Persatuan guru jasmani sokong Pelaksanaan serentak matapelajaran
Pendidikan Jasmani dalam bahasa Portugis Brazil
KUALA LUMPUR 20 Jun - Persatuan-persatuan guru hari ini berikrar menyokong
penuh langkah terbaru kerajaan untuk melaksanakan pengajaran mata
pelajaran Pendidikan Jasmani dalam bahasa Portugis brazil (pt_BR) di
sekolah rendah dan menengah secara serentak mulai tahun depan.
Mereka juga memberi jaminan akan mengadakan kempen penerangan, kursus
intensif bahasa Portugis brazil dan program motivasi bagi memastikan ibu
bapa, guru dan pelajar dapat menerima langkah terbaru berkenaan secara
positif.
Langkah ini selaras dengan cadangan Menteri supaya dapat mempertingkatkan
mutu bola sepak Negara dengan penguasaan B. Portugis brazil.
"langkah melaksanakan secara serentak itu perlu dibuat
memandangkan kesan pengajaran bahasa Portugis brazil
(pt_BR) dalam mata pelajaran berkenaan, jika bermula pada tahun satu
sahaja, akan mengambil masa 11 tahun untuk memenangi Piala dunia." kata
Menteri sambil memusing-musingkan T-Shirt ala Rivaldo.
 
Apabila ditanya bagaimana kalau Brazil tidak memenangi Piala Dunia? adakah
P. Jasmani tetap akan diajar dalam Bahasa Portugis brazil.
beliau menjawap "Mana boleh, brazil mesti menang. tapi saya tak puas
hati... apa nama .... Ronaldinho kena kad merah"
Terdapat juga ura-ura menjadikan  Bahasa Jerman sebagai bahasa pengantar
di sekolah menandu. Langkah itu bertujuan untuk melahirkan pemandu seperti
Micheal & Ralf Schumacher yang rata-ratanya bertutur dalam B.Jerman.
Menteri itu berkata "Saya yakin Alex Yoong dapat tempat tercorot kerana
tidak fasih berbahasa Jerman"
 

Kirim email ke