Assalamu'alaikum Wr.Wb.
Seorang putra yang ilmunya memancarkan hikmah ke seluruh penjuru dunia, ternyata lahir dari wanita yang dibuat "buta, tuli, bisu dan lumpuh" oleh orangtuanya...
 
Salam,
Yantie
 
Sahabat,
hopes you'd love the story..
 
--------------------------------------------------------------
 
Seorang lelaki yang soleh bernama Tsabit bin Ibrahim sedang berjalan di
pinggiran kota Kufah. Tiba-tiba dia melihat Sebuah apel jatuh keluar pagar
sebuah kebun buah-buahan. Melihat apel yang merah ranum itu tergeletak di
tanah membuat air liur Tsabit terbit, apalagi di hari yang panas dan tengah
kehausan. Maka tanpa berfikir panjang dipungut dan dimakannyalah buah apel
yang lazat itu, akan tetapi baru setengahnya di makan dia teringat bahawa
buah itu bukan miliknya dan dia belum mendapat izin pemiliknya.

Maka ia segera pergi kedalam kebun buah-buahan itu hendak menemui
pemiliknya agar meminta dihalalkan buah yang telah dimakannya. Di kebun itu
ia bertemu dengan seorang lelaki. Maka langsung saja dia berkata, "Aku sudah
makan setengah dari buah apel ini. Aku berharap anda menghalalkannya". Orang
itu menjawab, "Aku bukan pemilik kebun ini. Aku Khadamnya yang ditugaskan
menjaga dan mengurus kebunnya".

Dengan nada menyesal Tsabit bertanya lagi, "Dimana rumah pemiliknya? Aku
akan menemuinya dan minta agar dihalalkan apel yang telah ku makan ini."
Pengurus kebun itu memberitahukan, "Apabila engkau ingin pergi kesana maka
engkau harus menempuh perjalan sehari semalam".

Tsabit bin Ibrahim bertekad akan pergi menemui si pemilik kebun itu.
Katanya kepada orang tua itu, "Tidak mengapa. Aku akan tetap pergi
menemuinya, meskipun rumahnya jauh. Aku telah memakan apel yang tidak halal
bagiku kerana tanpa izin pemiliknya. Bukankah Rasulullah s.a.w. sudah
memperingatkan kita melalui sabdanya: "Siapa yang tubuhnya tumbuh dari yang
haram, maka ia lebih layak menjadi umpan api neraka"

Tsabit pergi juga ke rumah pemilik kebun itu, dan setiba di sana dia
langsung mengetuk pintu. Setelah si pemilik rumah membukakan pintu, Tsabit
langsung memberi salam dengan sopan, seraya berkata," Wahai tuan yang
pemurah, saya sudah terlanjur makan setengah dari buah apel tuan yang jatuh
ke luar kebun tuan. Kerana itu mahukah tuan menghalalkan apa yang sudah ku
makan itu?"

Lelaki tua yang ada dihadapan Tsabit mengamatinya dengan cermat. Lalu dia
berkata tiba-tiba, "Tidak, aku tidak boleh menghalalkannya kecuali dengan
satu syarat." Tsabit merasa khawatir dengan syarat itu kerana takut ia tidak
dapat memenuhinya. Maka segera ia bertanya, "Apa syarat itu tuan?" Orang itu
menjawab, "Engkau harus mengawini putriku !"

Tsabit bin Ibrahim tidak memahami apa maksud dan tujuan lelaki itu, maka
dia berkata, "Apakah kerana hanya aku makan setengah buah apelmu yang keluar
dari kebunmu, aku harus mengawini putrimu?"

Tetapi pemilik kebun itu tidak mempedulikan pertanyaan Tsabit. Ia malah
menambahkan, katanya, "Sebelum pernikahan dimulai engkau harus tahu dulu
kekurangan-kekurangan putriku itu. Dia seorang yang buta, bisu, dan tuli.
Lebih dari itu ia juga seorang yang lumpuh!"

Tsabit amat terkejut dengan keterangan si pemilik kebun. Dia berfikir dalam
hatinya, apakah perempuan seperti itu patut dia persunting sebagai isteri
gara-gara setengah buah apel yang tidak dihalalkan kepadanya? Kemudian
pemilik kebun itu menyatakan lagi, "Selain syarat itu aku tidak boleh
menghalalkan apa yang telah kau makan !"

Namun Tsabit kemudian menjawab dengan mantap, "Aku akan menerima
pinangannya dan perkahwinanya. Aku telah bertekad akan mengadakan transaksi
dengan Allah Rabbul 'alamin. Untuk itu aku akan memenuhi kewajiban-kewajiban
dan hak-hakku kepadanya kerana aku amat berharap Allah selalu meridhaiku dan
mudah-mudahan aku dapat meningkatkan kebaikan-kebaikanku di sisi Allah
Ta'ala".

Maka pernikahan pun dilaksanakan. Pemilik kebun itu menghadirkan dua saksi
yang akan menyaksikan akad nikah mereka. Sesudah perkahwinan selesai, Tsabit
dipersilahkan masuk menemui isterinya. Sewaktu Tsabit hendak masuk kamar
pengantin, dia berfikir akan tetap mengucapkan salam walaupun isterinya tuli
dan bisu, kerana bukankah malaikat Allah yang berkeliaran dalam rumahnya
tentu tidak tuli dan bisu juga. Maka iapun mengucapkan salam,
"Assalamu"alaikum..."

Tak disangka sama sekali wanita yang ada dihadapannya dan kini resmi jadi
isterinya itu menjawab salamnya dengan baik. Ketika Tsabit masuk hendak
menghampiri wanita itu , dia mengulurkan tangan untuk menyambut tangannya.
Sekali lagi Tsabit terkejut kerana wanita yang kini menjadi isterinya itu
menyambut uluran tangannya.

Tsabit sempat terhentak menyaksikan kenyataan ini. "Kata ayahnya dia wanita
tuli dan bisu tetapi ternyata dia menyambut salamnya dengan baik. Jika
demikian berarti wanita yang ada dihadapanku ini dapat mendengar dan tidak
bisu. Ayahnya juga mengatakan bahawa dia buta dan lumpuh tetapi ternyata dia
menyambut kedatanganku dengan ramah dan mengulurkan tangan dengan mesra
pula", Kata Tsabit dalam hatinya. Tsabit berfikir, mengapa ayahnya
menyampaikan berita-berita yang bertentangan dengan yang sebenarnya ?

Setelah Tsabit duduk di samping isterinya, dia bertanya, "Ayahmu mengatakan
kepadaku bahawa engkau buta. Mengapa?" Wanita itu kemudian berkata, "Ayahku
benar, kerana aku tidak pernah melihat apa-apa yang diharamkan Allah".
Tsabit bertanya lagi, "Ayahmu juga mengatakan bahawa engkau tuli, mengapa?"
Wanita itu menjawab, "Ayahku benar, kerana aku tidak pernah mahu mendengar
berita dan cerita orang yang tidak membuat ridha Allah.

Ayahku juga mengatakan kepadamu bahwa aku bisu dan lumpuh, bukan?" Tanya
wanita itu kepada Tsabit yang kini sah menjadi suaminya. Tsabit mengangguk
perlahan mengiyakan pertanyaan isterinya. Selanjutnya wanita itu berkata,
"aku dikatakan bisu kerana dalam banyak hal aku hanya menggunakan lidahku
untuk menyebut asma Allah Ta'ala saja. Aku juga dikatakan lumpuh kerana
kakiku tidak pernah pergi ke tempat-tempat yang boleh menimbulkan kegusaran
Allah Ta'ala".

Tsabit amat bahagia mendapatkan isteri yang ternyata amat soleh dan wanita
yang memelihara dirinya. Dengan bangga ia berkata tentang isterinya, "Ketika
kulihat wajahnya... Subhanallah, dia bagaikan bulan purnama di malam yang
gelap".

Tsabit dan isterinya yang salihah dan cantik itu hidup rukun dan
berbahagia. Tidak lama kemudian mereka dikurniakan seorang putra yang
ilmunya memancarkan hikmah ke seluruh penjuru dunia, Beliau adalah Al Imam
Abu Hanifah An Nu'man bin Tsabit.
Semoga bermanfa'at...

Upgrade Your Email - Click here!



=================================================================
"Morning greetings doesn't only mean saying 'Good Morning'.
It has silent message saying that I remember you when I wake up.
Wish you have a Great Day!" -- Ida & Krisna

Jangan lupa untuk selalu menyimak Ida Krisna Show di 99.1 DeltaFM
Senin - Jumat, pukul 06.00 - 10.00 WIB
SMS di 0818-333582
=================================================================




YAHOO! GROUPS LINKS




Kirim email ke