*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
  Undilah PAS : MENENTANG KEZALIMAN & MENEGAKKAN KEADILAN
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
KELEBIHAN LELAKI PADA AKALNYA
         

       Allah Maha Bijaksana menjadikan makhluk
berpasang-pasang; lelaki dan wanita,
       bumi dan langit, siang dan malam, syaitan dan
malaikat, gunung dan lembah,
       matahari dan bulan, begitulah seterusnya.Banyak
hikmah dalam kejadian alam
       yang perlu direnung dan dijadikan bukti
keagungan Allah. Satu contoh dalam
       kejadian manusia, Allah jadikan wanita bersifat
lembut dengan nisbah 9/10 malu
       dan 1/10 akal, manakala lelaki 9/10 akal dan
1/10 malu.   

       Atas kelebihan akal inilah, Allah menjadikan
kaum lelaki penjaga bagi kaum
       wanita. Begitu juga dalam apa jua masalah,
Allah menyamakan 2 wanita dengan 1
       lelaki; contohnya dalam hal penyaksian.Walaupun
kurang berakal, namun wanita
       ada sifat malu. Kerana ada malulah, wanita
dipandang mulia. Kalaulah wanita
       tiada malu, habislah dunia ini. Begitu juga
lelaki, meskipun kurang malu namun
       mereka mempunyai akal yang dapat memikirkan
kesan dan sebab-akibat sesuatu
       perkara. Kalaulah lelaki tiada akal, dunia akan
jadi kocar-kacir.  

       Begitulah kebijaksanaan Allah untuk menjaga
keharmonian alam. Namun apa dah
       jadi pada masa ini. Wanita sudah tidak ada
perasaan malu lagi; bebas bergaul
       tanpa batas, bebas keluar hingga larut malam.
Manakala lelaki pula sudah tidak
       menggunakan akal lagi malah merosakkannya pula.
Fikirkanlah kesan buruk yang
       akan menimpa masyarakat jika fitrah kejadian
ini sudah diabaikan.   

       Wanita yang sepatutnya malu dah tiada malu
lagi; lelaki yang sepatutnya berakal
       dah hilangkan akal mereka. Perempuan dengan
gejala dedah; lelaki dengan
       gejala dadah.   

       Kata orang tua-tua - pemuda harapan bangsa,
pemudi tiang negara kini sudah
       hampir berkubur. Apa tindakan kita sekarang?   
         
         
        


=====

__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Bid and sell for free at http://auctions.yahoo.com

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Mohd Ibrahim <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke