*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamu`alaikum warahmatullahi wabarakatuh,
Kuliyyah Maghrib ini disampaikan oleh Ustaz Halim
Nasir di Masjid Batu,Kampung Pertama,Permatang
Pauh,Pulau Pinang.

Tajuk : Kesejahteraan Manusia Terletak Pada Kepatuhan
Kepada ALLAH SWT.
-----------------------------------------------------
     Muslimin/muslimat rahimmatulmullah.Dimana
seterusnya Mawdudi menyatakan bahwa ALLAH SWT tidak
menginginkan bahwa mereka yang menjadi wakilNya di
bumi ini,meraba-raba dalam kegelapan dan kebodohan;
yakni sebagaimana binatang yang menjadi hamba kepada
hawa nafsunya sendiri.Dan dengan demikian,merendahkan
darjat dirinya kepada darjat yang serendah-rendahnya. 
[ Menurut Mawdudi rahimmatulmullah,bahwa diantara
perkara yang amat tidak disukai dan dibenci oleh ALLAH
SWT ialah apabila hambaNya meraba-raba hidup di atas
mukabumi ini,serta berada di dalam kebodohan. ] 
     Mengapakah ALLAH menjadi murka dengan keadaan
hambaNya sebegini bodoh?…Kerana ALLAH SWT telah
membekalkan segala-galanya kepada manusia itu.Yakni
dengan planet bumi yang sesuai dengan manusia
diami,kemudian diberi pula tugas sebagai khalifatullah
yang sesuai dengan manusia (menjadi wakil ALLAH di
bumi); maka ALLAH tidak membiarkan manusia itu begitu
sahaja.Melainkan dikirimkan kepada manusia
olehNya,para Rasul alaihimussola tu wassalam.Dan
daripada para Rasul ini,dikirimkan pula oleh ALLAH,4
buah kitab yang besar.Kemudian kepada mana-mana Rasul
yang tak dapat kitab,diberikan ‘Suhuf’ {sahifah) yakni
lembaran-lembaran kertas yang tertulis di atasnya
syariat perundangan yang sesuai di zaman Rasul itu
hidup.
Oleh itu,maknanya dengan adanya petunjuk-petunjuk
daripada ALLAH ini,maka mana boleh lagi manusia hidup
dalam keadaan meraba-raba; kerana ini seolah-olah
menafikan sifat kesempurnaan ALLAH,yang telah
menciptakan manusia dengan begitu sempurna.
     Dengan diaturNya penciptaan dan kehidupan
sekelian manusia,dengan dihantarNya silih berganti
para Rasul alaihimussola tu wassalam; dengan
dikirimkan Nya kitab atau suhuf,yang bertujuan supaya
manusia ini ada pedoman; maka manusia pun boleh lah
hidup dalam suasana keimanan yang diajar oleh Nabi
s.a.w.
     Sebab itu,diantara cahaya yang paling besar ialah
al-Quranul Karim,yakni yang membenarkan kitab-kitab
yang sebelumnya.Sepertimana firman ALLAH dalam Suratul
Ahqaaf ayat 12 yang bermaksud,”Dan sebelumnya
(Quran),telah datang kitab yang diutus kepada Musa
a.s.,yang menjadi Imam (pemimpin)bagi manusia dan
memberi rahmat kepada manusia.Kemudian,datanglah
al-Quran di dalam bahasa Arab,yang memberi peringatan
tentang hukum-hukum peraturan yang disebut oleh
ALLAH.”
Sebab itu,kita mesti memahami dan menafsirkan al-Quran
mengikut peribadi dan tingkah-laku Rasulullah
s.a.w..Kita tidak boleh menafsir al-Quran mengikut
selera manusia di zaman masing-masing.Tetapi mestilah
kita menafsirkannya berdasarkan kehendak Nabi s.a.w.
     Al-Quran adalah satu mukjizat yang besar,yang
dengannyalah telah Islam orang-orang yang begitu keras
hatinya; baik di zaman Nabi s.a.w. ataupun di zaman
mutakhir yang boleh kita lihat sendiri.Antara manusia
yang sering menjadi sejarah atau menjadi legenda masuk
Islam dengan hanya melihat tulisan-tulisan daripada
al-Quran; itulah dia Umar al-Khatab radiallahu
anhu.Seorang yang pernah dipertikaikan sebelum dia
Islam; bilamana ada beberapa orang sahabat yang telah
Islam di zaman Makiyyah berbincang sesama mereka.Lalu
ada seorang sahabat kata,”Alangkah eloknya kalau Umar
al-Khatab itu masuk Islam.” Maka dijawab oleh sahabat
yang lain secara sindiran,”Kalau kamu nak tengok Umar
tu masuk Islam,tunggulah dahulu hingga unta al-Khatab
tu masuk Islam dulu,kemudian baru Umar.”
[ Sampai ketahap tu,orang punya tak percaya  yang Umar
nak masuk Islam ni.Yakni kata sahabat,”Tunggulah
sampai unta bapa dia masuk Islam dulu,barulah Umar
akan masuk.” Ini adalah satu kiasan yang
sahabat-sahabat bincang di tepi Ka`abah mengenai
betapa degil dan keras hatinya Umar.Tetapi dengan
berkat al-Quran,yakni dengan beberapa ayat muqaddimah
daripada Surah Thaahaa yang dirampas daripada tangan
adiknya,lalu apabila dilihatnya ayat-ayat suci
itu,maka menjadi sejuk hatinya.Selepas Islamnya
Umar,terus dia menjadi seorang pejuang Islam yang
telah memberi saham yang begitu besar di dalam
kemenangan Islam,terutamanya dalam menjatuhkan
kerajaan Rom/Parsi,yang telah dilihat muqaddimah
kemenangannya oleh Nabi s.a.w. di dalam peristiwa
memecahkan batu ketika menggali parit untuk menghadapi
peperangan Khandak.
     Kalau zaman dulu,orang tu ialah Umar r.a..Maka
zaman mutakhir ni,yang boleh kita bincang ialah
seorang lelaki yang dulunya bernama Cat Steven.Tapi
sekarangnya bernama Yusof Islam.Pada masa sebelum
Islamnya,dia adalah seorang pemuzik yang tahapnya
sampai main gitar pakai gigi saja.Rock habih
punya,pekena dadah dulu,baru bikin konsert.Kemudian
menurut ustaz,dia pernah tengok Yusof Islam berucap
dalam rancangan tv ‘Brothers In Islam’.Dimana dalam
rancangan tu,Yusof Islam menceritakan bagaimana dia
boleh masuk Islam.Dia menceritakan yang dia telah
dihadiahkan sebuah ‘buku’ oleh abangnya semasa
menghantar abangnya di airport.Gamaknya,tak tau apa
nak bagi kat adik dia,lalu dia capai satu
‘buku’,bungkus-bungkus,bagi kat adik dia.Rupa-rupanya
‘buku’ yang dihadiahkan oleh abangnya  itu adalah
al-Quran.Balik saja ke rumah,Yusof Islam pun selak dan
baca ‘buku’ tu; dia baca terjemahan tentang kebesaran
ALLAH,kemudian dia lihat dirinya sendiri.Yang sebelum
ini,dia pernah kata bahwa Buddha pun dia pernah
masuk,Kristian pun dia masuk dan segala jenis
ugama,semuanya dia masuk; tapi gitar tak tinggai
jugak.Tetapi apabila dia baca al-Quran,maka hatinya
jadi sejuk,lalu masuk Islam dan meninggalkan lapangan
nyanyian.Maka tiada lagi dia menggigit dan memetik
gitar; tapi kali ini,jari jemarinya memetik buah
tasbih pula dengan memuji kebesaran ALLAH SWT.Betapa
untungnya orang seperti dia,sahabat-sahabat
sekelian.Kerana Nabi s.a.w. pernah menyebut bahwa bila
orang bukan Islam memeluk Islam,maka dosanya semasa
dia bukan Islam tidak dikira lagi; dia seumpama bayi
yang baru lahir.Inilah untungnya orang bukan Islam
yang masuk Islam; tapi kalau sampai mati pun tak masuk
Islam jugak,maka nerakalah habuannya buat
selama-lamanya.
Dan sekarang,Yusof Islam telah menjadi seorang mujahid
Islam,dengan membeli gereja-gereja di kota London
untuk dijadikan pula pusat-pusat bagi penyebaran
maklumat tentang Islam dan sebagai tempat-tempat
ibadah orang-orang Islam.Ini terjadi kerana
orang-orang barat dah tak minat lagi dah dengan
gereja.Mereka menjual rumah-rumah ibadah mereka kerana
hancurnya sistem ciptaan manusia.Mereka dah tak boleh
terima lagi ajaran yang mengatakan para rahib mereka
tidak boleh kahwin.Kemudian terbongkar pula cerita
tentang seorang paderi yang telah membunuh
berpuluh-puluh orang wanita setelah dirogolnya mereka
itu.Ini berlaku kerana mereka (puak-puak kristian)
telah mengganggu fitrah manusia yang diberikan oleh
ALLAH; dimana kononnya para rahib mereka adalah
manusia-manusia yang hampir dengan Tuhan,lalu tidak
layak untuk berkahwin.Kerana kalau mereka
berkahwin,mereka takut kasih sayang dengan Tuhan
terputus.
Inilah andaian yang membelenggu nafsu yang telah
menjadi fitrah manusia kerana ALLAH dah cipta manusia
ni cukup punya sempurna; sepertimana firman ALLAH
dalam Surah Ali Imran ayat 14 yang
bermaksud,”Dihiaskan kepada manusia nafsu
syahwat,sukakan perempuan.Bila dah berkahwin,nak anak
pulak.”…Memang ALLAH bagi kat manusia nafsu syahwat
yakni lelaki sukakan perempuan,dan perempuan juga
sukakan lelaki.Lalu mereka diberi laluan melalui
proses ijabkabul.Maka kemudian berlakulah pula proses
percampuran benih suami isteri; dengan izin
ALLAH,dapatlah pula anak.Kemudian ALLAH campakkan
nafsu,sayang kepada anak pula.
Sambung ayat tadi,”Suka kepada perhiasan,daripada
emas/perak.”…Ini sifat kaum wanita.Para kaum lelaki
pula,hangpa jangan dok cari pasai nak pakai gelang
emas,kerana HARAM hukumnya bagi lelaki.Perhiasan
emas/perak ni,hanyalah untuk wanita sahaja.Mereka
memang diberi nafsu,suka berhias-hias.Tengok saja bila
depa pi kenduri; depa nanti pakai gelang sampai ke
siku.Kemudian bila nak tarik lauk,depa nanti cari yang
jauh sikit,pasai bila hulur saja tangan,maka terserlah
lah gelang-gelang yang gemerlapan itu.Ini yang
dikatakan yang perasaan ‘suka berhias’ itu wujud untuk
kaum wanita.         
Kemudian,”Sukakan kuda-kuda perang.”…Ayat ini turun di
Madinah masa zaman Nabi,maka ALLAH sebut kuda lah.Tapi
bagi kita sekarang,dikiaskan dengan kenderaan seperti
kereta,motor dan sebagainya.Petang-petang
dibasuh/di’polish’nya kereta.Bila meragam
sikit,cepat-cepat hantar workshop.Inilah nafsu,yang
ingin punyai kereta yang baik/cantik.
   Oleh kerana nafsu ini adalah ciptaan ALLAH,tapi
bila mereka cuba sekat,maka akhirnya terjadilah
perkara-perkara yang tak diingini seperti rogol/bunuh
dikalangan paderi kristian.Lalu orang-orang barat rasa
muak,maka mereka pun menjual gereja-gereja mereka,dan
dibeli oleh Yusof Islam.Berjihad sungguh dia
tuan-tuan,kalah kita.
Kalau omputeh jual gereja,jangan ada orang Melayu yang
jual Masjid pulak esok…Nauzubillah…Pasai la ni pun,ada
dah yang biadap dengan ulama; sehingga tampal
poster-poster yang bertulis,”Ulama penipu,Imam Syafi`e
penipu!”…Apa ni,tuan-tuan? Biadap sampai ke tahap maki
ulama. ]
     Inilah dia hasil daripada hanya melihat
al-Quranul Karim.Inilah kehebatan al-Quran.Sebab
itu,al-Quran menjadi penyuluh,dan tidak ada sebab lagi
untuk manusia berada dalam kegelapan,melainkan kerana
nafsu jahat yang bersarang di dalam hati dan jiwa
masing-masing.
     Sebab itu,Nabi s.a.w. di dalam menghuraikan
al-Quran melalui satu hadis (yang panjang yang diambil
daripada Saiyyidina Ali karamallahu wajhah),iaitu
bagaimana Nabi s.a.w. telah memberi beberapa
peringatan berhubung denagn al-Quran ini.

…….bersambung…….





__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Talk to your friends online with Yahoo! Messenger.
http://im.yahoo.com

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Omar AlKhatab <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke