Assalamu`alaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Qanun Jinayah Syar`iyah

Wahai Tuhanku, lapangkan lah dada ku ini, dan permudahkanlah urusan ku, dan huraikanlah kekeluan lidahku supaya mereka memahami kata-kata ku ini.

Muqaddimah

Di dalam Surah al-An`aam : 66-70, firman ALLAH SWT yang bermaksud,

"Dan kaum mu telah mendustakan al-Quran, padahal itulah yang haq. Katakanlah : Aku tidak dapat menjamin kamu." (66)

"Setiap berita akan ada bukti kenyataannya dan kamu pasti akan mengetahui." (67)

"Dan apabila kamu melihat orang-orang yang memperolok-olokkan ayat-ayat Kami, maka berpalinglah daripada mereka, sehingga mereka membicarakan yang lain.Dan bila syaitan melupakan kamu, maka jangan duduk bersama-sama dengan orang-orang yang zalim sesudah kamu ingat." (68)

"Dan orang yang bertaqwa, sedikit pun tidak memikul tanggung-jawab memperhitungkan orang-orang yang memperolok-olokkan itu.Akan tetapi berkewajipan mengingatkan agar mereka bertaqwa." (69)

"Dan tinggalkanlah golongan yang menjadikan agama mereka sebagai permainan dan olok-olokkan, dan mereka tertipu oleh kehidupan dunia dan peringatkanlah dengan al-Quran supaya seseorang tidak terjerumus kerana perbuatannya sendiri.Tidak ada baginya pelindung atau pembela selain daripada ALLAH, jika dia ingin menebus diri dengan segala apa pun, tidak akan diterima.Mereka yang terjerumus oleh perbuatan sendiri akan mendapat minuman dari air yang mendidih dan seksaan yang pedih kerana kekafiran mereka." (70)

[ Saudara/ saudari/ muslimin/ muslimat yang dikasihi dan dihormati sekelian.Ayat yang terpapang di atas adalah daripada Suratul An`aam:66-70, yang merupakan satu peringatan daripada ALLAH SWT kepada kita semua tentang sikap sebahagian manusia yang menolak hidayah daripada ALLAH SWT.Iaitulah bilamana datangnya peringatan daripada ALLAH, maka mereka mempermain-mainkan bukti-bukti yang didatangkan oleh ALLAH SWT itu.Lalu ALLAH pun memperingatkan kita supaya kita jangan bersama-sama bersekongkol dengan golongan yang zolim yakni golongan yang menentang ALLAH SWT ini.Ini bermakna, ALLAH memperingatkan kepada kita supaya kita menolak golongan yang menjadikan agama sebagai bahan senda gurau kerana merekalah golongan yang tertipu dengan kehidupan duniawi.Oleh kerana itu, berdasarkan kepada ayat ini, maka kita membawa suatu perhatian yaknilah tentang azab daripada ALLAH SWT, yang diceritakan pada akhir ayat 70 tadi.

Bilamana kita sebut saja tentang azab daripada ALLAH SWT, ramai dikalangan manusia memandang ringan tentang azab daripada ALLAH.Mereka langsung tidak merasa gentar dengan amaran kekerasan azab dan amaran kemusnahan daripada ALLAH SWT.Ini adalah sebab mereka tidak pernah melihat dengan mata kepala mereka sendiri akan segala yang dijanjikan oleh ALLAH SWT itu benar-benar berlaku.Umpamanya, seperti neraka ALLAH.Memang tiada sesiapa pun dikalangan kita yang pernah melihat neraka, dan sebab inilah maka ramai dikalangan manusia yang merasa tidak takut kepada neraka ALLAH walaupun berulang-ulang kali diperingatkan dalam bentuk amaran.Begitu juga dengan azab kubur, yang memang tiada siapa pun dari kalangan kita yang melihatnya dengan mata kepala mereka sendiri.Tetapi apa yang kita tahu tentang neraka dan azab kubur hanyalah daripada kupasan hadith-hadtih Nabi s.a.w. yang dibuat oleh para ulama`.

Sekarang cuba kita lihat pula bagaimana reaksi manusia apabila ALLAH SWT meletakkan di hadapan mereka segala bala bencana di atas dunia dalam bentuk peperangan/penyembelihan dikalangan manusia, dalam bentuk gempabumi dan sebagainya; maka manusia yang ada pada hari ini sering menganggap bahwa ini adalah hanya bencana alam, yang tidak ada kaitan dengan ALLAH SWT.Contohnya; cuba kita tengok apa manusia kata tentang meletusnya peperangan di rantau Balkan.Ada manusia yang menganggap bahwa peperangan itu hanyalah perang saudara di dalam wilayah Yugoslavia.Dengan mereka tidak nampak bahwa sebenarnya itu adalah satu azab daripada ALLAH SWT ke atas kaum yang meninggalkan ajaran Islam daripada diri mereka.Sebelum berlakunya sebagaimana yang disebut sebagai "ethnic cleansing" itu, umat-umat Islam di Balkan sentiasa berada dalam keadaan berpoya-poya dan lupa kepada ! ALLAH SWT.Sebab apa mereka jadi begini?...Ini adalah kerana gambaran tentang neraka dan azab kubur sudah tidak ada dalam jiwa mereka.Manakala segala azab yang berlaku di atas dunia ini, mereka hanya menganggapnya sebagai fenomena biasa yang tidak ada kaitan dengan kekuasaan daripada ALLAH SWT.

Point sebenar yang ustaz Jailani nak bagitau pada kali ini ialah berkenaan golongan yang disebut oleh ALLAH SWT, yang mana mereka ini menjadikan agama semata-mata sebagai permainan dan olok-olokkan sahaja.Golongan sebegini sebenarnya telah tertipu oleh kehidupan dunia mereka sendiri.Mereka inilah golongan yang mengejar keduniaan sehingga mengabaikan agama.Harta kekayaan ialah agenda utama mereka.Mereka sanggup melanggar hukum hakam yang telah ditetapkan oleh ALLAH SWT, semata-mata hanya kerana mengejar harta, pangkat dan kedudukan.Sehinggakan mereka sanggup menjadikan agama ini sebagai bahan ejekkan sesama mereka.Inilah yang sedang berlaku di dalam masyarakat kita pada hari ini.

Masyarakat kita pada hari ini, walaupun mereka masih mengaku beragama Islam, tetapi samada mereka sedar ataupun tidak, sebenarnya mereka sedang mempertikaikan agama mereka sendiri.Seolah-olah mereka ingin meniru sikap yang pernah dibuat oleh kaum yahudi/nasara.Pasai apa kita kata lagu tu?...Sebab, cuba kita tengok bilamana ALLAH SWT memberi kepada orang-orang yahudi satu syariat dengan diutusNya Nabi Musa a.s. kepada mereka bersama-sama dengan kitab Taurat. Walaupun mereka menerima kitab Taurat itu, tetapi mereka dengan sesuka hati meminda isi kandungannya.Nabi Musa a.s. ni bukan mereka tak terima, mereka terima kedatangannya, tapi dalam masa yang sama, mereka mengkhianati ajaran yang dibawa olehnya.Mereka bukan tak beriman kepada ALLAH SWT, mereka beriman, tapi dalam masa yang sama, mereka mengaku pula bahwa Uzair adalah anak ALLAH SWT.Tak ke pening kita dibuatnya?...Inilah dia sikap orang-orang yahudi, yang mempermainkan agama ALLAH SWT.

Begitulah juga dengan puak-puak kristian.Bagaimana mereka menerima syariat nasrani daripada ALLAH SWT dengan didatangkan kepada mereka Nabi Isa a.s. bersama-sama dengan kitab Injil.Tetapi kitab Injil inilah yang mereka pinda pada hari ini sehinggakan kita tidak tahu dah yang mana satukah Kalamullah dan yang mana satukah daripada tulisan-tulisan daripada paderi-paderi kristian?...Mereka mengaku sebagai pengikut-pengikut Nabi Isa a.s., padahal amalan-amalan yang mereka lakukan itu tidak pernah pun dibawa oleh Nabi Isa a.s..Mereka juga percaya kepada ALLAH, tapi pada masa yang sama, mereka juga mengatakan bahwa Nabi Isa adalah anak ALLAH dan Mariam adalah tuhan ibu.

Inilah contoh-contoh, bagaimana sikap orang-orang yahudi/kristian terhadap ajaran-ajaran mereka.Mereka menerima ketuhanan ALLAH SWT, tetapi mereka juga mempermain-mainkan ajaran mereka.Dan kita dapati orang-orang Islam pada hari ini, pun mulai mengikut jejak langkah kaum yahudi/nasarah.Sehinggakan ada dikalangan orang-orang Islam pada hari ini, melakukan perbuatan yang tidak pernah pun diajar oleh ALLAH SWT.Sepertimana yang paling ketara sekali pada hari ini ialah bagaimana mereka mengatakan bahwa siasah (berpolitik cara Islam) tidak boleh dibawa masuk dalam masjid.Lalu ustaz Jailani pun membawa satu contoh, yang mana kalau kita tengok contoh tersebut, maka kita perlu ada rasa malu kepada orang-orang barat sebab daripada contoh yang kita sebut nanti, kita akan dapati bahwa sikap orang-orang barat ada ketikanya mereka tidak menyempitkan sesuatu perkara.

Contoh yang dibawa oleh ustaz Jailani ialah sebuah ruangan dalam majalah "The Economies" keluaran 4 May 2001.Kalau kitalah, bila kita tengok saja kulit majalah macam ni tanpa baca apa yang ada dalamnya, sudah tentu kita anggap isi-ceritanya mesti hal-hal ekonomi sahaja; betoi tak tuan-tuan?...Tapi bila kita selak tengok majalah "The Economies" ini, kita akan dapati bahwa cerita-ceritanya kebanyakkannya (lebih daripada 50%) adalah berkaitan dengan permasalahan politik di seluruh dunia.Kenapa ya tuan-tuan jadi lagu tu?...Majalah nama "The Economies", tapi isi kandungannya cerita tentang isu-isu politik pula; apa cerita ni??...Sebabnya ialah dalam soal ekonomi, soal kewangan dan sebagainya; antara faktor yang cukup penting yang perlu diketahui ialah isu politik di sesebuah negara.Contohnya, kalaulah kita nak melabur wang kita di sesebuah negara, sudah tentu kita nak tahu kedudukan politik negara tersebut.Sebelum kita invest wang kita ke negara tersebut, kita mesti tahu corak pemerintahan negara itu macamana; yakni adil ataupun zolim?...Kita mesti tahu akan keadaan-keadaan sebegini....Maka inilah satu contoh macamana satu majalah yang dikeluarkan oleh orang-orang barat yang dinamakan sebagai "The Economies", memaparkan isu-isu politik, supaya orang-orang yang ingin melabur dan sebagainya, yakni yang berminat tentang soal-soal ekonomi, boleh mempertimbangkan setelah mengkaji tentang isu-isu politik dalam se! sebuah negara itu....Ini dia orang barat; yang kita difahamkan bahwa merekalah yang telah memisahkan antara agama dengan dunia; maka lahirnya ajaran sekular.Jadi, cerita berkenaan sekular ni ialah cerita yang datang daripada ajaran kristian; bukannya berasal daripada Islam.Sejarahnya ialah semasa mereka (orang-orang barat) sangat marah kepada institusi paderi yang begitu powerful ketika itu sehinggakan menguasai segala-galanya menyebabkan sebahagian daripada penganut ajaran kristian memberontak di atas pemerintahan gereja.Lalu timbullah apa yang disebut sebagai "secularism" untuk memisahkan antara agama dengan dunia.Sebagaimana yang ditulis sendiri oleh mereka dalam Bible, "Give to the god, what should be! given to the god.And give to the caesar, what should be given to the caesar."...Inilah dia sekular, yakni asalnya daripada kristian.Tapi apa yang kita dapati pada hari ini, soal sekularism ini sudah pun meresap masuk dalam masyarakat kita yang beragama Islam.

Tetapi apa yang nak dicerita disini ialah apa yang sedang berlaku dalam negara kita sekarang sebenarnya adalah percikkan daripada apa yang berlaku di negara-negara yang lain; iaitulah perkara yang sama yakni golongan sekular menentang golongan pendokong-pendokong agama ALLAH SWT.Cuba kita lihat pada mukasurat 50 dalam majalah "The Economies" tadi, yang mana diceritakan kepada kita tentang apa yang sedang berlaku di Turki.Di Turki pada hari ini, penjara-penjara di negara itu sedang dipenuhi oleh orang-orang Islam yang commited dengan agama yakni pejuang-pejuang agama ALLAH TA`ALA.Cerita-cerita seperti ini tidak akan kita jumpa dalam majalah-majalah/akhbar-akhbar dalam negara kita kerana kita sendiri pun tahu, iaitu di atas sebab-sebab yang sedia maklum.Tapi ia hanya boleh jumpa dalam majalah-majalah yang bertaraf antarabangsa seperti ini.Okay, apa yang di! ceritanya ialah di penjara Turki pada hari ini, apa yang berlaku ialah tahanan-tahanan telah ditindas dari segi layanan dengan tidak diberikan makanan yang sesuai.Jadi, bila layanan buruk diterima, maka tahanan-tahanan yang terdiri daripada pejuang-pejuang agama ALLAH SWT itu pun bersepakat melancarkan mogok lapar dalam penjara.Keadaan sebegini akhirnya ada yang membawa kepada kematian, yakni ramai tahanan di Turki pada hari ini yang meninggal dunia akibat daripada kezoliman demi kezoliman daripada pihak berkuasa Turki.Kemudian muncul seorang pejuang yang bernama Risit Saari berkata, "Every death bring us closer to victory."...Maksudnya bahwa setiap kematian yang berlaku kepada pendokong-pendokong agama ALLAH di Turki, akan membawa mereka lebih hampir kepada kejayaan.Sebab walaupun begitu banyak pejuang-pejuang agama ALLAH TA`ALA yang mati dalam tahanan, tetapi semakin r! amai yang bersemangat untuk bangun menyertai perjuangan mereka.

Sebagaimana yang berlaku di Turki, begitulah juga sedang berlaku di negara kita pada hari ini.Yakni, masa dahulu kita dapati ramai orang takut nak aktif, disebabkan takut kena tukar dan sebagainya.Tapi pada hari ini, puak-puak sekular menjadi kelam kabut bila mereka dapati pertukaran pegawai-pegawai kerajaan yang aktif dalam agama ke tempat-tempat lain, membawa rahmat yang tak disangka-sangka pula.Ini disebabkan dakwah mula berkembang di tempat-tempat yang mereka itu ditukarkan.Inilah yang dikatakan hebatnya agama ALLAH SWT.Walaupun ada pihak-pihak tertentu tidak senang kepada perkembangan ini, tetapi kita dapati apabila ALLAH SWT mahukan agamaNya menang, maka diperkembangkan agamaNya dengan lebih meluas.Dan inilah juga yang berlaku di Turki pada hari ini apabila pejuang-pejuang agama ALLAH menghadapi penindasan daripada pemerintah Turki.Oleh sebab inilah, kita jangan merasa kita seolah-olah bersendirian sebab kita dapati bagaimana sahabat-sahabat kita di nega! ra-negara yang lain juga sedang hebat menghadapi penentangan daripada golongan sekular.Jadi, apa yang perlu kita lakukan ialah kita teruskan perjuangan kita sehinggalah pada suatu hari nanti masyarakat boleh menerima konsep yang dibawa oleh Islam, yakni segala isu apa saja termasuklah yang sensitif-sensitif pun kita boleh berbincang dengan fikiran yang terbuka.Dan pada hari ini pun, kita sudah mendapati bahwa Alhamdulillah, yang mana kebanyakkan dalam masyarakat kita pada hari ini sudah pun mulai boleh menerima isu-isu yang berlaku dalam negara kita dengan lebih terbuka.

Berbalik kita kepada ayat 68 tadi, yang mana ini adalah satu perintah daripada ALLAH SWT supaya kita tidak bersekongkol dengan orang-orang yang zolim.Tapi pada hari ini, orang-orang yang dikatakan zolim terlalu ramai jumlahnya.Zolim disini, bukan kita tunggu dia katok kepala orang baru kita nak kata dia zolim; bukan lagu tu.Zolim dalam ertikata sebenar ialah meletak satu benda yang tak kena pada tempatnya. Jadi, orang yang memperolok-olokkan ayat-ayat ALLAH adalah termasuk dalam katogeri orang-orang yang zolim.Sebab itulah ALLAH SWT memerintah kita supaya berpaling daripada mereka bila kita bersemuka dengan golongan begini.Jangan kita bagi kerjasama kepada puak-puak yang zolim.Ini merupakan satu direct order daripada ALLAH SWT, tapi apa yang kita dapati dalam masyarakat kita pada hari ini, ada yang suka "menghulurkan tangan" kepada orang-orang yang zolim! , yakni dia nak tolong pula puak yang zolim ni.Contohnya, cuba kita lihat isu muzakarah amanat Tuan Guru Hj Hadi.Sebenarnya isu ni dah lama dah, yakni lebih daripada 20 tahun dah pun.Dan semua kita pun tahu bahwa amanat TG itu telah menjadi isu politik daripada dulu hinggalah sekarang.Tiba-tiba ada seorang ulama` yang mengetuai suatu institusi agama dalam negara kita, mengambil pendekatan untuk bermuzakarah dengan TG tentang isu ini.Akhirnya sepertimana yang kita ketahui, baru-baru ini, ulama` itu telah menarik balik kesediaannya untuk bermuzakarah diatas alasan kerana isu itu telah dipolitikkan...Inilah dia contoh salah seorang ulama` yang kita kesal dengan sikapnya.Dia tahu kah apa yang dia cakap tu?...Ataupun ada "tangan ghaib" disebalik kenyataan penarikan itu??...Sebab apa kita kata lagu tu, ialah sebab semua orang dah tahu bahwa sejak dari dulu lagi (sejak 20 tahun yang lalu) sememangnya isu itu adalah isu politik.Tapi pasai apa dengan tiba-tiba, ulama` tu nak bagi tau kat kita bahwa isu itu telah dipolitikkan?...Awat sebelum ni hang tak tau ka isu tu isu politik??...Inilah dia contoh perangai puak-puak yang tak reti nak berdebat, tapi ada hati nak tunjuk hero juga.Bukan kita tak kenai dengan perangai puak-puak "mamat koko" ni?...Sejak dari dulu lagi memang depa lagu ni.Mula-mula dulu masa ajak berdebat, depa gunakan raja-raja untuk cancel buang.Kemudian yang baru-baru ni pun ajak juga bermuzakarah atas isu perpaduan; pun serupa lagu tu juga.Macam-macam alasan yang depa bagi.Yang ni semua bukan pasai apa; sebenarnya depa bukan reti nak berdebat-debat semua ni.Tapi main dengan nak tunjuk champion, depa terpaksalah juga bersua! ra.Kemudian bila kita ajak sungguh-sungguh, mulalah cari berbagai-bagai alasan...Jadi, apa yang kita nak bagitau ialah kita tak mau dah tengok adanya ulama` seperti ini lagi.Apa yang kita nak tengok sekarang dalam negara kita ini ialah adanya ulama` yang jujur/ikhlas kepada ALLAH SWT, yakni yang takdak kepentingan keduniaan apa pun.Maka ulama` sebegini, bila dia bercakap, maka dia akan bercakap semata-mata untuk mencari keredhaan ALLAH SWT.

Dalam isu yang sama, bila kita kata, "Kalaulah amanat TG itu perlu ditarik balik, maka Mastika Hadith yang diluluskan oleh Jabatan Perdana Menteri itu juga perlu ditarik balik."...Lalu jawab "mamat koko", "Mastika Hadith ni lain Sheikh.Sebab Mastika Hadith ini hanya menerangkan ciri-ciri pembatas antara iman dan kuffur.Jadi, ia tak tuju kat sesiapa pun, tapi amanat TG, dia tuju kat orang."....Kemudian ustaz Jailani jawab balik kenyataan daripada "mamat koko" ni, kata ustaz, "Y! a betul.Memang dalam Mastika Hadith, ia tak tuju kat orang.Yakni maksudnya ia tak sebut secara specific akan nama orang itu.Ia hanya memberitahu macamana ciri-ciri seseorang itu boleh jadi kuffur dan macamana ciri-ciri seseorang yang beriman kepada ALLAH SWT.Tetapi apa yang perlu kita tahu tentang amanat TG, ia sebenarnya adalah merupakan satu dakwah.Yakni nak mengajak orang supaya takut kepada ALLAH SWT.Jadi, bila kita nak tegur seseorang, maka kita kena sebut secara specific akan nama orang itu.Serupalah juga macam dalam mahkamah bilamana mengendalikan kes murtad; kita terpaksa baca pertuduhan siap dengan nama dia dan masa bila yang dia melakukan benda yang boleh memurtadkannya.Inilah caranya bila kita nak tegur seseorang.Memanglah dalam kitab, ia tak sebut si polan bin si polan.Tapi apabila kita berdakwah, kita akan sebut secara specific kepada siapa yang kita nak tujukan kata-kata teguran supaya orang itu sedar akan kesilapan yang dibuatnya."..

Okay sekarang mari kita imbas kembali kata-kata yang menjadi kontroversi sangat tu, dan kemudian kita huraikannya secara ilmiah.Yakni bilamana TG kata, "Kita menentang Umno bukan sebab namanya Umno."...Maksud TG disini, bukan kata kita nak memusuhi setiap orang yang berdaftar sebagai ahli dalam pertubuhan Melayu Bersatu tu.Sebab hukum berparti ini, pada asalnya adalah harus.Jadi, kita nak masuk parti apa pun, boleh.Begitu jugalah dengan bersukan ataupun berhibur; hukum asalnya juga adalah harus....Kemudian kata TG lagi, "Kita menentang BN, bukan sebab namanya BN.Tapi kita menentang mereka sebab mereka mengekalkan undang-undang penjajah."...Inilah sebenarnya maksud TG.Maknanya, kalaulah benda seperti ini dibuat oleh Pas sekali pun yakni dengan menge! kalkan undang-undang penjajah, maka sudah tentu parti Pas pun kita tentang juga.Jadi, maknanya disini ialah kita nak masuk parti apa pun, boleh silakan.Tapi yang pentingnya ialah kita sama-sama kena jaga agama ALLAH SWT.Kalau kita nak masuk Umno, masuk pi lah, tapi agama ALLAH kena kita jaga.Nak masuk DAP, masuk pi lah, tapi agama ALLAH kena kita jaga.Nak masuk MCA, takdak masalah, masuk pi lah, tapi prioritynya agama ALLAH kena kita jaga.Masuk pi lah parti apa pun, tapi prioritynya agama ALLAH mesti kita jaga sebab sudah menjadi tanggungjawab kepada setiap individu Muslim untuk menjaga agamanya.

Jadi, bila kita lihat dalam ayat 68 tadi, yang mana ALLAH kata, "Apabila kamu melihat orang memperolok-olokkan ayat-ayat Kami ataupun orang yang mempersenda-sendakan ajaran daripada Kami, maka berpalinglah kamu daripada mereka."...Kalau kita relate ayat ini dalam masalah kepartian, seperti contohnya; katakanlah kita masuk satu pertubuhan, tiba-tiba kita lihat rupa-rupanya pertubuhan itu adalah satu pertubuhan yang menentang ALLAH SWT, maka wajib bagi kita untuk keluar daripada pertubuhan itu.Serupalah kalau satu hari kita jumpa dengan kawan lama kita, kemudian dia pun ajak pi rumah dia.Kita pun pi, tapi bila masuk rumah dia, kita dapati pakat semua dalam rumah tu dok berjudi; maka wajib bagi kita melarang mereka daripada berjudi.Tapi kalau kita tak mampu untuk melarang, maka kita kena keluar daripada rumah itu sebagai tanda protes daripada kita ke! rana mereka mencabar agama ALLAH SWT....Inilah maksud ayat diatas tadi.

Jadi, janganlah kita hairan bila kita dapati orang yang memberi teguran secara jujur kepada sahabat dalam satu agamanya, tiba-tiba dia dibenci.Sebab inilah yang sedang berlaku dalam masyarakat kita pada hari ini.Awat tak bolehkah kita buat teguran dengan sebut direct nama seseorang?...Dalam mahkamah pun, disebut nama juga apa.Kita buat teguran dengan sebut namanya sekali sebab tujuan kita ialah nak perbetulkan sahabat kita tu.Salahkah kita buat lagu tu??...Sebab itu, kita kata bahwa kalaulah ucapan TG yang merupakan satu dakwah itu perlu ditarik balik, maka Mastika Hadith juga perlu ditarik balik sebab Mastika Hadith pun menyebut kepada kita macamana orang yang kuffur kepada ALLAH dan macamana orang yang beriman kepada ALLAH SWT.

Sebenarnya perkara iman dan kuffur ini perlu dijelas dengan sejelas-jelasnya kepada masyarakat sebab kita dapati ramai yang tak faham bahwa ramai yang kata mereka beriman tapi dalam masa yang sama mereka juga kuffur kepada ALLAH SWT.Sepertimana firman ALLAH yang bermaksud, "Kebanyakan daripada manusia yang beriman kepada ALLAH adalah syirik kepada ALLAH TA`ALA."...Cuba kita lihat orang yahudi, mereka mengaku beriman kepada ALLAH tapi dalam masa yang sama, dengan terang-terang mereka mengsyirikkan ALLAH SWT.Begitu juga dengan orang kristian, mereka juga mengaku percaya dan beriman kepada ALLAH, mereka syirik kepada ALLAH.Macam tu lah juga dengan orang hindu; kalaulah kita tanya dia, "Siapa tuhan kamu?"...Ada yang jawab, "Tuhan tu sebenarnya satu saja, iaitu ALLAH."...Kita tanya lagi, "Kalau you kata tuhan you ALLAH, tapi apa pasai you orang bikin itu patung-patung, kemudian you orang sembah pula?"...Dia jawab, "Yang kami sembah ni hanyalah jelmaan-jelmaan ALLAH."...Apabila kita tanya, "You sembah itu patung dewa gajah pasai tuhan sudah jadi gajah ka?"...Dia kata, "Ini semua cerita long-long time ago, mungkin juta-juta tahun yang lampau, masa itu tuhan mau bagi bantuan ke bumi tapi Dia tak boleh turun ke bumi dalam bentukNya yang original; maka sebab itu Dia turun dalam jelmaan seekor gajah.Jadi, sebab itulah kami sembah patung gajah tu.! "...Inilah dia kepercayaan ajaran hindu; mereka sebenarnya percaya kepada ALLAH, tapi dalam masa yang sama, mereka syirik kepada ALLAH SWT.Ada orang Islam yang begitu juga, yakni nama saja Islam, tapi amalan seharian mereka begitu jelas mempersekutukan ALLAH SWT.Berapa ramai dikalangan orang Islam hari ini yang syirik undang-undang?...ALLAH SWT dah pun bagi undang-undangNya, syariatNya, sistemNya dan sebagainya; tapi ramai yang lebih sukakan sistem kehidupan ala-barat.Sehinggakan wujud 2 undang-undang di atas mukabumi ALLAH sekarang; yaknilah undang-undang ALLAH dan ada pula undang-undang ciptaan manusia.

Bila kita sebut saja undang-undang ciptaan manusia; maka banyaklah kelemahan-kelemahan yang timbul.Contoh yang dibawa oleh ustaz Jailani kali ini menunjukkan betapa lemahnya undang-undang ciptaan manusia, supaya nanti kita sedar sejauh mana kebijaksanaan kita kalau nak dibandingkan dengan ALLAH SWT.Cuba kita tengok perihal undang-undang keluarga Islam P.Pinang.Menurut ustaz Jailani, dia sebagai peguam syariah, ingin menceritakan pengalamannya ketika mengendalikan kes-kes yang membabitkan keluarga Islam.Katanya lagi kalaulah sesiapa ada masalah rumahtangga (yakni nak bercerai), mau faham baik-baik sebab ustaz nak bagi jalan macamana kita boleh lari dari bekas isteri.Okay, dalam kes penceraian, seperti biasa, bekas isteri akan minta nafkah anak daripada bekas suami sebab anak akan duduk dalam jagaan isteri.Katakanlah mahkamah perintah kepada suami supaya b! ayar sebulan RM500/- kepada bekas isteri sebagai nafkah untuk 2 orang anak.Jadi, macamana nak buat kalau kita tak mau bayar?...Ini bukan bermakna ustaz Jailani nak jadi jahat pada kali ini sebab nak ajar si suami lari daripada tak mau bayar nafkah, tetapi apa yang ustaz nak bagitau ialah kelemahan undang-undang enakmen keluarga Islam dimana-mana negeri di M`sia; bukan saja di P.Pinang, malah di Kedah, Perak, T`ganu dan lain-lain negeri pun lagu tu juga.Ini ialah kerana akibat daripada pemerintahan yang tidak menerima undang-undang ALLAH TA`ALA....Okay, macamana nak buat kalau tak mau bayar?...Caranya mudah aje.Katakanlah sekarang si suami dan bekas isterinya duduk di P.Pinang, begitu juga dengan mahkamah yang perintah si suami bayar tadi itu pun duduk di P.Pinang juga; jadi kalau si suami itu tak mau bayar, macamana dia nak buat?...Senang saja, dia hanya lari pi duduk kat Perak atau Kedah, habih cerita...Pasai apa habih cerita??...Sebabnya, mahkamah di P.Pinang itu tadi tidak ! ada bidang kuasa nak paksa orang yang duduk di negeri lain untuk akur kepada perintahnya.Mungkin ada diantara kita yang kata bahwa kalau si suami tu tak mau bayar, apa tak bolehkah kita keluarkan waran tangkap sebagaimana lawyer-lawyer lain lakukan?...Sebagai contoh, mereka akan keluarkan satu surat yang menyatakan bahwa kalau si suami itu tidak bayar mengikut perintah mahkamah dalam masa 7 hari, mereka akan keluarkan waran tangkap kepada si suami itu...Tetapi menurut ustaz Jailani, sebenarnya surat lawyer yang mengatakan "kami akan keluarkan waran tangkap kepada kamu" itu hanyalah ugutan semata-mata, yakni hanya nak gempaq saja.Tapi sebenarnya, tak boleh buat apa pun.Inilah yang membuatkan ustaz Jailani rasa malu/marah kepada pentadbiran agama Islam dalam negara kita pada hari ini.Bukan saja di P.Pinang, di Kedah pun serupa, di Perak pun serupa, malah di semua negeri pu! n serupa juga, sebab undang-undang syariah dalam negara kita diletakkan dalam senarai negeri.Kalau tuan-tuan tak percaya, tuan-tuan boleh dapatkan buku "Federal Constitution", kemudian tuan-tuan boleh belek kat belakang sekali dalam buku tu dan tuan-tuan akan dapati ada satu senarai negeri ataupun yang kita panggil sebagai "state list".Dalam "state list" itu nanti, kita akan diberitahu apakah bidang kuasa yang diberikan oleh undang-undang persekutuan kepada negeri; antaranya ialah tanah dan juga undang-undang syariah.Dalam undang-undang syariah pula, hanya setakat 6x sebatan sahaja, tak boleh lebih.Kalau dibuat 7x sebatan, maka dia telah melanggar undang-unda! ng perlembagaan negara.Kalau dipenjarakan seseorang itu sampai 10 tahun, ini juga melanggar undang-undang perlembagaan negara.Tetapi bila mai tang part nak balas dendam, ada yang sanggup nak cadangkan untuk buat pindaan kepada enakmen undang-undang Islam supaya boleh dikenakan denda sebanyak RM50K/- diatas kesalahan menyebar amanat TG.Inilah dia k`jaan negeri Melaka yang busuk perut.Perasaan dendam kesumat yang ada pada mereka pada hari ini sehinggakan sanggup nak pinda sendiri undang-undang yang mereka buat.Sebab apa kita kata lagu tu?...Sebab mahkamah syariah dalam negara kita tak pernah pun bagi denda sampai RM10K/-, inikan pula sampai RM50K/-.Ini adalah kerana perlembagaan negara telah menghadkan bahwa denda maksima adalah RM5K/- sahaja.Sapa yang bagi undang-undang macam ni?...Perlembagaan negara kitalah yang menghadkan k`jaan negeri kalau nak denda seseorang, maka tak boleh lebih daripada RM5K/-.

Berbalik kita pada kes lari daripada bayar nafkah tadi; jadi, pada sapa-sapa yang terima surat mahkamah yang suruh bayar nafkah anak, mau lari cepat-cepat ke Kedah.Tak payah lari jauh-jauh; setakat Kulim atau Sg Petani pun kira okay dah tu, Polis takkan cari punya.Kalau Polis tu cari juga, maknanya Polis tu tak tau undang-undang...Kemudian ada sahabat tanya, "Ustaz, tak bolehkah hakim mahkamah syariah P.Pinang hantar waran tangkap tu kepada hakim mahkamah syariah di Kedah, kemudian hanya minta hakim di Kedah itu buat endorsement sahaja."...Tapi menurut ustaz Jailani, kalau mengikut undang-undang negara kita, endorsement seperti yang dicadangkan oleh sahabat kita itu pun tak boleh nak lakukan....Tak gila kah undang-undang macam ni tuan-tuan?...Tak kesiankah kepada janda-janda yang diceraikan??...Inilah dia kelemahan pentadbiran agama Islam dalam negara kita pada hari ini.ALLAH SWT bagi Islam kepada kita untuk kita tadbirkan sebagai Khalifah, tapi tiba-tiba kita! bagi pentadbiran itu kepada orang-orang yang tidak takut kepada ALLAH SWT ataupun kepada orang yang tidak benar-benar beriman kepada ALLAH SWT, menyebabkan haru biru pentadbiran agama kita sekarang ni.Tuan-tuan tau ka, sampai sekarang pun, mesyuarat yang dijalankan untuk menseragamkan undang-undang syariah antara satu negeri dengan satu negeri yang lain, masih lagi menemui jalan buntu...Apa jenis manusia depa ni?...Inilah akibat daripada golongan yang memerintah terdiri daripada golongan yang berkepentingan.Samalah juga dengan pengikhtirafan pernikahan di Siam.Ramai juga hakim yang tak setuju dengan pengiktirafan itu sebab banyak masalah (banyak penipuan) walaupun kita tak nafi ada yang sah.Tetapi kita dapati ada tekanan-tekanan daripada pihak-pihak tertentu terutamanya daripada golongan bangsawan (seperti gen! g datuk-datuk dan sebagainya), mereka inilah yang bagi tekanan supaya diikhtiraf pernikahan di Siam itu.Inilah yang menyebabkan pentadbiran agama dalam negara kita pada hari ini dalam keadaan kucar kacir.

Sebab itulah, sepertimana yang selalu kita ingatkan. iaitu kalau nak pilih pemimpin, maka hendaklah cari orang yang benar-benar beriman dan bertaqwa kepada ALLAH SWT.Begitulah juga kalau nak cari suami/isteri, maka carilah orang yang benar-benar beriman kepada ALLAH SWT.Macam tu lah juga bilamana kita nak cari kawan, kumpulan atau jamaah; maka carilah orang-orang yang benar-benar beriman dan bertaqwa kepada ALLAH, sebab golongan sebeginilah sahaja yang boleh menyelamatkan kita di dunia dan juga di akhirat.


....Sambungan pengajian Qanun Jinayah Syar`iyah dibawah perkara 24/25....



Do You Yahoo!?
Yahoo! Mail Personal Address - Get email at your own domain with Yahoo! Mail.

Kirim email ke