*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Bercakap tentang warna hijau ni, sekolah-sekolah kat Ulu Langat ni kena
tukar kaler untuk apa-apa barang sekalipun kalau hijau kepada warna
lain.  Bilik guru kalau ada kaler hijau kena tukar warna, kertas manila
dah tak leh pakai kertas manila kaler hijau, whiteboard marker tak leh
pakai warna hijau.  agaknya kalau yang masih pakai papan hitam yang
sebenarnya berwarna hijau, seboleh-boleh sekolah tu kena tukar semua
papan hitam dia orang.  Maka dibuat lawaklah oleh cikgu-cikgu kat situ,
agaknya semua pokok-pokok kat sekitar sekolah kena cat le lepas ni kot,
sebab tak nak warna hijau.  bunga-bunga kertas tu toksah cakap le, sure
kaler daun kena ambik yang warna merah atau kuning, kalau ada daun
pokok bunga plastik yang warna biru lagi bagus.

Ini semua kerja pengarah pendidikan daerah le.

kalau nak berlawan, berlawanlah secara gentleman/gentlewomen. 
berlawanlah dengan kekuatan sebenar.  buat macam ni kelakarlah.  orang
tengokpun gelak.


--- Concorde <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
> 
>  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>  {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
>  {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
>  {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
>  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>           PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> Pusat arah jangan panggil Tuan Guru
> 
> KOTA BHARU, 2 Jan (Hrkh) - Kerajaan Barisan Nasional (BN) dianggap
> begitu terdesak apabila mengeluarkan arahan terbaru melarang
> mana-mana
> pegawai kerajaan Pusat menggunakan panggilan Tuan Guru kepada Menteri
> Besar Kelantan dan Terengganu.
> 
> Setiausaha Badan Perhubungan PAS Kelantan, Ustaz Wan Ismail Wan Jusoh
> berkata, surat arahan tersebut adalah pekeliling terbaru kerajaan
> Umno
> terhadap pemimpin PAS.
> 
> Ketika mendedahkan perkara itu pada ceramah di Pasir Pekan, Tumpat
> baru-baru ini, katanya, surat tersebut merupakan pekeliling terbaru
> kerajaan Pusat yang digunakan sekarang.
> 
> Menurutnya, arahan tersebut hanya mahu memanggil nama Tuan Guru Dato'
> Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang sebagai
> Yang
> Amat Berhormat sahaja.
> 
> "Mereka seharusnya ingat gelaran itu bukan diberi oleh Yang Dipertuan
> Agong, tetapi diberi rakyat sendiri.
> 
> "Adakah Dr Mahathir Mohamad juga mahu dikenali sebagai Tuan Guru Dr
> Mahathir sama seperti dilabelkan kepada Menteri Besar Kelantan dan
> Terengganu," katanya.
> 
> Selain itu, beliau juga mendedahkan terdapat arahan supaya
> bangunan-bangunan milik kerajaan Pusat tidak lagi diwarnakan dengan
> warna hijau," katanya.
> 
> Menurutnya, arahan tersebut juga tidak mahu Pos Kawalan Keselamatan
> tidak lagi dikenali sebagai Pas Kawalan.
> 
> Sebelum ini, lambang bulat berwarna hijau yang digunakan sebagai
> lambang
> Petronas diarah ditukar, ekoran isu itu berbangkit dalam perhimpunan
> Agung Umno.
> 
> Ekoran arahan tersebut menyebabkan Petronas terpaksa mengeluarkan
> belanja berjuta-juta ringgit untuk menukarkan simbol berkenaan.
> 
> 
> 
> 
> 
> 
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>  ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
>  ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
>  ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
>  ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
>  ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> 
> Pengirim: Concorde <[EMAIL PROTECTED]>


__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Yahoo! Photos - Share your holiday photos online!
http://photos.yahoo.com/

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Pabiyen Sitok <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke