Assalamualaikum semua,

Selamat datang ke negeri Kedah terutama bagi kawasan Pendang dan Anak Bukit 18 Julai nanti. Mai la pakat turun ramai-ramai huloq bantuan sedaya mungkin bagi mempastikan kemenangan pada pihak kebenaran, boleh kot no ? Kalau tak daya nak huloq kaki atau tangan, huloq la seringgit dua habuan jentera kita bekerja mengsahihkan kemenangan pada pihak kita – PAS/BA. Kalau tu pun tak boleh jugak huloq pi la idea ka cadangan ka, kalau tak boleh kot tu jugak, pakat doa pada Allah mohonkan kemenangan buat Islam – Addin yang tercinta, insyaallah.

Pada yang tak biasa ( belum ) sampai ke Kedah ni, ada banyak pintu masuk jalan darat. Kot Baling pun boleh, kot Butterworth ( Bagan ) pun boleh, kot Kulim pun boleh hai macam-macam jalan lah kalau nak habaq bagi termasuk la kot Siam pun boleh sebagai panduan ikut saja lorong parit hat depa korek tanam Paip.

Nak cerita bagi, kalau lalu kot tempat lain, Hijaukunin tak nak la komen apa-apa mungkin Hijaukunin tak berapa nak familiar ( orang puteh kata ), tapi kalau lalu kot tempat Hijaukunin yakni Kulim, ada la story mory yang boleh hangpa bawak pi Pendang atau Anak Bukit. Story mory tu tak lain dan tak bukan mengenai Kerajaan Tempatan dan Kerajaan Negeri Kedah yang kini dipimpin oleh Barisan Nasional.

Di Kulim ni, hangpa jangan la terkejut kalau jumpa banner ( kain rentang ) yang tertulis

“AWAS ! SUDAHKAH ANDA MENJELASKAN CUKAI TANAH ?”

Hat ni kira dah lembut jugak la. Kalau hangpa mai Kulim tahun sudah ( lepas ), depa tulih lagu ni

“SUDAHKAN ANDA MENJELASKAN CUKAI TANAH ? ELAKKAN DARI DI RAMPAS !!”

Hehehe.. sekali-sekali tu lawak jugak la bila baca tulisan depa dok guna perkataan AWAS dan RAMPAS tu. Dok macam bagi amaran semacam saja seropa cerita lanun Selat Melaka nak samun bahtera Si Tanggang.

Apa depa ingat tanah yang Allah jadikan ni bapak depa punya !

Gunakanlah cara lain nak meraih cukai. Awat dok guna banner. Mahai tu ! Sekeping banner pun dok ada RM 60, itu pun harga orang awam, kalau kerajaan punya harga dah tentu depa penaik habuan poket Pegawai depa ! Kawan Hijaukunin yang dok di Perak cerita mai, tiap-tiap tahun depa terima surat mintak depa perjelas cukai tanah. Guna surat rasanya lebih murah dan terselindung dari nak tonjoi kebobrokkan pentadbiran kita dan agak ‘lembut’ walau dalam menekan rakyat.

Tak lama dulu ADUN Lunas – Saifuddin Nasution membawa usul dalam DUN mengenai cukai tanah yang belum dijelaskan oleh beberapa Perbadanan tinggi dalam Kedah. Hampir RM 300 Juta belum dilangsai ! Amboi depa ! Kalau sungguh bagai di kata, pi la rampas hat nu.. lepaih tu buat projek apa-apa bagi sewa serelong sekupang dua kat anak-anak melayu Kedah yang tak berapa nak reti cakap omputih macam Hijaukunin buat projek kecil-kecilan, cetak buku ka, recycle buku matematik sains bahasa melayu ka, ada la jugak income, naik la sikit ekonomi anak-anak melayu.

Hijaukunin ada jugak melawat ketempat-tempat lain di negeri-negeri lain beberapa ketika dulu, tapi tak nampak pun banner atau signboard Pentadbir tanah mengenai RAMPAS tanah itu dan ini tapi di Kedah saja. Apa memang dasar kerajaan Kedah ni jenis lanun ka ? RAMPAS merampas satu budaya ka ? Atau nak bagi semangat pada PAS agar PAS bersedia untuk RAMP ?!

Patutla la ni Mahathir dok suruh anak melayu belajaq bahasa omputih sebab bahasa melayu kasaq sangat kot.

Dato Syed Razak, ni Hijaukunin nak habaq la, kalau kita dok rampas harta orang, orang tu tak suka kita, lagi pun kalau habih tanah di Kedah ni kena rampas Dato nak mentakedarah apa ? Sekam padi Siam belakang dapuq rumah Dato ka ?

Bagi kita ni penyokong dan pendokong PAS/BA, tak payah la ada dalam diri kita budaya rampas merampas ni. Kita nak ambik Kedah, kita mintak pelan-pelan na..

Hijaukunin – Makan Beras Kedah dan sokong Brazil !



Do You Yahoo!?
Sign-up for Video Highlights of 2002 FIFA World Cup

Kirim email ke