" Bagaimanapun, beliau memang menghadapi masaah kesihatan dan kami tidak mengenepikan dakwaan mengenai keracunan arsenik." Prof Datuk Dr Khalid Abdul Kadir

Doktor Tua Nyanyok itu membuat angkara lagi.

Kepada dr Khalid, teruskan usaha anda. Jangan takut dengan doktor tua yang nyanyok itu.

BERITA MALAYSIA


September 29 , 1999 22:43PM

 

PENGARAH HOSPITAL SANGKAL DAKWAAN "AGENDA TERSEMBUNYI"

 

KUALA LUMPUR, 29 Sept (Bernama) -- Ketua hospital yang menyiasat kes "keracunan arsenik" Datuk Seri Anwar Ibrahim' menyangkal dakwaan bahawa para doktor mempunyai "agenda tersembunyi" dan melengah-lengahkan siasatan.

Pengarah Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) Prof Datuk Dr Khalid Abdul Kadir berkata HUKM tidak dapat mengumumkan sebarang hasil siasatan sehingga semua hasil ujian diperolehi dan selepas itu, barulah ia boleh dikemukakan ke Mahkamah Tinggi.

" Kami tidak mahu ditekan untuk mengumumkan sebarang hasil ujian yang setakat ini belum lengkap. Saya ingin memberi jaminan bahawa pakar perunding di HUKM sedang berusaha ntuk menentukan sama ada Datuk Seri Anwar Ibrahim mengalami keracunan arsenik dan sama ada masalah kesihatan yang dihadapinya disebabkan keracunan seperti didakwa atau berkaitan dengannya, atau disebabkan masalah lain yang dikaitkan dengan umur, jantina, tabiat dan sejarah keluarga," kata beliau bagi menjawab beberapa artiklel dalam akhbar-akhbar tempatan yang mempersoalkan cara HUKM menjalankan siasatan itu.

Dr Khalid secara khusus merujuk kepada artikel yang disiarkan dalam akhbar The New Sunday Times pada 26 Sept serta beberapa artikel lain dalam akhbar yang "menyindir bahawa kita tidak berkecuali dalam mengendalikan pesakit (Anwar) dan bahawa kita mempunyai agenda tersembunyi dengan melambat-lambatkan siasatan."

Anwar dimasukkan ke HUKM pada 10 Sept atas perintah Mahkamah Tinggi di sini yang menangguhkan perbicaraan kes liwat yang dihadapinya selepas para peguam beiau memberitahu mahkamah bahawa berdasarkan laporan patologi, contoh air kencing Anwar disahkan mengandungi kandungan arsenik yang tinggi.

Dalam jawapan yang panjang-lebar kepada artikel-artikel ini, Dr Khalid berkata keracunan arsenik mungkin akute dan teruk menyebabkan timbul tanda-tanda yang memerlukan perhatian dan rawatan segera.

Apabila Anwar dimasukkan ke hospital, para doktor perlu menentukan sama ada ia disebabkan keracunan berdasarkan laporan makmal patologi swasta di Australia yang mendakwa bahawa air kencingnya mengandungi kandungan arsenik yang tinggi.

Dr Khalid berkata para doktor perlu membuat penilaian terhadap Anwar yang sedang menjalani hukuman penjara enam tahun atas kesalahan rasuah dan berbuat demikian melalui pemeriksaan dan siasatan untuk menentukan bahawa apabila beliau dimasukkan ke hospital, Anwar tidak mengalami keracunan arsenik yang teruk yang memerlukan antidot atau ditempatkan di wad jagaan rapi.

Hospital telah membuat pemeriksaan yang diumumkan pada 13 Sept bahawa beliau sihat dan tidak memerlukan antidot atau rawatan khas atau ditempatkan di wad jagaan rapi atau memerlukan pemantauan jantung.

" Bagaimanapun, beliau memang menghadapi masaah kesihatan dan kami tidak mengenepikan dakwaan mengenai keracunan arsenik.

Keracunan arsenik mungkin akute atau kronik apabila melewati beberapa hari dan minggu atau mengalaminya sekejap-kejap dan pada dos rendah yang sukar dikesan," kata beliau.

Pihak hospital mengambil contoh air kencing daripada Anwar hanya 48 jam selepas menikmati makanan bukan makanan laut bagi mengatasi masalah berkaitan kandungan organik arsenik.

Beliau berkata kandungan arsenik bukan organik dalam air kencing mungkin dapat membantu dalam diagnosis tetapi ketiadaannya tidak bermakna ia diatasi kerana pendedahan itu mungkin berlaku selama 20 hari sebelum contoh air kencing diambil.

Contoh rambut dan kuku diperolehi dan dihantar pada 13 Sept ke sebuah makmal Australia yang memang pakar dalam masalah ini serta kepada seorang profesor Universiti Kebangsaan Malaysia yang menjalankan penyelidikan mengenai pendedahan arsenik industri selama beberapa tahun dan bekerjasama dengan Institut Teknologi Nuklear Malaysia bagi mengukur kandungan arsenik melalui aktivasi neutron.

" Hasil ujian air kencing serta contoh kukuh dan rambut telah diperolehi. Pihak kami juga telah mengambil lebih banyak contoh rambut, air kencing dan kuku yang dihantar ke Makmal Forensik di London.

kami masih menunggu hasil ujian dan kami menghubungi pihak makmal setiap malam. Kami percaya bahawa mereka juga tidak harus ditekan tetapi dibenarkan menjalankan analisis dengan teliti terhadap ketiga-tiga contoh itu.

Dr Khalid berkata, kukuh, contohnya mengambil masa kira-kira lima hingga enam bulan untuk tumbuh dan oleh itu, menganalisis contoh itu yang diambil minggu ini cuma menunjukkan pendedahan yang kemungkinan bagi lima hingga enam bulan lepas dan tidak mengatasi pendedahan baru-baru ini.

" Pesakit (Anwar) telah memberi kerjasama kepada para doktor yang membuat ujian klinikal. Beliau menghadapi masalah untuk memberi sesetengah contoh kepada polis tetapi kami tidak mahu diheret ke dalam perkara itu," kata beliau ketika merujuk kepada kenyataan polis bahawa Anwar mulanya enggan memberi contoh air kencing, kuku dan rambut bagi tujuan siasatan oleh polis.

Tetapi menurut Dr Khalid, pihak Kimia dan polis sejak itu telah memperolehi contoh-contoh berkenaan mengikut prosedur bagi siasatan polis.

Beliau menarik perhatian bahawa siasatan polis haruslah dibezakan daripada penilaian dan siasatan oleh pihak hospital memandangkan Anwar menghadapi masalah kesihatan yang memerlukan perhatian.

Para doktor berpendapat bahawa Anwar cukup sihat untuk hadir di mahkamah pada Isnin tetapi masih tidak dapat membenarkan beliau meninggalkan hospital disebabkan masalah kesihatan yang masih berlarutan dan kerana hospital tidak memperolehi semua hasil ujian untuk membolehkannya membuat diagnosis yang engkap.

" Pesakit telah diamanahkan untuk jagaan pihak hospital oleh hakim Mahkamah Tinggi. Pihak hospital perlu memberi layanan kepada beliau sebagai pesakit yang kemungkinan mengalami keracunan.

Sebagai doktor, kami perlu mempunyai perhubungan yang baik dengan pesakit kami. Tetapi ini tidak bermakna bahawa kami tidak berkecuali dalam politik," kata beliau.

Beliau berkata pihak hospital merawat segala macam pesakit dari pelbagai lapisan masyarakat yang berlainan laterbelakang sosial dan politik.

" Kami merawat pegawai tertinggi daripada kerajaan dan juga daripada Pembangkang dan kami juga menjaga kepercayaan mereka berhubung dengan kerahsiaan pesakit.

" Setakat ini, hospital telah memberi layanan yang sebaik-baiknya kepada setiap pesakit," kata beliau. " Pihak hospital akan mengemukakan hasil siasatan kepada Mahkamah Tinggi apabila kami benar-benar yakin mengenai hasil siasatan itu.

Saya pasti bahawa msyarakat umum akan memahaminya dan mahu kami mempertahankan integriti profesional kami," kata beliau.

Dr Khalid bagaimanapun, tidak menjawab dakwaan dalam artikel The New Sunday Times bahawa Universiti Kebangsaan Malaysia, yang mengendalikan HUKM, mempunyai sesetengah daripada penyokong radikal Anwar di kalangan kakitangan fakulti dan pelajar. -- BERNAMA

 


Copyright ©1999 BERNAMA. All rights reserved. This material may not be published, broadcast, rewritten or redistributed in any form except with the prior express permission of BERNAMA.

blue.gif

bernamasmall.gif

Kirim email ke