*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
  Undilah PAS : MENENTANG KEZALIMAN & MENEGAKKAN KEADILAN
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Buat renungan bersama

Antara isteri dan ibu bapa, mana satu yang perlu
diutamakan ?

Perkahwinan pada dasarnya, tidak memisahkan hubungan
anak-anak dengan keluarga masing-masing. Bagi seorang
isteri, suaminya adalah lebih berhak ke atas dirinya
jika dibandingkan dengan kedua ibu bapanya. Manakala
bagi seorang anak lelaki, ibu bapa lebih berhak ke
atas dirinya jika dibandingkan dengan isterinya
sendiri. Kewajipan seorang anak lelaki dalam mentaati
orang tuanya telah dijelaskan dalam sirah Rasulullah
yang menceritakan tentang seorang sahabat yang bernama
Al-Khomah Menangislah ibunya. Ibunya dengan penuh rasa
kasih sayang telah mengampunkan segala dosa Al-Khomah.
Sejurus selepas itu, barulah Al-Khomah dapat mengucap
Syahadah dan menghembuskan nafas yang terakhir.

 Dalam kisah ini, Rasulullah telah berpesan, " Siapa
yang mengutamakan isteri dari ibunya, maka ia akan
terkena laknat Allah dan tidak diterima ibadat fardhu
atau sunatnya." Ingatlah kembali bagaimana payahnya
seorang ibu menahan kesakitan dan kepenatan
mengandungkan si anak apatah lagi selepas
melahirkannya, mata yang disengkang menahan rasa
mengantuk semata-mata melayan karenah si anak yang
pelbagai. Kesabaran si ibu menyediakan keperluan si
anak dan si ibu menggadaikan nyawa melahirkannya.
Kesimpulan dari itu, tindakan yang saudara ambil
adalah tidak menepati syariat Islam. Keperluan ibu
bapa hendaklah dipenuhi terlebih dahulu sebelum
saudara memenuhi tuntutan orang lain.


__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Thousands of Stores.  Millions of Products.  All in one place.
Yahoo! Shopping: http://shopping.yahoo.com

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Mohd Ibrahim <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke