*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
  Undilah PAS : MENENTANG KEZALIMAN & MENEGAKKAN KEADILAN
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 Date: Tue, 07 Dec 1999 07:39:10 -0800
 From: "Abu Redza" <[EMAIL PROTECTED]>
 In-Reply-To:  <[EMAIL PROTECTED]>
 X-Mailing-List: [EMAIL PROTECTED]
 Subject: [parti-keadilan] Re: Surat Seorang Cina Kpd PAS
 MIME-Version: 1.0
 Content-Type: text/plain
 Content-Transfer-Encoding: 7bit
 
 Salam Sejahtera,
 Terima kasih Georgina Leong.
 
 Isi kandungan surat Lee Ann Nie wajar dikaji terperinci oleh semua
 penyokong BA dengan hati yang terbuka. Ada yang tersirat disini. Antara
 lain penulis memberi isyarat bahawa Orang Cina amat bimbang dengan
 peraturan Islam. Isu ini juga diutamakan oleh UMNO/BN sebagai satu
 slogan untuk menarik pengundi Cina kepadanya. UMNO sanggup
 menyemarakkan kebencian kepada Islam cuma atas tujuan kepentingan
 duniawi semata agar bukan Islam kaum Cina khasnya menolak PAS dan
 sekutunya. Semoga Allah mengampunkan mereka. Selain daripada itu,
 penulis mendedahkan beberapa perkara yang terpendam dilubuk hati
 orang-orang Cina termasuklah perkara-perkara yang berkaitan dengan
 budaya dan cara hidup. 
 
 PAS mempunyai peranan besar disini. Ia juga satu peluang keemasan. YB.
 (Yang Berkhidmat) Tuan Guru lebih maklum mengenainya. Bagi menangani
 perkara ini pada pandangan saya, kerajaan Trengganu bolehlah mengambil
 anisiatif dengan mengenengahkan pendakwah-pendakwah yang berhikmah
 tinggi mendampingi mereka dan menawan hati mereka. Seterusnya memberi
 khabar baik tentang Islam agar mereka tidak lagi terkeliru dan salah
 faham. Asuh mereka perlahan-lahan (5 tahun adalah mencukupi untuk
 tujuan ini jika dilaksanakan dengan teratur dan tersusun.) Lakukanlah
 dengan penuh kemesraan dan pujuk rayu. Kekasaran sering kali mencetus
 kemusnahan dari memberi keuntungan. 
 
 Majlis-majlis tidak rasmi juga boleh diatur dari masa ke semasa di
 semua peringkat berlandaskan kepentingan ekonomi dan sosial mereka.
 Mereka tentu sekali berminat dan memberi kerjasama sepenuhnya jika soal
 ekonomi dan sosial mereka diambil berat. Ini tidak dapat dinafikan
 kerana rata-rata orang-orang Cina terdidik memberatkan perkara ini.
 Dari majlis sedemikian wadah Islam yang diterajui oleh PAS dapat
 disalurkan dan diperbincangkan. Hati mereka akan tertarik secara
 perlahan-lahan untuk menghayati kemuliaan Islam.
 
 Pada pandangan saya mereka tidak begitu berminat mengetahui peraturan
 dan hukum hakam Islam (kerana ia telah dicatatkan oleh media massa atas
 kehendak BN) tetapi soal kemanusiaan dan sifat-sifat mulia insan yang
 ada di dalam Islam boleh menawan hati mereka. Perkara ini kurang
 diketahui bukan sahaja orang bukan Islam tetapi sebahagian penganut
 Islam sendiri. Selain dapat menyelesaikan masaalah pentadbiran, dakwah
 Islamiah turut berjalan. Walaubagaimana pun terserahlah pada mereka
 sendiri sama ada ingin menganut ugama Allah ini atau tidak. Tidak ada
 paksaan. Jika mereka menerima ugama ini dengan penuh keinsafan, itulah
 rahmat yang lebih besar daripada menawan negeri Trengganu ini. 
 
 Semasa membaca isi kandungan surat ini saya merasa kagum apabila
 penulis dapat menyampai beberapa perkataan yang biasanya disebut oleh
 guru-guru ugama contohnya seperti:  "Mereka yang benar-benar kuat
 pegangan adalah mereka yang boleh menahan diri daripada hasutan
 syaitan. Arak di depan pun tidak akan minum. Dalam dunia yang fana ini,
 kita sentiasa menghadapi pelbagai ujian." Ia salah satu pelajaran
 tasawwuf dalam konteks kekuatan Iman. 
 
 Orang bukan Islam tidak boleh dipaksa mengubah cara hidup mereka
 semata-mata kerana diperintah oleh kerajaan Islam sebaliknya mereka
 sendiri akan beralih menyesuaikan diri untuk itu.  Jika gulungan yang
 "kalah" dan "mengharap simpati" diberi layanan mesra dan penuh kasih
 sayang, hati mereka akan menangis dan tersayat menyesali sangkaan buruk
 mereka selama ini. Ini adalah cara Saidina Abu Bakar melayan
 musuh-musuhnya. Berbeza dengan cara Saidina Omar. Terserahlah pada
 pimpinan kerajaan Trengganu halacara mana yang difikirkan sesuai
 dilaksana untuk menawan hati orang=orang Cina di sana.
 
 Perhatikan Kenyataan berikut:
 
 "Dan kini,bagaimana caranya PAS memerintah Terengganu ,khususnya
 bagaimana PAS melayani orang-orang Cina, menjadi tumpuan masyarakat
 Cina di seluruh Malaysia.Adakah hak asasi , kebebasan dan kepentingan
 kumpulan minoriti ini  dipelihara ,atau seperti yang diperkatakan oleh
 BN ,kumpulan ini diislamkan  dan PAS menubuhkan negeri Islam.?Adakah
 PAS akan mengambil kisah tentang  perasaan dan kepentingan mereka
 seperti sekolah-sekolah Cina,budaya Cina,dan sebagainya ? Wujud terlalu
 banyak salah faham di antara masyarakat Cina dengan PAS ."
 
 inilah isipati dari luahan perasaan penulis. Ia wajar dilihat dalam
 konteks kehendak masyarakat Cina keseluruhannya. Ia juga bolah menjadi
 bahan kajian oleh kerajaan negeri untuk dimenfaatkan. Nampaknya PAS
 mempunyai peluang keemasan untuk membuktikan kesederhanaan dan
 kehebatan Islam kepada masyarakat bukan Islam di Malaysia terutamanya
 kaum Cina dan sekaligus menafikan dakyah UMNO/BN bahawa PAS akan
 menzalimi orang bukan Islam. Nilai kemanusiaan yang tinggi yang
 terdapat dalam Islam akan dapat dipamirkan. Semoga Allah memudahkannya.
 
 Benar, PAS dengan mudah dapat mengembangkan sayapnya keseluruh negara
 (bersama-sama KeADILan) jika dapat menyelesaikan isu ini dengan baik
 dan berkesan. 
 
 Semoga Allah merahmati kita semua.
 
 
 Ikhlas 
 
 ABU REDZA
 
 
 
 "georgina leong" <[EMAIL PROTECTED]> wrote: 
 original article:http://www.egroups.com/group/parti-keadilan/?start=2322
 Note: Surat ini ditulis sebaik sebelum kerajaan PAS di Terengganu 
 memaklumkan keputusannya untuk mengenakan KHARAJ ke atas penduduk 
 bukan-Muslim.
 Soalan kepada Muslimat ialah: "Bagaimana perasaan kamu jikalau kaum
kamu 
 yang meliputi 40% daripada jumlah penduduk sesebuah negara Kristian 
 dikenakan pentadbiran Kristian ke-atas kamu?"
 
 
 Surat Untuk Abdul Hadi Awang
 
 Tuan Guru ,
 
 Saya mengucapkan tahniah kerana PAS berjaya membentuk kerajaan di 
 Terengganu. Namun ,saya berharap dalam usaha tuan menjalankan
pemerintahan 
 yang berlandaskan Islam ,tuan akan melayani orang-orang bukan islam
 (yang 
 walaupun minoriti_) dengan baik.
 
 Saya berharap tuan tidak akan "mengapa-apakan" mereka seperti
mengislamkan 
 orang-2 bukan Islam, mengenakan undang-2 Islam ke atas yang bukan 
 Islam,.......dan sebagainya.Saya berharap dalam mentadbir mereka yang
 bukan 
 Islam ,tuan akan menggunakan perlembagaan persekutuan, tetapi
 bukannya 
 undang-2 Islam. Mungkin saya jahil dalam agama Islam dan tidak
memahami 
 Islam.
 
 Harapan saya cuma kepercayaan saya dihormati, kebebasan saya dijamin 
 ,kebudayaan saya dipelihara. Mahu tak mahu ,suka tak suka, hakikatnya
ialah 
 , orang-2 bukan Islam, khususnya masyarakat Cina,amat "takut" pada
PAS.
 
 Ucapan PAS Kelantan dulu yang mahu hukuman "patah kaki / patah
tangan" ke 
 atas pencuri heboh digemparkan di media Cina.; pengharaman judi,arak
,tempat 
 hiburan yang dikatakan menyekat kebebasan individu juga meninggalkan 
 impression yang tidak baik.
 
 Gaya dan cara pemerintahan PAS terlalu drastik dan agresif bagi
mereka. 
 Mengharamkan judi, boleh. Tetapi mengharamkan arak, tidak boleh.
Minum arak 
 adalah budaya Cina.. Kuantiti arak yang sederhana boleh menolong
pengaliran 
 darah dan menyihatkan badan.Cuma kuantiti yang banyak saja yang 
 memudaratkan.Semua orang mempunyai perspektif,prinsip dan pandangan
yang 
 berlainan terhadap perkara yang sama.
 
 Saya minum arak sekadar untuk meringankan tekanan hidup atau sebagai 
 hiburan. saya tidak melakukan sesuatu yang memudaratkan orang
lain,kalau ada 
 pun saya cuma memudaratkan diri saya sahaja.Mengapa tidak boleh saya
 minum 
 arak ? Soal arak adalah sesuatu yang individual.Jika anda rasa ia
 berdosa 
 ,maka jangan minum. Jika anda rasa ia tidak berdosa maka minumlah.
 
 Arak dengan sendirinya tidak berdosa, yang berdosa ialah mereka yang
 meminum 
 arak (untuk umat Islam ) dan mereka yang menyalahgunakan arak (untuk
 bukan 
 Islam ) Mereka yang benar-benar kuat pegangan adalah mereka yang
 boleh 
 menahan diri daripada hasutan syaitan. Arak di depan pun tidak akan
 minum. 
 Dalam dunia yang fana ini, kita sentiasa menghadapi pelbagai ujian.
 
 Kita tidak boleh menguncikan diri dalam ruang yang
sterillised.Walaupun 
 selamat tetapi tidak akan maju buat selama-lamanya. Orang yang dapat 
 mengharungi ujian akan mencapai kematangan dan kebahagian. Di 
 kawasan-kawasan tertentu seperti Kerteh, Paka ,Cukai,yang mana
 pelabur 
 asingnya ramai,(mat salleh, Jepun, dan Korea ),arak adalah sebahagian 
 daripada kehidupan mereka.Restoran-restoran Cina,Karaoke dan Pub amat 
 bergantung kepada pelanggan-pelanggan asing ini .Tempat-tempat ini
jugalah 
 tumpuan hiburan mereka. Saya berharap tuan mempertimbangkan rezeki
mereka. 
 Walaupun rezeki ini tidak halal bagi umat Islam, tetapi ia halal bagi 
 bukan-Islam.
 
 Dan kini,bagaimana caranya PAS memerintah Terengganu ,khususnya
bagaimana 
 PAS melayani orang-orang Cina, menjadi tumpuan masyarakat Cina di
seluruh 
 Malaysia.Adakah hak asasi , kebebasan dan kepentingan kumpulan
minoriti ini 
 dipelihara ,atau seperti yang diperkatakan oleh BN ,kumpulan ini
diislamkan 
 dan PAS menubuhkan negeri Islam.?Adakah PAS akan mengambil kisah
tentang 
 perasaan dan kepentingan mereka seperti sekolah-sekolah Cina,budaya
 Cina,dan 
 sebagainya ? Wujud terlalu banyak salah faham di antara masyarakat
 Cina 
 dengan PAS .
 
 Faktor utama kekalahan teruk DAP adalah kerana pergabungannya dengan
 PAS. 
 Orang Cina menerima Islam, (boleh bertoleransi dengan kawan Islam)
tetapi 
 tidak boleh menerima dirinya diislamkan,hilang identiti ,hilang
budaya 
 ....,bukan lagi Cina yang tulen. Isu inilah yang dimain-mainkan oleh
BN.BN 
 menghebohkan isu "PAS beria-ria menubuhkan negara Islam" di kalangan 
 masyarakat Cina ;tetapi di hadapan Melayu pula mereka mengatakan
bahawa "Lim 
 Kit Siang (bukan Melayu) mahu menjadi PM
 
 " Sebenarnya masyarakat Cina tidak beria-ria mahu menjadi PM.Mereka
 lebih 
 mengutamakan kedamaian,tidak mahu kekecohan.Harapan mereka ialah:
negara 
 damai ,mereka boleh mencari nafkah hidup ,dengan hati yang lega.Dan
BN 
 berjaya menyakinkan mereka dalam isu ini. Namun, ini tidak bermakna 
 masyarkat Cina tidak mengambil berat tentang politik.
 
 Lebih daripada 2,000 pertubuhan dan persatuan Cina telah
menandatangani satu 
 memorandum yang mahukan sebuah kerajaan yang demokrasi, sistem yang 
 telus,bebas daripada rasuah........dan banyak lagi . Memorandum ini
hangat 
 dibincangkan di media Cina,dan memorandum ini ditujukan kepada
BN.(maklumlah 
 isi tersiratnya , Mahathir amat tersinggung.)
 
 Dan di antara soal "mahu mempertahankan identiti " atau "mahu
kerajaan 
 demokrasi" mereka memilih identiti, kerana ini melibatkan banyak
aspek 
 seperti maruah dan masa depan bangsa ,tambahan pula BA tidak
 mempunyai 
 pengalaman memerintah dan belum lagi menjamin "demokrasi".
 
 Dan kini, tibalah masanya PAS membuktikan kepada masyarakat Cina
bahawa PAS 
 tidak sekolot ,konservatif seperti yang disangka ,PAS juga berwawasan 
 ,berfikiran terbuka dan dapat mentadbir dengan baik. Tariklah pelabur
asing 
 dan majukanlah tanah yang kaya dengan petroleum ini.(maklumlah
kerajaan 
 persekutuan tidak akan memberi bantuan ,. dengan itu peranan pelabur
asing 
 bertambah penting. )
 
 Yang paling penting ialah memberi jaminan bahawa orang-orang bukan
Islam 
 tidak akan diislamkan dan mereka dapat menjalankan kehidupan mereka
seperti 
 dulu. Harapan saya semoga ekonomi Terengganu dapat dibangunkan
dibawah 
 pemerintahan PAS, lebih baik daripada BN dan masyarakat yang minoriti 
 dilayani dengan baik.PAS Terengganu memikul peranan dan tanggungjawab
yang 
 amat besar untuk membina keyakinan masyarakat Cina keseluruhannya.
 
 Jika PAS Terengganu berjaya ,maka peluang BA dan PAS untuk menang
 dalam 
 pilihanraya akan datang lebih cerah lagi Gunakanlah peluang keemasan
ini 
 sebaik mungkin supaya tidak menghampakan rakan seperjuangan,DAP, yang 
 kecundang kerana PAS. Disudahi dengan jutaan terima kasih. Saya
meminta maaf 
 jika terlanjur kata.
 
 Yang ikhlas,
 
 Lee Ann Nie.
 
 
 
 
 
 
 
 Kesimpulannya "Pentadbiran sesebuah negara jangan dikelirukan dengan 
 soal-soal sensitif agama".



 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Ir. Shahrun Bin Ishak @ Abu Hassan" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke