Emel ini forward atas forward, tetapi cukup menyentuh dan boleh memberi 
pengajaran kepada umat Islam.

----- Original Message ----- 
From: ************
To: [EMAIL PROTECTED] 
Sent: Saturday, October 06, 2007 9:01 AM
Subject: Budak Tahfiz


Assalamualaikum wbr,

Semalam, 21 Ramadhan, sewaktu saya bersiap-siap untuk pulang ke rumah selepas 
menyelesaikan kes-kes di OT, saya telah mendapat panggilan 'donor procuremen 
t'daripada hospital Ipoh . Penderma adalah seorang Muslim 15 tahun, diagnosed 
brain death 11 am, selepas severe head injury akibat kemalangan jalan raya.

Persiapan rutin mengambil masa beberapa jam dan kami sampai di hospital Ipoh 
menggunakan penerbangan RMAF pukul 8 mlm. Selepas sampai di Hospital Ipoh 
barulah saya mengetahui cerita sebenar. Penderma merupakan seorang pelajar 
Maahad Tahfiz yang sedang menduduki peperiksaan PMR, baru 2 paper. Dalam 
perjalanan pulang dari sekolah menunggang motorsikal, beliau telah dilanggar 
lori dan mengalami severe head injury. Selepas berusaha untuk menyelamatkannya 
gagal dilakukan, pihak Hospital Ipoh telah bertanyakan kemungkinan menderma 
organ-organ tubuhnya kepada kedua ibubapanya.

Untuk pengetahuan sahabat-sahabat, penderma dikalangan orang Islam adalah yang 
paling rendah sekali, dan sepanjang saya bertanggung jawab terhadap program 
'donor procurement' 4 tahun kebelakangan ini tidak pernah saya berjumpa dengan 
penderma Muslim. Ini adalah kali pertama persetujuan menderma diperolehi dengan 
mudah daripada sebuah keluarga Muslim.

Apa yang membuatkan saya termenung sejenak dan bermuhasabah diri adalah apabila 
mendengarkan alasan yang diberikan oleh si bapa. Alasannya, sekiranya anaknya 
tidak dapat hidup untuk berbakti kepada agama dan masyarakat, biarlah 
organ-organnya memberi nyawa kepada yang memerlukan, mudah-mudahan penerima 
organ-organ tersebut akan dapat berbakti kepada agama dan masyarakat.

Sahabat sekelian, teringat saya kepada cerita pengorbanan para sahabat di zaman 
RasuluLah, yang sanggup mengorbankan nyawa anak-anak mereka demi perjuangan 
Islam. Dan dalam hal ini, bukan sahaja si anak tersebut terkorban dijalan Allah 
(menuntut ilmu) akan tetapi organ-organnya juga terus berbakti untuk umat 
manusia. 

Sahabat sekelian, sewaktu bertarawikh di celah-celah almari baju di OT Hospital 
Ipoh, saya termenung dan berfikir; sejenak saya merasa bangga kerana masih ada 
dikalangan ornag Islam yang berjiwa besar seperti ini. Sejenak pula saya merasa 
sedih, kerana lebih ramai lagi umat Islam yang berjiwa pengecut dan enggan 
melakukan pengorbanan. Saya bertanya pada diri sendiri, sekiranya perkara yang 
sama berlaku kepada anak-anak saya sendiri, sanggupklah saya memberikan consent 
untuk pendermaan organ? Alangkan untuk menyumbangkan sedikit harta wang ringgit 
pada jalan Allah pun saya amat keberatan inikan pula anak-anak yang saya 
cintai. Apakah ini nilai yang saya peggang sebagai pejuang Islam? Alangkah 
malunya saya di
hadapan Rabbul Jalil.

Proses 'harvesting' berjalan dengan amat lancer. Malah sepanjang 4 tahun saya 
melakukan tugasan 'harvesting' inilah kali pertama proses berjalan dengan amat 
lancar. Seolah-olah menandakan keredhaan sipenderma dan ahli keluarga beliau
keatas organ-organ yang didermakan.

Sahabat sekelian, marilah kita membacakan sepotong AlFatihah untuk roh simati, 
Mudah-mudahan rohnya diterima Allah sebagai roh orang-orang yang mati syahid. 
AlFatihah.

Bagaimanakah pula dengan kita? Apakah kesudahan kita adalah dengan kebaikan? 
Mudah-mudahan kita dapat mempunyai kekuatan sebagaimana kekuatan sibapa yang 
sanggup mengorbankan apa sahaja untuk tujuan kebajikan.

WalLah u 'alam.

~Dr. Suhaini Kadiman~ 


--------------------------------------------------------------------------------


No virus found in this incoming message.
Checked by AVG Free Edition. 
Version: 7.5.488 / Virus Database: 269.14.2/1052 - Release Date: 05/10/2007 
6:53 PM

Kirim email ke