*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* { Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net } { Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] } { Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] } *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ KENYATAAN MEDIA FORUM MALAYSIA UK & EIRE (FMUKE) Forum Malaysia United Kingdom & Eire (FMUKE) yang mewakili gabungan persatuan dan badan kebajikan pelajar Malaysia di seluruh United Kingdom dan Ireland mengecam tindakan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri iaitu Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang menyekat permit penerbitan akhbar Harakah kepada dua minggu sekali. Sikap dan tindakan tersebut benar-benar menonjolkan kehodohan pemerintahan kerajaan Barisan Nasional (BN) yang seolah-olah membalas dendam di atas kekalahan teruk pakatan tersebut pada pilihanraya yang lalu. Ia juga menggambarkan sikap kedegilan mereka untuk menerima hasrat dan pandangan rakyat yang menuntut perubahan dilakukan terhadap sistem pemerintahan negara. Langkah mundur ke belakang ini bukan sahaja menyekat kebebasan berakhbar di negara ini bahkan menutup ruang kepada rakyat dari mendapatkan maklumat alternatif mengenai keadaan politik, ekonomi dan sosial di negara ini. Tindakan ini bahkan bercanggah dengan hasrat dan aspirasi kerajaan sendiri yang berusaha menjadikan Malaysia sebagai masyarakat yang berilmu, bertamadun dan bermaklumat selaras dengan perkembangan konsep dunia tanpa sempadan. Sekatan ini juga mencerminkan betapa tidak demokratiknya layanan yang diberikan oleh kerajaan BN terhadap parti-parti pembangkang. Sebagai golongan terpelajar daripada berbagai golongan dan fahaman yang dianugerahkan Allah SWT dengan akal yang celik, kami berpendapat tindakan yang diambil oleh Kementerian Dalam Negeri itu tidak akan menyelesaikan masalah yang dicipta dan dihadapi oleh pemerintah sendiri. Kami percaya banyak lagi masalah yang akan dihadapi oleh pemerintah hasil daripada tindakannya itu. FMUKE dengan ini mendesak Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi agar mengembalikan semula permit penerbitan Harakah seperti sediakala dan juga turut memperbaharui permit-permit penerbitan majalah-majalah lain seperti Detik dan Tamadun. FMUKE juga menuntut agar kerajaan BN memberikan layanan yang adil dan saksama kepada semua rakyat Malaysia tanpa mengira fahaman politik, agama dan bangsa. Zulkifli Hj Yussof, Pengerusi FMUKE. ______________________________________________________ Get Your Private, Free Email at http://www.hotmail.com ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB) ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB) ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan ) ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net ) ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] ) ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Pengirim: "pak su" <[EMAIL PROTECTED]>