Sent: Monday, October 16, 2006 9:26:23 AM
Subject: [DIWK] Perihal Fidyah

Assalamu'alaikum warah matullahi wabarakatuh,

Sedikit pengetahuan saya mengenai Fidyah yang saya rasakan perlu dikongsi bersama dalam ruang ini, insyallah.

Membayar Fidyah

Perlu diingatkan, membayar fidyah adalah kewajiban bagi orang sakit, yang mana sakitnya tidak ada harapan untuk sembuh. Atau bagi orang tua yang sudah tidak mampu lagi berpuasa. Adapun yang sakitnya masih ada harapan untuk sembuh, maka kewajiban yang ada adalah qadha`, bukan membayar fidyah.

Membayar fidyah ertinya memberi makan orang miskin sebanyak satu mud untuk satu hari tidak berpuasa pada bulan Ramadhan. Jika tidak berpuasa sehari, membayar fidyah satu mud. Jika dua hari, fidyahnya dua mud, dan seterusnya. Ini kewajiban bagi orang yang sakit yang tidak dapat diharapkan sembuhnya, juga bagi orang tua yang sudah tidak mampu lagi berpuasa

"(Puasa yang diwajibkan itu ialah beberapa hari yang tertentu; maka sesiapa di antara kamu yang sakit, atau dalam musafir, (bolehlah ia berbuka), kemudian wajiblah ia berpuasa sebanyak (hari yang dibuka) itu pada hari-hari yang lain; dan wajib atas orang-orang yang tidak mampu berpuasa (kerana tua dan sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin. Maka sesiapa yang dengan sukarela memberikan (bayaran fidyah) lebih dari yang ditentukan itu, maka itu adalah suatu kebaikan baginya; dan (walaupun demikian) berpuasa itu lebih baik bagi kamu daripada memberi fidyah), kalau kamu mengetahui." [QS Al-Baqarah : 184]

Mud adalah ukuran isipadu (bukan berat) yang setara dengan isipadu 544 gram gandum (al-qamhu). [Abdul Qadim Zallum, Al-Amwal fi Daulah Al-Khilafah, hal. 62]. Menurut jumhur ulama, fidyah dibayar dalam bentuk makanan asasi pada suatu negeri (ghaalibu quut a-balad). [Wahbah Az-Zuhaili, Al-Fiqh Al-Islami wa Adillatuhu, II/687]. Jadi untuk Malaysia, fidyah dibayar dalam bentuk beras, yang isipadunya satu mud. Untuk cara yang lebih hati-hati, tunaikannya dalam timbangan berat 1 kg beras.

Apakah fidyah boleh dibayarkan dalam bentuk wang? Menurut ulama Hanafiyah, boleh dibayarkan dengan nilainya (qiimatuhu), iaitu dalam bentuk wang yang setara nilainya dengan beras 1kg. Sedang menurut ulama jumhur (Malikiyah, Syafi’iyah, Hanabilah), tidak boleh dibayar dengan nilainya [Wahbah Az-Zuhaili, Al-Fiqh Al-Islami wa Adillatuhu, II/687]. Penulis lebih cenderung kepada pendapat jumhur, sebab membayar fidyah dengan nilainya tidak didukung dengan dalil. Adapun dalil yang ada (QS 2 : 184), secara jelas menyebutkan pembayaran fidyah dalam bentuk makanan, iaitu firman-Nya yang berbunyi “wa ‘ala lladzina yuthiiqunahu fidyatun tha’aamu miskin”. Ertinya, fidyah itu adalah dengan memberi makan (tha’am). Membayar fidyah dalam bentuk makanan itulah yang diamalkan oleh para sahabat. Dalam kitab Al-Muhadzdzab I/178, Imam Asy-Syirazi meriwayatkan perkataan Ibnu Abbas RA,

Barangsiapa yang menjadi orang tua lalu dia tidak mampu berpuasa Ramadhan, maka wajiblah untuk setiap-tiap hari [dia tidak berpuasa] satu mud gandum.” Ibnu Umar RA berkata, “Jika seseorang tidak mampu berpuasa, hendaklah ia memberi makan setiap harinya satu mud.” Diriwayatkan dari Anas RA, baháwa beliau tidak mampu berpuasa setahun sebelum wafatnya, maka beliau berbuka dan memberi makan. [Lihat Ali Raghib, Ahkamus Solah, hal. 119].

Jika Tidak Mampu Membayar Fidyah

Sekali lagi perlu diingat, kewajiban fidyah ini untuk orang sakit yang tidak boleh diharap lagi sembuhnya. Tidak berlaku untuk yang sakitnya masih ada harapan untuk disembuhkan.

Seseorang yang sakit dengan penyakit yang tidak ada harapan sembuh, atau orang tua yang tidak mampu lagi berpuasa, maka dia wajib membayar fidyah (QS Al-Baqarah : 184). Lalu bagaimana kalau untuk membayar fidyah pun dia juga tidak mampu, misalnya dia adalah orang faqir atau miskin?

Membayar fidyah adalah kewajiban bagi orang yang mampu (muusir). Kemampuan ini diukur pada waktu ia berbuka kerana sakitnya itu. Jadi jika ada orang sakit yang tidak boleh diharap sembuhnya, lalu dia berbuka pada 1426 H (tahun lalu), apakah dia wajib membayar fidyah? Maka jawabannya dilihat, jika pada Ramadhan 1426 H (tahun lalu) dia dalam keadaan mampu, maka dia wajib membayar fidyah. Jika pada pada Ramadhan 1426 H (tahun lalu) dia dalam keadaan tidak mampu, maka dia tidak wajib membayar fidyah. Meskipun ketika ini (1427 H) dia menjadi orang yang mampu.

Inilah pendapat yang dianggap rajih (kuat) menurut Imam Nawawi dalam kitabnya Al-Majmu’ Syarah Muhadzdzab, iaitu gugurnya kewajiban fidyah bagi orang yang tidak mampu. Pendapat ini disepakati juga oleh Ibnu Hajar, meskipun berbeza dengan pendapat Ar-Rafi’i dan Ar-Ramli [As-Sayyid Al-Bakri, I’anathut Thalibin, II/241; Taqiyuddin Al-Husaini, Kifayatul Akhyar, I/204; Wahbah Az-Zuhaili, Al-Fiqh Al-Islami wa Adillatuhu, II/687].

Pendapat Imam Nawawi itu kiranya lebih tepat dan rajih, sesuai firman Allah SWT :

Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.” (QS Al-Baqarah : 286).

Wallahu a’lam.



__._,_.___

///// JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat
//////////////////////////////////

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Berminat menjadi ahli JIM? Sila isi borang keahlian "online" di: http://www.jim.org.my/, dari seksyen "BORANG Online".

Langganan : Hantar E-mail kosong ke 
            [EMAIL PROTECTED]
Unsub     : Hantar E-mail kosong ke 
            [EMAIL PROTECTED]




Your email settings: Individual Email|Traditional
Change settings via the Web (Yahoo! ID required)
Change settings via email: Switch delivery to Daily Digest | Switch to Fully Featured
Visit Your Group | Yahoo! Groups Terms of Use | Unsubscribe

__,_._,___

Kirim email ke