakan keamanan dan keharmonian, mahu menyumbang sesuatu untuk mengrealisasikan harapan yang sungguh besar itu. Biarlah rakyat menjadikan pekan angkat yang pertama, di mana setiap taman di Lunas itu mempunyai kaitannya dengan beberapa taman lain di seluruh negara.

Saifuddin hanya perlu melancarkan satu laman web khas untuk tujuan ini untuk menerima cadangan bernas daripada masyarakat luar untuk membantu peranannya sebagai pemimpin Lunas daripada Barisan Alternatif. Lunas bukan lagi sebuah pekan yang kecil, dan Saifuddin Nasution Ismail sebagai wakil rakyatnya bukan lagi merupakan seorang ahli politik yang kerdil. Lunas dan Saifuddin kini merupakan nama yang besar kerana rakyat marhaen nekad membantu seiring jalan menjadikan mereka besar. Harapan ini perlu terus disemarakkan agar semangatnya akan menular jauh ke seluruh negara, waima menyeberangi Lautan China Selatan yang tidak lama lagi akan   mengenal suara baru rakyatnya. Seperti yang kita ramalkan, Lunas akan membesar kerana hutang  yang sudah lama menggunung tingginya.

Semangat kemenangan rakyat marhaen di Lunas melalui Saifuddin sudah pasti akan terus bergema lagi. Hanya orang yang gilakan kuasa dan sanggup menongkat langit yang tidak  mahu percaya akan hukum karma ini.


-Marhaintua-
29.11.2000

 

HEBATKAN PERJUANGAN REFORMASI DI SIBER DAN IT

Sampaikan informasi dan maklumat kepada [EMAIL PROTECTED]
OX Free Counter
OX Free Counter

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB) ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB) ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan ) ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net ) ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] ) ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Pengirim: [EMAIL PROTECTED] (Concorde)

Kirim email ke