*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
         UNDILAH PAS DAN BARISAN ALTERNATIF
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 Rencana // Articles: Sampai Bilakah Rakyat Terpaksa
Menanggung Beban Harga Kereta Tinggi? 
Tuesday, September 24, 2002 - 07:52 PM GMT

    
   Diterjemahkan dari The Edge 

Harga kereta termurah hari ini sama dengan harga
sebuah rumah kos-rendah. Hakikatnya dasar-dasar
kerajaan seperti mempromosikan industri kereta
tempatan (walaupun ia merugikan rakyat) dan sistem
cukai yang ketinggalan zaman menyebabkan kereta-kereta
bermutu seperti BMW dan Mercedes Benz hanya mampu
dimiliki golongan terkaya sahaja. 


Globalisasi dalam bentuk AFTA (Asean Free Trade Area)
memberi harapan untuk memaksa penurunan harga kereta
tempatan dengan menghapuskan atau menurunkan cukai
untuk mengimport kereta-kereta yang dikeluarkan oleh
pusat-pusat serantau di negara-negara ASEAN. Ataupun
ia bakal menjadi mimpi di siang hari! Kalau kita
mengikut kehendak mereka yang berkuasa (iaitu kerajaan
BN), harapan ini mungkin tidak terjadi. 

Menteri Perdagangan dan Industri sendiri, Rafidah Aziz
telah memaklumkan bahawa kerajaan BN bersedia untuk
menaikkan cukai-cukai yang lain sambil menurukan cukai
import kereta kepada satu kadar serata yang akan
menyebabkan harga kereta kekal tinggi. Jikalau
diturutkan, langkah ini bakal menjadi satu lagi
kesilapan yang besar, menambahkan kepada semua
kesilapan kerajaan BN pada masa yang lampau. 

Industri kereta tempatan (yang kononnya masih
berstatus 'bayi') telah dibelai dan dilindungi untuk
sekian lama. Sudah 17 tahun berlalu sejak kereta
Proton yang pertama dikeluarkan. Tidakkah ini satu
jangakamasa yang cukup lama untuk sebuah industri
matang? Meminjam kata-kata Rafidah sendiri apabila
negara-negara lain meminta untuk meneruskan cukai
perlindungan mereka, "Berapa lama nak jadi bayi?" 

Kesan serta-merta akibat kereta "tempatan" (Proton
yang pertama hanya mengandungi 33% komponen tempatan)
ialah kenaikan harga kereta. :Pada awalnya,
kereta-kereta Proton Saga berharga RM18,000. Supaya
kereta-kereta Proton kelihatan lebih murah, harga
kereta-kereta import yang lain dinaikkan melalui
kenaikan cukai import kereta yang begitu banyak
sehinggakan sesiapa yang membeli kereta bukan Proton
terpaksa membayar premium yang terlalu tinggi. 

Bukan sekadar itu, pengedar Proton, Edaran Otomobil
Nasional memperkenalkan aksesori kereta yang
dipaksakan ke atas pembeli. Ini menyebabkan para
pelanggan EON terpaksa membayar lebihan beribu-ribu
ringgit hanya untuk memperolehi kereta mereka dengan
segera. Pengedar-pengedar kereta lain turut serta
mengikuti langkah EON dan akibatnya hari ini jika anda
mahu membeli kereta yang popular, anda terpaksa
membayar lebih untuk aksesori yang tak diingini sepert
jalur-jalur di badan kereta dan sistem audio yang jauh
lebih mahal berbanding jika dipasang sendiri sahaja. 

Tidak salah untuk mengatakan bahawa pembeli kereta
hari ini ditipu dan dirompak pada setiap peringkat:
Pertama sekali oleh cukai-cukai melampau dan
harga-harga tinggi yang hanya bertujuan untuk memberi
keuntungan berlebihan kepada pengeluar-pengeluar
kereta tempatan, dan kedua dengan kos aksesori yang
hanya menambah keuntungan pengedar kereta. 

Afta menjanjikan kelebihan untuk para pengguna.
Meskipun pemasang dan pengeluar kereta tempatan resah
dengan tekanan persaingan yang bakal memaksa mereka
menurunkan harga mereka, pembeli kereta tidak akan
bersimpati dengan mereka. 

Afta merupakan peluang keemasan untuk menuntut
keadilan dari pasaran kereta. Mengapa perlu para
pembeli kereta menanggung beban pembangunan industri
kereta tempatan, yang memberikan pengeluar kereta
tempatan keuntungan berlebihan dengan berselindung di
sebalik cukai import yang tinggi? Tahun lalu sahaja,
Proton mengaut keuntungan lebih RM1 billion. EON turut
mengaut keuntungan beberapa ratus juta. 

Di manakah logik dalam memaksa pembeli kereta untuk
menanggung subsidi keuntungan pengeluar-pengeluar
kereta tempatan selama 17 tahun? Dalam jangkamasa
tersebut, tidak seorang daripada mereka berjaya
memberikan impak yang besar dalam pasaran eksport,
walaupun menjual kereta mereka pada harga lebih murah
di luar negara berbanding dengan sini. Kalau
dibandingkan, Korea Selatan berjaya menembusi pasaran
antarabangsa dengan kereta-kereta mereka. Di Korea
Selatan harga-harga kereta tempatan hanya satu pertiga
hingga setengah kali ganda berbanding dengan harga
kereta-kereta tempatan Malaysia. 

Sudah sampai masanya untuk kita mengaku bahawa
pembangunan industri kereta tempatan merupakan satu
kegagalan kerajaan - jika kerajaan menghapuskan
perlindungan tariff kesemua pengeluar kereta tempatan
akan rugi. Tetapi nampaknya hanya inilah jalan
penyelesaian untuk mereka. Jika mereka tidak dapat
bersaing, mereka harus mencari jalan lain, contohnya
dengan menjadi pusat pengeluar serantau (regional
manufacturing centres) dengan perkongsian bersama
syarikat-syarikat kereta antarabangsa. 17 tahun satu
jangakamasa yang terlalu lama. 

Sudah sampai masanya untuk rakyat tempatan membayar
harga kereta berdasarkan kos pengeluaran, tanpa
cukai-cukai tinggi yang membebankan mereka yang
memiliki kereta. Tidakkah ini akan dengan serta-merta
menyumbang kepada taraf hidup yang lebih tinggi?
Penghapusan cukai import kereta akan mengurangkan
beban kewangan ke atas mereka yang membeli kereta. 

Memiliki kereta bukanlah satu kemewahan, tetapi satu
keperluan. Dengan mengenakan cukai dan tariff
berlebihan (sebanyak 300%) ke atas kereta-kereta
import, kerajaan BN menghukum mereka yang
berpendapatan rendah. Hanya mereka yang kaya-raya
mampu memiliki kereta yang berkualiti. Majoriti yang
lain terpaksa berjimat dan menabung wang untuk
memiliki kereta. 

Sistem cukai sekarang sudah ketinggalan zaman. Logik
yang mudah mengatakan bahawa kita harus memasuki era
di mana kita mengeluarkan barang-barang dan
perkhidmatan yang mana kita mempunyai kelebihan
kompetitif (competitive advantange) dan sebaliknya
membeli daripada pengeluar-pengeluar yang berpatutan
harga (cost-efficient) dan berkualiti. 

Tidakkah elok jikalau kita mampu memiliki sebuah BMW
3-series pada harga RM65,000 (harga Waja sekarang)
atau sebuah Waja pada harga RM35,000 (harga sebuah
Kancil sekarang)? Dan tidakkah elok kalau kita dapat
memiliki Kancil dengan harga RM15,000 (iaitu harga
yang dibayar pembeli di Korea Selatan untuk
kereta-kereta yang serupa)? 

Kesemua ini hanya akan berlaku jika kerajaan BN berani
untuk Afta memainkan peranan daripada terus melindungi
industri-industri tempatan yang langsung tidak
menunjukkan prestasi yang boleh dibanggakan.  
 


__________________________________________________
Do you Yahoo!?
New DSL Internet Access from SBC & Yahoo!
http://sbc.yahoo.com

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Harun Aminurrashid <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke