*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamualaikum,

Syukur kita ke hadrat Allah SWT, segala puji bagi
Allah Tuhan Sekelian Alam, selawat dan salam ke atas
junjungan besar Nabi Muhammad SAW, keluarga,
sahabat-sahabatnya serta pengikut-pengikutnya
sepanjang zaman hingga ke akhir zaman.
  
Negara kita sekarang ini sedang mengalami kegawatan
yang parah. Bukan sekadar negara yang mengalami
kegawatan, orangnya pun turut gawat jugak.
Bermacam-macam kegawatan : kegawatan eko-no-money,
politik,undang-undang, aqidah dan pelbagai lagi.
Undang-undang pun boleh bercelaru sehingga sampai ke
tahap yang paling teruk. Tak pernah berlaku dalam
dunia,
tetapi masih dianggap RELEVAN.  Bebanan hutang yang
terpaksa ditanggung oleh negara semakin banyak dan
berlipat kali ganda. Itu adalah salah satu prinsip
yang dihayati oleh negara kita iaitu Malaysia Boleh. 

Sebelum saya pergi lebih jauh, elok kita lihat perkara
yang ada di depan mata kita. Negara kita telah dan
turut mengalami pembangunan dan bergerak seiring
menuju ke arah menjadi negara maju. Memang tak dapat
kita semua nafikan akan kebaikan yang kita perolehi
dari kerajaan yang ada sekarang sejak mereka diberi
mandat memerintah negara kita sejak dari merdeka
sehinggalah ke hari ini. Masyarakat Melayu amnya tidak
pernah terlepas dari kata-kata keramat pemerintah
iaitulah PEMBANGUNAN. Takut sungguh untuk berpisah
dengan perkataan keramat tersebut. Kalaulah orang
dulu-dulu berpegang kepada azimat tersebut
kita boleh terima. Mereka tidak mendapat kefahaman dan
tidak pernah cuba untuk difahamkan dengan apa yang
dikatakan pembangunan dalam erti kata yang sebenarnya.
Kalau kita pun berfikiran macam mereka, sampai bila
pun kita akan dipijak di bumi kita sendiri. 

Sememangnya menjadi tanggungjawab setiap pemerintah
mengurus dan membelanjakan setiap sen harta dan wang
rakyat untuk kepentingan rakyat. Pemerintah yang adil
dan baik menyediakan kedua-dua pembangunan kebendaan
dan jasmani untuk rakyatnya. Tetapi, adakah hal yang
sedemikian berlaku di dalam negara kita mutaakhir ini?
Apakah pembangunan yang wujud di dalam negara kita
sekarang ini untuk kepentingan rakyat atau untuk
bermegah-megah? Untuk kepentingan rakyat terbanyak
atau untuk kepentingan beberapa kerat orang tertentu
sahaja? Pemerintah yang diberikan amanah kuasa kepada
mereka pasti menyediakan
pembangunan untuk rakyatnya. Yang berbeza hanyalah
cara dan pendekatan yang diambil. Kalau kita toleh
kembali ke belakang pun, perkara ini tidak pernah
diabaikan oleh pemerintah baik pemerintah yang zalim
seperti Namrud, Fir_aun,Abu Jahal dan yang sewaktu
dengannya. Malah, piramid yang dibina di zaman Firaun
cukup hebat sehingga masih kekal hingga ke hari ini.
Adakah dengan adanya piramid tersebut yang menjadi
mercu tanda kerajaan Mesir menunjukkan Fir_aun seorang
yang baik? Siapa yang sanggup kata begitu? Kisah-kisah
tersebut dimuatkan di dalam kitab suci Al-Quranul
Karim kerana manusia-manusia yang mewarisi sifat-sifat
mereka akan terus wujud sepanjang zaman sehinggalah ke
akhir zaman. Sebahagian besar kandungan Al-Quran
mengandungi cerita-cerita sejarah yang ada erti yang
sangat besar kepada kita semua. 

Sekiranya pemimpin yang ada memimpin mengikut panduan
Al-Quran, saya yakin tidak akan berlaku kekacauan dan
kegawatan yang parah seperti yang dialami di dalam
negara kita sekarang ini. Bermacam-macam kegawatan
muncul satu demi satu. Ini adalah kerana kita hendak
maju mengikut corak negara barat, tidak mahu maju
mengikut Islam. Cuba lihat kes jenayah di Arab Saudi
yang menjalankan hukum Islam dengan Amerika Syarikat
yang dianggap negara maju. 1 hari kes jenayah di New
York sahaja bersamaan dengan 10 tahun kes jenayah di
Arab Saudi. Kes jenayah terlalu kurang. Rakyatnya
hidup dalam suasana aman dan
damai. Bila seorang saja yang melakukan jenayah dan
dibuktikan kesalahannya dengan cukup bukti-buktinya,
maka ia akan dihukum di khalayak ramai. Yang lain
pasti tidak berani buat janayah lagi. Bukan mudah
untuk membuktikan seseorang itu bersalah menurut hukum
Islam. Tidak ada penganiayaan terhadap orang-orang
yang tidak bersalah. Orang yang disabitkan dengan
kesalahan pun dengan tidak cukup syarat-syaratnya
tidak akan dikenakan hukuman. Sebaliknya, orang yang
membuat tuduhan yang akan dikenakan hukuman. Itulah
keadilan hukum Islam. 

Kerajaan yang ada pada hari ini sudah muncul menjadi
sebuah kerajaan yang MELAMPAU kerana sikap rakyat
Malaysia sendiri. Di dalam surah Al-Alaq , ayat 6 dan
7 Allah SWT menyatakan : Ketahuilah, sesungguhnya
manusia benar-benar melampaui batas, kerana dia
melihat dirinya serba cukup. Ulama memberikan 3 sebab
mengapa manusia boleh menjadi melampau iaitu: pertama:
KUASA, kedua: HARTA, ketiga: PENGAMPU. Ayat ini
ditujukan kepada Abu Jahal yang tidak mahu menerima
dakwah Nabi Muhammad SAW kerana sebab-sebab di atas.
Dia adalah seorang pemimpin Mekah yang berkuasa, yang
mempunyai harta yang banyak dan mempunyai
pengampu-pengampu keliling pinggang. Sebab-sebab ini
jugalah yang menjadikan majoriti orang menolak Islam.
Dia juga adalah pemimpin UMNO (United
Musyrikin National Organisation) yang digeruni. Apa
kurangnya dengan pemimpin di dalam negara kita
sekarang ini? 

Cuba kita lihat di dalam negara kita. Dalam negara
kita yang mengamalkan undang-undang sekular,
penguasa-penguasa agama tertakluk di bawah kuasa
eksekutif pemerintah. Tidak ada ruang untuk
menyuarakan roh Islam yang sebenar. Di dalam
Perlembagaan Malaysia dinyatakan dengan jelas bahawa
mana-mana undang-undang yang bercanggah dengan
Perlembagaan Malaysia adalah terbatal dengan sendiri.
Oleh yang demikian, hukum A-Quran dan sunnah
Rasulullah SAW tidak dapat dilaksanakan di dalam
negara kita. Mereka cuba
berselindung di sebalik topeng agama. Kononnya, apa
yang mereka lakukan selaras dengan Islam. Tujuan
mereka adalah untuk terus mendapat sokongan dari
masyarakat Islam. 

Contohnya, Pak Syeikh pernah mengutarakan konsep
islamisasi, iaitu penerapan nilai-nilai Islam. Kita
pun tak tahu niat dia yang sebenar untuk apa. Pada
awal perancangannya, ramai orang yang terpedaya.
Mereka menyangka bahawa Islam akan dilaksanakan di
Malaysia secara beransur-ansur melalui konsep ini.
Bagi meraih keyakinan rakyat maka kerajaan
memperkenalkan antara lainnya bank Islam di samping
tidak menghapuskan institusi perbankan secara riba,
judi secara Islam, dan sebagainya. Hukum sebenar Islam
ditukar sedikit demi sedikit. Judi yang diharamkan
oleh Islam dijadikan halal dengan ada adanya lesen.
Sebelum penerapan nilai-nilai Islam ada 3 jenis judi,
tetapi selepas penerapan nilai-nilai Islam judi
bertambah menjadi 9 jenis. Begitu juga dengan
pelacuran. Ada pelacuran haram dan ada pelacuran
halal. Melacur di hotel adalah halal, sebaliknya
melacur di tempat-tempat yang tidak ada lesen adalah
haram. Inilah double standard yang bermaharajalela
hingga ke saat ini. Tidak pernah berkurang. Banyak
lagi penyelewengan terhadap Islam yang dilakukan.
Setelah sekian lama rakyat mula menyedari bahawa
konsep penerapan nilai-nilai Islam adalah suatu
pembohongan kepada rakyat. Konsep penerapan
nilai-nilai Islam ciptaan barat ini sebenarnya adalah
untuk memperlahankan kemenangan Islam di seleruh dunia
termasuk di dalam negara kita ini. 

Negara kita agak unik jika dibandingkan dengan
negara-negara kuasa besar dunia umpamanya. Kalau kita
perhatikan keadaan pemerintahan dalam negara-negara
yang maju seperti Amerika Syarikat dan Britain, mereka
tidak pernah mengekalkan satu-satu kerajaan buat
tempoh yang panjang. Di Amerika Syarikat
umpamanya,sering berlaku silih berganti kuasa di
antara Parti Republikan dan Parti Demokrat. Bila Parti
Republikan membuat sedikit sahaja kesilapan, maka
rakyat Amerika akan mengalihkan sokongan mereka kepada
Parti Demokrat, dan begitulah sebaliknya. Barulah ada
check and balance. Di India, bila dapat dicungkil
kesalahan penyeludupan senjata 20 tahun lepas maka
rakyat terus membuat perubahan dengan memilih parti
yang lain pula. Di negara Papua New Guinea,iaitu
negara orang asli pun begitu. Mereka pun faham
mengenai putar belit dan mainan politik kotor. 

Keadaan seperti ini tidak berlaku di dalam negara
kita. Walau apa pun yang berlaku di dalam negara ini
seperti kes penyelewengan BMF, penyalahgunaan kuasa
dan sebagainya rakyat tetap setia memilih Barisan
Nasional untuk terus menerajui negara Malaysia ini.
Ini yang pelik. Rakyat sudah tidak sentimen yang kuat.
Rata-rata membiarkan apa yang berlaku tanpa mahu
berusaha untuk mengubahnya. Orang bukan Islam di
negara kita seperti Cina dan India tidak bersikap
seperti orang Melayu. Hanya orang Melayu di dua buah
negeri sahaja yang terkecuali. Yang lain lebih kurang
sama. Tapi, alhamdulillah, sejak akhir-akhir ini orang
Melayu sudah mulai sedar dan mula berubah seperti yang
dibuktikan di Arau tidak lama dulu. Dengan kejutan
seperti ini barulah dapat menjadikan mereka yang
begitu lama berkuasa merasai kegerunannya dan kecut
perut untuk berterusan melakukan penganiayaan terhadap
rakyat. Ledakannya mampu menggugat kedudukan 8 negeri.
Kesan serta merta dapat dilihat. MB yang pernah
mengutip cukai buah-buahan memulangkan balik cukai
tersebut. Begitulah
hebatnya keluarga Kassim Baba di bumi kayangan. Ali
Baba bila dapat buka pintu gua diambil sekadar yang
patut. Tetapi, Kassim Baba bila dapat buka pintu gua
diambil semua yang ada. Tidak cukup kaki tangan,
dibawanya lori untuk mengaut habis harta dalam gua
tersebut. Tapi, sayang bila semuanya sudah tersedia
untuk dibawa balik, dia lupa jampi untuk buka pintu
gua tersebut. 
Akhirnya, ia dapat ditangkap oleh lanun lalu
dibunuhnya. Episod ini akan berlaku tak berapa lama
lagi. 

Bila manusia lari dari panduan Allah, maka sudah pasti
ia mengambil panduan hawa nafsu. Apa yang dilakukan
adalah di luar kebiasaan dan tidak lagi waras.
Orang gila ni bermacam-macam jenis. Gila kuasa pun
gila jugak. Yang penting asalkan tercapai hasrat.
Antara penyelewengan yang dilakukan terang-terang di
hadapan mata : merompak wang rakyat dari tabung-tabung
seperti KWSP, LTAT,LTH; menutup hutang tidak berbayar
dengan penggabungan-penggabungan yang semakin
berleluasa, menaikkan kadar rompakan di lebuh raya,
menghukum orang yang tidak bersalah, tidak menangkap
orang yang terang-terang bersalah mengaku ia bersalah,
pelihara babi untuk eksport dan sebagainya. Malaysia
turut mencatat sejarah sebagai negara pertama dalam
dunia yang menjadikan tilam (saksi bisu) sebagai
saksi.  Dunia pun tabik dengan Malaysia. 

Begitu juga dengan bala-bala Allah. Antara  sebab
Allah datangkan bala adalah kerana sayang kepada kita.
Dulu, muncul penyakit coxsackie. Sekarang, muncul pula
penyakit JE, bawaan nyamuk Culex. Ini sesuailah dengan
pemimpin Malaysia yang suka sangat dengan Jepun.
Dahlah tu, sayang sungguh mereka dengan babi.
Tak sanggup bunuh, disuntik sebanyak tiga dos
(RM7/dos) untuk rawatan. Takut rugi kerana tak dapat
hasil eksport babi. Malaysia sekarang ini adalah
negara pengeksport babi terbesar di Asia Tenggara.
Allah balakan lagi dengan virus hendra pula. Yang
peliknya, bukannya hendak dihapuskan sama sekali
babi-babi tersebut, malah kawasan-kawasan penternakan
babi akan ditambah dengan lebih banyak lagi. Selangor
antara negeri yang paling banyak kawasan baru yang
dikenalpasti. Nak lawan Allah juga.  Tak tahulah jenis
manusia apa macam ni.
Pelbagai bala Allah turunkan tetapi tetap degil juga.
Kalau dengan Allah pun degil, apatah lagi dengan
manusia. 

Kita tidak boleh berada bersama-sama dengan pemerintah
yang menolak Al-Quran dan sunnah Rasulullah SAW.
Penolakan terhadap hukum Alah boleh berlaku samada
melalui cara-cara berikut : perkataan, perbuatan atau
iktikad. Kita patut membuat reformasi dari yang tidak
Islam kepada Islam. Orang tolak hukum Islam, kita
kenalah tolak mereka. Orang yang tolak Islam sudah
tidak relevan dengan keadaan masyarakat yang
memerlukan kepada kemunculan Islam agar keadilan dapat
ditegakkan. Walau pun mulut tak cakap kata tolak
Al-Quran, tapi perbuatan melakukannya. Hukum Islam
diganti dengan Perlembagaan Malaysia,ciptaan manusia
Yahudi yang diubahsuai lagi ikut selera pemerintah
masa kini.
Kita diwajibkan taat secara mutlak kepada Allah dan
RasulNya, Nabi Muhammad SAW. Kita juga disuruh taat
kepada pemerintah, tetapi bukan secara mutlak.
Jika pemimpin tersebut memimpin mengikut panduan
Al-Quran dan sunnah Rasulullah SAW maka kita wajib
taat dan memberikan wala kepada mereka. Ini perintah
Allah yang terkandung di dalam Al-Quran. Tetapi jika
mereka memerintah tidak mengikut panduan Al-Quran dan
sunnah Nabi SAW, kita tidak diwajibkan taat kepada
mereka. Janganlah kita memberikan sokongan kepada
golongan yang membelakangkan agama dalam mentadbir
urusan kehidupan seharian.
Kita mestilah memilih pemimpin yang benar-benar
mahukan hukum Islam dilaksanakan di negara kita ini.
Barulah keadilan dapat diwujudkan di dalam negara
kita. 

Kita semua sedia maklum bahawa Islam melarang keras
melakukan kezaliman walau pun terhadap diri sendiri. 
Zalim membawa maksud meletakkan sesuatu bukan pada
tempatnya. Lawan zalim adalah adil. Adil mengikut
pandangan umum masyarakat Melayu adalah sama rata.
Seperti juga wanita-wanita barat yang menuntut hak
sama rata. Ramai juga wanita Islam yang kurang faham
pun turut menyokongnya.
Sama rata bukan bererti adil dalam banyak hal.
Misalnya, seorang ayah yang mahu memberikan hak sama
rata kepada anak lelaki dan anak perempuannya lalu
kedua-duanya dibelikan songkok. Itu bukan adil, tapi
bangang namanya. 

Begitu juga dengan Islam. Pemerintah yang adil adalah
pemerintah yang meletakkan Islam pada tempatnya sesuai
dengan kedudukannya. Islam itu tinggi dan tidak ada
yang lebih tinggi daripadanya. Bukan sekadar perkataan
ADIL itu membawa erti adil dalam erti kata yang
sebenar. ADIL yang sebenar hanyalah bagi orang yang
melakukan sesuatu perkara itu menurut kehendak
Al-Quran dan As-Sunnah. Islam itu bukan hanya tertumpu
kepada bidang ibadah khususiah sahaja, malah meliputi
setiap sudut kehidupan baik di bidang politik,
ekonomi,muamalat dan sebagainya. Berpolitik ikutlah
politik Islam, berekonomi ikutlah ekonomi Islam,
bermuamalat ikutah muamalat secara Islam dan
seterusnya. Pendek kata, tidak ada pemisahan antara
agama dan politik, dunia dan akhirat. Malah,dunia
menjadi jambatan ke akhirat. Misalnya, bila nak makan
kita baca doa.
Makan adalah dunia dan doa adalah akhirat. Maka dunia
kita disertakan dengan akhirat.  Tidak ada pemisahan
di antara kedua-duanya. Bila sudah ada pemisahan, maka
ia dipanggil SEKULAR. Contohnya, seperti yang berjalan
di dalam negara kita. Agama diserah kepada badan-badan
keagamaan dan pemerintahan negara diserahkan kepada
pemerintah yang menjalankan pemerintahan tidak
mengikut panduan agama. Wujud dua mahkamah; syariah
dan bukan syariah (sivil).
Jangan kita terpedaya dengan istilah yang sengaja
direka-reka oleh musuh Islam seperti kalimah SEKULAR
ISLAM. Istilah ini tidak pernah wujud sama sekali.
ISLAM adalah islam dan SEKULAR adalah sekular. Fahaman
SEKULAR ini adalah ciptaan barat, dan menjadi musuh
ISLAM yang cukup hebat pada abad ini. Bukan mudah
untuk menghapuskan fahaman SEKULAR ini dari
orang-orang Islam yang telah sebati SEKULAR di dalam
dirinya. 

Kita tidak boleh sekali-kali menjadi seperti orang
Yahudi dan Nasrani yang bersikap menerima sebahagian
kandungan kitab dan menolak kandungan sebahagian yang
lain. Ini bukan sikap orang mukmin sejati. Sikap orang
mukmin sejati adalah menerima segala suruhan dan
tegahan Allah di dalam kitab suci Al-Quran tanpa syak
dan ragu. Namun begitu, fenomena ini telah menular
masuk ke dalam kancah masyarakat kita. Mana yang boleh
dapat untung duniawi seperti zakat diterima pakai dan
diperbesar-besarkan. Mana yang sukar untuk
dilaksakanakan seperti hukum hudud ditolak. Bukan
sekadar ditolak, malah diganti dengan hukum yang lain;
iaitu hukum ciptaan manusia. Kalaulah kita lihat
betul-betul, mahkamah syariah di dalam negara kita
sudah menukar hukum Allah dengan hukum manusia iaitu
dengan mengenakan pelbagai denda yang mendatangkan
untung dari segi wang. Tidak samakah mereka dengan
orang Yahudi dan Nasrani yang mengubah kandungan kitab
mereka ikut selera mereka sendiri. Bila hukum Allah
tidak dilaksanakan, tiada pencegahan terhadap maksiat
yang berlaku dalam erti kata yang sebenarnya. Malah,
maksiat semakin berleluasa. 

Kita tidak akan terlepas dengan gerak kerja kita
setakat di dunia ini sahaja.
Kita akan dipertanggungjawabkan di hari akhirat di
hadapan Allah Rabbul Jalil.
Kita akan dibangkitkan bersama-sama dengan pemimpin
yang kita ikut dan pilih semasa di dunia ini. Haram
kita memilih pemimpin yang zalim. Begitu juga dengan
pemimpin yang bukan Islam. Kalaulah mereka yang akan
kita berdiri di belakang nanti, fikirkanlah ke mana
kita akan dibawa. Jangan ambil mudah tentang perkara
ini. Ada orang berkata bahawa dia tidak suruh pun
pemimpin tertentu itu membuat kezaliman. Dia lupa
bahawa dia adalah salah seorang yang melantiknya, maka
pemimpin tersebut berjaya menjadi pemimpin dan
berhasil
meneruskan agenda kezalimannya. Nak laksanakan hukum
Islam jauh sekali. Jangan anggap pangkah itu tidak ada
apa-apa. Jangan jadi rakyat yang memalukan hanya
sekadar mendapat sehelai kain batik dan beberapa kilo
gula. Jangankan melantik pemimpin yang zalim dilarang,
malah cenderung kepada mereka pun tidak boleh. Lihat
surah Hud, ayat 113 : Dan janganlah kamu cenderung
kepada orang-orang yang zalim yang menyebabkan kamu
disentuh api neraka  Tidak boleh cenderung kepada
orang-orang yang zalim antara lainnya : tidak boleh
meredhai perbuatan mereka, tidak boleh senyum kepada
mereka, tidak boleh makan sekali dengan mereka, tidak
boleh pakai pakaian yang sama dengan mereka, dan
sebagainya lagi. Umpamanya, bila mereka mengadakan
perbuatan mungkar seperti konsert-konsert, kita
hendaklah menentang dan membencinya. Walau sekadar
diam dan tanpa ada apa-apa perasaan benci, bererti
redha terhadap perbuatan tersebut. Lebih-lebih lagilah
kalau kita pula tumpang sekaki dalam konsert tersebut.


Sejak negara kita mencapai kemerdekaan sehinggalah ke
hari ini, pernahkah hukum Islam ditegakkan dan menjadi
perlembagaan negara? Apakah kita sudah memberikan
sumbangan ke arah penegakan hukum Islam di dalam
negara kita? Hukum menegakkan hukum Islam adalah
wajib. Kita adalah berdosa selagi mana hukum Islam
tidak dapat ditegakkan sebagai undang-undang dan
perlembagaan tertinggi dalam negara kita. Menurut
Syeikh Abdul Kadir Audah, adalah menjadi satu
kesalahan bagi sesiapa yang tidak pernah terlintas di
hatinya untuk menegakkan negara Islam. Satu kaedah
telah ditetapkan dalam syarak iaitu sesuatu perkara
yang tidak sempurna yang wajib melainkan dengannya,
maka perkara tersebut juga menjadi wajib. Sebagai
contoh, hukum mengambil air sembahyang di luar waktu
sembahyang adalah sunat. Tetapi bila mana sudah masuk
waktu sembahyang dan kita akan mendirikan sembahyang,
maka hukum mengambil air sembahyang pada waktu itu
adalah menjadi wajib. Begitu juga dengan hukum Islam.
Di dalam negara kita, hukum Islam hanya boleh
ditegakkan jika golongan Islam berjaya mendapat undi
majoriti melalui proses pilihanraya (pilihan yang ada
buat masa ini). Maka hukum menyertai pilihanraya bagi
mendapatkan undi majoriti untuk
menegakkan hukum Islam adalah menjadi wajib. 

Perkembangan sistem perundangan Islam adalah tidak
sama dengan perkembangan sistem perundangan
undang-undang ciptaan manusia seperti yang sedang
diamalkan di dalam negara kita. Syariah bukanlah
merupakan satu himpunan kaedah yang sedikit dan
kemudiannya berkembang  mengikut peredaran masa. Ianya
bukan asas-asas yang bertaburan, lalu disusun rapi
atau merupakan teori-teori yang kemudiaanya
dikelompokkan untuk dijadikan satu formula yang
diikuti. Syariah tidak lahir sebagai seorang bayi yang
lemah dan serba kekurangan tetapi lahir sebagai
seorang pemuda yang cukup dewasa, matang dan serba
lengkap kerana ianya diwahyukan oleh Allah sebagai
satu sistem hidup yang sempurna tanpa
sebarang kecacatan dan kekurangan. Tidak ada satu
perkara pun yang Allah tinggalkan di dalam kitab-Nya.
Ini adalah bertepatan dengan firman Allah di dalam
Surah Al-Maidah, ayat 5: 
"Pada hari ini Aku telah sempurnakan bagi kamu
agamumu, telah Aku cukupkan rezekiKu ke atas kamu dan
Aku redha Islam sebagai agama bagi kamu ..." 

Salah satu tohmahan jahat yang dilemparkan terhadap
sistem perundangan Islam adalah sifat-sifat zalim dan
peri kemanusiaan yang terdapat di dalam sistem hukuman
Islam. Bila menyebut tentang sistem perundangan Islam,
fokus hanya tertumpu kepada undang-undang janayah dan
tidak lebih dari itu. Seolah-olah perundangan Islam
hanya berkisar kepada permasalahan potong tangan,
sebat,rejam dan sebagainya. 

Kalau kita perhatikan undang-undang ciptaan manusia,
khususnya undang-undang kesiksaan, sungguh pun mungkin
telah dianggap sebagai yang terbaik, namun sebenarnya
undang-undang ini masih bersifat serba kekurangan dan
lemah untuk dapat menyelesaikan
permasalahan-permasalahan manusia. Ini adalah kerana
undang-undang ini lahir daripada manusia yang bersifat
lemah dan serba kekurangan, tidak mengetahui apa yang
boleh mendatangkan kebaikan dan mengelakkan daripada
keburukan dengan sebenarnya apatah lagi sekiranya
undang-undang ini dipengaruhi oleh muslihat dan
kepentingan penggubalnya,pemerintah dan lain-lain
golongan yang berkepentingan sendiri. Undang-undang
ciptaan manusia mengambil keuntungan sedangkan
undang-undang Allah adalah memberikan keuntungan
kepada orang melakukan kesalahan. 

Misalnya, bagi kesalahan zina. Bagi undang-undang
manusia ianya dikenakan hukuman berbentuk keuntungan
bagi pihak pemerintah yang berupa denda RM500,dan
kesannya kepada masyarakat tidak diambil peduli. Bagi
orang-orang yang kaya, sudah tentu jumlah denda
tersebut adalah terlalu rendah, dan dia tidak akan
serik-serik melakukannya beratus-ratus kali sekali
pun. Statusnya lebih rendah dari kesalahan membuang
sampah, yang dikenakan denda yang lebih tinggi dari
kesalahan berzina. Bagi undang-undang Allah, dia
hendaklah dirotan seratus kali bagi yang belum
berkahwin dan direjam hingga mati bagi yang telah
berkahwin atau yang pernah meni'mati nikmat
perkahwinan. Kesannya kepada masyarakat adalah jelas,
iaitu hukuman tersebut dilaksanakan pada khalayak
ramai. Ramai orang yang tidak berani melakukannya
lagi. Maka dengan ini keturunan manusia akan
terpelihara. Hukum Islam tidak mengambil apa-apa
keuntungan, malah sebaliknya memulangkan balik
keuntungan kepada yang dikenakan hukuman. Bila dia
telah dikenakan hukuman dengan hukuman Allah, dia
tidak akan dikenakan hukuman lagi di Akhirat. Bagi
yang tidak dikenakan dengan hukuman Allah,dia  tetap
rugi (iaitu dua kerugian) kerana walau pun ia tidak
dikenakan hukuman hudud di dunia ini, dia tetap akan
dikenakan juga hukumannya di Akhirat yang tentulah
lebih dahsyat daripada hukuman yang sepatutnya
diterima olehnya di dunia ini. 

Sesuatu perkara yang dianggap baik oleh manusia tidak
semestinya pula baik di sisi agama Islam. Begitu juga
halnya dengan perkara yang buruk. Sehubungan dengan
itu, Islam tidak mengharamkan sesuatu melainkan di
sana ada keburukannya untuk manusia. Begitu juga ia
tidak menghalalkan sesuatu melainkan di sana ada
kebaikan dan manfaatnya untuk manusia. Di antara
tujuan utama sistem Syariah Islam adalah untuk
memelihara lima perkara yang merupakan Al-Dharuriyah
perkara yang amat diperlukan dalam hidup seorang
manusia. Al
Dharuriyah yang dimaksudkan adalah :- 

1) Memelihara Al Deen (Agama) 

Manusia memerlukan agama, cuma Islam tidak pula
memaksa untuk menganut agama Islam. Siapa yang mahu
memilih untuk beriman dengan Islam akan diterima
dengan tangan terbuka tanpa mengira bangsa keturunan
dan warna kulit. Walau pun Islam tidak memaksa untuk
beriman, tetapi sekiranya seseorang itu telah pun
menjadi seorang Muslim maka dia perlu taat dan patuh
kepada segala peraturan dan arahan Islam demi menjaga
kesuciannya. Sekiranya dia keluar dengan sengaja
seperti mempersendakan peraturan agama maka dia boleh
dikenakan hukuman mati di bawah peruntukan
undang-undang murtad. 

2) Memelihara Al Aql (Akal) 

Akal adalah amat penting bagi manusia kerana inilah
faktor yang membezakan manusia dengan segala makhluk
yang lain yang dicipta oleh Allah SWT.
Sehubungan dengan itu, peruntukan syariah telah
mengharamkan sebarang usaha dan perlakuan yang boleh
membawa kepada hilang akal seperti meminum arak
apa-apa yang memabukkan. 

3) Memelihara Al Nafs (Jiwa / Nyawa) 

Nyawa dianggap sebagai kurniaan yang begitu tinggi
untuk manusia dan hanya Allah SWT sahaja yang berhak
menentukan hidup dan mati seseorang. Maka dengan itu
Islam meletakkan undang-undang yang cukup jelas dalam
perkara yang berkaitan dengan nyawa seperti peruntukan
bunuh balas (Qisas) dalam kes pembunuhan yang tidak
dibenarkan oleh syarak seperti pembunuhan oleh seorang
Muslim ke atas saudara Muslimnya. Walau pun begitu,
Islam menekankan bahawa memberi maaf adalah lebih
utama. 

4) Memelihara Al 'Arad (Kehormatan dan Keturunan) 

Maruah diri manusia adalah satu anugerah yang perlu
dipelihara dari sebarang pencabulan. Keharmonian hidup
manusia akan hanya dapat dirasai bila keturunan dan
zuriat yang dilahirkan terhindar jauh dari dosa-dosa
yang boleh dielakkan.
Dalam hal ini Islam mengharamkan zina, dan juga
menghampirkan diri kepada perbuatan zina. 

5) Memelihara Al Mal (Harta) 

Harta juga merupakan perkara yang amat diperlukan oleh
manusia demi untuk menjamin kesejahteraan hidupnya di
atas muka bumi. Sehubungan dengan itu, di sana
terdapat peraturan yang menyeluruh dalam perkara yang
berkaitan dengan harta seperti bagaimana cara
memperolehinya, cara membelanjakannya dan sebagainya. 

Bagi merealisasikan cita-cita untuk melihat hukum
Allah yang maha adil dan sempurna ini berjaya
ditegakkan di dalam negara kita, maka perlulah kita
membuat TAJDID, atau REFORMASI untuk menukarkan hukum
taghut (melampaui batas) yang sedang berjalan di dalam
negara kita kepada undang-undang Islam secara
keseluruhannya. Hari ini rakyat diberi kefahaman
bahawa orang yang ingin menegakkan hukum Allah adalah
orang yang melampau dengan diberikan pelbagai label
seperti pelampau agama, ekstrim, pengganas dan
sebagainya. Sebenarnya,orang yang tidak mahu
menegakkan hukum Allah itulah yang melampau. Melampau
betul kerana sudah lebih 40 tahun masih lagi tak mahu
laksanakan hukum Allah.
Pemerintah yang ada pada hari ini tidak berhasrat
untuk menegakkan hukum Allah kerana mereka tidak mahu
melihat keadilan wujud di dalam negara kita. Bila ini
berlaku, maka bererti mereka dapat berterusan
melakukan penyelewengan dan terus mengorbankan rakyat
di atas nama PEMBANGUNAN. Mereka hidup senang-lenang
tanpa memperdulikan nasib rakyat yang terpaksa
mengharungi keperitan dan kesusahan hidup. 

Jadi, kita hendaklah mengambil peluang yang diberikan
kepada kita untuk mendaftarkan diri sebagai pengundi
yang sedang dijalankan oleh pihak SPR.
Gunakanlah undi tersebut untuk memilih dan memberikan
wala dan taat setia kita kepada golongan yang
benar-benar ingin menegakkan hukum Allah di bumi
Malaysia yang tercinta ini. Satu undi dari diri kita
mempunyai kesan yang amat besar ke atas corak
pemerintahan negara pada alaf yang akan datang.
Mengenai sokongan kepada jemaah atau parti pula, perlu
kepada penelitian yang bersungguh-sungguh. Kedua-dua
golongan yang mahukan Islam dan tidak mahukan Islam
terpaksa menempuh susah payah di dalam perjuangan.
Kalau kita bersusah payah dengan golongan yang mahukan
Islam,insya-Allah Allah menyediakan pahala di dunia
dan akhirat. Tidak ada satu pun usaha kita yang
sia-sia. Kalau pun tak menang di dunia, di akhirat
kita tetap menang. Jika kita mahu bersusah payah
dengan golongan yang tidak mahukan Islam, hanya
sekadar dunia sahaja yang kita dapat. Lama mana kita
akan hidup di dunia khayalan ini. Tidak ada golongan
yang ketiga; Islam pun tidak dan tidak Islam pun
tidak. Nanti jadi macam Abdullah bin Ubai pula
(tengah-tengah;munafik). Terpulanglah kepada diri
sendiri handak bersama-sama dengan golongan yang mana.
Gunakanlah akal yang waras. Jangan terpengaruh oleh
keluarga dan sebagainya. Fikirkan mengenai kehidupan
di negeri akhirat yang kekal abadi buat
selama-lamanya. Ikut panduan Al-Quran dan sunnah
Rasulullah SAW. Itulah wasiat yang ditinggalkan oleh
Rasullullah SAW kepada kita semuanya.
Insya-Allah, selamat dunia dan akhirat. 

Sekian, wassalam. 



__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Yahoo! Photos -- now, 100 FREE prints!
http://photos.yahoo.com

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Omar AlKhatab <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke