*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamu`alaikum warahmatullahi wabarakatuh,
…….sambungan……

Ciri hati yang kedua yang paling disukai ALLAH SWT
ialah hati yang bersih.Yakni bersih dalam keyakinan.
[ Contohnya; bila ALLAH kata peristiwa Israk & Mikraj
berlaku dalam satu malam sahaja,maka orang beriman
kata,”Kami dengar dan kami taat.Bukan kata 1
malam,kalau ALLAH kata setengah malam pun,kami tetap
percaya.”…Ini dia hati orang beriman yang bersih dalam
keyakinan.
Tetapi bagi orang yang otaknya tak boleh pikiaq atau
tak boleh terima macamana Nabi boleh pi Israk & Mikraj
hanya 1 malam;maka orang-orang macam ni telah sesat
kerana mereka hanya menggunakan logik akal mereka yang
tak seberapa sangat tu,dan melupai kekuasaan ALLAH
SWT.Sepertimana yang telah kita baca dalam
sirah,mengenai seorang sahabat yang telah murtad di
zaman Nabi kerana tidak yakin berlakunya Israk &
Mikraj.Dengan mengimbas kembali peristiwa agong itu;
dimana apabila Nabi balik sahaja pada pagi hari
berikutnya, orang yang pertama ditemuinya ialah
sepupunya Ummu Hani binti Abu Talib.Apabila telah puas
dengar segala cerita daripada Nabi Muhammad s.a.w.,dan
walaupun ada cerita-cerita yang diluar pertimbangan
logik akal manusia, tapi Ummu Hani tetap berkata,”Aku
percaya akan ceritamu wahai Muhammad.Tapi la ni kamu
nak buat apa?”…Maka jawab Nabi,”Aku akan ceritakan
pada Abu Jahal dan pada semua penduduk Mekah.”…Lalu
kata Ummu Hani,”Tok sah lah ya Muhammad, pasai aku
takut sat lagi depa nanti pukoi kamu.Boleh kah depa
percaya kata kamu pi dalam masa 1 malam? Kamu pun tahu
ya Muhammad,yakni kita naik unta pun,4 bulan baru
sampai Palestin.Inikan pula,kamu nak bagi tau yang
kamu pi 1 hari saja. Tok sah cakaplah ya
Muhammad.”…Tapi Nabi kata,”Tidak! Aku tetap akan
cakap.”…Apa maknanya Nabi kata macam tu? Inilah Nabi
nak ajar kita bahwa dalam bab kebenaran,kalau kita
cakap juga,maka ALLAH akan bantu,Insya`ALLAH.Walaupun
Nabi tahu yang dia akan menerima
kecaman/tohmahan/berbagai-bagai tuduhan seperti
penipu,confirm ahli sihir dan berbagai-bagai lagi.Tapi
Nabi tak peduli itu semua kerana dia nak ajar kita;
bila kerja hak kita sampaikan saja,maka pasti akan
dicemuh orang.Tapi jangan bimbang kerana ALLAH akan
bantu.
Sebab itu,musuh-musuh ALLAH,mereka tak tahu ALLAH
punya perancangan.Sebagai contoh, kita lihat saja
kerajaan Mesir Firaun; bagaimana ALLAH rancang nak
bagi jatuh Firaun?…Dengan hanya Dia mengalirkan Nabi
Musa di Sungai Nil, itu saja.Kemudian keluarga Firaun
kutip, dan waktu Firaun tengok Nabi Musa yang masih
lagi bayi itu; adakah Firaun sangka bahwa inilah budak
yang akan lawan dan menjatuhkan kerajaannya?…Dia tak
sangka langsung,tuan-tuan.Firaun dan puak-puak yang
sealiran dengannya ni,bukannya hebat
sangat,tuan-tuan.Kerana depa tak baca perancangan
ALLAH,pasai depa tak kenai ALLAH.Tapi ALLAH punya
perancangan cukup hebat dan cukup halus.
Berbalik kepada cerita Israk & Mikraj tadi; dalam satu
riwayat yang sahih menceritakan sesudah Nabi cerita
pengalamannya itu kepada penduduk Mekah,tiba-tiba
datang seorang sahabat yang dalam keadaan tak yakin
dengan cerita Nabi itu.Dia kata,”Ya Muhammad,betoi ka
apa yang kamu cakap tadi?”…Nabi
kata,”Betoi.”…Kemudian,sahabat tu kata,”Saya boleh
percaya,tapi dengan satu syarat.Iaitu aku nak lihat
kamu angkat kedua-dua kaki kamu supaya terapung di
udara.Kalau kamu boleh buat begitu,baru aku
percaya.”…Lalu kata Nabi,”Aih,mana boleh.”…Kemudian
kata sahabat tu,”Cubaan daripada aku pun kamu tak
boleh buat,macamana kamu boleh kata kamu terbang ke
langit.”…Kemudian dia desak Nabi dengan
mengulang-ulangkan syaratnya tadi,maka kata Nabi,”Aku
tak boleh buat sebagaimana yang kamu suruh tadi kerana
aku pun tak tahu mengapa aku tak boleh  buat.”…Tapi
dia desak dan desak lagi,maka akhirnya kata
Nabi,”Kalau kamu nak tau jugak pasai apa aku tak boleh
buat  macamana yang kamu suruh; kamu bolehlah pergi
berjumpa dengan seorang sahabatku,yang dia boleh beri
jawapannya,iaitulah Umar al-Khatab.”…Yang sahabat ni
pun betoi bendoi,dia pi jumpa jugak dengan
Umar.Riwayat menyebut pada waktu itu,Umar sedang dok
asah pedang (memang cari pasai betoi dia ni).Bila dia
jumpa Umar,katanya,”Wahai Umar,Rasulullah hantar saya
ke sini untuk tanya kamu : Mengapa Nabi tidak boleh
mengangkat kaki kirinya dalam keadaan kaki kanannya
tergantung? Adakah jawapannya ada pada kamu
sepertimana kata Nabi kepada ku,wahai Umar?”…Kata
Umar,”Ada.Saya boleh bagi jawapannya tapi dengan satu
syarat.”…Tanya sahabat tu,”Apa syaratnya?”…Kata
Umar,”Syaratnya,kamu kena mai dekat sikit.”…Bila kawan
tu pi dan sampai betoi-betoi depan Umar,lalu kata
Umar,”Inilah jawapannya!”…Maka Umar angkat pedang,lalu
terus dicantasnya leher kawan tu.Kemudian keluarga si
mati itu pun menjadi marah,”Mengapa Umar membunuh ahli
keluarga kami?”…Maka jawab Umar dengan mudah,”Kerana
dia sudah murtad.Kalau cakap Nabi pun dia tak
percaya,inikan pula cakap aku.Maka pedanglah jawapan
baginya,kerana aku tak tau cakap,yang aku
tau,pancung.”…Itu dia,tegasnya Saiyyidina Umar
al-Khatab,dia bertindak kerana sahabat tu dah
terkeluar daripada Islam,apabila dia menolak
kepercayaan kepada salah satu rukun Iman yakni
‘Percaya Kepada Rasul’.
Sebab itu,Nabi kata bersih dalam keyakinan.Kita mesti
yakin dengan apa saja kenyataan daripada
ALLAH/RasulNya.ALLAH dah pun bagi dalil-dalil mengenai
Israk dan Mikraj,yang boleh kita rujuk dalam tafsir
al-Quran; yakni ayat pertama dalam Surah al-Israak
itulah dalilberlakunya peristiwa Israk.Manakala ayat
13-15 dalam Surah an-Najm itu pula adalah dalil
berlakunya Mikraj,yang maksudnya,
“Dan sesungguhnya Muhammad telah melihat Jibril dalam
bentuknya yang asli pada waktu yang lain.Iaitulah di
kawasan Sidratul Muntaha.Dan Nabi Muhammad telah
melihat di kawasan Sidratul Muntaha itu ada sebuah
syurga bernama Al-Ma`wa.”
…Inilah yang dikatakan bersih dalam keyakinan.Kalau
sedikit was-was terbit dalam hati,maka kufurlah
kita.Sepertimana Nabi bersabda,”Ragu itu termasuk
dalam kekufuran.” ]
     Dan yang ketiga ialah hatinya lemah lembut
terhadap saudara sesama Islamnya.Inilah hati yang
ALLAH suka,yakni tegas dalam ugama, bersih dalam
keyakinan dan lembut dengan saudara Islam.Dalilnya
boleh tuan-tuan rujuk dalam Suratul Fath ayat terakhir
(29) yang bermaksud,
“Muhammad ituadalah rasul ALLAH.Dan sesungguhnya
orang-orang yang bersama dengan Muhammad itu yakni
para sahabat,dan orang-orang yang mengikut jejak para
sahabat; sesungguhnya mereka itu teramat tegas
terhadap kekufuran.”
[ Inilah sifat para sahabat yang perlu kita
ambil.Yakni kita tak ada kompromi dalam masalah
aqidah.Kalau batal aqidah,maka terang-terang kita
sebut batal.Tarak selindung-selindung punya.Kalau
syirik,maka syiriklah yang kita sebut. ]
“Berkasih sayang sesama mereka.”
[ Dengan orang yang kufurkan ALLAH,para sahabat
bertegas,mereka tak peduli.Sebab itu dalam perang
Badar,kita lihat ada sahabat dalam tentera Rasulullah
bernama Abu Ubaidah,sanggup tetak leher bapa dia
sendiri,kerana bapa dia berpihak kepada kafir
Quraisy.Inilah iman namanya.Tetapi kalau sesama
mukmin,para sahabat berkasih sayang.Dijalin ikatan
kasih sayang sesama jemaah.Sepertimana kisah Said bin
Robi`I,seorang Ansar yang sudi untuk menceraikan salah
seorang daripada isteri-isterinya,untuk diberikan
kepada Abdul Rahman bin Auf,ketika Abdul Rahman dan
para sahabat berhijrah ke Madinah.Inilah persaudaraan
dalam Islam yang Nabi meteri antara
Ansar/Muhajirin,lalu Said bin Robi`I dari Ansar
disaudarakan dengan Abdul Rahman bin Auf.Inilah contoh
kepada kita supaya ikatan kasih sayang dalam satu
jemaah hendaklah diikat sekuat mungkin,kerana itulah
kekuatan.
Kita lihat satu contoh lagi; dimana dalam satu
peperangan, ada seorang sahabat mengalami cedera parah
yang amat teruk.Dalam keadaan nazak dia diberi
air.Lalu katanya,”Aku tak apa,pergilah engkau beri air
kepada sahabat aku seorang lagi.” Maka sahabat pemberi
air itu pun pergi kepada sahabat yang disebut,tapi
sahabat yang memang dalam keadaan cedera tu kata,”Aku
masih boleh bertahan,pergilah engkau bagi air ini
kepada yang lebih memerlukannya.”…Tuan-tuan,mereka
tidak ada kepentingan diri, mereka pentingkan sahabat
yang lain dulu.Inilah yang ALLAH kata dalam Surah
al-Hasyr ayat 9 yang mengisahkan tentang perangai
orang Ansar semasa peristiwa Hijratul Rasul.Kata ALLAH
yang bermaksud,
“ Dan orang-orang Madinah yang terlebih dahulu
mendiami negeri itu (Madinah) sebelum datangnya
Muhajirin; sesungguhnya mereka amat sayang kepada
golongan yang berhijrah ke tempat mereka.Walaupun
mereka memerlukan sesuatu,tetapi mereka melebihkan
orang-orang Muhajirin.”
…Inilah ikhtiraf/pujian daripada ALLAH kepada budi
pekerti orang-orang Ansar.
     Jadi,hati-hati yang amat ALLAH sayang,sepertimana
kata Nabi,iaitu keras dalam ugama, bersih dalam
keyakinan, dan lemah lembut dengan saudara
mara.Tapi,perangai orang Melayu yang dok ada la ni;
orang kafir depa bela,orang Islam pulak depa maki
hamun.Yang nilah yang dimaksudkan dalam sebuah hadis
Rasulullah s.a.w. yang menyatakan bahwa,”Akan lahir di
akhir zaman; golongan yang memerangi orang
beriman,tetapi membela penyembah-penyembah
berhala.Demi ALLAH,sekiranya aku bertemu dengan
golongan itu,nescaya akan aku perangi mereka
sepertimana Nabi Hud memerangi kaum `Ad.” 
…Tuan-tuan,tidakkah golongan yang disebut Nabi dalam
hadisnya itu sudah wujud di dalam negara kita
sekarang? Yakni,yang membela golongan kuffar,dan
menghentam para ulama.Kemudian mereka menuduh golongan
yang mau balik kepada Islam sebagai ‘pelampau’.Dan
yang paling CELAKA sekali bagi golongan ini ialah
mereka membiarkan kawan-kawan kuffar mereka menghina
ugama Islam,iaitu dengan mengeluarkan kenyataan bahwa
kalau balik kepada hukum Islam,maka seperti memutar
jarum jam balik ke belakang.BIADAP dan BANGSAT sungguh
golongan-golongan ini,sehinggakan Nabi s.a.w. sendiri
kata,”Demi ALLAH,kalau aku jumpa puak-puak ni,aku akan
berjihad memerangi merka seperti Hud memerangi kaum
`Ad.”…Tu dia tuan-tuan,Nabi bertegas sampai ke tahap
tu,kerana golongan ni tidak ada adab dengan ugama
ALLAH SWT.Sebab itu,kepada golongan ini,kita beri
peringatan bahwa sesungguhnya kesabaran orang-orang
beriman ada batasannya,dan jangan mencabar kewibaan
orang-orang beriman.Dan kita beritahu lagi kepada
mereka ,”Kalau kamu rasa kamu mulia di dunia,ingat
akhirat juga menanti kamu.”  
Kemudian ustaz Halim teringat kata-kata Abu Ubaidah
Amir al-Jarrah,yang merupakan seorang panglima perang
tentera Islam.
(Untuk pengetahuan tuan-tuan,dikalangan
sahabat-sahabat Nabi,ada banyak katogerinya.Ada yang
menulis wahyu seperti  Muawiyah bin Abu Suffian dan
Zaid bin Tsabit.Ada sahabat yang jadi '‘businessman'
seperti Abdul Rahman bin Auf dan Osman bin Affan.Ada
sahabat Nabi yang menjadi General perang,seperti Abu
Ubaidah Amir al-Jarrah,Khalid ibni Walid dan Saad bin
Abi Waqqash.Kalau tuan-tuan nak tahu,Saad bin Abi
Waqqash ni,Rasulullah s.a.w. pernah berdoa untuk
panahannya.Sebab itu,bila sahabat pi check selepas
setiap peperangan berlaku yang membabitkan Saad bin
Abi Waqqash; yang mana bila sahabat tengok saja mayat
musuh yang ada melekat terpacak anak panah tepat di
antara dua kening,maka itulah panahan daripada Saad
binAbi Waqqash.Tu dia punyalah hebat Saad ni.Pulak
tu,ditambah dengan style dia memanah; kehebatannya
terserlah bilamana dia memanah sambil berdiri atas
kuda yang sedang berlari.Begitulah tangkasnya orang
yang ketiga dalam senarai paling awal masuk Islam,maka
dia adalah ‘top ten’ yang dijamin masuk syurga oleh
Nabi s.a.w..Dia kalau baling tombak,kena kalu,goal
teruih.Yang kita ni pulak,punyalah capoi,baling dart
pun kira miss memanjang.)
Berbalik kepada kata-kata General Abu Ubaidah Amir
al-Jarrah yang ustaz Halim nak mentioned tadi ialah
dia pernah kata,”Ada orang yang pakaiannya putih
bersih,tetapi hatinya kotor.Dan ada orang yang mulia
di dunia,tetapi akan hina di hari esok yakni
qiamat.”…Inilah yang kita nak beritahu kepada golongan
biadap ni,bahwa kamu dipuja/dimulia di dunia ini
kerana kamu ada pangkat/kuasa walaupun kamu menentang
Islam.Tapi kamu mau ingat bahwa akhirat juga sedang
menanti kamu.Sebab itu,ALLAH ajar kita dengan satu doa
lepas sembahyang,iaitu yang terdapat dalam Surah Ali
Imran ayat yang ke 194,yang maksudNya,
“Wahai Tuhan kami,kurniakanlah kepada kami apa yang
telah Engkau janjikan kepada rasul Engkau,iaitulah
syurga balasan baik.Dan janganlah Engkau hina kami
pada hari qiamat.” 
…Inilah doa yang ALLAH ajar supaya kita minta kepada
ALLAH agar jangan ALLAH hina kita pada hari
qiamat.Kalau dah ALLAH hina kita pada hari
qiamat,habih tuan-tuan.Sila rujuk dalam Suratul Hajji
di akhir ayat yang ke 18,yang bermaksud,
“Barang siapa yang dihina oleh ALLAH,maka tidak ada
siapa yang boleh memuliakan dia.”
 …Walaupun ‘dia’ cuba solek diri ‘dia’ nak bagi
mulia,tapi kalau ALLAH dah hina; muka ‘dia’ masuk
dalam tv ka atau paper ka,orang tak kelapaq/meluat nak
tengok dah.Kalaulah tv tu harganya seringgit,aku nanti
terajang ‘dia’ hari-hari.Ni,pasai tv tu harga dia dah
sampai RM1000 +-,kita pun tak berapa banyak duit,tak
lah terajang,tapi kita tutup aja.Kalaulah harga tv
seringgit,saya ingat bukan saya sorang saja yang
terajang,malah ramai lagi yang buat jugak.Time tu,toke
kedai tv tak senang duduk pulak,kira order dok mai
saja…Apa tanda tu?…Itulah tandanya,’dia’ dihina oleh
ALLAH SWT.Pasai apa ‘dia’ dihina?…Pasai ‘dia’ lawan
ALLAH,itu saja.Nauzubillah. ]
   Kerana inilah,maka kita nak bagitau bahwa petunjuk
yang benar hanyalah daripada ALLAH SWT.Dan inilah
perkara yang perlu kita faham,iaitu bila kita hidup
sehari-hari di atas mukabumi ALLAH,maka perlulah kita
cari petunjuk itu.Dan saya yakin kita yang dok ada
dalam jemaah,berada diatas hidayah/petunjuk.Tetapi
bagaimana dengan saudara mara/sepupu/ibu ayah
mertua/sahabat handai kita,yang masih berdegil tak
mahu kepada agama ALLAH,maka inilah yang menjadi tugas
kita.Yang mana di atas sabda Nabi s.a.w.,”Sampaikan
daripada ku walaupun sepotong ayat.” Dan
sebar-sebarkan ilmu yang kita dapat,semoga mereka juga
menjadi baik seperti kita.Insya`ALLAH.

…….bersambung…….



__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Send instant messages & get email alerts with Yahoo! Messenger.
http://im.yahoo.com/

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Omar AlKhatab <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke