*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Bila timbul cerita pasal Rahim TC ni, ni nak share sikit cerita yang
disampaikan kepada saya oleh seorang ex-colleague saya mengenai pengalaman
beliau dengan Rahim TC ni. Almaklumlah, kita kena lah kenal dengan
tokoh-tokoh pemimpin (atau boleh consider bakal, sebab dah turun tapi
sekarang nak aktif balik) kita.
 
Ex-colleague saya ni seorang perempuan yang masa tu bekerja di sebuah hotel
terkemuka di Pulau Pinang sebagai manager. Peristiwa ni berlaku kalau tak
silap dalam lewat tahun 80an. Olehkerana Rahim TC ni tetamu VIP, jadi
kenalah beliau bawakan dan tunjukkan Rahim TC ni ke bilik hotel beliau.
 
Apabila sahabat saya ni sampai kebilik yang akan di-inapi oleh Rahim TC,
sahabat saya ni pun menunjukkan dan menerangkan kemudahan dan cara
menggunakan kemudahan yang ada didalam bilik tersebut. Ketika itu Rahim TC
berdiri dibelakang beliau dan ketika itu hanya mereka berdua didalam bilik
tersebut. Kemudian apabila sahabat saya ni berpusing untuk menoleh, beliau
amat terkejut kerana ketika itu tangan si Rahim TC sudah amat hampir untuk
memeluk/merangkul beliau.
 
Sahabat saya ni pun terkejut sambil berkata yang lebih kurang bunyinya "Eh!
Datuk! Apa datuk nak cuba buat ni?!". Sahabat saya tanpa berfikir panjang
terus beredar dari bilik tersebut.
 
Begitu lah adanya profile Rahim TC ni...
 

-----Original Message-----
From: Concorde [mailto:[EMAIL PROTECTED]]
Sent: Sunday, 16 January, 2000 3:06 AM
To: Adil; Anwarxtpm; Hizbi
Subject: H-Net* RAHIM TAWAR DIRI BERTANDING JAWATAN MAJLIS TERTINGGI UMNO 




RAHIM TAWAR DIRI BERTANDING JAWATAN MAJLIS TERTINGGI UMNO 

        


MELAKA, 15 Jan (Bernama) -- Bekas Ketua Pemuda Umno Tan Sri Rahim Thamby
Chik hari ini menawarkan diri sebagai calon Majlis Tertinggi (MT) Umno, pada
pemilihan parti Mei depan. 

"Saya berhasrat menawarkan diri sebagai calon jika mendapat sokongan
secukupnya daripada Umno bahagian di seluruh negara," katanya pada sidang
media selepas mengadakan majlis rumah terbuka Aidilfitri di sebuah hotel di
sini, hari ini. 

Rahim, 49 berkata keputusannya itu turut didorong oleh sokongan yang
diterimanya, yang meminta beliau berbuat demikian. 

Bekas Ketua Menteri Melaka itu tewas kapada Datuk Zahid Hamidi yang mencabar
beliau sebagai Ketua Pergerakan Pemuda Umno pada pemilihan lalu. 

Beliau yang kini tidak memegang sebarang jawatan dalam parti berkata
hasratnya untuk bertanding di peringkat MT adalah bagi meneruskan
perjuangannya dalam parti yang pernah 'dihalang' sebelum ini. 

"Dulu ada penghalang besar...yang menghancurkan perjuangan politik saya.
Tetapi sekarang tiada lagi," katanya 

Mengenai peluangnya, Rahim berkata: "Saya hanya ahli biasa, tetapi masih ada
rakan-rakan dalam politik, selaku bekas Ketua Pemuda." 

Rahim yakin peluangnya baik kerana senario politik sekarang telah berubah
dengan para pemimpin serta anggota parti mahu Umno kembali kepada prinsip
perjuangan asal agar kuat dan kukuh. 

Rahim juga berkata beliau telah memaklumkan hasratnya ini kepada Ketua
Menteri Datuk Wira Mohd Ali Rustam selaku Pengerusi Badan Perhubungan Umno
Melaka, yang berkata Umno Melaka tidak mempunyai apa-apa halangan. --
BERNAMA


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Haslim, Hassan" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke