*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Hubaya-hubaya,

Maka betullah kata sahabat saya seorang Guru Sekolah Menengah bahawa di 
Malaysia ini pelajar yang paling bodoh, bangang dan susah diajar adalah 
daripada golongan kaum Siva. VIVA Siva!!! kerana menggunakan sepenuhnya masa 
yg ada sebelum tempoh persaraannya untuk membela anak-anak bangsa beliau.

Pun begitu, dari sudut yg lain, sekurang-kurangnya perjuangan beliau adalah 
ikhlas untuk kepentingan anak-anak bangsanya, bukan macam pemimpin2 kita, 
dalam keadaan golongan professional Melayu masih jauh berkurangan berbanding 
bangsa lain dalam apa jua sektor, dan dalam keadaan anak-anak Melayu teruk 
ditindas di sektor swasta itu pun, pemimpin2 kita yg mengaku berjuang atas 
semangat Nasionalist Melayu di atas sana - sanggup membunuh masa depan 
anak-anak kita dengan penghapusan Biasiswa dan pelaksanaan sistem 
Meritokrasinya.

MELAYU PERLUKAN ORANG-ORANG MACAM SIVA....WALAUPUN BANGSANYA BODOH TAK 
TERKIRA, TAPI DIANAKTIRI DAN DITINDAS...MINTAK MAAF SAMA SEKALI. LANGKAH MAYAT 
BELIAU DULU!!

Hebat sungguh Datuk N. Siva Subramaniam.
Celupar-celupar Sammy Vellu pun, tak berani sehebat itu!!

---------------------------------------------------------

Pisah pelajar ikut kaum: Siva didakwa berbohong

Oleh:BORHAN ABU SAMAH

IPOH 20 Dis. - Setiausaha Agung Kesatuan Perkhidmatan Perguruan
Kebangsaan (NUTP), Datuk N. Siva Subramaniam didakwa berbohong apabila
menuduh sekolah-sekolah di Perak mengamalkan dasar pemisahan pelajar
mengikut kaum.

Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam dan Pendidikan, Datuk Dr. Abdul Malek
Hanafiah menegaskan, NUTP tidak melakukan siasatan terperinci sebelum
melemparkan tuduhan itu.

Menurut beliau, laporan yang diterima daripada dua buah sekolah di Taiping 
iaitu
Sekolah Menengah (SM) Burhanuddin dan Sekolah Kebangsaan (SK) King
Edward VII-I, mendapati dakwaan kononnya wujud dasar pemisahan pelajar
mengikut kaum tidak berlaku.

``Saya percaya perkara yang sama turut berlaku di sekolah lain di Perak iaitu 
di
Sekolah Kebangsaan Seri Kerian, Sekolah Menengah Ahmad Boestaman dan
Sekolah Menengah Seri Perak,'' katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Abdul Malek berkata, Siva membuat pembohongan itu kerana mahukan publisiti,
sedangkan beliau tidak menjalankan siasatan terlebih dahulu.

Mengulas masalah di dua buah sekolah di Taiping, beliau berkata, SK King
Edward merupakan satu-satunya sekolah terkawal di daerah Taiping, di mana
pelajar yang memasuki sekolah itu memperoleh keputusan 5A dan 4A serta
beberapa pelajar yang memperoleh 3A dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah
(UPSR).

``Di daerah Taiping terdapat banyak pelajar yang memperoleh keputusan 5A dan
4A, tetapi mereka tidak dapat memasuki sekolah berasrama penuh dan mereka
ditempatkan di SK King Edward.

``Sekolah ini walaupun sekolah harian, tetapi ia mempunyai asrama dan pelajar
tetap mendapat kemudahan seperti sekolah berasrama penuh,'' katanya.

Bagaimanapun, kata beliau, hanya sebilangan kecil pelajar kaum India di daerah
itu yang memperoleh keputusan cemerlang dalam UPSR.

``Oleh itu majoriti pelajar Cina dan Melayu sahaja memasuki sekolah berkenaan
kerana mereka memperoleh keputusan seperti yang disyaratkan,'' jelas Abdul
Malek.

Sementara itu kata beliau, sebanyak dua buah sekolah rendah dijadikan sekolah
khas untuk menyumbang pelajar ke SM Burhanuddin iaitu SK Taiping dan SK
Pengkalan Aur.

``Pelajar dari kedua-dua buah sekolah itu apabila tamat tahun enam akan terus
ditempatkan ke sekolah SM Burhanuddin dan kedua-duanya pula mempunyai
kurang pelajar kaum India,'' katanya.

Ini kerana, kata beliau, ibu bapa sendiri yang memilih untuk menempatkan
anak-anak mereka di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (SRJK) (Tamil)
Yamaha walaupun sekolah itu terletak bersebelahan SK Taiping.

Tambahnya, apabila pelajar terbabit menamatkan tahun enam mereka terus
ditempatkan di SM Darul Ridzuan.

Katanya, terdapat sebuah lagi sekolah yang menjadi pilihan kaum Cina dan India
iaitu SK Aulong dan mereka terus ke SM Aulong apabila memasuki tingkatan
satu kerana sekolah berkenaan berhampiran dengan kediaman mereka.

``Kesimpulannya penempatan pelajar bukannya ditetapkan oleh jabatan
pendidikan atau sekolah, sebaliknya di atas permintaan ibu bapa yang memilih
sekolah yang berhampiran kediaman mereka,'' ujar beliau.

Abdul Malek turut menyelar Siva yang menggunakan kedudukannya untuk lebih
bercakap soal masyarakat kaum India berbanding masalah yang dihadapi oleh
guru-guru di seluruh negara.

``Siva bukannya setiausaha agung persatuan guru-guru India, tetapi beliau 
adalah
setiausaha agung persatuan guru-guru kebangsaan, jadi beliau harus
membangkitkan isu berkait dengan kepentingan semua kaum,'' tegas beliau.

Sementara itu, Pengetua Sekolah Menengah Seri Perak, Abdullah Khir ketika
dihubungi enggan mengulas dakwaan tersebut dan beliau akan membuat laporan
kepada pejabat pendidikan daerah.


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Ru Antara <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke