Peguam minta hakim kes Anwar berundur

KUALA LUMPUR -- Pihak pembela dalam perbicaraan kes liwat mantan Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim, semalam meminta hakim berundur kerana pernah ada hubungan niaga dengan anak lelaki Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad.

Encik Karpal Singh membuat permohonan mengejutkan itu sebelum Datuk Seri Anwar memberitahu Mahkamah Tinggi beliau kurang sihat. "Kepala saya sakit dan tubuh saya lemah," katanya.

Hakim Datuk Arifin, sebelum itu, meminta pengarah Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Encik Khalid Abdul Kadir, tampil di mahkamah untuk menjelaskan keadaan kesihatan Datuk Seri Anwar.

Sebelum perbicaraan ditangguh, Encik Karpal berkata sehingga awal 1990-an, Hakim Datuk Arifin, ketika itu peguam swasta, adalah pengarah dan pemegang saham utama Dataprep Holdings Bhd, yang kini dikendalikan oleh Encik Encik Mirzan Mahathir, anak Dr Mahathir.

Hakim Datuk Arifin berkata:

"Anda mengandaikan, kerana saya pernah memegang jawatan dalam syarikat ini, yang ada kaitan dengan Mirzan Mahathir, maka terdapat keraguan mengenai kesaksamaan dan curiga saya berat sebelah. Adakah benar begitu?"

Encik Karpal berkata: "Memang ada keraguan beralasan bahawa Yang Arif berat sebelah, meskipun kami tidak menuduh Yang Arif berat sebelah." Tetapi Peguam Negara Tan Sri Mohtar Abdullah membidas soal itu sebagai tidak relevan.

Hakim Datuk Arifin Jaka menangguhkan perbicaraan ke pagi ini. --

4luar.jpg

Kirim email ke