*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamu`alaikum warahmatullahi wabarakatuh,
…….sambungan……

Tajuk : Perbezaan Antara ‘Din’ dan ‘Syariat’.
   Tajuk yang cuba dibahaskan pada kali ini
berdasarkan tulisan Almarhum Mawdudi rahimmallahu
ta`ala,ialah ingin menerangkan kepada kita iaitu;
apakah dia makna ‘addin’? Apakah dia makna ‘syariat’?
Dan apakah perbezaan antara ‘Din’ dan ‘syariat’? 
Dimulakan dengan membicarakan makna ‘addin’,yang
selalu kita jadikan wirid selepas kita menunaikan
sembahyang.Antara wirid kita itu ialah daripada Surah
Ali Imran ayat 19 yang bermaksud,
“Sesungguhnya addin di sisi ALLAH hanyalah Islam.”
Bahkan dalam Surah Ali Imran itu sendiri,kita bertemu
dengan banyak ayat yang menyentuh tentang persoalan
addin.Antaranya,pada ayat 85 yang bermaksud,
“Barang siapa yang mencari selain daripada Islam
sebagai ‘Din’nya,maka tidak akan diterima
daripadanya,dan menjadi golongan orang yang rugi di
negeri akhirat kelak.”  
Ataupun kita lihat dalam Surah al-Bayyinah di akhir
ayat ke 5 yang bermaksud,
“Itulah dia ‘Din’ yang lurus.”
Dan ada banyak lagi ayat-ayat yang menerangkan kepada
kita akan perkataan ‘addin’ itu sendiri,samada dalam
hadis Rasulullah s.a.w. maupun dalam Kitabullah.
     Almarhum Mawdudi ada menyebut diantara yang
dimaksudkan dengan kalimah ‘addin’ itu,yang difahami
dengan agama Islam itu,sepertimana yang diberitahu
oleh ALLAH bahwa tidak ada ‘Din’ melainkan Islam; ia
perlu dibahas secara umum.Maksudnya,ulama mengajar
kita bahwa yang dimaksudkan dengan ‘addin’ itu,bukan
hanya sekadar ugama.
[ Yang nilah yang Mawdudi cuba huraikan supaya kita
nampak Islam tu apa dia.Dan beliau juga nak beritahu
yang ‘addin’ itu bukan hanya sekadar ugama,yang sama
batasannya dengan cara peribadatan orang-orang  yang
bukan Islam.Yakni,maksudnya dalam konsep
kepercayaan/penghambaan.Tetapi dihuraikan dengan
begitu detail dalam bab ini,apa dia ‘addin’ itu. ]
     Antaranya yang ustaz Halim petik dalam perbahasan
Mawdudi yang begitu begitu panjang,lalu
diringkaskannya bahwa diantara yang dimaksudkan dengan
‘addin’ itu oleh para ulama,
i) yang pertamanya ialah ketundukkan,penghambaan dan
penyerahan.Maknanya,setiap makhluk,baik dia manusia
ataupun tidak,dia mesti tunduk dan menjadi hamba
kepada ALLAH SWT.Termasuk juga menyerahkan urusan
hidupnya kepada ALLAH SWT.Maksudnya ‘menyerahkan
urusan hidupnya’ ialah dia tidak ada hak dalam perkara
yang telah ditentukan oleh ALLAH.Dia hanya boleh
menyerahkan urusan itu kepada ALLAH SWT sepertimana
yang diterangkan dengan nas al-Quran dan hadis
junjungan Nabi Muhammad s.a.w..Sebab itu,dia tidak ada
hak untuk membatalkan penghambaan itu.Jadi,inilah yang
dimaksudkan dengan makna yang pertama,yakni
‘ketundukkan,penghambaan dan penyerahan’ kepada ALLAH
secara total dan secara mutlak; yang tidak ada
ditengah-tengahnya perasaan syak/ragu/bimbang terhadap
penyerahan kepada ALLAH SWT.    
Sebab itu,bila kita baca al-Quran, kita akan bertemu
dengan ayat-ayat ALLAH yang mengajar kita bahwa bukan
kita sahaja manusia yang sujud kepada ALLAH,tetapi
makhluk-makhluk yang lain juga,yang tidak ada nyawa
dan yang tidak ada akal yang dicipta oleh       ALLAH
itupun,tunduk dan menyerah kepada ALLAH.Sebagai contoh
daripada ayat-ayat al-Quran itu ialah ALLAH kata,
“Dan pokok-pokok kayu,tumbuh-tumbuhan; semua mereka
itu sujud kepada Aku.”
[ Inilah yang dikatakan sampai kepada peringkat
pokok-pokok kayu dan tumbuh-tumbuhan pun sujud kepada
ALLAH,yakni mereka juga patuh kepada prinsip qada
ketentuan ALLAH yang menjadikannya sebagai
tumbuh-tumbuhan.Ini juga adalah makna ‘addin’ yang
dibahas oleh para ulama. ]
Kemudian firman ALLAH dalam ayat 82 Surah Ali Imran
yang bermaksud,
“Apakah kamu nak cari ugama selain daripada Islam?
Apakah kamu nak batalkan ketundukkan kamu kepada
ALLAH? Sedangkan,telah tunduk seluruh penduduk langit
dan bumi kepada ALLAH,samada secara sukarela ataupun
terpaksa.Dan kepadaNyalah kamu semua akan kembali.”
[ ALLAH beritahu,jangankan kita yang kerdil ni,tetapi
matahari yang besarnya berpuluh-puluh kali ganda
daripada bumi yang dipijak ni pun, dia juga adalah
Islam dan memahami erti ‘addin’,yakni menyerah patuh
kepada ALLAH SWT.Dalilnya boleh kita lihat dalam Surah
Yaasiin (untuk pengetahuan tuan-tuan,Yaasiin adalah
salah satu nama Nabi Muhammad s.a.w..Dimana ALLAH
memulakan ‘Yaasiin’ ialah bilamana Nabi menghadapi
tekanan dan penindasan yang begitu dahsyat.Maka ALLAH
turunkan Surah Yaasiin ini seolah-olah ALLAH memanggil
Nabi  dengan nama ‘Yaasiin’.Dalam pengajian kita,Nabi
Muhammad s.a.w. ni,dia ada 7 nama: iaitu
Muhammad,Ahmad,Abdullah,Yaasiin,Thaahaa,Muzzammil dan
Muddatstsir.).Jadi ayat 38-40 dalam Surah Yaasiin tadi
bermaksud,
“Dan matahari itu,beredar ia mengikut undang-undang
peraturan.”
…Maksud ayat ini,sewaktu penciptaan matahari, ALLAH
telah pun menetapkan undang-undang untuk matahari;
seperti kot mana dia nak lalu, kat mana dia nak
terbit/terbenam dan waktu mana bila dia hilang
kemudian naik pulak bulan.Semua peraturan ini sudah di
‘setting’ siap oleh ALLAH SWT. 
Sambung ayat tadi “Dan bulan itu,Kami menentukan pula
tempat turun/naiknya.Sehinggakan kamu melihat bulan
itu menjadi seperti bulan sabit.Kesemua makhluk ini;
samada bintang,bulan atau matahari, mereka beredar di
atas satu jangkamasa yang boleh kamu hitung (ilmu
falaq).”
…Sebab itu,bila kita melihat bagaimana akibat daripada
ketundukkan matahari,bulan dan bintang ini kepada
kehebatan ALLAH SWT,maka barulah ahli-ahli sains boleh
meletakkan jangkaan mereka.Seperti bilakah akan
berlakunya gerhana matahari, bilakah akan berlakunya
gerhana bulan; sehinggakan dapat disiarkan melalui
media-media bahwa pada sekian-sekian tarikh; maka
matahari,bulan dan bumi, akan berada di atas satu
garisan,maka inilah yang dinamakan ‘gerhana matahari
atau bulan’.Oleh itu,apabila ahli-ahli sains
menjangkakan pada tarikh sekian-sekian, gerhana akan
berlaku,maka kita pun tunggu dan bila tiba pada tarikh
yang dijangkakan,ia jadi sungguh!…Mengapakah jangkaan
ahli-ahli sains itu boleh berlaku tepat pada masa yang
dijangkakan?…Sebab,bulan  & matahari ni,satu inci pun
mereka tak langgar perintah ALLAH SWT.Cubalah misal
kata,kalau bulan/matahari tu lari satu inci sahaja
daripada ‘falaq’nya,nescaya kita tidak akan dapat
menyaksikan kejadian gerhana seperti yang dijangkakan
oleh ahli sains.Tetapi yang kita dok saksikan
selalu,ialah gerhana ni jadi sungguh seperti apa yang
diramalkan oleh ahli sains.Jadi,inilah yang
menunjukkan kepatuhan/ketundukkan/penghambaan makhluk
kepada ALLAH,maka inilah makna pertama ‘addin’.
Manakala dalam hal berlawanan pula,kita akan lihat
bagi orang-orang yang tidak patuh atau tidak
menjadikan dirinya suatu bentuk penghambaan kepada
ALLAH,maka nescaya kita akan dapati bahwa antara
mereka,ada yang akan menjadikan nafsu pula sebagai
tempat untuk mereka menghambakan diri.Perkara ini
telah pun dinyatakan di dalam al-Quran,iaitu dalam
Surah al-Qamar ayat 3 yang bermaksud,
“Dan mereka itu mendustakan ayat-ayat Kami,dan mereka
mengikut akan hawa nafsu mereka.”
…Kata ALLAH bahwa sudahlah mereka mendustakan
ayat-ayatNya,kemudian diikut pula hawa nafsu mereka
sendiri.Tetapi yang paling bahayanya ialah apabila
mereka tunduk kepada nafsu dalam perkara yang
bercanggah dengan al-Quran dan sunnah Rasulullah
s.a.w.   
Sebab itu,sering ustaz Halim sebut tentang
hadiah/habuan yang diberikan oleh ALLAH SWT kepada
orang-orang yang tidak patuh kepada peringatan
ALLAH.Apakah hadiah/habuan itu?…Itulah,selain daripada
laknat, ada satu hadiah istimewa yang ALLAH buat untuk
mereka-mereka yang ingkar ini.Sila rujuk dalam Surah
az-Zukhruf ayat 36/37 yang bermaksud,
“Barang siapa yang langgar atau berpaling daripada
peringatan ar-Rahman (salah satu nama ALLAH),maka Kami
akan jadikan pada diri dia,seekor syaitan.Lalu syaitan
inilah yang menjadi qorim (teman rapat) dan akan
menyesatkan/menghalang dia daripada memahami
Islam.Tapi yang paling bahaya ialah mereka sangkakan
yang mereka telah memperolehi hidayah/petunjuk.”
…Kata ALLAH bahwa puak-puak ni perasan kerana depa
ingat depa berada di atas kebenaran.Tetapi sebenarnya
mereka jauh menyimpang daripada ugama ALLAH SWT.Pasai
apa depa perasan?…Sebabnya ialah ada syaitan yang
dikirimkan oleh ALLAH,yang syaitan inilah yang dok
bagi motivasi dekat puak-puak karat ni.Syaitan inilah
yang akan menemani orang yang membantah peringatan
ALLAH.Sebenarnya apa-apa saja yang dicakap oleh
puak-puak ingkar ini adalah datang daripada cetusan
idea teman karib mereka,yakni syaitan itu.Depa buat
apa pun, syaitan nilah yang hias bagi nampak baik,
walhal kerja depa jahat.Tu dia,penangan yang ALLAH
bagi kat puak-puak perasan ni.Inilah yang merbahaya
dan menakutkan kita,akibat daripada ‘kita’ tidak
memahami akan agama ALLAH SWT.Atau sengaja ‘kita’ mahu
melarikan diri atau membantah peringatan ALLAH SWT.
Sebab itu,kita perlu faham bahwa syaitan yang dikirim
oleh ALLAH itu, kerjanya memang untuk menyesatkan
‘kita’ (minta dijauhkan daripada azab
ALLAH).Seperttimana firman ALLAH yang bermaksud,
“Sesungguhnya syaitan itu menjanjikan kamu dengan
fakir (kemiskinan).” 
…Inilah janji syaitan; seperti kalau kita laksanakan
hukum Islam,nanti miskin negara,kerana negara akan
huru hara,maka pelabur akan lari.Kalau haramkan
riba,maka rugilah negara,sebab riba itu memberi untung
kepada negara.Jadi,siapakah yang menakut-nakutkan
‘dia’ tentang kemiskinan ini?…Maka kata ALLAH,”Itulah
syaitan tadi.”…Syaitan inilah yang dok bagi ‘kita’
celaru habih; dia nanti hasut kata jangan dok buat
hukum Islam ni.Pasai ‘kita’ nanti rugi kerana riba
diharamkan.Sedangkan ALLAH kata,”Jual beli itu
halal,tapi riba itu haram.”
Oleh kerana nafsu telah menjadi ‘tuhan’,maka inilah
syirik.Dan inilah yang merosakkan aqidah,maka
berlakulah kepincangan iman dan ketaqwaan, akibat
daripada ‘kita’ meletakkan nafsu tu di hadapan dan
membelakangkan ayat-ayat ALLAH.Puncanya, tak lain
ialah kerana syaitan yang dikirim oleh ALLAH.Dan
mengapa syaitan tu,ALLAH kirim?…Kerana ‘kita’ tolak
al-Quran.Itulah habuan untuk puak-puak karat ni.Sebab
itu,golongan ni, tuan-tuan cuba perati la; kita cakap
apa pun,depa tak nak dengar punya.Atau kalau ‘dia’ pi
dengar pun,’dia’ nanti jadi munafik.Sepertimana firman
ALLAH tentang perangai munafik Madinah dalam Surah
Muhammad ayat 16 yang bermaksud,
“Sebahagian mereka hadir/mendengar dalam majlis mu
wahai Muhammad.Hatta,apabila mereka keluar
meninggalkan majlis engkau,berkata mereka : Apa dia
yang Muhammad cerita tadi? Dia tu pembohong,penipu dan
pelawak.”
…Samalah juga puak-puak karat ni dengan perangai
munafik Madinah,yang diberitahu oleh ALLAH itu.Depa pi
dengaq ceramah kita,bukan depa tak pi.Depa nanti
parking kereta,kemudian beli kacang,beli ayaq,bawak
tikaq hampaq duduk bawah pokok; kemudian ada yang
rakam lagi.Sebab itu,dalam paper ‘Eksklusif’ hari
tu,adalah pesan memesan diantara golongan karat ni
sesama mereka,supaya pi masjid,dengar
kuliah-kuliah.Entah dengar untuk mengintip ka atau
rakam untuk hantar ke mana ka; Wallahu`alam.Walau
macamana pun kita kena bersangka baik dan kita kata
‘welcome’ untuk puak-puak ni.Baguih la tu,boleh la
kita bagi faham betoi-betoi apa dia Islam tu; kemudian
bila dah dengar elok-elok,cukup setahun,confirm isi
borang la jawapnya.
Apabila kita faham betoi-betoi apa itu Islam,maka
tidaklah lagi kita ditipu oleh syaitan jin dan syaitan
manusia.Yang memang kerja dia (syaitan) untuk
meragukan kita terhadap ugama ALLAH.
Maka,inilah kesan daripada tidak lahirnya ketundukkan
kepada ALLAH SWT. ]

…….BERSAMBUNG……..    


__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Send instant messages & get email alerts with Yahoo! Messenger.
http://im.yahoo.com/

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Omar AlKhatab <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke