Assalamu 'alkaykum wr wb!

Berikut ini dikemaskinikan sumbangan bagi Bantuan Gempa Bumi Sumatra yang 
diterima melalui akaun Tabung Bantuan Kemanusiaan DERU-JIM Johor setakat ini:

      Tarikh   Nilai   Cara 
      14-Sept   100.00   IBG 
      16-Sept   200.00   INTERNET 
      17-Sept   100.00   CASH 
      17-Sept   210.00   ATM 
      17-Sept   200.00   IBG 
      18-Sept   50.00   ATM 
      18-Sept   1000.00   CASH 
      18-Sept   50.00   ATM 
      21-Sept   100.00   ATM 
      21-Sept   200.00   CASH 
      23-Sept   50.00   ATM 
      24-Sept   400.00   INTERNET 
      Jumlah   2660.00     


Terima kasih diucapkan kepada semua penyumbang setakat ini.

Namun nilai sebanyak RM2,660.00 yang diterima masih lagi (setelah sepuluh hari 
tabung dilancarkan) terlalu kecil berbanding dengan keperluan mereka yang 
menderita lantaran gempa bumi tersebut. Bersempena dengan bulan Ramadhan 
al-Mubarak ini - yang segala amal di dalamnya digandakan ALlah berpuluh ganda - 
saya menyeru kepada semua rakan dan kenalan agar terus menyumbang bagi 
meringankan kesengsaraan saudara-saudara kita di Sumatra tersebut.

Selain daripada itu saya memohon juga kepada para sahabat sekelian agar dapat 
memanjangkan rayuan ini ke serata tempat dalam capaian sdr seperti di pejabat, 
kilang, sekolah dsb.

Sama-samalah kita berlumba-lumba melaksanakan amal yang diridhai ALlah, insya 
ALlah. Semoga ALlah memberkati usaha kita bersama.

Wassalam.

Ainullotfi bin Abdul Latif
Yand Dipertua
JIM Negeri Johor


----- Original Message ----- 
From: Nusantara 
To: JIMJ Net 
Sent: Thursday, September 13, 2007 10:24 PM
Subject: [JIMJ-net] Tabung Bantuan Kemanusiaan DERU-JIM :: Rayuan Bantuan 
Gempabumi Sumatra



Assalamu 'alaykum wr wb!

Sehingga kini sepatutnya semua telahpun maklum mengenai gempa bumi yang berlaku 
di barat Sumatra. Sebenarnya bukan satu gempa,  tetapi tiga gempa yang berbeza 
telah berlaku, satu semalam (Rabu) pada skala 8.4 Richter, kemudiannya satu 
lagi pagi tadi (Khamis 1 Ramadhan) pada skala 7.8, dan diikuti pula oleh yang 
ketiga sebelum tengah hari tadi pada skala 7.1. Setiap satunya dituruti dengan 
puluhan gegaran susulan pula.

Walaupun, alhamduliLlah setakat ini ancaman tsunami tidak serius, gerak gempa 
tersebut telahpun menyebabkan banyak kerosakan harta benda terutamanya di dua 
provinsi, iaitu di Sumatra Barat (Sumbar) dan di Bengkulu, dengan sepuluh 
korban dilaporkan setakat ini dan puluhan kecederaan. Antara kesan yang 
diberitakan ialah bumi seolah-olah beralun bagaikan laut, dan beberapa bangunan 
tinggi roboh.

Dalam mengantisipasi suasana kecemasan dan kerosakan yang berlaku di negara 
tetangga kita tersebut, Jawatankuasa JIM Johor yang bermesyuarat pagi tadi 
bersetuju untuk membuka Tabung Bantuan Gempabumi Sumatra bagi menyalurkan 
sebarang bantuan yang hendak disampaikan oleh ahli dan rakan JIM kepada kepada 
mereka yang terkesan oleh bencana alam tersebut. Saya seru kepada semua ikhwah 
dan akhawat, rakan dan teman, terutamanya bertepatan dengan bulan Ramadhan 
al-Mubarak ini, agar sama-samalah kita menghulurkan sumbangan bagi membantu 
saudara-saudara seUmmah kita yang sengsara di sana, apatah lagi dalam 
menghadapi bulan puasa ini.

Sebarang sumbangan bolehlah disampaikan kepada mana-mana Ahli Jawatankuasa JIM 
(Negeri atau Daerah) atau dimasukkan terus ke dalam Akaun Tabung Bantuan 
Kemanusiaan DERU-JIM di Bank Islam Malaysia Berhad bernombor berikut:

1014010044776

Sekiranya sudah dimasukkan ke dalam akaun tersebut, sila maklumkan terus kepada 
Bendahari JIM Johor sdr Abdul Razak Jambari pada nombor 012-7010489 atau 
e-melkan kepada saya atau sdr Abdul Razak ([EMAIL PROTECTED]).

Sayogialah bantuan ini dapat diberikan dengan segera tanpa bertangguh, agar 
dapat disampaikan kepada yang memerlukannya secepat mungkin dalam keadaan 
mereka paling menghajatkannya. Di samping itu panjangkanlah rayuan ini kepada 
rakan-rakan lain juga.

Semoga ALlah memberkati keprihatinan saudara, dan menggandakan pahala saudara 
dalam bulan Ramadhan al-Mubarak ini.

Wassalam.

Ainullotfi bin Abdul Latif
Yang Dipertua
JIM Negeri Johor. 

Kirim email ke