http://www.prowaris.org/
        
PROWARIS-MAPAN SERAHKAN 20 TUNTUTAN TERHADAP WILAYAH PEMBANGUNAN ISKANDAR 
KEPADA YAB PERDANA MENTERI oleh Media ProWaris


KUALA LUMPUR, 16 Julai 2007 – Dokumen Dua Puluh (20) Tuntutan Pertubuhan 
Profesional Melayu & Pewaris Bangsa (ProWaris) dan Majlis Permuafakatan NGO-NGO 
Malaysia (MAPAN) terhadap Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI) selamat diserahkan 
kepada YAB Perdana Menteri sebelum berangkat ke Australia di Lapangan Terbang 
TUDM Subang pada jam 11.40 malam, Isnin, 16 Julai 2007 bersamaan 1 Rejab 1428H.

[Gambar 1]

"Muka Hadapan Dokumen 20 Tuntutan ProWaris-MAPAN"

Dokumen 20 Tuntutan ProWaris-MAPAN yang tidak kurang daripada 70 mukasurat itu 
dihimpunkan secara intensif lebih kurang sebulan yang lalu oleh sekumpulan 
professional terpilih daripada pelbagai kepakaran termasuk pakar-pakar ekonomi, 
undang-undang, kejuteraan, perakaunan, perbankan dan ahli-ahli perniagaan 
melalui Jawatankuasa Induk Kaji Selidik Wilayah Pembangunan Iskandar, sebuah 
jawatankuasa bertindak Biro Tindakan Ekonomi ProWaris (B-TEN).

[Gambar 2]

"YAB Perdana Menteri terharu di atas kehadiran ProWaris dan 
sempat berjenaka dengan Barisan Peneraju ProWaris"

YAB Dato’ Seri Abdullah Badawi dengan perasaan gembira melihat kehadiran 
ProWaris yang meraikan pemergiannya ke Australia turut merasakan bahawa 
ProWaris telah mengambil langkah inisiatif yang serius untuk memastikan WPI 
meraih sokongan padu rakyat Malaysia.

ProWaris yang merupakan pertubuhan yang amat rapat dengan YAB Perdana Menteri 
sebelum ini mencadangkan jalan-jalan penyelesaian bagi pelbagai isu nasional 
seperti konflik Abdullah-Mahathir, isu MAS, isu peguam-peguam Bumiputera di 
Maybank dan isu lebuhraya MRR2. 

[Gambar 3]

"Ternyata nama ProWaris adalah nama yang tidak asing kepada YAB Perdana Menteri 
Malaysia. Turut hadir adalah Timbalan Presiden, Bendahari dan ahli-ahli 
Jawatankuasa Induk Kaji Selidik WPI".

Presiden ProWaris, Feriz Omar yang mengetuai penyerahan dokumen tersebut bagi 
pihak ProWaris-MAPAN enggan menyatakan isi kandungan dokumen tersebut. Katanya, 
“ProWaris-MAPAN telah mengambil keputusan untuk TIDAK MENDEDAHKAN isi kandungan 
Dokumen 20 Tuntutan ProWaris-MAPAN kerana ia adalah hanya untuk tatapan serta 
tindakan Perdana Menteri Malaysia dan oleh itu, segala isi kandungan dokumen 
tersebut adalah RAHSIA”.

Apabila ditanya mengenai mengapa Dokumen 20 Tuntutan ProWaris-MAPAN 
dihimpunkan, Feriz menjawab “ProWaris-MAPAN tidak sama-sekali menolak 
pembangunan negara, namun setelah mengkaji segala dokumen berkaitan dengan WPI 
seperti Program Pembangunan Bersepadu atau lebih dikenali sebagai Comprehensive 
Development Programme (CDP), Polisi-Polisi Hartanah dan Akta IRDA 664, 
ProWaris-MAPAN merasakan bahawa terdapat banyak polisi-polisi WPI yang boleh 
dipertikaikan dan perlu diperkukuhkan demi memelihara kesucian Agama Islam, hak 
kepentingan Bangsa Melayu dan yang lebih penting dalam menjaga keselamatan 
serta kedaulatan negara kita”.

Feriz yang mengetuai penyerahan dokumen bagi pihak ProWaris dan MAPAN secara 
ringkasnya menyatakan bahawa Dokumen 20 Tuntutan ProWaris-MAPAN itu ada 
menyentuh secara teknikal melalui analisis-analisis terperinci yang 
dibentangkan secara profesional mengenai polisi-polisi yang berkaitan dengan 
kuasa pentadbiran; ekonomi Bangsa Melayu; Agama Islam; Bahasa Melayu; 
pendidikan, pekerjaan; tanah dan keselamatan negara.

[Gambar 4]

"Dokumen 20 Tuntutan ProWaris-MAPAN dipegang sendiri oleh
YAB Perdana Menteri sehingga ke pesawat"

Presiden ProWaris dengan tegas menyatakan bahawa “Keputusan serta tindakan YAB 
Perdana Menteri terhadap Dokumen 20 Tunturan ProWaris-MAPAN dalam isu WPI ini 
amat penting kerana ia memberikan implikasi yang sama dalam Koridor Raya 
Ekonomi Timur dan Utara yang bakal dilancarkan tidak lama lagi”.

Beliau kemudian ditanya berkenaan bilakah tarikh Prowaris-MAPAN akan mendapat 
maklum balas daripada Perdana Menteri, beliau menjawab “Secepat mungkin, 
insyaAllah!”

ProWaris dan MAPAN sedang membentuk suatu gagasan yang lebih besar dengan 
NGO-NGO lain dalam menyalurkan secara proaktif pandangan rakyat kepada Kerajaan 
Malaysia terutamanya dalam isu-isu berkaitan dengan Agenda Melayu dan Agenda 
Islam.


 Untuk penjimatan kos kad prepaid anda, sila dapatkan di sini 
http://www.smartpartner.org/index.php?ref=paksit 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/iklan-mudah/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/iklan-mudah/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    mailto:[EMAIL PROTECTED] 
    mailto:[EMAIL PROTECTED]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 

Kirim email ke