*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
         UNDILAH PAS DAN BARISAN ALTERNATIF
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Rakyat bebas menilai tetapi hanya bersumber dengan media perdana kongkongan
kerajaan. Itupun setelah bertalu-talu dihentam secara negatif oleh semua
pihak. Sepatutnya pihak TGNA sewajarnya diberi peluang untuk memberi
penjelasan yang lebih lanjut kerana pihak masyarakat ramai yang telah
terkeliru, negatif set of mind imprinted, lebih buruk lagi pihak kerajaan
juga telah mengelirukan rakyat tentang aqidah dan sifat-sifat Allah swt.

Inilah masalahnya apabila negara dipimpin oleh pemimpin yang jahil tentang
agama, dan ulamak yang ada pulak hanya jadi pengampu dan pak angguk.

Hadis Qudsi:
"Allah Ta'ala berfirman : KESOMBONGAN adalah
selendangKu dan kebesaran adalah sarungKu. Maka barang siapa menyamai-Ku
salah satu dari keduanya, maka pasti Kulemparkan ia ke dalam Jahannam dan
tidak akan Kupedulikan lagi." 


Dipetik dari Utusan bertarikh 9-Ogos-2002 bertajuk "Menjawab Nik Aziz":

"Abdul Hamid berkata, menterjemah atau menghurai maksud Nama-Nama Baik Allah
(Asma' Allah al-Husna) dalam apa jua bahasa termasuk bahasa Melayu tidak
boleh menggunakan kata-kata kasar, kesat dan caci yang menjejaskan
kesempurnaan sifat Rububiyyah (Ketuhanan) Allah."

"Malah, menurutnya menggunakan sifat-sifat buruk manusia seperti SAMSENG,
jahat, SOMBONG dan lain-lain terhadap Allah boleh membawa kepada KESYIRIKAN
kerana menyekutukan sifat-sifat manusia yang tidak sempurna itu dengan
sifat-sifat Allah yang sempurna."
<<<<<<<<<<<<<<<<<<


Umno kata samseng/sombong tu sifat manusia yang keji, jadi adakah HADIS
QUDSI diatas menyamakan sifat Allah Ta'ala dgn sifat manusia yang keji???
Atau adakah kerana ulamak-ulamak umno tak percayakan hadis tersebut???



Rakyat bebas menilai ucapan Nik Aziz

KUALA LUMPUR 2 Sept. - Rakyat diberikan kebebasan untuk menilai ucapan
Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat melalui tayangan penuh klip
video berkenaan yang menyifatkan Allah sebagai samseng yang telah disiarkan
oleh Radio dan Televisyen Malaysia (RTM). 

Setiausaha Parlimen Kementerian Penerangan, Datuk Zainuddin Maidin berkata,
RTM telah menunaikan janjinya untuk menyiarkan sedutan penuh berhubung
kenyataan Menteri Besar Kelantan itu.

``Kita masih belum mendapat sebarang maklum balas orang ramai berhubung
tayangan itu...terpulang kepada mereka. 

``Tetapi kita telah menunaikan janji untuk menyiarkan ucapan penuh Nik Abdul
Aziz yang menyatakan Allah juga samseng,'' katanya kepada pemberita selepas
menghadiri perhimpunan bulanan kementerian berkenaan di Angkasapuri di sini
hari ini.

Beliau menyatakan demikian ketika ditanya mengenai maklum balas yang
diterima selepas RTM menyiarkan ucapan penuh Nik Abdul Aziz bahawa Allah
juga samseng dalam Berita Perdana pukul 8 malam, Sabtu lalu.
 
Menurut Zainuddin, mungkin dalam hatinya, Nik Abdul Aziz tidak menganggap
bahawa Allah samseng tetapi sebagai seorang yang mengaku ulama, beliau
seharusnya menggunakan bahasa yang lebih sopan.

``Adalah diakui agak sukar untuk mentafsirkan sifat-sifat baik bagi Allah
tanpa menyamakan dengan alam termasuk manusia tetapi kenapa perlu
menggunakan nama yang buruk kepada Tuhan sehingga mengelirukan orang yang
tidak berilmu,'' katanya.
 
Dalam hal ini, katanya, sokongan Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Abdul
Hadi Awang terhadap ucapan Nik Abdul Aziz itu memudahkan orang ramai
mengenali manakah ulama yang suka menggunakan kata-kata tidak sopan.

``Saya gembira kerana Menteri Besar Terengganu telah tampil untuk menyokong
ucapan Nik Abdul Aziz dalam menyamakan tafsiran tentang Allah samseng,''
katanya.

http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2002&dt=0903&pub=Utusan_Malays
ia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_03.htm

_____________________________________________________________________
Disclaimer: This email and any attachments may contain confidential and/or proprietary 
information. If you are not the intended recipient, 
kindly delete this email including all attachments, destroying all forms of all 
copies, and do not disclose, disseminate or otherwise make use of the information 
contained therein. Non-compliance with the forgoing may result in legal action.

This message has been checked for all known viruses by the 
MessageLabs Virus Scanning Service. For further information visit
http://www.messagelabs.com/stats.asp


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Hassan, Haslim" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke