*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamu`alaikum warahmatullahi wabarakatuh,
...sambungan...

Sekaligus  kita faham berapa  tingginya mutu
pendidikan di Taiwan walaupun kelulusan  universitinya
masih tidak diiktiraf  di Malaysia. Sawah padi Taiwan 
sentiasa digunakan sepenuh maksimum. Penanaman padi
diselang-seli dengan ternakan  siput dan ikan serta
udang. Bayangkan betapa agressif dan berkesannya 
teknologi pertanian di sebuah kepulauan  yang
mempunyai cuaca  bersifat sab-tropika.

Taiwan  mempunyai  media  yang  amat kritikal 
terhadap prestasi kerajaan yang memerintah. Kerana 
itu kira kerap melihat  pergadohan di dewan parlimen 
mereka di antara  parti pemerintah  dan parti
pembangkang. 
Inilah  kesan ketelusan  akhbar  di sana di mana
setiap wartawan cuba memaparkan berita yang
berpaksikan 'investigative reporting'. Kekuatan
terbesar  ekonomi Taiwan terletak  kepada semangat
persatuan bekerjasama mereka yang disokong kuat  oleh
sistem perbankan negara. Kalau kita lihat akan armada
kapal penangkapan ikan Taiwan  di perairan  Arjentina
hingga  ke Lautan Merah, semua kapal itu adalah
kepunyaan  koperasi rakyat marhaen Taiwan.

Kita  boleh bandingkan negara  ini dengan Switzerland 
sebuah  negara tersepit di tengah-tengah tamadun
Eropah.  Kekayaan  warisan  negara itu hanyalah 
'batu'  dan 'salji'. Tetapi, di sanalah tersimpannya
emas berbungkal  dan harta karun kebanyakan pemimpin
negara  sejak manusia mengenal tamadunnya. Lebih enam
puluh peratus  manusia  yang ada di Switzerland adalah
pendatang dari luar.  Mereka mula-mula menjadi petugas
kepada semua institusi pertubuhan  bangsa sejagat 
yang mendahului  PBB. 
Kini, ramai berada di situ kerana  terdapat  banyak 
institusi Bank Dunia dan  cawangan hampir setiap  bank
yang besar  di dunia. Kekuatan terbesar Switzerland 
ialah 'RAHSIA'. Inilah negara yang mempunyai  akta
khas mengenai rahsia  perbankan  yang amat dipercayai
oleh semua penyimpan wang di sistem perbankannya.

Tanyalah sesiapa yang lama bertugas  di Switzerland,
bagaimana  gelagat pemimpin dunia  yang datang
'beristirehat' di Switzerland. Kepakaran orang
Switzerland menyimpan  rahsia  membuatkan  ramai
pemimpin politik negara  ini yang suka melakukan 
missi perdagangan  ke  Eropah  dan Amerika  dengan
melakukan  'stopover' (persinggahan) sehari dua  ke
Switzerland. Anda  boleh membuka akaun rahsia di bank
Switzerland  di setiap lobi  hotel lima bintang  di
sana. Tidak  perlu pergi ke bank yang besar-besar,
memadai  dengan membukanya di cawangan kecil yang
terdapat di sebelah  meja penukar wang  hotel sahaja.

Inilah sebabnya setiapkali tertabalnya  kerajaan baru 
di negeri-negeri, ada sahaja lawatan perniagaan yang
akan ditaja  oleh Menteri Besar yang terbaru ke
Eropah. Mereka  ingat rakyat Malaysia  bodoh sangat
apa sebenar tujuan lawatan mereka itu. Bukankah
Menteri Perindustrian Negara sentiasa sahaja
mengelilingi dunia  untuk menaikkan ekonomi negara? 
Tidak cukupkah lagi dengan  peranan Pesuruhjaya
Perdangangan  di setiap negara di Eropah itu sehingga 
exco  UMNO  pun perlu membuat  missi perdagangan di
Eropah. Apakah mereka fikir orang Eropah baru setahun
jagung pengalamannya dalam dunia perniagaan? Mampukah 
doktor  yang hanya pandai tampal dan cabut gigi
berdebat dengan tuanpunya perdagangan  yang sudah
lebih  empat ratus  tahun usia perdagangannya?
Mampukan seorang bekas jaga get keretapi bercakap
mengenai perniagaan global?

Kenapa Malaysia Di Takuk Lama?

Kemajuan sesuatu bangsa itu tidak boleh dinilai 
dengan adanya bangunan menara kembar dunia tertinggi
di dunia. Tidak juga kerana ia mampu membuat lapangan
terbang yang lebih besar dan lebih murah daripada
bikinan  negara asing. Tidak juga kerana  ia mampu
membuat  bendera negara yang terpanjang di dunia.
Ataupun kerana  ia mempunyai seorang pelayar yang
telah berani mengelilingi dunia bersaorangan. Semua 
itu bersifat relatif sahaja. Dunia sejagat tidak
menilai kebesaran sesuatu bangsa itu kepada pembinaan 
sesuatu yang relatif.

Sejak Malaysia  menerima kemerdekaannya, Allah telah
mengurniakannya dengan pelbagai kemewahan yang boleh
membuat orang asing irihati dan menggeleng kepala.
Mereka irihati kerana  tidak ada negara lain yang
menerima segala kemewahan itu sehinggakan Malaysia
mampu menjadi satu negara yang besar. Tetapi  mereka
menggelengkan kepala kepada  kebodohan kepimpinan
Malaysia  selama  ini yang tidak tahu menilai  peluang
kemewahan yang Allah hamburkan. Ramai orang asing 
naik pening memikirkan kenapakah Malaysia  tidak
membangun  sehebat  Taiwan  ataupun Switzerland
ataupun Singapura? Taiwan  menjadi  hebat  kerana
menguasai  industri elektronik kecilan  dunia.
Switzerland hebat  kerana menguasai  perkhidmatan
perbankan dan percutian  dunia. Singapura  hebat
kerana menguasai industi perkhidmatan pos, perkapalan
dan udara  dunia. (Tidak ramai orang yang tahu bahawa
sejak berpuluh tahun lamanya Pos Singapura  merupakan
'hub' pengagehan  mel dan  bungkusan  dunia yang
terbesar).

Malaysia  tidak mampu menjadi sebuah negara yang hebat
 kerana otak rakyat Malaysia sudah dipasak dan dipukau
 laksana  seekor gajah yang takutkan rantainya (saya
pernah menulis akan fenomena ini dan meminta jasabaik
PW  menerbitkannya semula).

Malaysia  hebat hanya  kerana  TV  dan radio Malaysia 
mengatakan ianya hebat. Malaysia  hebat  kerana
Mahathir  dan Projek 'Malaysia-Boleh' mengatakan
Malaysia  hebat. Kita perlu soal diri lama-lama dan
dalam-dalam, adakah negara  yang saya sebutkan hebat
tadi (Taiwan, Singapura dan Switserland) pernah menaja
 satu pasukan penerjun  untuk turun di Khutub Utara 
dengan sebuah kereta buatan mereka? Adakah mereka
menaja satu pasukan payung terjun turun di Khutub
Selatan?  Jawapannya tidak. 
Tetapi mereka memang sentiasa mempunyai
sekurang-kurangnya dua pasukan (seperti juga
Indonesia) yang mendaki Everest setiap tahun.
Berapakah hebatnya Malaysia kalau projek LRT yang
sepatutnya siap untuk digunakan oleh Sukan Komanwel
masih  lagi terpacak tanpa kesudahannya?

Setiap  kali  UMNO  membuka  mulut di kampung-kampung
apakah yang mereka laungkan? 
(i)  Dulu, Kini dan Selamanya;  
(ii)  Umno  itu Kerajaan dan Kerajaan  itu UMNO;  
(iii)  Orang Melayu hanya boleh maju melalui UMNO; 
(iv)  Hanya UMNO yang mampu menjamin ketuanan Melayu
dan keutuhan agama Islam. 

Inilah  cogankata yang dianggap 'kunci-kata keramat'
yang dipasak kepada otak orang Melayu sejak dua puluh
tahun yang lalu. Inilah mainan politik yang berputar
di minda orang Melayu. Empat kunci kata ini 
sebenarnya menjadi penghalang otak orang Melayu yang
mahu maju. Dengan lain perkataan, cogankata UMNO
merupakan penyedap untuk orang Melayu lalai. 
Kerana Melayu sudah lalai laksana  orang yang dipukau 
makanya mereka terpaku di takuk lama tanpa membangun
secara menyeluruh.  Kerana itulah Mahathir   dan  para
juak dan sukusakatnya berada  di satu tahap yang
selamat  tanpa diganggu gugat oleh kuasa besar.

Apabila rakyat  diajar  dan dipasak mindanya untuk
memahami  hanya UMNO  parti  politik yang menjamin
segala tatasusila  hidup yang indah-indah, tentu
sekali UMNO  melaksanakan pelbagai usaha  untuk
membuktikan bahawa  itulah yang sebenarnya.  Itu
sebabnya kita dapati sebahagian besar perbelanjaan
negara dicurahkan untuk menegakkan setiap penipuan
sehinggakan penipuan  itu menjadi satu ' kebenaran'. 
Inilah  dasar kerajaan UMNO  di bawah  kepimpinan
Mahathir  bin Mohammad. Inilah propaganda ala Nazi 
yang pernah dilaungkan juga oleh Sanusi Junid. Kerana 
itu kita dapati Biro Tata Negara (BTN), KEMAS,
Persatuan Peladang, GPMS dan banyak lagi agensi lain
yang ditaja  dan dibiayai oleh kerajaan pimpinan UMNO 
untuk melakukan kerja-kerja mencanang segala cogankata
itu.

Setiap cogankata UMNO  memang disokong  oleh banyak
projek kerajaan yang mahal harganya. Malahan
pelancaran majlis perdana  projek itu sahaja memakan 
ratusan  ribu ringgit. Contohnya  ialah Projek Rakan
Muda. 
Lebih satu ratus juta ringgit  telah dibelanjakan,
tetapi kos pengiklanan sahaja menelan tujuh puluh juta
ringgit. Kerana  itu kita kerap terbaca tulisan
puja-memuja  oleh orang tertentu  yang menjadi kaya
raya melalui pengiklanan sahaja.  Kalau  projek BTN
dan KEMAS begitu berkesan untuk memukau pemikiran
orang Melayu, bagaimana pula boleh timbul teori Melayu
sudah berpecah?

Lain Gendang Lain  Tarinya

BTN  dan KEMAS  dikerah dengan belanja  rakyat marhaen
 untuk mencanang bahawa UMNO dibawah kepimpinan
Mahathir Mohamad ialah sebuah parti yang sungguh
proaktif dan amat memikirkan masalah rakyat jelata.
Itulah lagu yang kerap digendang  dan didendangkan.
Tetapi apa yang sudah jadi akhirnya? Getah dan Sawit 
merudum harganya sejak  tiga setengah tahun yang lalu.
 Di waktu  yang  sama, Mahathir, Rafidah Aziz  dan
Paklah bersimpang siur mengelilingi dunia  lebih hebat
 daripada Ketua Setiausaha Negara Amerika. Apakah
kerja mereka sebenarnya?

Kini, harga proton naik lagi, sedangkan seluruh dunia
tahu bahawa Proton adalah kereta  basi yang sudah
hampir dibuang oleh Mitsubishi. Lihat, Mitsubishi
terpaksa menarik semula lebih 95,000 kereta buatannya
di seluruh dunia. Yang peliknya, tidak ada satu pun
kereta  proton yang dikatakan bermasalah. Orang Melayu
diajar agar berbangga dengan Proton dan Perodua.
Malahan Proton Waja "adalah kereta rekaan anak
tempatan'.  Sila buka http://www.mitsubihsi.com  dan
buka bahagian segala model dan produk keluarannya.
Anda akan perhatikan apakah Waja  itu betul-betul
rekaan anak Malaysia?

Demikianlah cara otak Melayu itu diperam agar tidak
menjadi geram. 
Orang Melayu dianggap oleh pemimpin UMNO sebagai
kilang  memangkah kertas undi sahaja untuk memilih
calon undi UMNO di pilihanraya. Inilah tugas sebenar 
BTN dan KEMAS.  Tetapi, kalau KEMAS  dan BTN mampu
menggembeling fikiran orang Melayu untuk bersatu,
tidak ada satu  ekar pun tanah kosong orang Melayu
yang terbiar begitu sejak berpuluh tahun yang lalu. 
Segala  taktik membekukan pemikiran Melayu daripada
maju seirama dengan kemajuan dunia menyebabkan
pemimpin Melayu seperti Mahathir sengaja dijaga oleh
Amerika  agar terus berkuasa tanpa sebarang masalah. 
Inilah taktik yang digunakan oleh British, Peranchis
dan Jerman terhadap Kamal Ataturk  satu ketika dulu di
Turki. Inilah juga puncanya orang Turki diajar  untuk
mencampakkan kopiah dan tarbus mereka  dan memilih
topi buatan  barat, sedangkan topi itu belum
dipastikan asal usul kulitnya. 
Sekaligus, Turki hingga ke hari ini  menjadi satu
negara yang kebingungan sedangkan Barat melihatnya
sebagai sebuah benteng  yang berbentuk penampan
kemaraan pengaruh Islam untuk berhijrah balik ke
rantau yang pernah dikuasainya.

Unsur-unsur  Yang Membuatkan Melayu Jumud

Orang Melayu menjadi kebingungan dan meraba-raba sejak
dua puluh tahun lamanya. Pemikiran orang Melayu sudah
dipukau begitu cantik sekali dengan segala slogan yang
hangat-hangat dan segala projek yang berbentuk mega.
Laksana orang bermain kuda-kepang yang terpaksa
menunggu berjam lamanya sebelum dia merasakan 
'kudanya' itu betul-betul terbang, sedangkan ia hanya
kulit dan buluh bikinan manusia yang menyerupai kepala
kuda. 
Bayangkan mainan kuda kepang dengan mainan tarian naga
ataupun tarian singa yang betul-betul memerlukan satu
kecekapan yang hanya dapat dimantapkan melalui latihan
yang berdisiplin. Inilah kiasan yang berlaku kepada
orang Melayu yang disogok oleh kepimpinan UMNO dengan
ajaran persis mainan kuda kepang.

Kita khayal kerana kepimpinan yang curang dan 
bertaraf penyangak. 
Inilah prestasi orang Melayu pimpinan UMNO yang
dilantik menjadi wakil rakyat. Sebaik sahaja
mengangkat sumpah menjadi wakil rakyat mereka lupa
akan sumpahan mereka itu bahawa mereka adalah "wakil"
kepada rakyat. 
Memang anih kalau difikirkan bagaimana seorang wakil
rakyat mudah lupa daratan. Tentu kita ingat akan kisah
seorang wakil rakyat yang membawa wang ke Australia 
secara berkilo beratnya. Bagaimana pula dengan kes
Haji Waad  yang kemudiannya dibebaskan oleh mahkamah.
Kini, ada  satu kes lagi membabitkan wakil ADUN
Senaling. Kalau isteri keduanya itu tidak menuntut
pembelaan  rakyat marhaen tidak akan mudah mengetahui
bagaimana seorang wakil rakyat Senaling boleh
mempunyai  tanah yang luas di Lukut. 
Ini baru  dua kisah ADUN Negeri Sembilan. Belum lagi
kisah Menteri Besar  yang dikatakan bukan kepalang
besar penyangaknya.

Mahathir pernah  memberikan gelaran 'penyangak'
(penyangak matawang) kepada George Soros.  Oleh itu
tidaklah salah kalau kita katakan hampir semua
pemimpin UMNO yang menjadi wakil rakyat adalah
penyangak juga.  
Sekaligus Mahathir adalah raja segala penyangak
Melayu. Keadaan ini berlaku kerana media tidak
menjalankan peranan mereka.

Taiwan  maju kerana setiap kelakuan wakil rakyat
diteliti dengan teropong  yang paling besar oleh
medianya. Apa juga kelakuan mereka memang diberikan
ruang yang besar. Singapura menonjol kerana setiap
projek kerajaan mendapat penelitian  yang rapi oleh
medianya. Tetapi, di Malaysia pihak medianya adalah
bertaraf penyangak jua. Ramai  wartawan Melayu sanggup
bersekongkol dengan wakil rakyat atas dasar 'menjaga
periuk nasi."

Contoh yang terbaik ialah berita TV3 yang mengatakan
bahawa PAS  hanya memberitahu pembatalan perundingan
dengan  menyusupkan  surat notis itu ke bawah pintu
ofis  Khalil Yaakob. Ini adalah satu pembohongan 
besar yang telah dinafikan oleh pegawai Khalil Yaakob
sendiri. Kenapakah TV3 tidak pernah mengungkit betapa
surat  Mahathir mengajak PAS  berunding itu 
dikeluarkannya atas nama seorang perdana menteri
dengan beralamat di Putrajaya?  Bukankah itu menepati
slogan bahawa UMNO itu Kerajaaan dan Kerajaan itu
UMNO?

Oleh sebab media  Malaysia  terlalu jauh kebelakang 
dalam peranan mereka secara professional, itu sebabnya
Utusan Melayu hanya mampu mencatatkan keuntungan yang
berupa 84% lebih rendah daripada  keuntungan tahun
sebelumnya. Itupun selepas  ia menjual tanah secara
muslihat politik kepada FELCRA. Tanpa menjual tanah
itu, keuntungannya memang  'pocik' (kosong).

Sikap wartawan Melayu membuat laporan  untuk hidup dan
mengampu, membuatkan majoriti  Melayu pada
keseluruhannya hampir-hampir hidup laksana katak di
bawah tempurung. Apa yang disogok oleh TV dan akhbar
Melayu itulah dunia pengetahuannya. Mujur, ada
internet  dan laman reformasi untuk memberikan ruang
berbeza untuk orang Melayu mencapai kebenarannya. 
Wartawan Melayu  pada keseluruhannya sudah tidak
pandai menulis  secara menganalisa sesuatu situasi.
Yang  mereka  pandai ialah memfitnah dan mencipta
berita bohong. Sila buka ruangan  yang  menyiarkan
bahan gosip di Utusan Melayu. Naik jijik dan mual
beritanya. Anihnya  penulis gosip itu kerap bercerita
mengenai kaabah. Beberapa minggu yang lalu ada seorang
penyebar gosip merintih  kerana isteri M. Nasir 
enggan memberitahu sama ada dia sedang hamil ataupun
tidak. Bagi saya, apabila sesaorang itu hamil, itu
adalah rahsia peribadinya yang tidak ada kena mengena
dengan prestasi suaminya. Tetapi, cerita semacam itu
pun  boleh dijadikan bahan oleh wartawan kelas begini.

Oleh kerana  kemajuan orang Melayu itu dinilai
daripada apa yang dipaparkan oleh media, kita lihat
peranan wartawan amat penting dalam kemajuan
bangsanya. Begitu juga dengan tahap pemikiran dan
tingkah laku wakil rakyat. Mujur juga sistem
pentadbiran  negara yang diwarisi oleh PTD
(Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik)  adalah
berasaskan sistem British. 
Golongan  ini mempunyai sistem di mana isteri-isteri
(mungkin juga termasuk  suami pegawai wanita) pegawai
PTD diberikan kursus khas secara beragenda  agar
mereka berfikiran  selari dengan  kemajuan 
peningkatan  pangkat si suami/isteri.

Tetapi, saya jarang mendengar  betapa isteri para
wakil rakyat menjalani kursus khas  untuk memperbaiki
diri mereka. Mungkin kerana mereka sibuk ataupun
kerana majlis  yang dikelolakan oleh BTN, Kemas dan
Bakti ataupun  tugas mengiringi suami membuatkan
mereka  tidak ada kesempatan masa. Tetapi, kalau kita
lihat golongan Mak Andeh (pinjam   istilah Wak Amin
Sapiro) memang diketahui mereka memainkan peranan yang
amat besar untuk menjadikan suami mereka  hebat
sebagai penyangak sahaja. Sila buka majalah yang
memaparkan fesyen  orang Melayu dan lihat keadaan
rumah wakil  rakyat dan cuba cari cerita siapakah
wakil rakyat itu sebelum menjadi wakil rakyat.
Bagaimanakah wakil rakyat kita mampu mempunyai segala
isi rumah yang berjuta harganya sedangkan sebelum itu
wakil itu adalah seorang guru KEMAS ataupun tukang
engsot  pagar keretapi, ataupun ketua kumpulan kompang
 dan rebana ubi ?

Pada kesimpulannya, Mahathir  dapat bertahan begitu
lama di tampuk kuasa  kerana dia disenangi oleh kuasa
besar kerana berjaya membazirkan wang rakyat untuk
membuat projek-projek besar yang menggunakan kepakaran
daripada luar [negara Barat]  dan bahan binaan yang
mahal-mahal yang diimpot dari negara negara luar
seperti Amerika Syarikat, Britain,Peranchis, Itali dan
Jerman. Lihat dulu siapakah rakan kongsi perniagaan
besar-besar itu? Apa  awalan pada nama yang diberikan
oleh ibubapa mereka? 
Vincent, Danny, Francis, dan ada juga yang sengaja
tidak mahu diketahui nama Kristian mereka. Semua itu
paspot yang 'menjamin' Mahathir tidak diapa-apakan.
Tidak kiralah kalau sebulan sekali Mahathir berdiri di
sebuah persidangan memperlekehkan Amerika, Peranchis
ataupun Jerman.  
Ataupun kalau dia mahu mengajar seluruh bangsa Jepun
bagaimana memulihkan ekonomi Jepun.
Yang penting kepada kuasa besar itu ialah Malaysia
yang kaya raya dengan segala hasil bumi yang ada harus
membelanjakan wangnya untuk projek gila-gila. Tidak
kiralah kalau separuh anak-anak Melayu yang bersekolah
di kampung dan desa terpaksa belajar sambil berlapar. 
Yang penting kepada kuasa besar itu Mahathir
memerintah negara mengikut acuan mereka walaupun
Mahathir boleh bersuara lantang bahawa Malaysia 
membangun mengikut  acuan seorang malbari. 


Kemajuan bagi Mahathir  ialah apabila orang Melayu di
kampung-kampung sudah tidak bercawat lagi.

-Marhaintua-




______________________________________________________________________




__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Yahoo! Auctions - buy the things you want at great prices
http://auctions.yahoo.com/

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Omar AlKhatab <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke