*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
aswt & salam.
sekadar memmenuhi keprihatinan tentang isu dan polemik
politik yang tak berkesudahan dengan penemuan-penumuan
baru.
Begitulah hukum dari tesis ke sintesis dan kembali ke
putaran anti tesis. Yakni dari A + B = C dan  C
kembali menjadi tesis (A) bila berlaku penemuan baru.
etc.

Ada satu ilmu dahulu dan mungkin boleh dipakai pada
alaf sekarang, yakni kita lihat kepada 3 perkara besar
: pertamanya: the truth keduanya : the goodness dan
ketiganya: the usefulness.
Tepuk dada dan tanya selera anda .......

Berbalik dengan KES MB SELANGOR INI, Jika diambau
sepintas lalu, siap dengan fakta member kita nii bagi,
namun kekadang fakta angka hanyalah sebahagian
daripada unsur-unsur statistik yang sebilang masa
mungkin boleh berubah , hilang dan mungkin boleh
diperbetulkan semula.
Cuma dalam mencari kebenaran, proses mencarinya adalah
suatu keperitan dan proses penerimaan masyarakat
adalah suatu yang susah untuk diyakinkan kesahihannya.
Inilah dunia politik - yang penuh kacau bilau dan
suatu seni memperbetulkan kebenaran. 


 --- Salmah Ahmad <[EMAIL PROTECTED]> wrote: > 
> Khir Toyo diminta jelaskan isu pembelian kereta
> rasmi Merc S320 L, BGF 7337 
> 
> 
> Oleh DAH PENCEN DARI SUK 
> 
> Benar kata bekas kakitangan SUK Selangor, seperti
> yang disiarkan oleh banyak laman internet bahawa,
> rasuah Khir Toyo tidak terhenti walaupun selepas
> pelbagai kes didedahkan kepada umum. Isu pembelian
> kenderaan rasmi kerajaan adalah contoh nyata
> bagaimana keserakahan anak muda ini seolah-olah
> tidak dapat disekat. 
> Menurut maklumat yang diedarkan oleh bekas seorang
> kakitangan peringkat tinggi di SUK, mesyuarat Exco
> Kerajaan Negeri Selangor yang dipengerusikan oleh Dr
> Khir Toyo, pada 26 September 2001 telah meluluskan
> pemberian kenderaan rasmi kerajaan kepada semua
> anggota Exco dan ahli-ahli Ex-Officio, dalam
> mesyuarat ke 25/2001. 
> Bagaimanapun ketetapan harga kereta berkenaan
> ditentukan pada mesyuarat Exco pada 17 Oktober 2001,
> iaitu mesyuarat ke 28/2001, juga dipengerusikan oleh
> Menteri Besar, di mana kereta untuk anggota Exco
> diputuskan sebanyak RM30,000 dan kereta untuk MB
> ialah RM35,000. 
> Khusus tentang Khir Toyo, sekurang-kurangnya tiga
> peraturan asas telah dilanggarnya. Pertama, sebagai
> MB yang baru saja dilantik setahun sebelum itu --
> Khir menjadi Menteri Besar Selangor pada akhir Ogos
> 2000 – beliau sememangnya tidak layak mendapat
> keistimewaan membeli kereta rasmi kerajaan. Hanya
> pemegang jawatan yang melepasi lima tahun yang
> berhak. 
> Kedua, kereta yang dipakai oleh Khir, yang dibeli di
> zaman Abu Hassan Omar menjadi MB, yang memakai plat
> nombor ketika itu, BFB 888, dan kemudiannya ditukar
> nombor plat kepada BGF 7337 di zaman Khir, belum pun
> berusia lima tahun. 
> Kereta Mersedes Benz S320 L, berwarna hitam itu,
> didaftarkan pada 6 Jun 1997. Untuk maklumat lanjut,
> nombor enjinnya ialah 104994-62-062419, manakala no
> casisnya WDB140033-6A-305252. Harga kereta itu ialah
> RM250,053.40. 
> Ini bermakna, pada ketika Khir mempengerusikan
> mesyuarat Exco Selangor pada 26 September 2001 itu,
> kereta hanya berusia empat tahun tiga bulan, dan
> belum mencapai lima tahun seperti termaktub dalam
> peraturan. 
> Ketiga, harga RM30,000 untuk kereta anggota Exco dan
> RM35,000 untuk MB tidakpun dirujuk kepada
> Perbendaharaan dan Jabatan Kerja Raya. Sepatutnya
> pihak kerajaan negeri perlu menulis surat kepada
> Perbendaharaan memohon untuk menawarkan kereta rasmi
> kepada Exco dan MB. Dan selepas Perbendaraan
> menghantar jawapan balas membenarkan penjualan
> kereta itu barulah pihak JKR akan membuat penilaian
> harga. 
> Sedangkan dalam kes ini, Khir Toyo tidak langsung
> merujukkannya kepada Perbendaharaan dan juga JKR.
> Meskipun diakui harga tawaran Perbendaharaan itu
> jauh lebih rendah daripada harga pasaran, tetapi
> semua prosedur harus diikuti terlebih dahulu. 
> Kita mohon Khir membuat penjelasan segera mengenai
> urusan pembelian kereta rasmi ini dengan segera.
> Sekian. 
> 
> 
> 
> 
> 
> 
> 
> 
> ---------------------------------
> Do You Yahoo!?
> Yahoo! Health - your guide to health and wellness 

__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Yahoo! Health - your guide to health and wellness
http://health.yahoo.com

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: =?iso-8859-1?q?aduka=20aduka?= <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke