*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamu`alaikum warahmatullahi wabarakatuh,
.....Sambungan......

  (iii) loba akan harta benda.
       Penyebab riak yang ketiga ialah
tamak.Ubatnya,bahwa mengetahui ia akan bahawasanya
barang tamak ia akan jadi akan ia seperti harta benda
pekerjaan yang tiada tentu dapat ia akan dia,sekalipun
riak ia.Dan luput redha ALLAH dengan sebab riak.Dengan
sebab riak itu pekerjaan yang tetap yang diyakinkan;
dan bahawasanya mereka yang tamak pada makhluk tiada
sunyi ia daripada kehinaan; dan barang siapa
meninggalkan tamak pada makhluk,nescaya diberikan akan
dia oleh ALLAH pada sisiNya.Maka apabila menghadir ia
di dalam hatinya akan nikmat syurga dan mengetahui ia
bahawasanya luput itu dengan sebab riak,nescaya
berpaling oleh hatinya daripada makhluk,dan melimpah
atas olehNya cahaya ikhlas.
[ Untuk memadam sifat tamak di hati kita; yang kita
hanya perlu ialah membayangkan nikmat syurga
berbanding dengan nikmat tamak harta dunia. ]

     Dan ketahui olehmu akan bahawasanya setengah
daripada ubat yang menegah daripada datang riak ialah
menyembunyi ia akan ibadat sepertimana menyembunyi ia
akan kejahatan dia.
[ Cara kita nak selamat daripada riak,salah satunya
ialah sembunyikan ibadat kita sepertimana kita
sembunyikan dosa.Kalau lah kita tidak sengaja telah
melakukan satu perbuatan yang membolehkan kita dapat
dosa,kemudian baru kita sedar bahwa perlakuan kita itu
bersalah,hendaklah cepat-cepat sembunyikannya serta
beristghfar.Ini ialah kerana kita takut akan satu
hadis Nabi s.a.w. menyatakan,"Sapa-sapa yang buat satu
benda jahat,tiba-tiba kemudiannya ditiru pula oleh
orang lain,maka dia akan tanggung dosanya bersama
dengan dosa orang-orang yang mengikutinya itu
sehinggalah ke hari qiamat; dengan tidak dikurangkan
walaupun satu dosa." Maka faham daripada hadis
ini,Islam suruh sembunyi kita punya dosa.Tapi bukan
Islam suruh kita buat dosa pulak; tapi dah kalau
sampai terketaq-ketaq sangat nak buat dosa juga,jangan
sampai show off hang punya dosa tu.Jadi,janganlah kita
buat satu benda jahat,yang benda jahat tu orang lain
pula akan tiru.Contohnya,kalau hang gian sangat nak
tenyeh ganja; pi lah tenyeh sorang-sorang dalam bilik
apa ka jauh daripada orang.Niii tarak,dia nanti pi
tenyeh bawa pokok ketapang tepi jalan yang semua orang
lalu lalang clear boleh nampak punya.Nanti bila
budak-budak dah tengok,depa pulak nanti pi try.Lepas
depa rasa syok,depa nanti pi offer pulak kat member
lain.Jadi,hang nanti dapat habuan dosa
berganda-ganda.Nauzubillahi minzalik.
 Inilah kaedah yang Islam ajar; macamana kita sembunyi
dosa kita,macam tu juga kita kena (kalau boleh)
sembunyi ikhlas dan ibadat kita. ]  
     Dan bahawasanya menzahirkan akan ibadat supaya
mengikut akan dia oleh manusia.
[ Ada pada masa lain pulak,kita disuruh tunjuk kita
punya ibadat sekiranya ibadat kita itu membolehkan
orang lain tiru. ]
     Sepertimana yang disebut Nabi s.a.w. dalam satu
hadis,"Sapa yang buat satu kebajikan yakni satu sunnah
yang baik; tiba-tiba ada orang tiru pulak kebajikannya
itu,maka dia akan dapat pahala sebanyak mana
orang-orang yang tiru tu dapat.Dengan tidak
dikurangkan satu pahala hinggalah berlakunya hari
qiamat."
[ Nampak tak tuan-tuan; ada masa kita boleh tunjukkan
kita punya kebaikan supaya orang lain boleh tiru.Yang
ni kira saham akhirat lah. ]
     Dan supaya menggemar akan ia akan mereka dengan
syarat bahwa ada ia ikhlas.
[ Kita boleh tunjuk ibadat kita dekat orang
lain,supaya orang lain pun rasa bersemangat untuk
melakukannya.Tapi kita mau ingat satu saja; apa pun
benda yang kita buat,mestilah ikhlas kepada ALLAH SWT.
]
     Dan jauh daripadanya oleh riak.Demikian lagi
harus menyembunyikan maksiat dan dosa.
[ Maksud ayat ini ialah jangan kita dok bangga/riak
dengan maksiat yang kita lakukan.Masya`ALLAH,berapa
banyak manusia jenis ni dok ada la ni tuan-tuan,tak
terkira banyaknya.Depa ni,ishhh,nanti rasa satu macam
punya sempoi/eksyen bila dapat tunjukkan perbuatan
mungkar depa.Sebagai contohnya,arak yang diharamkan
oleh ALLAH SWT itu,la ni bukan sekadar syok-syok minum
saja lagi,malah dipertandingkan pulak.Sapa yang boleh
minum paling banyak dan boleh tahan mabuknya,maka dia
ditabalkan sebagai pemenang. ]
    Tetapi dengan syarat bahwa adalah ia tujuan supaya
jangan diiktiqad akan fasik.Adapun jika menyembunyi ia
akan maksiat supaya dikatakan orang akan dia
soleh,maka tiada harus ia.
[ Kalau kita buat satu maksiat,kemudian kita
sembunyikannya dengan tujuan supaya orang kata kita ni
tak pernah buat maksiat,maka perbuatan itu dicela.Tapi
kalau sembunyikan perbuatan maksiat itu supaya orang
lain tak tau atau tak bagi orang lain tiru,maka ini
disuruh oleh Islam.Bukan kata suruh buat maksiat
pulak,tapi suruh sorokkan saja. ]  
    Dan adapun meninggal taat kerana takut akan
riak,maka tiada diharus akan dia.Bahkan adalah ia
masuk dalam riak.
[ Kalau kita tinggalkan satu ibadat kerana takut akan
rasa riak,maka itu satu sifat yang dicela.Sepertimana
yang dikatakan oleh Fudail ibn Iyad
rahimmmahullah,"Bermulanya riak apabila meninggal akan
ibadat kerana takut datang riak." Sebagai
contoh,apabila kita nak pakai saja jubah ka,atau
serban ka,tiba-tiba bila mai satu perasaan besar
diri,kita kena cepat-cepat mau potong perasaan riak tu
dengan berniat bahwa,"Aku mengamal sunnah Nabi
s.a.w.." ]
    Bahkan hendaklah mengerjakan ia akan ibadat
bersungguh-sungguh ia pada menolak akan riak itu,dan
jika jatuh juga riak itu,mendapat ia taubat
daripadaNya bersegera. 
[ Kalau kita jatuh juga dalam riak; tak kira lah
samada dengan pakaian/perbuatan/percakapan dan
sebagainya; hendaklah cepat-cepat kita bertaubat
kepada ALLAH SWT; semoga ALLAH menerima taubat kita
sebagai hambaNya. ] 

WALLAHUA`LAM.



__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Talk to your friends online with Yahoo! Messenger.
http://im.yahoo.com

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Omar AlKhatab <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke